Anda di halaman 1dari 14

SKOP KERJA

Kehadiran Bertugas:

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12


September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di
sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula.
Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira
pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan
ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa
datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut
jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau
pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan
dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas:

1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku


kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama,
masa sampai dan menurunkan tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah
dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar
dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan
atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak
sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada
Guru Besar apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa
mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar
terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara
rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah,
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para
pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping
memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan agi
menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-
kurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang
berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah
tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru:

1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang


bermutu tinggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis
panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-
masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk
menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan
lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam
kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu
dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas
rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang
memberi faedah kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang
ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar,
terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh
mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan
guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku
tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan
mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.
8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang
bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh
pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:

1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai


pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan
dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual
waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran,
salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi
tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah
siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan
perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang
dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia
berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:

1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan


sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan
segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang
dilakukan oleh pelajar.Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius
hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan
mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah
dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi
pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti
menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya
dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang
lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis
kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta
sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan
mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan
sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina
guru atau Guru Besar.
5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-
pelajarnya.
6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang
sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru
tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau
penolong kanan dengan segera.

Pakaian:

1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai


semasa bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada
waktu petang semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:

1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki.
Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.

Pelawat:

1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di


dalam bilik darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya
mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual
hanya boleh ibuat di dalam bilik guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:

1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun


bertindak atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:

1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada
dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru
Besar.

Lawatan:

1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah


terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan
Pendidikan Negeri.

2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke


Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim
sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.

Kutipan Wang:
1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan
kelab perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak
disalahgunakan oleh persatuan dan kelab.
3. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu
dianggap besar jumlahnya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Bidang Tugas:

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku


jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku
kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu
yang pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau
surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada
memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah
hendaklah
mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan
satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari
buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK
HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah
mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran
kebersihan, alat tulis, erhiasan kelas, kerusi meja berada dalam
keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan
dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam
buku jadual kedatangan dan buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan
pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks
kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak
bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-
surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing
dan memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan
menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran
sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada
guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan
memungut yuran dan masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan
pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku
Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi
borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran
peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di
samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan
kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas
pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas
dan pada masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-
makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
22. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus
memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban
tugas guru.
SASARAN KERJA TAHUNAN
1. Objektif Guru Mata Pelajaran

1.1 Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran.

1.2 Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

1.3 Memastikan target mata pelajaran bagi setiap peperiksaan tercapai.

1.4 Menanam nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

2. Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran

2.1 Menyediakan rancangan pelajaran untuk tempoh setahun / harian bagi


mata pelajaran yang diajar dalam Buku Rekod Mengajar.

2.2 Menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif untuk


memastikan pelajarpelajar dapat memahami pelajaran yang diajar.

2.3 Memeriksa buku latihan pelajar masing-masing dan memulangkan


dengan segera selepas semakan/pemeriksaan untuk tugas selanjutnya.
Pastikan pelajar membuat kerja pembetulan sebelum latihan selanjutnya.

2.4 Menggubal soalan peperiksaan prestasi.

2.5 Memeriksa skrip jawapan pelajar.

2.6 Memeriksa kerja kursus pelajar.

2.7 Menghantar buku latihan / nota kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia
untuk semakan atau pemeriksaan apabila dikehendaki.

2.8 Memastikan keselamatan pelajar semasa menjalankan pengajaran di


makmal, bengkel atau semasa membuat kerja-kerja luar bilik darjah.

2.9 Menggunakan alat-alat bantuan mengajar dengan sistematik dan meluas.


Guru hendaklah memastikan keselamatan alat-alat bantu mengajar dan
membantu Guru Pengawas Pusat Sumber dalam menjaga keselamatan dan
kebersihan dan kekemasan alat-alat serta bilik sumber.

2.10 Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh pihak


Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah
dan Sekolah.
MATLAMAT PENGAJARAN
Satu pernyataan umum yang memberi arahan kepada keperluan-
keperluan yang lebih terperinci. Merupakan satu titik permulaan, sesuatu
yang idea, satu cita-cita dan satu arah untuk dituju. Matlamat adalah kategori
tingkah laku. Matlamat juga adalah peringkat am tingkah laku, sementara
objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. Matlamat pengajaran tidak boleh
begitu terperinci supaya mudah dapat dilaksanakan. Matlamat adalah kabur
supaya dapat memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang lebih luas. Walau
bagaimanapun matlamat pengajaran perlu dinyatakan sebab penilaian
pembelajaran murid bukan sahaja dilakukan secara terperinci, namun perlu
juga dilakukan secara meluas dan umum bagi meliputi kesemua objektif.
Perkaitan antara matlamat dan objektif ialah, matlamat boleh dipecah-
pecahkan kepada beberapa objektif yang lebih spesifik.

HASIL PENGAJARAN.

Hasil pengajaran adalah istilah terbitan daripada istilah objektif


pengajaran. Objektif adalah untuk mengukur dengan jelas sesuatu
tingkahlaku yang dapat ditunjukkan oleh murid selepas memperlajari sesuatu
perkara. Oleh kerana pembelajaran murid diukur daripada perubahan tingkah
laku, maka dalam proses pengajaran, guru perlulah menetapkan objektif
terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara diajar kepada murid. Objektif adalah
perkara yang akan dipraktikkan semasa pengajaran atau dilaksanakan bagi
mencapai cita-cita atau arah supaya ianya menjadi kenyataan.

Hasil pembelajaran adalah memfokuskan kepada jangkaan apa yang


murid dapat lakukan atau capai. Takrif hasil pembelajaran adalah
mencadangkan bahawa pembelajaran adalah disengajakan dan bukannya
kebetulan atau tidak sengaja. Perbezaan antara objektif dan hasil
pembelajaran adalah hasil pembelajaran berfokuskan kepada apa yang murid
peroleh daripada aktiviti pengajaran guru.

MATLAMAT PENGAJARAN SAYA

Dalam pengajaran saya, saya menetapkan tiga matlamat utama. Matlamat


pengajaran saya adalah:

berusaha untuk meningkatkan pembelajaran pelajar di dalam bidang


ini dengan kefahaman yang maksimum dan contoh relevan berserta
dengan aktiviti pengajaran yang menarik.
Seterusnya berusaha untuk meninggikan nilai kemahiran di dalam
penilaian berteraskan pengukuhan pembelajaran yang jelas.

Matlamat yang terakhir adalah menyempurnakan pembelajaran dan


pengajaran secara efisien berlandaskan rancangan instruksional serta
objektif kursus.

KEPIMPINAN MASA DEPAN


Kepemimpinan adalah suatu proses di mana seseorang berupaya
mempengaruhi sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk
mencapai sesuatu tujuan Ia juga merupakan suatu proses di mana seseorang
berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk mencapai tujuan bersama.
Dalam rangka menjalankan proses kepemimpinannya ini, mereka
menggunakan sejumlah “pengetahuan” dan “keterampilan” yang dimilikinya.
Pengetahuan adalah maklumat bagi seseorang sebagai landasan untuk
melakukan suatu tindakan dalam situasi perubahan, sehingga individu atau
organisasi mampu bertindak dengan cara yang berbeza dan lebih efektif.
Melalui pengetahuan dan informasi, seseorang diharapkan menghasilkan
tindakan yang tepat iaitu dengan memilih dan menilai pelbagai alternatif
tindakan serta bagaimana tindakan tersebut harus diimplementasikan agar
sesuai dengan hasil yang diinginkan.

Terdapat beberapa sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin masa
depan, yang sering diungkapkan oleh para pakar terkemuka dalam bidang
kepemimpinan, iaitu:

1. Jujur - Menampilkan ketulusan dan integriti dalam semua tindakannya.

2. Kompeten - Merupakan tindakan para pemimpin yang berasas pada


akal-fikiran, sikap dan prinsip-prinsip moral. Tidak membuat keputusan
berdasarkan keinginan, perasaan, atau faktor emosional lainnya yang
bersifat terlalu subjektif;

3. Berpandangan ke depan - Memiliki tujuan dan visi masa depan.


Pemimpin yang efektif membayangkan apa yang mereka inginkan dan
bagaimana mendapatkannya. Mereka biasanya memilih keutamaan
yang berasal dari nilai-nilai dasar mereka.

4. Menginspirasi – mampu menunjukkan kredibiliti dalam segala hal


yang ia lakukan. Menunjukkan keteladanan dan ketahanan dalam
mental, fizikal, dan spiritual yang dengannya seseorang pemimpin
akan mudah menginspirasi orang lain untuk meraih puncak kejayaan;

5. Cerdas – Gemar dan seuka membaca, belajar, dan senantiasa


mencari tugas yang mencabar;

6. Adil - mampu menunjukkan perlakuan yang adil kepada semua orang.


Menyedari bahwa prasangka adalah musuh keadilan. Bersikap empati
dan peka terhadap perasaan, nilai-nilai, kepentingan, dan
kesejahteraan orang lain;

7. Berwawasan luas – Menyukai kepelbagaian, kaya perspektif dan


memiliki pandangan jauh ke depan;
8. Berani - Memiliki ketekunan untuk mencapai tujuan, meski
menghadapi risiko atau rintangan yang berat. Selalu menampilkan
ketenangan dan kepercayaan diri meski pun dalam keadaan stres;

9. Tepat membuat keputusan – Memiliki penilaian yang baik tentang


pelbagai persoalan, dan menggunakannya untuk membuat keputusan
yang terbaik pada waktu yang tepat;

10. Imaginatif – Mampu melakukan perubahan pada waktu yang sesuai ,


dengan menggunakan pemikiran, rancangan, dan metod yang tepat
pula. Juga mampu menampilkan kreativiti dengan menciptakan hala
tuju baru yang lebih baik, sekaligus mencari idea yang inovatif untuk
memecahkan masalah.
RINGKASAN MATLAMAT PENGAJARAN/ KEPIMPINAN MASA
HADAPAN

BIL PERKARA SASARAN PENILAIAN AKHIR


TAHUN

1. Peperiksaan 1. Semua murid mencapai kenaikan gred


atau kekal cemerlang dengan gred “A”

2. Murid mendapat sekurang-kurangnya


kenaikan 10% markah daripada markah
penuh.

3. Peratus lulus bagi semua kelas yang diajar


adalah 100%.

2. Pengajaran 1. Semua murid menghadiri setiap kelas


yang diadakan

2. Semua murid faham pengajaran dan


pembelajaran yang disampaikan

3. Memastikan proses pengajaran dan


pembelajaran mengikut sukatan

4. Memastikan sukatan dihabiskan mengikut


rancangan pelajaran tahunan

3. Sahsiah Dan 1. Memastikan sifar ponteng bagi setiap


Disiplin kelas yang diajar.

2. Memastikan tiada murid terlibat dengan


kes disiplin berat.
CADANGAN AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN
PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PBB

Anda mungkin juga menyukai