Anda di halaman 1dari 2

FOKUS PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

FOKUS 1:
PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID

Focus ini adalah untuk memupuk perkembangan personality


kendiri murid daripada aspek berikut:

a. Sikap penyayang (kepedulian)


b. Budi bahasa
c. Konsep kendiri
d. Kepemimpinan
e. Komunikasi
f. Kekemasan diri
g. Ketepatan masa
h. Motivasi diri

Outcome: Perwatakan murid yang berketerampilan dan terpuji

FOKUS 2:
PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

Focus ini bertujuan untuk memupuk disiplin murid termasuk


intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat
dengan gejala-gejala disiplin dan anti social yang lain.

Outcome: Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan


sejahtera

FOKUS 3:
PENGURUSAN KERJAYA MURID

Focus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada


murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan
hala tuju kerjaya. Menerusi focus ini Guru BK hendaklah:
a. Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara
terancang bagi memastikan semua murid dapat
mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju
kerjaya.
b. Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari
sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam Pelan
Pembangunan dan Perkembangan Kerjaya mereka.
c. Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama
ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan
pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam dan
swasta.

Outcome: Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa
depan.

FOKUS 4:
PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

Fokus ini bertujuan membimbing murid supaya mampu mengekal


dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi focus ini,
Guru BK hendaklah:

a. Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi.


b. Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi.
c. Membantu murid memperkembang pemikiran positif.

Outcome: Murid yang sihat pemikirannya.

Anda mungkin juga menyukai