Anda di halaman 1dari 3

Kuih Cara Berlauk Yang Sangat Sedap

Tempoh Penyediaan : 20 minit


Tempoh memasak    : 40 minit (bergantung pada jumlah acuan yang ada)
Jumlah kuih              : 50 ke 60 keping

Bahan Inti Daging:


1 keping/ 200 gram daging lembu cincang (Lyn pakai Ramly)
1/2 biji bawang besar (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air jadikan pes)
garam
sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
gula
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan masukkan pes kari
daging.  Tumis hingga garing. 

Masukkan air, serbuk lada hitam, sedikit gula, garam dan daging cincang yang telah dibasuh terlebih
dahulu.  Masak hingga air kering.

Bahan Adunan Tepung:


2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur Gred B
1 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
3/4 sudu teh garam

Bahan Sampingan:
Daun sup (hiris halus)
Daun bawang (hiris halus) - Lyn tak letak
Cili besar merah (hiris nipis menyerong)
Bawang goreng - Lyn tak letak

Cara Penyediaan:
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk besar dan kacau rata menggunakan whisk.  Boleh
jugak gunakan blender.

Tapis adunan ke dalam jug supaya mudah nak menuang adunan ke dalam acuan cara berlauk
nanti.

Panaskan acuan cara berlauk sebentar dan oleskan dengan sedikit minyak masak.

Tuang adunan tepung sehingga ke paras acuan.  Letakkan 1/2 sudu teh inti daging dan tabur dengan
hirisan lada merah, daup sup, daun bawang dan bawang goreng.

Tutup acuan dengan penutup yang bersesuaian dan masak selama kira-kira 4 minit menggunakan api
kecil.

Kuih cara berlauk yang telah benar-benar masak akan sedikit garing di bahagian bawahnya dan mudah
untuk dikeluarkan dari acuan.

Untuk mengeluarkan kuih cara berlauk dari acuannya boleh umpil sedikit bahagian tepinya dengan
menggunakan lidi sate.

#TIPS#

Cara untuk memastikan kepekatan adunan tepung anda baik, iaitu tak begitu pekat atau begitu cair
mudah je caranya.  Untuk mengetahuinya, lepas bancuh tepung boleh cuba buat sebiji dulu kuih cara. 
Kalau selepas masak kuih cara berlauk anda tenggelam bahagian tengahnya itu bermakna adunan
tepung terlalu cair.  Tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan kacau rata menggunakan
whisk.  Sebaliknya kalau adunan tepung anda terlalu pekat, kuih cara akan bulging atau membonjol
sedikit ke atas.  Kalau adunan tepung pekat, boleh tambah air sedkit demi sedikit.
Kalau nak lebih sedap, boleh jugak oleskan dengan Ghee pada acuan cara berlauk untuk rasa yang lebih
sedap.  Dulu masa pertama kali membuat cara berlauk ni Lyn oles acuan dengan Ghee.  Walau
bagaimanapun, oles menggunakan minyak biasa pun sudah memadai ya.

Kalau tak habis makan, simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk.  Bila nak
makan panaskan sebentar dalam 5 minit dalam oven atau 2 minit dalam microwave.

Yang Ni Untuk Carry Forward Bukak Puasa Esok.  Yeay!

Anda mungkin juga menyukai