Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Memang tidak dapat dinafikan dalam meneroka zaman kepesatan kemajuan teknologi
maklumat kini, manusia cenderung kepada kebendaan. Justeru, amalan membaca telah
diabaikan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja kerana mereka leka
dengan ciptaan-ciptaan gajet teknologi maklumat seperti telefon bimbit dan internet.
Sebenarnya, kepentingan membaca sebagai wahana untuk menimba ilmu pengetahuan
terpancar melalui cogan kata yang sering diwar-warkan iaitu 'Membaca Jambatan Ilmu'.
Malahan, amalan membaca sangat penting bagi mempercepat usaha kerajaan untuk
merealisasikan Wawasan 2020 melalui pembentukan rakyat yang berilmu pegetahuan.
Justeru, fenomena kurang membaca dalam kalangan remaja perlu dibenteras daripada
berterusan. Persoalannya, apakah langkah-langkah berkesan yang perlu diambil untuk
menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja.
Selain itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memupuk
amalan membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Justeru , amalan membaca perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak
kecil kerana jiwa anak-anak kecil umpama sehelai kain putih, terpulang kepada ibu bapa
untuk mencorakkannya. Jiwa kanak-kanak juga masih lembut umpama rebung dan mudah
dilentur dan dididik menjadi insan yang suka akan buku dan seterusnya suka membaca.
Contohnya, sejak kecil lagi ketika anak-anak belum boleh membaca, ibu bapa sendiri boleh
membacakan untuk mereka buku-buku cerita yang bersesuaian. Ibu bapa juga boleh
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
menghadiahi anak-anak mereka buku-buku pada hari ulang tahun kelahiran ataupun
sebagai penghargaan atas pencapaian anak-anak dalam pelbagai bidang. Jelaslah, jika ibu
bapa dapat menyemai amalan membaca ini sejak anak-anak masih kecil, usaha untuk
melahirkan remaja yang suka membaca akan tercapai.
Tambahan pula, pepatah Melayu juga menyebut Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
yang menjelaskan bahawa ibu bapa sendiri mesti mengamalkan budaya membaca di rumah
sekiranya ingin membentuk anak-anak yang juga gemar membaca. Hal ini demikian kerana,
ibu bapa berperanan menjadi suri teladan atau 'role model' kepada anak-anak terutama
yang masih di bangku sekolah. Ibu bapa perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi
yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama-sama anak-anak. Contohnya, ibu bapa
boleh menyediakan satu ruang atau bilik di rumah sebagai perpustakaan mini yang
menempatkan pelbagai buku dan bahan bacaan untuk keluarga. Di ruang inilah ibu bapa
boleh membaca bersama-sama anak-anak pada waktu lapang atau cuti hujung minggu.
Oleh itu, jelaslah sekiranya ibu bapa sendiri berjaya menjadikan amalan membaca sebagai
rutin kehidupan, pastilah amalan ini akan dicontohi oleh anak-anak dan amalan mulia ini
akan berkembang mekar dalam sanubari mereka sehingga mereka melangkah ke alam
remaja seterusnya menjadi dewasa kelak.
Seterusnya, peranan pihak sekolah juga tidak boleh disisihkan dalam usaha
menggalakkan amalan membaca ini. Hal ini demikian kerana, selain di rumah, remaja
menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Justeru pihak sekolah perlu
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca dalam
kalangan pelajar-pelajar. Contohnya, melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah merupakan penggabungan semua aktiviti galakan
membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada
pelajar mengikut bilangan buku yang telah dibaca. Usaha-usaha galakan membaca yang
berterusan perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui aktiviti-aktiviti koakademik yang
dikendalikan unit Pusat Sumber Sekolah, Ketua-ketua Bidang Mata pelajaran, Panatia-
panatia Mata Pelajaran, persatuan-persatuan dan sebagainya. Contohnya, aktiviti seperti
Bulan Bahasa, Bulan Membaca, pertandingan yang berkaitan dengan membaca dan
sebagainya perlu dijalankan. Selain itu, semua guru perlu sentiasa menekankan
kepentingan membaca kepada pelajar-pelajar dan memberi dorongan serta ganjaran yang
sewajarnya. Oleh itu, sekiranya usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca yang
lebih sistematik, terancang dan berterusan akan membentuk pelajar-pelajar yang suka
membaca dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang pada masa depan.
Selain itu, masyarakat sekitar, seperti syarikat penerbitan buku, majalah, surat khabar
dan agensi-agensi kerajaan turut mempunyai peranan dan tanggungjawab besar untuk
menggalakkkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, syarikat
penerbitan surat khabar seperti Berita Harian dan New Straits Times boleh membuat tajaan
surat khabar keluaran mereka di sekolah-sekolah untuk dijadikan bahan bacaan dan bahan
bantu mengajar kepada guru di dalam bilik darjah. Syarikat penerbitan buku pula boleh
mengadakan pameran di sekolah serta memberi potongan harga yang bersesuaian untuk
menarik minat pelajar membeli bahan-bahan bacaan yang disukai. Pendedahan dan
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
kemudahan memperoleh buku sudah pasti menjadi pemangkin untuk menggalakkan pelajar
membaca pelbagai bahan bacaan dan tidak terhad kepada buku teks dan buku rujukan
mata pelajaran sahaja.
Secara lebih meluas pula, syarikat penerbitan dan agensi kerajaan wajar mengadakan
pameran bagi mempamerkan buku-buku dan bahan bacaan terbitan terbaru dan menarik isi
kandungannya. Pesta buku juga harus diadakan untuk mempamerkan buku-buku dan
bahan bacaan yang terbaru dan berkualiti. Dalam pameran dan pesta buku, pihak
penganjur juga boleh menjemput penulis terkemuka untuk memberi peluang kepada
sesiapa yang berminat dengan karyanya bersua muka. Aktiviti-aktiviti yang menarik ini
pastinya akan mencetuskan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Kekangan utama untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja khususnya
dan masyarakat amya berkait rapat dengan kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan.
Oleh itu, dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu pengetahuan, pihak kerajaan
tidak harus menutup sebelah mata kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar dan
kawasan pedalaman. Kerajaan telah menyediakan perpustakaan awam dan perpustakaan
bergerak untuk membekalkan pelbagai jenis bahan bacaan kepada golongan ini.
Kemudahan untuk memperoleh bahan bacaan ini dapat menggalakkan mereka untuk
membaca. Juseru, untuk menyemai kepentingan membaca dalam kalangan kanak-kanak
dan remaja adalah dengan memperbanyak kempen membaca. Kempen membaca yang
diadakan disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik, contohnya, pertandingan yang
berkaitan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap dan minat mereka secara
berterusan. Dengan ini jelaslah, dengan usaha kerajaan yang berterusan, visi untuk
membentuk masyarakat yang gemar membaca akan berjaya direalisasikan.
Ekoran daripada itu, salah satu wahana yang berkesan untuk memupuk minat membaca
ialah melalui media massa. Melalui media massa seperti radio, televisyen, surat khabar dan
internet, kepentingan membaca dapat dihebahkan. Misalnya, melalui surat edaran atau
risalah, syarikat penerbitan boleh mempromosikan bahan bacaan yang baru diterbitkan.
Manakala melalui televisyen dan radio, orang awam berkesempatan untuk mengetahui
buku-buku yang baru diterbitkan serta isi kandungannya. Program televisyen berbentuk
rencana dan bual bicara tentang kepentingan membaca perlu diperbanyak untuk
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya amalan membaca.