Anda di halaman 1dari 15

SELAMAT DATANG

KE
PAMERAN BERTEMA
SECARA MAYA

PSS SMK SRI MATANG.

TEMA:
PERAYAAN TAHUN BARU CINA
TITLE
TAHUN BARU CINA
• Tahun Baru Cina merupakan
perayaan terpenting orang Cina
bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi
kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama
haiwan.
SEJARAH TAHUN BARU CINA
• Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu,
di mana seekor makhluk ganas yang bernama
‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini
membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk
ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan
malam.
• Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan
permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina.
Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun
dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi
kemeriahan masyarakat cina.

• Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik


permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala
hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan
kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Terdapat 12
ekor binatang yang menjadi simbol tahunan
kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Buddha telah
menjemput semua binatang untuk mengadapnya,
tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai.

Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua


binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak
yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.
Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus,
monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular,
naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan
bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini
akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang
tersebut.
MALAM TAHUN BARU CINA
• Kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara
makan besar. Ini simbol eratnya ikatan
kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat
harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini
biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik
panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran
‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
• Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa
dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang
dipercayai akan memanjangkan umur seseorang.
Bagi yang tua, malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai
hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan
bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
tahun baru bermula.
MAKANAN WAJIB
TARIAN SINGA
• Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan
meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu
dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan
kmenggerakKan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua
penari itu akan bergerak seakan-akan singa di
atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini
akan diiringi oleh gong,dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.
WARNA TUAH
• Warna merah membawa tuah dan kecemerlangan
dalam hidup mereka. Nasib malang akan menimpa
sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam
dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang
memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-
majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
ANG PAO
• Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpao
biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin
kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang
belum berkahwin layak menerimanya tanpa
mengira usia.
• Pemberian angpao oleh masyarakat
Cina merupakan tradisi utama mereka
dan sering diberikan dalam majlis sosial dan
keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau
ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina.
Warna merah sampul ini melambangkan
tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya
lazimnya dikehendaki bermula dengan angka
genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan
wang yang diberi ketika majlis pengebumian
CHAP GOH MEI
• Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei
‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan
penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

• Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan


pertama Imlek China. Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”,
kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam
sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

• Secara adatnya, pada hari tersebut, akan dimainkan muzik


balada cinta yang dipanggil Dondang Sayang yang
diperdendangkan di jalanan dengan instrumen biola,
gendang dan gong. Ada ketika, ia menjadi komedi apabila
liriknya digubah sendiri oleh penyanyi.
• Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa
dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai
dengan harapan mendapat jodoh.
• Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara
sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar
dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.

DARIPADA,
JK PSS
SMK SRI MATANG.

Anda mungkin juga menyukai