Anda di halaman 1dari 2

Ruj Kami : IMLD/Ruj 2 4 Januari 2019

Kepada:
Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur
ksmbggkrehrhmr4ktyhj56kujnoin, lkn9trj,lhkhie4,j ;lbjmiozugwgwglep
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan @Wangsa Maju

Tuan/Puan yang dihormati,

PERTANDINGAN MENULIS ESEI DAN LUKISAN UNTUK MURID-MURID SEKOLAH RENDAH


SEMPENA HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA PADA 21 FEBRUARI 2019.
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia (Tamil


Foundation) bersama rakan seperjuangan kami iaitu, IKRAM, LLG dan JOAS akan
menyambut Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (International Mother Language Day) 2019
pada 21 Februari 2019 yang akan datang. “Mempromosi Keterangkuman dan Pendidikan
Bahasa Ibunda”. Malaysia sangat terkenal kerana masyarakatnya yang majmuk hidup
harmoni dan sentiasa mewujudkan situasi memelihara bahasa ibunda pelbagai kaum.

3. Bagi tujuan memperluaskan dan menyemai kepentingan bahasa ibunda dalam


kalangan murid-murid, Tamil Foundation ingin mengadakan pertandingan menulis esei
dan lukisan. (sila rujuk lampiran untuk keterangan lanjut).

4. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan
galakan pihak tuan/puan kepada murid-murid sekolah tuan/puan untuk menyertai
pertandingan-pertandingan ini dan seterusnya membantu mereka menyemai rasa
kebanggaan kepada bahasa ibunda masing-masing dan juga bahasa ibunda lain. Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Projek IMLD 2019, En Govindkumar di pejabat
Tamil Foundation Malaysia (017-319 5412 / 03-2692 6533).

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Usharani Sarkunavalu
Pengarah IMLD 2019
Cc : Ragavan Annamalai (President Tamil Foundation)
Selvajothi Ramalingam (Secretary General Tamil Foundation)
Lampiran

Pertandingan Lukisan
Penyertaan: Murid-murid tahap satu (tahun 1, 2 dan 3)

Tajuk: Saya Bangga Dengan Bahasa Ibunda Saya


Syarat: Bagi pertandingan lukisan, setiap peserta perlu menghantar satu karya sahaja dan boleh
menghantar melalui email atau alamat yang diberi dibawah. Karya murid yang dihantar hendaklah
hasil usaha sendiri dan telah dipastikan oleh guru sekolah berkenaan.
Size lukisan: saiz lukisan biasa.

Pertandingan Esei
Penyertaan: Murid-murid tahap dua (tahun 4, 5 dan 6)

Tajuk: Bahasa Saya Jati diri Saya


Syarat: Bagi pertandingan menulis esei, karya perlu sekurang-kurangnya 80 patah perkataan.
Karya murid yang dihantar hendaklah hasil usaha sendiri dan telah dipastikan oleh guru sekolah
berkenaan.

Penting:
1. Tertera Nama Penuh, No. Surat Beranak/No. Kad Pengenalan dan Sekolah di karya peserta.
2. Semua karya hendaklah diterima oleh pihak penganjur sebelum 01 Februari 2019.
3. Pemenang akan diumumkan pada 17 Februari 2019 dalam Karnival IMLD 2019.
4. Para pemenang utama akan menerima hadiah khas.
5. 100 peserta yang mendapat markah tertinggi akan menerima sijil penyertaan.
6. Karya-karya peserta boleh dihantar melalui pos ataupun emel ke:

Kategori Bahasa Melayu:


PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH BERHAD
No. 9-2, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah, 43000 Seri Kembangan, Selangor.
No.Tel: +603-89442448 | No.Faks: +603-89441448.
Email: admin@musleh.edu.my

Sebagai acara permulaan kepada Program IMLD 2019 pada 21 Februari 2019, kami juga akan
menganjurkan acara Karnival IMLD 2019 pada 17 Februari 2019, dari 2.00 petang hingga 6.00
petang di Dewan Bahasa & Pustaka.

Semua sekolah di Kuala Lumpur & Selangor dijemput untuk menyertai IMLD Karnival (17/2/19) &
Acara Utama (21/2/19) untuk memeriahkan majlis. Semua pemenang pertandingan diminta
hadir ke Karnival IMLD pada (17/2/19) bagi menerima hadiah.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Karnival IMLD adalah Seni Kolaj bagi pelajar sekolah menengah,
Bicara Berirama (Choral Speaking) dan aktiviti-aktiviti kebudayaan pelbagai kaum. Para pelajar
pasti akan merasa gembira apabila mengambil bahagian dalam acara-acara yang akan diadakan di
Karnival tersebut.

Kesudian Tuan/Puan meluangkan sedikit masa bersama kami amatlah dihargai. Sila memastikan
kehadiran anda secepat mungkin.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai