Anda di halaman 1dari 15

SKRIP BUAL BICARA

PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

MODERATOR: AZIEMA NAFISA BINTI ROSLEE


PANEL 1: NAQIBA BINTI JUFFRI
PANEL 2: INTAN SUHAILI SANIP

Moderator: Dalam sejarahnya,


Melayu itu pengembara lautan, 
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Melayu itu kaya falsafahnya, 
Kias kata bidal pusaka,
Akar budi bersulamkan daya.

Assalamualaikum w.b.t.

Yang dihormati,

Dr Norasiah binti Hj. Abdullah, pensyarah subjek BMMB3163 Kebudayaan


Kebangsaan. Yang dikasihi lagi diraikan, dua ahli panel yang pastinya
sentiasa gigih melontarkan idea menyebarkan pengetahuan. 

Sidang hadirin yang dihormati, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama bersua pada petang
yang serba indah ini. Saya, Aziema Nafisa akan bersama-sama hadirin
sekalian untuk mempengerusikan bual bicara kita pada petang ini. 

Saya yakin pasti ramai yang sedang tertanya, tidak sabar hendak
berkenalan dengan dua kuntum bunga yang berseri mengapit saya petang
ini. Baiklah, panel pertama petang ini berasal dari Pontian, Johor. Wah,
orang negeri saya ini! Manis senyuman, pasti memikat hati yang
memandang. Selamat datang, saudari Naqiba binti Juffri. Terima kasih
atas kesudian meluangkan masa untuk berkongsi ilmu pada petang ini.   

Ahli Panel Ya, sama-sama saudari moderator. Tidak sangka ya sebesar-besar negeri
Pertama:  Johor, akhirnya kita dipertemukan dalam bual bicara ini. Terima kasih juga
kerana sudi menjemput saya sebagai panel petang ini.

Moderator: Ya, betul itu! Inilah yang dikatakan jodoh kerana panel kedua kita pada
petang ini juga berasal dari Muar, Johor. Untuk makluman sidang hadirin,
saudari Intan Suhaili Sanip baru sahaja mendirikan rumah tangga pada
penghujung tahun 2020. Tahniah diucapkan. Semoga ikatan yang dibina
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

kekal hingga syurga. Terima kasih kerana menerima undangan untuk


bersama-sama dengan kami pada petang ini. Dengar kata, pasangannya
juga berasal dari Johor ya saudari Intan?

Ahli Panel Amin, terima kasih atas doanya saudari moderator. Jadi segan pula saya.
Kedua: Ya, betul. Bukan sekadar satu Johor, bahkan satu Muar. Alhamdulillah.
Terima kasih buat pihak penganjur atas kesudian menjemput saya untuk
bergabung dengan saudari Naqhiba yang hebat ini sebagai ahli panel.

Moderator: Baiklah, terima kasih buat kedua-dua panel. Kalau ikutkan hati banyak lagi
hendak disembangkan ini. Tapi memandangkan topik kita pada malam ini
(Pusingan
lebih menarik, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu mauduk bual
pertama)
bicara kita pada hari ini. Mauduk bual bicara kita berkisar mengenai
perubahan dalam aspek sosiopolitik di Tanah Melayu sebelum dan
selepas kedatangan pengaruh asing. Apakah yang dimaksudkan dengan
sosiopolitik? 

Perkataan sosiopolitik ini sebenarnya memiliki dua pecahan iaitu sosio


dan politik. Sosio itu sendiri merupakan awalan yang digunakan dalam
apa sahaja perkataan dan membawa maksud faktor kemasyarakatan.
Manakala politik pula ialah proses dan cara membuat keputusan bagi
sesuatu kumpulan. Jadi dapat disimpulkan di sini, sosiopolitik membawa
maksud sebuah proses menentukan kata putus mengenai kehidupan
sesebuah masyarakat. 

Untuk makluman hadirin, budaya dalam masyarakat boleh berubah seiring


dengan peredaran masa yang membuka peluang kepada pengaruh-
pengaruh yang datang dari luar ruang budaya masyarakat. Oleh kerana
itulah, pengaruh agama Hindu-Buddha banyak mengubah budaya Melayu
dalam aspek sosiopolitik.

Sidang hadirin yang dikasihi, izinkan saya untuk membuka tirai diskusi
bual bicara kita dengan penerangan terperinci daripada panel pertama
berkenaan perubahan dalam budaya Melayu disebabkan oleh pengaruh
Hindu-Buddha dari segi sosiopolitik. Dipersilakan, saudari Naqiba.

Ahli Panel Terima kasih saudari pengerusi, saudari Aziema.


Pertama:
Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati.
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

Sungguh menarik persoalan yang diajukan oleh saudari pengerusi tentang


pengaruh Hindu-Buddha dalam perubahan budaya Melayu daripada
aspek sosiopolitik.

Baiklah, seperti yang kita sedia tahu negara Malaysia merupakan sebuah
negara Islam kerana Islam merupakan agama rasmi di negara ini. Hal ini
demikian kerana Islam telah banyak mempengaruhi sosiopolitik dari segi
sistem pemerintahan dan pentadbiran. Sebelum kedatangan islam, sistem
pemerintahan yang diamalkan sudah bercorak institusi pemerintahan
beraja. Namun, sistem beraja yang dimalakan pada peringkat awalnya
adalah dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Agama ini merupakan
salah satu daripada agama utama di dunia yang telah lama bertapak di
Asia Tenggara.

Dari sini, wujudnya konsep Devaraja di mana raja diserapi dengan sifat
ketuhanan dan dipandang sebagai penitisan dewa (avatar). Dalam struktur
pemerintahan berasaskan Hindu, dengan kedudukan raja yang luar biasa
sebagai Devaraja itu, maka wujudlah sistem feudalisme yang melahirkan
taat setia yang membuta tuli (unquestioning loyalty) terhadap raja. Dengan
adanya kepercayaan dalam kalangan rakyat bahawa raja adalah titisan
dewa dan mempunyai ‘daulat’ dan ‘kesaktian’, maka rakyat akan patuh
dan taat terhadap apa sahaja perintah raja, meskipun perintah atau
undang-undang yang dikenakan itu zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Hal ini kerana Devaraja bermaksud raja dianggap wakil tuhan untuk
memerintah dimuka bumi dan diberi sifat luhur dan suci sesuai dengan
sifat dewa-dewa.

Namun, selepas kedatangan Islam, gelaran dan konsep devaraja telah


berubah sesuai dengan agama Islam. Perkataan raja telah ditukar kepada
Sultan atau Shah yang berasal daripada perkataan arab seperti Sultan
Kedah, Sultan Terengganu, Sultan Pahang dan sebagainya.

Baiklah, itu sahaja penerangan bagi pengaruh Hindu-Buddha terhadap


sosiopolitik di Tanah Melayu dan saya menyentuh sedikit sahaja
berkenaan dengan pengaruh selepas kedatangan Islam yang akan
diterangkan lebih lanjut oleh panel seterusnya.

Kembali semula kepada saudari moderator, saudari Aziema.


SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

Moderator: Terima kasih saudari Naqiba atas penerangan yang pada amatan saya,
sangat jelas, padu dan lengkap. Disokong pula dengan fakta berkenaan
sejarah kedatangan pengaruh asing ini ke Tanah Melayu menguatkan lagi
kenyataan bahawasanya pemerintahan tradisional Melayu pada masa
dahulu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Masyarakat
zaman dahulu terlalu percayakan kedaulatan raja. Bagi mereka, raja itu
adalah “ganti” Tuhan di dalam dunia ini. Namun, apabila pengaruh Arab
datang ke Tanah Melayu, berlaku banyak perubahan dalam aspek
sosiopolitik. 

Sidang hadirin sekalian, bagi mengupas dengan lebih terperinci mengenai


topik ini, saya serahkan kepada panel kedua iaitu saudari Intan.
Dipersilakan.

Ahli Penal Baiklah terima kasih saudari Aziema selaku pengerusi majlis. 
Kedua:
Berikut dengan soalan saudari tadi tentang kesan pengaruh Arab kepada
sosiopolitik Melayu. Kita tahu selepas berlaku penyerapan agama Hindu
dalam budaya Melayu telah datangnya pula agama Islam yang dibawa
oleh orang Arab. Yang pada awalnya datang untuk berdagang dan
kemudian menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu ketika itu. Dari
segi perubahan pada corak pemerintahan Melayu, terdapat juga
perubahan-perubahan yang dilakukan iaitu Islam telah memberi input
dalam mencorakkan politik dalam sistem kesultanan Melayu. Islam juga
telah membawa transformasi nilai dan etika pemerintahan kepada raja-
raja. 

Selain itu, watak dan peribadi sultan juga berubah menjadi lebih positif,
cintakan ilmu serta gemar berdamping dengan ulamak ilmuan. Contohnya,
Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka turut belajar kitab-kitab agama
seperti yang dinyatakan dalam Sulalatus Salatin. Melalui Islam jugalah
berubahnya gelaran Raja kepada Sultan. Apabila seorang Raja telah
memeluk Islam terus akan ditukar kepada Sultan iaitu penerimaan
perkataan Arab. Perkataan ini asalnya merupakan kata nama abstrak
yang bermaksud kekuatan dan kuasa dan diguna pakai dalam budaya
Melayu untuk menunjukkan pada ketika itu Melayu telah menerima Islam
sebagai agama. 

Sehingga kini, negara Malaysia telah menjadikan Islam sebagai agama


SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

rasmi negara. Seterusnya, kalau dari segi kesamarataan. Seperti yang


saudari Naqiba nyatakan tadi, pengaruh Hindu mewujudkan sistem kasta
yang membezakan taraf masyarakat. Selepas kedatangan Islam. Tiada
lagi kasta yang membezakan sesama manusia kerana dalam Islam hanya
Rasulullah SAW sahajalah yang mempunyai darjat yang berbeza. Yang
membezakan seseorang itu ialah ketakwaan dan keimanan seseorang itu
beribadat kepada Allah. 

Sekian sahaja penerangan saya tentang pengaruh arab terhadap


sosiopolitik Melayu. Saya serahkan semula kepada saudari Aziema.

Moderator: Terima kasih saudari Intan. Seram sejuk saya rasa apabila berdiskusi
dengan kedua-dua panel yang cerdik pandai dalam bidang Sejarah ini
(Pusingan
kerana segala penerangan yang dinyatakan adalah berasaskan fakta yang
kedua)
sahih. 

Jadi, berbalik kepada penelitian dalam huraian saudari Intan tadi, saya
berminat dengan fakta berkaitan konsep dan sistem pemerintahan pada
zaman pengaruh Hindu-Buddha telah bertukar kepada konsep dan sistem
sultan dalam Islam walaupun tidak secara keseluruhan. Sultan sebagai
ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan
melindungi hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua
agama dan adat yang bertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan
keharmonian adat. Sultan tidak dianggap sebagai manusia paling suci
seperti kepercayaan zaman Hindu-Buddha sebelumnya. Namun begitu,
sewaktu kedatangan Islam, masyarakat menganggap sultan adalah
manusia yang mulia, para sultan dianggap mempunyai daulat (kekuasaan
halus) yang hanya dimiliki oleh raja dan tidak boleh diganggu-gugat.

Hadirin sekalian.

Amalan sistem pentadbiran yang bercorak feudal iaitu masyarakat Melayu


yang berajakan sultan dan menghormati kepimpinan ketua seperti
penghulu telah mendorong kuasa Barat (British) untuk berbaik dengan
sultan dan ketua orang Melayu.

Pengaruh besar yang dibawa oleh Barat kesan daripada campur tangan
mereka dalam aspek sosiopolitik telah memperkenalkan Sistem Residen
untuk menjamin kepentingan mereka di Tanah Melayu tanpa
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

mengabaikan kuasa Sultan yang masih berperanan dalam soal agama


Islam dan adat istiadat Melayu. Rentetan itu, kuasa Sultan dan penghulu
yang dikekalkan menyebabkan masyarakat Melayu di kawasan
pedalaman khususnya, tidak merasai kedatangan kuasa Barat ini. 

Oleh itu, bagi meneruskan lagi perbincangan berkaitan topik utama bual
bicara ini, saya mempersilakan saudari Naqiba untuk mengulas dengan
lebih lanjut mengenai perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran
di negeri-negeri di Tanah Melayu kesan daripada pengaruh Barat.

Ahli Panel Terima kasih saudari Aziema.


Pertama:
Seterusnya, saya akan mengupas berkenaan dengan salah satu
perubahan pentabiran di negeri-negeri di Tanah Melayu selepas
berlakunya pengaruh barat.

Penguasaan Inggeris di Negeri-negeri Melayu telah membawa pelbagai


perubahan dalam masyarakat tempatan. Saya akan menyentuh
perubahan dari segi aspek perubahan politik, di mana penjajah Inggeris
telah melaksanakan perubahan dalam sistem pentadbiran di negeri-negeri
di Tanah Melayu, terutamanya selepas pelaksanaan sistem Residen.

Pembentukan sistem persekutuan 1895 adalah kesinambungan daripada


sistem pentadbiran moden yang diasaskan di Negeri-Negeri Melayu
Naungan melalui Sistem Residen pada tahun 1874 setelah termeterainya
Perjanjian Pangkor. Semenjak tahun 1895, sistem pentadbiran
persekutuan berkembang dalam tempoh kira-kira 37 tahun sebelum
tercetusnya Perang Dunia Kedua. Hal ini sesungguhnya merupakan
tempoh yang singkat bagi satu perubahan yang besar dan dinamik.
Walaupun tempoh itu singkat namun perubahan tersebut telah menjadi
asas permulaan yang kukuh kepada sistem berkonsepkan negara.
Kepelbagaian fungsi dan mekanisme dalam pentadbiran persekutuan
telah menjadi asas kepada perkembangan pentadbiran Negeri-Negeri
Melayu.

Seperti yang kita sedia tahu, pentadbir British telah memperkenalkan


selok belok pentadbiran moden namun Raja-Raja Melayu yang mewarisi
pemerintahan sistem tradisional ini yang telah meneruskan fungsi itu
dengan penuh kebijaksanaan, dengan menjadi kuasa semak-imbang
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

dalam menegur pentadbiran pihak British. Dengan kebijaksanaan Raja-


Raja Melayu menjadikan pentadbiran persekutuan mengambil kira
sensitiviti tempatan serta masa depan Negeri-Negeri Melayu khususnya
dalam melibatkan orang-orang Melayu dalam pentadbiran serta
mengembalikan kuasa pentadbiran kepada Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, peranan Raja-Raja Melayu itu sendiri memberi impak


kepada perkembangan pentadbiran persekutuan. Semasa mula menerima
pengaruh British melalui Sistem Residen, Raja-Raja Melayu terpaksa
berdepan dengan Residen yang secara tidak rasmi ‘bersaing’ dalam
melaksanakan kuasa tadbir urus. Namun melalui sistem persekutuan,
Raja-Raja Melayu memberi isyarat yang jelas kepada pihak British
bahawa Raja adalah pentadbir absah dalam pemerintahan. Hal ini adalah
sejajar dengan pentadbiran moden konsep British sendiri yang punca
kuasanya adalah lunas perundangan, maka keabsahan Raja-Raja Melayu
itulah punca kuasa yang sebenarnya dalam hal ehwal pentadbiran,
perundangan dan pemerintahan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Dalam aspek perkhidmatan awam, perkembangan telah berlaku secara


dinamik dengan penglibatan Raja-Raja Melayu dalam menggesa agar
diwujudkan perkhidmatan awam bagi orang-orang Melayu. Suara Raja-
Raja Melayu dalam Durbar telah disambut oleh pihak British dan dengan
itu perkhidmatan awam telah mula dibuka kepada orang-orang Melayu.
Jika dilihat berdasarkan kepada permulaan diwujudkan skim
Perkhidmatan Pegawai Rendah Melayu, yang dimulakan pada tahun
1910. Skim perkhidmatan itu telah berkembang dengan amat pantas iaitu
hanya dalam tempoh 20 tahun sahaja iaitu pada tahun 1930 telah
berkembang menjadi skim Perkhidmatan Tadbiran Melayu. 

Sidang hadirin yang dihormati.

Kesimpulannya, ini sebenarnya menunjukkan bahawa orang-orang


Melayu mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan
pentadbiran. Sedikit sebanyak perkara ini juga sebenarnya menunjukkan
bahawa kemampuan mentadbir negara sendiri itu sudah sememangnya
terdapat pada orang-orang Melayu sejak zaman tradisional dan
kemudiannya diteruskan pentadbir-pentadbir dalam perkhidmatan awam
moden pula melalui kesinambungan Sistem Residen yang dibawa oleh
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

pengaruh British.

Sekian, daripada saya. Saya serahkan semula kepada saudari moderator.

Moderator: Terima kasih saudari Naqiba. Berdasarkan penerangan saudari sebentar


tadi, dapat saya simpulkan bahawa perubahan politik yang dilakukan
oleh pihak Inggeris tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat Melayu
terutamanya bagi golongan atasan seperti Sultan dan Pembesar.
Mereka kehilangan banyak kuasa dalam pentadbiran kerana British
telah memberi dimensi baru kepada sistem pentadbiran. Sungguhpun
begitu, pentadbiran ini memberikan peluang kepada pembesar
tempatan mengetahui selok-belok pentadbiran melalui penglibatan
mereka dalam Majlis Mesyuarat Negeri. 

Sidang hadirin yang dihormati.

Pengaruh Inggeris ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda


masyarakat Melayu terhadap strategi dan kemahiran yang diperlukan
dalam sisiopolitik. Oleh hal yang demikian, berdasarkan pengetahuan dan
pengamatan saudari Intan, boleh saudari kongsikan dengan lebih spesifik
apakah inspirasi yang dibawa oleh pengaruh Barat ke dalam sosiopolitik
Melayu?

Ahli Panel Terima kasih saudari Aziema atas soalan yang diajukan. 
Kedua:
Kita tahu terdapat campur tangan politik ketika era penjajahan barat yang
dibuat semata-mata untuk mengaut hasil bumi di Tanah Melayu ketika itu.
Sungguhpun begitu, penjajahan mereka sebenarnya sedikit sebanyak
memberi inspirasi dalam budaya sosiopolitik Melayu ketika itu. Misalnya,
sistem yang diguna pakai di Malaysia ketika ini iaitu sistem demokrasi.

Sistem demokrasi ialah satu sistem yang mana rakyat sesebuah negara
itu terlibat membuat keputusan tentang perkara-perkara dalam negara.
Dengan itu wujudnya pilihan raya untuk memilih wakil rakyat mengikut
pendapat masing-masing. Sistem demokrasi ini telah dibawa oleh barat
suatu ketika dahulu sekali gus memberi impak yang besar dalam sistem
pentadbiran Tanah Melayu. 

Sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja


yang diamalkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu. Kedaulatan dan
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat menggunakan suara majoriti


yang memilih. Terdapat banyak jenis demokrasi dan Malaysia telah
memilih Demokrasi Berparlimen. Sistem demokrasi ini telah diamalkan
oleh masyarakat Melayu sejak awal kemerdekaan lagi dan bertahan
sehingga sekarang. 

Sekian sahaja daripada saya tentang pengaruh barat terhadap


sosiopolitik. Saya serahkan semula kepada saudari moderator.

Moderator: Terima kasih saudari Intan atas perkongsian maklumat tersebut. Jujur
saya katakan, saya sangat terpana dan tergamam dengan kedua-dua ahli
(Pusingan
panel kita malam ini. Satu demi satu perbincangan berjaya dikupas dan
ketiga)
diterangkan secara teliti dengan kehadiran bukti sokongan. 

Menyentuh isi penerangan daripada saudari Naqiba dan saudari Intan


tadi, dapatlah saya simpulkan bahawa aspek-aspek perubahan yang
dilakukan oleh Inggeris dalam sosiopolitik Melayu ialah penghapusan
sistem perhambaan yang menggunakan sumber-sumber tenaga
hamba abdi serta penghapusan sistem kerah di mana pembesar
dilarang menggunakan tenaga manusia bagi kerja-kerja peribadi
ataupun kerajaan.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan


di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan
peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun
penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa
sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam
politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada
zaman penjajahan British, namun sultan tetap menjadi unsur penting
dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

Berdasarkan kenyataan ini, saya mohon saudari Naqiba untuk


menjelaskan dengan teliti berkaitan peranan raja atau sultan sebelum
penjajahan British. Dipersilakan.

Ahli Panel Baiklah saudari Aziema.


Pertama:
Para hadirin sekalian, saya teruskan lagi bual bicara ini dengan
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

menyimpulkan dengan lebih jelas mengenai peranan Raja atau sultan


sebelum penjajahan British.

Pertamanya, sebelum penjajahan British sultan merupakan ketua


kerajaan. Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur
pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua
kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh
dipersoal. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan
dengan hukum manusia dan hukum agama.

Seterusnya, sultan juga berperanan dalam bidang perundangan dan


kehakiman. Sultan berkuasa menggubal undang-undang dan berperanan
sebagai ketua hakim. Segala perintah dan arahan raja serta perakuan
raja, dianggap sebagai undang-undang. Jadi perundangan pada waktu itu
tertakluk kepada perintah sultan. Baginda bertanggungjawab dalam
mengendali dan memutuskan hukuman daripada sekecil-kecil hukuman
sehinggalah hukuman mati. Baginda juga berhak memberi pengampunan
kepada pesalah yang dikehendaki kerana baginda memelihara undang-
undang dalam negeri untuk mengawal kesejahteraan rakyatnya. Jadi kita
dapat lihat, pada waktu pemerintahan ketika itu sultan berhak
memutuskan hukuman dan memberi pengampunan kepada pesalah.

Selain itu, sultan juga berkuasa melantik pembesar di mana baginda boleh
melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar
negeri. Sehubungan itu, golongan pembesar yang dilantik mestilah
berwibawa supaya dapat membantu baginda dalam pentadbiran negeri.
Hal ini demikian kerana kuat atau lebih seseorang raja atau kerajaan itu
adalah bergantung kepada golongan pembesar yang dilantik. Baginda
juga berhak memecat dan melantik penggantinya sendiri iaitu dalam
kalangan putera-putera baginda.

Di samping itu, pemerintahan pada ketika itu sultan berperanan sebagai


ketua tentera. Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing.
Contohnya, sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai
angkatan tentera itu sendiri dan mempertahan negara daripada serangan
musuh atau menakluk negara lain.

Akhir sekali, sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan


mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian,


perdagangan dan pemungutan cukai. Sultan juga berperanan menyelaras
sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat
hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad
menerima hasil cukai (bijih timah) dan Kelang daripada Raja Mahadi.
Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di Muara Sungai
Pahang berjumlah $50,000 setahun dan dari segi pertanian sultan berhak
mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para
pembesar negeri.

Kesimpulannya, di sini kita dapat lihat sebelum datangnya campur tangan


British dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran tanah Melayu Raja
atau sultan memainkan peranan yang penting dalam sistem pemerintahan
di Tanah Melayu. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah
Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis.

Saya serahkan semula kepada saudari Aziema. 

Moderator: Terima kasih saudari Naqiba. Jelaslah di sini bahawa sebelum


kedatangan British ke Tanah Melayu, raja/sultan memainkan peranan
yang cukup besar. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan
seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua
keputusan. Setiap perintah raja/sultan menjadi undang-undang. Oleh itu,
perintah itu wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia
dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang,
menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak
mengampunkan pesalah, yang mana keistimewaan ini tidak ada pada
golongan pembesar.

Sidang hadirin sekalian, Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada


tahun 1874 telah mengubah kedudukan kuasa pemerintahan raja/sultan.
Perjanjian Pangkor ini juga telah mengubah sistem politik tradisional
kepada sistem politik baharu di bawah pentadbiran British. Untuk itu,
dipersilakan panel kedua iaitu saudari Intan untuk menghuraikan topik ini
dengan lebih lanjut.

Ahli Panel Terima kasih saudari pengerusi majlis. Menyambung kepada perkongsian
Kedua: saudari naqiba itu tadi. Kalau dia sebelum saya pula selepas. Seperti yang
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

saudari Naqiba ceritakan dalam pusingan sebelumnya, wujudnya sistem


residen yang sebenarnya menggugat kedudukan sultan pada ketika itu.
Walaupun pihak British meletakkan sultan sebagai Presiden Majlis Negeri
tetapi semua keputusan itu tak kan lepas selagi tak diluluskan oleh
residen. Nampak sahaja sultan ada kuasa dalam sistem ini tetapi segala
keputusan berpusat kepada Residen Jeneral. Raja- raja Melayu hanya
berkuasa untuk dua perkara sahaja iaitu adat istiadat orang Melayu dan
agama. 

Selain daripada itu, raja bukan sahaja hilang kuasa dalam pentadbiran
tetapi dalam perundangan juga. British memperkenalkan sistem
perundangan baharu. Semua peraturan dibuat oleh sistem kehakiman
yang mana orang British adalah ahlinya.

Bukan itu sahaja, raja turut hilang kuasa dalam bidang ekonomi. Cukai-
cukai yang tinggi dan pergerakan import-eksport hasil bumi tanah Melayu
semua di tangan orang British. Lama-lama ekonomi tradisional terhakis
sebab British perlahan-lahan membangunkan ekonomi kapitalisnya.

Akhir sekali, raja juga hilang kuasa terhadap tenteranya. Bayangkan


sultan yang kuasa tertinggi tiada tentera sendiri. Semua tentera telah
diambil oleh pihak British untuk membentuk polis dan askar bagi
kegunaan British sendiri. Secara automatiknya, sultan langsung tiada
kuasa tentang sistem ketenteraan Melayu pada ketika itu. 

Di sini jelas sangat bahawa kedatangan British ini ke Tanah Melayu


menggugat kewibawaan seorang Raja pada ketika itu.

Moderator: Baiklah, terima kasih saudari Intan. Kesimpulannya, berdasarkan


perbincangan di atas adalah jelas bahawa sebelum penjajahan, raja /
sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang
politik. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik
masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu. Peranan sultan yang
lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis.
Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke atas Tanah Melayu
memberi kesan terhadap pengenalan sistem pentadbiran baharu
sehingga menyebabkan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar
menjadi lambang kekuasaan, sedangkan kuasa sebenar berada di
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

tangan Residen.

(Pusingan Sidang hadirin yang dikasihi, 


keempat: 
Sekarang, sesi bual bicara ini akan dibuka untuk sesi soalan berkaitan
Soal jawab) topik yang dibincangkan. 

Moderator: (Moderator akan dua memilih soalan sahaja akibat kekangan masa. Satu
soalan untuk panel pertama, dan soalan seterusnya untuk panel kedua)

Moderator: Sebelum sesi bual bicara ini berakhir, saya mohon kedua-dua ahli panel
untuk membuat rumusan secara ringkas berkaitan perbincangan kita pada
hari ini, berdasarkan persoalan berikut iaitu adakah pengaruh asing ini
mendatangkan kebaikan pada sosiopolitik di Malaysia? Kita mulakan
dengan kesimpulan panel pertama iaitu saudari Naqiba dahulu, kemudian
diikuti dengan kesimpulan daripada panel kedua, saudari Intan.
Dipersilakan.

Ahli Panel Bagi menjawab soalan saudari moderator, kesimpulannya pada pendapat
Pertama: saya pengaruh asing yang membawa kepada perubahan sosiopolitik di
Tanah Melayu mempunyai sisi baik dan juga buruk. Namun, saya
fokuskan kepada sisi kebaikan iaitu menyentuh kepada pengaruh asing
setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara. Setelah
masuknya pengaruh Islam, sistem politik dan pentadbiran masyarakat
Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Dalam
konteks sosial pula Islam mengajar tidak menerapkan atau
mengaplikasikan sistem kasta dalam masyarakat seperti yang terdapat
dalam pengaruh Hindu-Buddha. Oleh itu, Raja, rakyat sama ada tua atau
muda, kaya atau miskin semuanya mempunyai peranan dalam
masyarakat. Oleh itu, kitab oleh simpulkan Islam telah mengubah corak
hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia ke
arah yang lebih baik.

Baiklah, itu sahaja kesimpulan yang saya boleh simpulkan yang diambil
dari sisi kebaikan setelah pengaruh Islam terhadap sosiopolitik Melayu.

Saya serahkan kepada panel kedua untuk memberi pendapat beliau pula.
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

Ahli Panel Terima kasih saudari Naqiba. Di sini saya dapat simpulkan, bagi saya
Kedua: pengaruh asing ini sebenarnya ada baik dan ada buruknya. 

Dari segi baiknya, pengaruh asing inilah yang membantu membentuk


Malaysia yang sekarang iaitu yang lebih maju dan lebih ke depan
berbanding dahulu. Sekiranya, tidak datang pengaruh Hindu, Arab dan
Barat, tiadalah konsep Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan
sekarang. Semua itu adalah cantuman daripada pengaruh-pengaruh asing
yang diserap ke budaya Melayu. 

Tetapi dari segi buruknya pula, kita kasihan melihat perjuangan nenek
moyang kita ramai yang terkorban ketika zaman pemerintahan Barat suatu
ketika dahulu. Mereka menentang berhabis-habisan untuk
mempertahankan Tanah Melayu yang kita duduki sekarang. Tapi tidak
mengapalah. Semoga pengorbanan nenek moyang kita dahulu itu
dijadikan tauladan kepada generasi kini serta generasi akan datang
supaya lebih menyayangi Malaysia. Sekian daripada saya. Saya serahkan
semula kepada pengerusi majlis.

Moderator: Sudah terang lagi bersuluh sebenarnya pengaruh asing terhadap aspek
sosiopolitik ini memberikan banyak maslahat kepada masyarakat,
terutamanya penduduk Tanah Melayu pada masa dahulu, para pembesar
dan juga barisan pemimpin. Di samping itu, terdapat juga beberapa kesan
negatif pengaruh asing dalam sosiopolitik, yang mana perkara ini
sewajarnya dijadikan pengajaran dan panduan utama untuk masa
hadapan. 

Dengan berakhirnya rumusan oleh kedua-dua panel itu tadi, maka sesi


bual bicara kita pada petang ini juga hampir ke penghujungnya. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada saudari Naqiba dan saudari Intan atas
kesudian menerima jemputan untuk sama-sama melakukan perbincangan
mendalam berkaitan topik kita. Semoga saudari berdua sentiasa
berlapang dada untuk menerima jemputan daripada kami lagi selepas ini.
Saya juga mewakili pihak penganjur ingin memohon maaf sekiranya
terdapat kekurangan daripada pihak kami bagi sesi bual bicara kali ini.

Tidak dilupakan juga, sekalung penghargaan buat penonton yang setia


bersama kita dari awal hinggalah ke akhir sesi bual bicara ini. Semoga
SKRIP BUAL BICARA
PENGARUH ASING MEMBAWA PERUBAHAN DALAM SOSIOPOLITIK MELAYU

perkongsian pada malam ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

Saya akhiri bual bicara ini dengan serangkap pantun:

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian, assalamualaikum w.b.t. Jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai