Anda di halaman 1dari 1

Cikgu Mohd Syafiq bin Morshidi,

Guru Kelas 1 Othman,


SK Agama Bintulu. 06 Ogos 2020

Tuan,

ABDULLAH AZZAM BIN HARTONO: MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 27.07.2020 hingga 29.07.2020
(Isnin – Rabu) kerana urusan keluarga dan berada di Terengganu sepanjang tempoh tersebut.

3. Anak saya turut tidak hadir ke sekolah pada 03.08.2020 hingga 05.08.2020 (Isnin – Rabu) kerana
menerima arahan kuarantin di rumah sebaik pulang dari Semenanjung.

4. Segala pertimbangan dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………….
(NIK AIDA MASTURA BINTI NIK ABDUL MAJID)
013-5954330

Anda mungkin juga menyukai