Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan agama adalah sangat vital terutama
pada era yang kian membangun dari masa ke masa. Menurut kamus edisi keempat,
perpaduan bermaksud keadaan atau hal berpadu. Melihat kepada isu-isu politik dan
semasa yang terjadi di Eropah dan Timur Tengah, sudah terang lagi bersuluh
bahawa masalah perpaduan merupakan antara punca tercetusnya sesebuah
peperangan. Oleh kerana ketamakan dan sifat semangat kesukuan yang ekstrem,
rakyat tempatan yang memperjuangkan pembentukan sebuah negara etnik
homogenous telah menyebabkan banyak negara masuk ke kancah pergolakan
politik dan peperangan. Hal ini bukan sahaja menjejaskan keamanan negara mereka
sendiri tetapi juga kepada negara serantau dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Sejarah jelas mempamerkan pergolakan-pergolakan yang berlaku di negara seperti
Israel-Palestin, Bosnia, dan Myanmar adalah kerana kegagalan bukan sahaja
pemimpin tetapi juga masyarakat dalam menjaga ikatan persaudaraan yang
berlainan daripada kaum atau bangsa mereka sendiri.

ISI KANDUNGAN KONFLIK

a) Konflik Israel-Palestin
Majoriti orang yang tinggal di kawasan itu sebelum Israel menjadi sebuah negara
adalah orang Palestin-Arab yang tinggal di kawasan yang ketika itu dikenali sebagai
Palestin. Israel secara rasmi menubuhkan sebuah negara pada 14 Mei 1948.
Walaupun agama sememangnya memainkan peranan, ia lebih menuju kepada faktor
ideologi. Golongan Yahudi telah berhijrah ke Palestin pada abad ke-19 kerana
mereka ditindas di Eropah oleh golongan Nazi. Ini telah mewujudkan gerakan
Zionisme iaitu ideologi penjajah yang bersifat rasis. Zionisme sebagai ideologi
sememangnya bersifat anti-Palestin kerana ia hanya dapat dilaksanakan melalui
pencucian berterusan rakyat Palestin (Tasnim Abdul Rahmad et al. 2015). Oleh
kerana itu, rakyat Palestin dan orang-orang yang menentang zionisme menanamkan
sifat anti-zionisme dalam menyokong solidariti untuk memperjuangkan hak asasi
Palestin. Selepas deklarasi Balfour dikeluarkan, hasrat untuk menubuhkan negara
Israel disokong oleh British. Walaubagaimanapun, deklarasi ini dikeluarkan secara
terang-terangan tanpa menghiraukan penduduk asli, dan tidak mengambil kira
orang-orang Palestin dan keinginan mereka. Sebelum ini, Orang Arab dan Yahudi
telah tinggal bersama antara satu sama lain selama berabad-abad di Palestin dan
negara-negara jiran yang lain. Zionisme, bagaimanapun, mula bergerak ke Palestin
dengan memegang ideologi yang tidak berkeperimanusiaan. Tokoh-tokoh zionisme

1
ini juga mengakui bahawa zionisme adalah projek penjajah; perkataan 'kolonial'
bahkan digunakan dalam nama organisasi zionisme awal (Theodor Herzl). Intifada;
gegaran, menggigil merujuk kepada dua pemberontakan Palestin terhadap
pendudukan Israel telah dilakukan namun ini hanya menambah api kerana Israel
membalas protes ini dengan kekerasan yang melampau. Peperangan demi
peperangan berlaku yang hanya menyebabkan golongan Palestin kehilangan tanah
mereka. Perjanjian Oslo merupakan satu proses perdamaian yang merangkumi
hubungan politik dan diplomatik antara Israel dan Palestin. Walaupun perjanjian ini
boleh dilihat sebagai proses berterusan, tetapi konflik ini masih kekal sebagai isu
yang paling mencabar di Timur Tengah.

b) Pembersihan etnik di Bosnia


Krisis yang tercetus pada tahun 1992 ekoran pengisytiharan kemerdekaan Bosnia
daripada Yugoslavia, memperlihatkan satu peperangan berat sebelah antara pihak
Serbia dan Bosnia. Bosnia mempunyai masyarakat yang majoritinya adalah
penganut agama Islam. Selain Bosnia terdapat juga bangsa Serb Ortodoks di
samping bangsa-bangsa lain yang merupakan kumpulan minoriti. Walaupun begitu,
puak Serbia berhasrat menghapuskan penganut agama Islam kerana ingin
membalas dendam terhadap kerajaan Uthmaniyah yang pernah menjajah mereka
suatu ketika dahulu. Walaupun beberapa peperangan telah berlaku, peperangan
yang berlaku pada 1992-1995 dikatakan sebagai kemuncak kerana peperangan
tersebut merupakan peperangan terkejam dalam sejarah manusia selepas Perang
Dunia Pertama dan Kedua. Hakikatnya, Muslim Bosnia menjadi mangsa kepada
keganasan Serb dalam konflik tersebut. Pada tahun 1908, Bosnia telah dijadikan
sebahagian dari Empayar Austria-Hungary. Oleh itu, hasrat pihak Serbia untuk
membentuk The Greater Serbia yang meliputi Bosnia tidak kesampaian kerana
mereka terpaksa berhadapan dengan Empayar Austria-Hungary. Masalah wilayah ini
bermula dengan kematian Tito pada tahun 1980 dan kemunculan Slobodan
Milosevic yang telah terpilih sebagai pemimpin. Dengan menganjurkan idea Greater
Serbia, Milosevic telah mengukuhkan nasionalisme Serb dan menimbulkan
kebimbangan di kalangan puak Serb. Apabila Slovenia dan Croatia mengistiharkan
kemerdekaan pada bulan Jun 1991, dan diikuti oleh Macedonia dan Bosnia-
Herzegovina, maka perang tidak dapat dielakkan lagi. Antara kezaliman yang
dilakukan oleh kumpulan tentera Serb terhadap etnik Bosnia ialah pemindahan
secara paksaan, pembunuhan, pemusnahan fizikal seluruh bandar, dan perogolan
ribuan wanita etnik Bosnia. Pembersihan etnik dan kekejaman lain yang dahsyat
dapat membuktikan bahawa Serb juga menjalankan pembasmian kaum (genocide)

2
ke atas Muslim Bosnia. Perogolan dan seksaan seksual golongan wanita orang
Islam Bosnia dan Croat berlaku dalam skala yang besar dan dipercayai merupakan
salah satu perancangan dalam usaha penghapusan etnik di Bosnia. Akhirnya,
perundingan di Dayton telah dilaksanakan pada 1 November 1995, yang diikuti oleh
pihak-pihak bertikai di bawah pengawasan Amerika Syarikat dan NATO. Hasil
daripada perundingan ini, Bosnia-Hezergovina tetap sebagai negara dan Sarajevo
tetap bersatu di bawah persekutuan Islam Bosnia (Hassan, W. S. W., 2000).

c) Konflik etnik di asia tenggara (Myanmar)


Isu pergolakan dan penindasan melibatkan minoriti Muslim etnik Rohingya mula
tercetus setelah negara Myanmar mendapat kemerdekaan dari penjajah British pada
tahun 1948. Konflik utama yang mencengkam kehidupan etnik Rohingya di Myanmar
adalah disebabkan diskriminasi status kewarganegaraan agama dan pendidikan
yang tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar kerana dianggap sebagai
pendatang haram. Penindasan tersebut memberi kesan ke atas aspek politik,
ekonomi dan sosial masyarakat minoriti Muslim. Muslim Rohingya merupakan
penduduk asal wilayah Arakan yang dipaksa menggabungkan wilayah mereka
dengan wilayah Burma yang kini lebih dikenali sebagai Myanmar. Pada suatu ketika
dahulu, bumi Arakan pernah mengalami zaman kegemilangannya semasa
pemerintahan raja Zabuk Shah namun kemangkatan raja Shah Shuja akibat dibunuh
meyebabkan pergolakan politik dan akhir sekali membuka peluang kepada raja
Burma menakluk Arakan pada tahun 1784 (Qolbi & Karimah 2012: 2-3). Penindasan
yang berlaku dari segi politik adalah penafian kerakyatan dengan menuduh umat
Islam etnik Rohingya sebagai bukan warganegara Myanmar dan dipaksa keluar dari
negara itu. Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya di bumi Myanmar dengan
menyangkal segala pernyataan yang mengatakan etnik ini telah wujud sejak dahulu
lagi di Arakan Myanmar. Dari aspek ekonomi, penindasan berlaku dalam bentuk
bebanan cukai yang tinggi, penafian hak terhadap peluang pekerjaan dan
pelaksanaan sekatan ekonomi. Menurut undang-undang Myanmar, bangsa
Rohingya dilarang memiliki harta benda dan berniaga yang menyebabkan mereka
terus menerus hidup dalam kemiskinan. Manakala dari segi aspek sosial,
penindasan berlaku dari sudut agama dan pendidikan dimana masjid-masjid, al-
Quran dan buku agama dibakar dan aktiviti mengerjakan haji dan korban dilarang
sama sekali. Hak mendirikan sekolah dan pusat pendidikan dinafikan yang
bermaksud pendidikan yang diberikan amat terhad terumatanya di kawasan
perkampungan. Ekoran dari penindasan tersebut, golongan minoriti Muslim etnik
Rohingya mengambil langkah melarikan diri ke negara-negara jiran untuk

3
meneruskan kehidupan mereka. Etnik Rohingya terpaksa akur dan menerima
keadaan dan penindasan yang berlaku terhadap mereka (Zuriani, Rogayah, Zaleha
& Noorazean, 2020).

IMPLIKASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA


Antara usaha negara Malaysia dalam membantu golongan Palestin ialah Pertubuhan
Viva Palestina Malaysia (VPM). Pertubuhan ini aktif menganjurkan aktiviti
pengumpulan dana untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap krisis
kemanusiaan di Palestin, memberi sokongan perubatan kepada mangsa serangan,
membuka peluang pekerjaan dan mewujudkan komuniti angkat antara rakyat
Malaysia dan Palestin. Wawasan VPM adalah untuk mencari resolusi adil, saksama,
cepat dan mampan tentang konflik di Palestin (Viva Palestina Malaysia, 2011). Pada
6 September 2013, VPM telah menghantar sebanyak USD 13,500 untuk membiayai
300 beg sekolah yang lengkap dengan alat-alat tulis, buku nota, kasut dan pakaian
seragam (Nazri, N. A. S. 2017). Ini sama sekali membawa kesedaran kepada rakyat
atau pelajar-pelajar di Malaysia untuk lebih menghargai keamanan negara Malaysia
walau mempunyai penduduk berbilang kaum dan sekali gus menghargai peluang
pendidikan di Malaysia. Kesedaran yang dipupuk ini akan menyumbang kepada taraf
pendidikan Malaysia kerana pelajar tidak akan mensia-siakan peluang dan berusaha
sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.
Pergolakan yang terjadi di Bosnia merupakan kejadian yang tidak dapat
dilupakan. Kemusnahan tempat belajar dan keadaan darurat yang dihadapi sangat
mengongkong kehidupan mereka sehingga harapan untuk melihat masa depan yang
cerah kian pudar. Malaysia mengambil pendirian menentang kekejaman yang
dilakukan oleh Serb terhadap Bosnia kerana kecewa apabila Amerika tidak mahu
meneruskan cadangan penggunaan militari bagi mengatasi masalah di Bosnia
apabila mendapat tentangan dalam kalangan lain-lain anggota PBB dan negara-
negara Eropah seperti Rusia dan Perancis. Malaysia menyatakan kesediaan dan
keupayaannya untuk membantu Bosnia dalam usaha membangunkan semula
ekonomi negara itu. Antaranya, “Program Kerjasama Teknikal Malaysia” yang
bertujuan untuk membantu melatih rakyat Bosnia-Herzegovina dalam pelbagai
kemahiran dan diharapkan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
mereka. Ini sekaligus telah mewujudkan persaingan antara pelajar dalam sekolah
vokasional kerana Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dibuka
kepada pelajar luar negara dan tidak terhad kepada pelajar tempatan sahaja. Selain
itu, kerajaan Malaysia juga memberi bantuan perlindungan. Sarawak menawarkan
program anak angkat kepada sebahagian besar anak Bonia-Herzegovina yang tiba

4
ke Malaysia sebagai memberi perlindungan sementara daripada kekejaman puak
Serbia. Kesannya, Malaysia dapat mengeratkan hubungan diplomatik di samping
menggalakkan perbincangan pendidikan peringkat antarabangsa (Enh, A. B. M.,
2017).
Tidak juga melupakan konflik etnik yang berlaku di Myammar. Konflik ini perlu
diambil serius kerana beribu-ribu orang penduduk Myanmar terpaksa berpindah
dimana sesetengah daripada mereka berhijrah dan menetap di Malaysia. Sebagai
sebuah negara pesat membangun, mempunyai masyarakat Islam yang ramai dan
dipacu kekukuhan ekonomi serta kestabilan politik, Malaysia telah berjaya menarik
perhatian jutaan migrasi pendatang asing tanpa izin. Pada Mei 2015, negara
Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehadiran pelarian etnik Rohingya dari
Myanmar secara beramai-ramai di Langkawi. Bilangan penduduk Rohingya yang
banyak menyebabkan banyak wang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menampung
keberadaan mereka. Mereka boleh mendaftar dengan UNHCR di Malaysia sebagai
pelarian. Atas faktor tersebut, kes-kes penyeludupan meningkat bermula pada tahun
2009, 2012 dan tahun 2015 (Hamzah, Daud, Idris dan Azzis Idris, 2016). Akibatnya,
konflik ini telah memberi tempias kepada pendidikan di negara Malaysia. Pendidikan
di Malaysia menjadi mundur dan tidak berkembang kerana dana atau peruntukan
dalam pendidikan saban tahun semakin berkurangan. Sesetengah sekolah di luar
bandar tidak mendapat perhatian kerajaan secukupnya dari segi peruntukan wang
dalam menaik taraf pembangunan pendidikan. Terdapat beberapa sekolah yang
tidak mempunyai kemudahan asas seperti penggunaan internet, kelas yang tidak
mencukupi serta keselesaan yang tidak memuaskan. Terjadinya perkara sebegini
adalah disebabkan pengaliran wang kini disalurkan untuk membiayai kemasukan
warga asing dari segi tempat tinggal serta peruntukan membuat permit yang sah.
Di Malaysia, rusuhan kaum sebenarnya juga pernah berlaku pada 13 Mei 1969.
Pilihan raya nasional pada tahun 1969 menjadi salah satu kemuncak konflik antara
etnik Melayu dan orang Cina. Peristiwa permusuhan antara kaum yang terjadi di
negara lain jelas menunjukkan kepentingan perpaduan bagi menjamin negara yang
sejahtera. Peristiwa tersebut mengingatkan kita bahawa perbezaan sapatutnya
bukan menjadi penyebab tercetusnya konflik. Oleh kerana itu, sistem pendidikan
memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara.
Melalui dasar pendidikan yang mengutamakan kepada perpaduan, ia menjadikan
negara Malaysia kekal aman dan harmoni hingga kini. Ini adalah kesan kepada
pembentukan Malaysia sebagai Negara bangsa selari dengan wawasan politik,
kenegaraan bagi membina kekuatan warganegara dan kekuatan negara yang
berdaulat (Seman, A. A. B. 2009). Contohnya, Malaysia yang memperkenalkan

5
subjek Pendidikan Moral dan Sejarah di peringkat sekolah dari peringkat awal
sememangnya sedar akan kepentingan nilai-nilai moral untuk disemai dalam diri
setiap pelajar. Tanpanya, sudah tentulah masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia tidak tahu betapa sikap tolak ansur dan rasional memainkan peranan
dalam menjamin kesejahteraan sejagat. Subjek sejarah dan sambutan hari
kemerdekaan di sekolah juga telah diwajibkan sebagai peringatan dan penghargaan
kepada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Dengan itu, masyarakat akan
memupuk sikap cinta akan negara dan tidak akan melakukan perkara yang boleh
menghancurkan perpaduan.

KESIMPULAN
Konflik dan perbezaan pendapat tidak dapat dielak selagi manusia diberi kebebasan
berfikir dan menentukan halatuju masing-masing. Namun dengan adanya sikap
keterbukaan dan penghapusan semangat assabiah, sudah tentulah kesejahteraan
dalam negara dan hubungan diplomatik dengan negara lain dapat dijaga. Pihak
kerajaan terutamanya pemimpin haruslah bijak membuat keputusan yang melibatkan
nyawa rakyat dan masa depan negara masing-masing dengan mengelakkan
keputusan yang boleh menyebabkan peperangan. Oleh yang demikian, generasi
muda sebagai pelapis pemimpin negara haruslah mempunyai fahaman yang
mendalam dalam menangani masalah dalam negara dan melengkapkan mereka
dengan pengetahuan yang mereka perlukan. Ini hanya dapat dicapai sekiranya
Malaysia menawarkan peluang pendidikan yang bukan sahaja sesuai tetapi juga
berkesan. Antara cadangan yang boleh dilakukan untuk peluang pendidikan ialah
kerajaan haruslah menyediakan pendidikan yang relevan dalam sektor pekerjaan. Ini
kerana, walaupun para graduan lulus menerima ijazah, mereka masih sukar
mendapat pekerjaan sehingga peratus pengangguran di Malaysia kian meningkat.
Selain itu, pihak sekolah mestilah menekankan kaedah pembelajaran yang lebih
praktikal berbanding teori dengan memperbanyakkan aktiviti dalam dan luar kelas.
Ini dilakukan untuk memastikan pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran insaniah
yang mereka perlukan bukan sahaja dalam alam pekerjaan tetapi juga kehidupan
seharian. Akhir sekali, pihak kerajaan boleh memperuntukkan wang untuk
melakukan lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah sama ada dalam atau luar
negara. Ini akan membantu pelajar mengingati perkara-perkara untuk jangka masa
panjang. Bukan itu sahaja, pelajar akan lebih peka dengan isu di dalam dan
sekeliling negara. Kesemua cadangan ini perlu dipertimbangkan kerana ia adalah
penting untuk meluaskan kemahiran berfikir pelajar dan memupuk semangat ingin
tahu yang tinggi. Jika hal ini berlaku, sudah tentulah kerajaan Malaysia akan berjaya

6
membangun menjadi negara yang unggul di mata dunia. Tetapi di atas semua, apa
yang membuat sesebuah negara itu hebat adalah keupayaan mereka untuk hidup
dengan aman walaupun terdapat perbezaan serta kemahiran untuk menyelesaikan
masalah yang baik.

7
RUJUKAN
Enh, A. B. M. (2017). Sumbangan dan Peranan Malaysia dalam Konflik Bosnia-
Serbia 1992-1995. SEJARAH: Journal of the Department of History, 17(17).

Hamzah, I. S., Daud, S., Idris, N. A., & Azzis, M. S. A. (2016). Migrasi Rentas
Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap Malaysia. Sains Insani, 1(1),
36–43. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol1no1.7

Hassan, W. S. W. (2000). Malaysia dan krisis Bosnia. Jurnal Kinabalu VI (2000) 25-
41. Jurnal Kinabalu VI, 25, 41.

Mamat, M. A. A., Saat, I., & Ariffin, K. (2014). Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas
Peningkatan Ekonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969. Perspektif:
Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6(3), 138-151.

Nazri, N. A. S. (2017). Peranan Viva Palestina Malaysia dalam konflik kemanusiaan


di Palestin. Islam Realitas, 3(1), 48-64.

Nurul Qolbi Mohd Ngalim & Napisah Karimah H. Ismail. 2012. Minoriti Muslim
Rohingya: Kajian Terhadap Sejarah, Konflik dan Usaha Penyelesaian. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia

Profil Viva Palestina Malaysia. (2011). Kuala Lumpur.

Pustaka, D. B. &. (2007). Kamus dewan edisi keempat. Dewan Bahasa & Pustaka.

Seman, A. A. B. (2009). Pemupukan Patriotisme Melalui Pendidikan Multikultural


Dalam Pendidikan Sejarah di Malaysia: Satu Tinjuan Perspektif. LENTERA
(Jurnal Ilmu-Ilmu Sejarah, Budaya Dan Sosial), 1(02), 28-49.

Tasnim Abdul Rahmad et al. (2015, Februari 15). KONFLIK ISLAM DAN ISRAEL DI
PALESTIN: TENTANGAN, ISU DANPENYELESAIANNYA DALAM KARYA
AL-FARUQI. International Journal of Islamic and Civilizational Studies.

Zuriani, Rogayah, Zaleha & Noorazean (2020). KRISIS ETNIK MINORITI MUSLIM
MYANMAR (ROHINGYA). Kesan Politik, Ekonomi, Sosial.
LAMPIRAN

8
Gambar 1: Peta Israel-Palestin 2020

Gambar 2: Peperangan di Bosnia

Gambar 3: Pelarian Rohingya menuntut hak di myanmar

Anda mungkin juga menyukai