Anda di halaman 1dari 7

SABAH OSCA WARRIORS RUGBY CLUB &

SABAH ANGEL WARRIORS RUGBY CLUB


Suite 10, 10th Floor Wisma Perindustrian Likas
Kota Kinabalu Sabah, 88400
088-259229

Ruj. Kami : SOWRC/REG/PANG10S&7S (01)


Tarikh : 5 JANUARI 2020

Pengurus Pasukan ,
Kelab Ragbi ........................................

Datuk/Datin/Tuan/Puan

JEMPUTAN MENGIKUTI KEJOHANAN RAGBI ”PENAMPANG PANGAITS RUGBY 2020”

Sukacitanya perkara yang tertera di atas adalah dirujuk.

02. Bagi makluman datuk/ tuan, Kelab Ragbi Sabah OSCA Warriors dengan kerjasama Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Sabah, akan menganjurkan kejohanan Ragbi ”PANGAITS 10s&7S 2020” pada
tarikh dan masa seperti yang akan dinyatakan di bawah. Kejohanan ini adalah bagi memeriahkan
sukan ragbi di negeri ini dan juga sebagai medan mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pemain
ragbi Sabah.

03. Sehubungan dengan perkara tersebut, Kelab ragbi datuk/tuan dijemput mengikuti kejohanan ini,
mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh Pertandingan : 8hb Februari 2020


Tempat : Padang B, Kompleks Sukan Penampang, Sabah.
Kategori : Lelaki & Wanita (Terbuka)
Mesyuarat Pengurus : 7hb Februari 2020 (Jumaat)
Tempat : TBA
Masa : 7.30 Malam
Yuran : RM250.00 (Kelab Lelaki) RM250.00 (Kelab Wanita)

04. Jemputan untuk kejohanan ini adalah terhad kepada 8 kelab sahaja bagi kategori lelaki dan 8
kelab bagi pasukan wanita. Dengan itu kami berharap agar pihak tuan/puan dapat mengesahkan
penyertaan dengan mengisi borang pengesahan penyertaan yg dilampirkan bersama dengan surat inin
pada atau sebelum 20hb Januari 2020, jam 5.00 ptg bagi memudahkan penyediaan Jadual
Pertandingan. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Ekhwan Ngadiran (010
941 8583), Tracy Deborah (014 654 6516) atau Josephine Joseph (014 375 3879)

Sekian, Terima kasih

Yang menjalankan tugas,


t.t
( MOHD EKHWAN BIN NGADIRAN )
Pen. Pengarah Pertandingan,
Kejohanan Ragbi ”Pangaits 10s & 7s 2020”

1
SABAH OSCA WARRIORS RUGBY CLUB &
SABAH ANGEL WARRIORS RUGBY CLUB
Suite 10, 10th Floor Wisma Perindustrian Likas
Kota Kinabalu Sabah, 88400
088-259229

KEPADA:
PENGARAH PERTANDINGAN /PENYELARAS
KEJOHANAN RAGBI ”PANGAITS 10s & 7s 2020”

Email: ewan7_1981@yahoo.com

Dengan ini Kelab Kami ..................................................... BERSETUJU/ TIDAK BERSETUJU


menghantar pasukan menyertai Kejohanan Ragbi ”PANGAITS 10s & 7s 2020” pada 8hb
Februari 2020.

Nama Pasukan: ___________________________________

Nama Pengurus Pasukan: ___________________________________

No. HP: ___________________________________

Email Address: ___________________________________

Tandatangan:

________________________

Nama:

• Sila hubungi tel: 010 941 8583 atau 014 375 3879 sebelum atau setelah menghantar semula
borang melalui email yang disertakan.

2
PENDAFTARAN PASUKAN
KEJOHANAN: KEJOHANAN RAGBI “PANGAITS 10s & 7S 2020”

PASUKAN : ________________________________________________________________

PENGURUS : _________________________________ No HP: ____________________ No Fax: _________

WARNA JERSI : [SET 1] _______________________ [SET 2] _________________________

NO NO KAD PENGENALAN
NAMA PENUH
Pemain
1

10

11

12

13

14

15

Tarikh: ........................................ T.Tangan Pengurus Pasukan: ............................................

• Sila hubungi penganjur bagi untuk mengesahkan penyertaan sebelum 20/01/2020.


3
PERATURAN PERTANDINGAN RAGBI “PANGAITS 10s & 7S 2020”

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Ragbi “PANGAITS 10s & 7S 2020”

1.2 Jika terdapat kemusykilan yang tidak tersebut di dalam peraturan yang menguasai
pertandingan ini, maka Undang-Undang Persatuan Ragbi Antarabangsa (WR) Versi 10 Sebelah
(Kategori Lelaki & Veteran) dan Undang-Undang Persatuan Ragbi Antarabangsa (WR) Versi 7
Sebelah (Kategori wanita) yang terkini akan diguna pakai.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN YURAN PENYERTAAN

2.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 15 orang pemain dalam
Borang Pendaftaran perlawanan.

2.2 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran Perlawanan tidak
dibenarkan mengambil bahagian.

2.3 Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan pemain
simpanan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan pada masa pendaftaran.

2.4 Pendaftaran pemain hanya terbuka kepada pemain tempatan kelab terbabit, TIADA PEMAIN
IMPORT boleh didaftarkan bagi kejohanan ini.

2.5 Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM 250.00 bagi setiap pasukan lelaki manakala
bagi kategori wanita sebanyak RM250.00. Semua yuran perlu dijelaskan sebelum tarikh tutup
penyertaan.

3.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN

3.1 Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang pemain di padang


sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

3.2 Pasukan yang gagal menyediakan pasukan akan dikira kalah dengan kiraan markah 21 – 0

4
3.3 Masa Perlawanan

3.3.1 Masa Permainan :

NO KATEGORI PERINGKAT MASA PERMAINAN (MINIT)


1 WANITA KUMPULAN 10 MINIT
SEPARUH AKHIR 7-1-7
AKHIR CUP 7-1-7

2 LELAKI KUMPULAN 10 MINIT


SEPARUH AKHIR 7-1-7
AKHIR CUP 10-2-10

4.0 PERTUKARAN

4.1 Pertukaran pemain adalah 5 man ”Rolling Sub”.

4.2 Pasukan yang layak ke Pusingan Kedua tidak boleh mengambil pemain daripada pasukan lain
yang telah kalah untuk ke pusingan seterusnya.

5.0 PAKAIAN/ALAT

5.1 Sekiranya terdapat persamaan warna jersi antara 2 pasukan, pasukan yang namanya tercatat
dahulu dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar jersi.

5.2 Bola untuk perlawanan akan disediakan oleh penganjur kejohanan.

6.0 MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

6.1 Secara Liga Dalam Kumpulan


6.1.1 Cara memberi mata : Menang - 3 mata, Seri - 1 mata, Kalah - 0 mata

6.1.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain pada sesuatu perlawanan pasukan
lawan akan diberi 3 mata kemenangan dengan jaringan gol 21 - 0.

6.1.3 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pasukan yang
mendapat perbezaan skor terbanyak dikira sebagai johan kumpulan.

6.1.5 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dalam pertandingan
peringkat kumpulan akan dikira sebagai johan kumpulan.

6.2 Secara Kalah Mati


Bagi perlawanan kalah mati, jika kedudukan seri selepas tamat waktu permainan, cara-cara
berikut akan digunakan untuk memutuskannya:

6.2.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit tanpa rehat, secara ”sudden-death” yang mana
Pasukan yang mendapat mata dari apa bentuk jaringan di kira sebagai pemenang.
5
6.2.2 Jika masih seri, sistem sepakan penalti akan dijalankan.

6.3 Sistem Sepakan Penalti

6.3.1 Tiap-tiap pasukan akan mengambil 3 sepakan penalti secara berselang seli di garisan
22m.

6.3.2 Jika masih seri, maka sepakan penalti hendaklah diteruskan oleh pemain-pemain yang
berlainan secara selang seli dengan sistem sudden death.

6.3.3 Pengadil akan memutuskan gol yang mana sepakan penalti itu akan dijalankan.

6.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan mengambil
sepakan dahulu.

6.3.5 Hanya pemain yang bermain hingga wisel penamat sahaja yang layak mengambil
sepakan penalti.

7.0 KELEWATAN

Masa selama 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak
lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata kemenangan dan bilangan 21 - 0.

8.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh
keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau
sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka
perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.0 INSURAN

Setiap pasukan dikehendaki membeli insuran perjalanan dan perlindungan bagi setiap pemain.
Cover Note Insuran pasukan hendaklah dihantar pada mesyuarat pasukan.

11.0 YURAN

11.1 Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM250.00 satu pasukan bagi kategori lelaki

11.2 Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM250.00 satu pasukan bagi kategori wanita

6
12.0 TANGGUNGAN
12.1 Pihak penganjur adalah bertanggungjawab untuk menyediakan segala kemudahan untuk tujuan
yang berkaitan dengan pertandingan termasuk gelanggang, peralatan dan sebagainya.

12.2 Setiap pasukan hendaklah menanggung lain-lain perbelanjaan bagi menyertai kejohanan
ini,termasuk makan minum,penginapan dan tambang perjalanan.

13.0 PENGECUALIAN

13.1 Pihak pengelola yang dilantik bagi mengendalikan kejohanan ini adalah tidak bertanggungjawab
di atas segala kecelakaan atau kemalangan yang berlaku baik sebelum, semasa mahupun
selepas kejohanan.

13.2 Pihak Pengelola ingin mengingatkan para pemain dan pengurus pasukan bagi memastikan
pemain adalah dalam keadaan cergas dan bersedia untuk bertanding

13.3 Pihak penganjur menasihatkan agar semua pasukan mengambil insuran perlindungan
kemalangan bagi pasukan masing-masing.

14.0 BANTAHAN

14.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis 30 minit selepas sesuatu perlawanan kepada
Ketua Teknikal Pertandingan beserta wang tunai RM 250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima
Puluh sahaja).

14.2 Wang tersebut tidak akan dikembalikan dalam apa keadaan jua.

15.0 JAWATANKUASA BANTAHAN

15.1 Jawatankuasa pengelola akan menubuhkan Jawatankuasa Bantahan bagi mendengar dan
memutuskan sebarang bantahan berkaitan dengan pemasalahan yang timbul.

15.2 Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa ini adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

16.0 AM

16.1 Pihak penganjur adalah berhak untuk membatal,menambah atau meminda serta mengubahsuai
mana-mana peraturan yang ada sekiranya ianya didapati perlu untuk memastikan kelancaran
pertandingan

Anda mungkin juga menyukai