Anda di halaman 1dari 2

Sebagai seorang guru,

-Guru perlu sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang


dengan menghadiri kursus dan mengamalkan tabiat suka membaca pelbagai jenis
bahan bacaan yang dapat memberikan manfaat sepenuhnya.

- Memanfaatkan ICT bagi pengajaran di dalam kelas untuk meningkatkan


kualiti pembelajaran di Malaysia.

- Guru perlu sentiasa mempunyai bermotivasi dan pemikiran yang positif


ketika menjalankan transformasi dalam bidang perguruan.

- Melalui membaca dan pembinaan budaya ilmu, seseorang guru akan


dapat membina kredibiliti keintelektualannya yang merangsang kepada
perkembangan dan perubahan diri yang positif di samping mampu
mendukung dan merealisasikan transformasi pendidikan Negara.

- Guru perlu mempunyai pengetahuan yang dikemaskini dalam bidang


pendidikan, khususnya dalam aspek-aspek kaedah mengajar,
perancangan penggunaan sumber dan aktiviti murid, menangani
kelemahan murid dan meningkatkan kemahiran dan cara belajar,
penggunaan teknologi maklumat, pengetahuan dalam pengurusan bilik
darjah, pengetahuan mengenai penilaian pembelajaran, pengetahuan
mengenai teori-teori terkini. Dengan ini, guru boleh meningkatkan
kemahiran dan kepakaran guru-guru dalam menangani pelbagai
permasalahan dan isu kritikal yang muncul dalam bidang pendidikan,
pembelajaran dan persekolahan.

- guru bersedia sebagai agen perubahan dan penambahbaikan dalam


sistem pendidikan.

- Guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjayakan


transformasi pendidikan.

- Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan


tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu
memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti
pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.

- Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang


bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program
pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubungan dengan itu,
latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi pengajian tinggi mesti
menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka
dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden
disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. 
-
- Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus
dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran
Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah.
- Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji
semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses
pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif.
- Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna
untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan
idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi
cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.
- Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu
menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh
badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan
didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti dalam
e-pembelajaran.
- Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif
dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu
mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah.
- Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum
standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi
dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang
mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar berbentuk visual.
Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru
menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan
kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan
pendidikan masa kini. 
- Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu
mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai