Anda di halaman 1dari 1

Mencintai Saudara Semuslim

 
((ِ‫ِب لِ َن ْفسِ ه‬
ُّ ‫ِب أل َخِي ِه َما ُيح‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو‬
َّ ‫ ))ال ُي ْؤمِنُ أَ َح ُد ُك ْم َح َّتى ُيح‬: َ‫سلَّ َم َقال‬ ٍ ‫عَنْ أَ َن‬
َ ‫س َعنْ ال َّنبِ ِّي‬
 
Daripada Sayyidina Anas r.a daripada Nabi s.a.w bersabda:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan beriman seseorangpun di kalangan kamu (secara
sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
 
 Beberapa pengajaran penting:
 

1. Tidak akan sempurna iman seseorang mukmin selagi mana dia tidak menyayangi
saudaranya yang lain sama seperti dia menyangi dirinya sendiri. Maksud menyayangi di sini
adalah mengasihi, mencintai dan merasa gembira sekiranya seseorang Muslim yang lain
sentiasa mengerjakan perbuatan-perbuatan yang dicintai Allah swt. Sebaliknya seseorang
Mukmin itu pula akan merasa marah dan sedih sekiranya saudara semuslimnya  yang lain
hidup dalam  penuh kemaksiatan dan kemurkaan Allah s.w.t.

 Ini bermakna, kasih sayang yang sejati adalah dia menginginkan saudaranya sentiasa hidup dalam
kasih sayang Allah s.w.t, bukannya berada dalam kemurkaan Allah s.w.t
 

2. Seorang Mukmin yang sejati akan sentiasa mengharapkan temannya dikurniakan


kebahagiaan dunia dan akhirat. Dia merasa tenang sekiranya temannya sentiasa sihat,
gembira, tidak diuji dengan ujian yang berat atau ditimpa kemiskinan dan sebagainya,
bahkan dia terus mendoakan temannya semoga nikmat tersebut berkekalan sehingga ke
akhir hayat.

Sebaliknya, sekiranya seseorang Muslim itu merasakan kurang senang atau sakit hati dengan
kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain, itu adalah satu petanda bahawa orang tersebut belum
memiliki iman yang sempurna

3. Ciri-ciri Mukmin yang baik adalah dia akan sentiasa mengambil berat dan peduli tentang
keadaan saudaranya yang lain. Ketika mana saudaranya itu diuji dan ditimpa dengan
sesuatu musibah, dia sudi untuk menghulurkan sebarang bantuan dan pertolongan
semampu yang mungkin bagi meringankan serta meredakan masalah yang dihadapinya

4. Seorang Mukmin dituntut agar melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh


menggembirakan hati temannya melalui kata-kata yang lembut dan sopan, senyuman yang
manis, gurauan yang menyenangkan, hadiah serta dorongan yang baik di mana ia adalah
merupakan akhlak yang baik yang perlu diterjemahkan dan dipraktikkan di dalam peribadi
seorang Mukmin agar manusia dapat hidup dalam suasana yang berkasih sayang

Anda mungkin juga menyukai