Anda di halaman 1dari 3

DIDIK

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023


Online Mulai 1 Mac 2021

ByNazurah Hassan
Posted on February 25, 2021

MAKLUMAN: Borang Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 boleh mulai diisi secara
online oleh ibu bapa dan penjaga 1 Mac 2021 ini melalui Portal SPS (Modul
Pengurusan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia) KPM.

Jadi, ibu ayah yang ada anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun sila save tarikh ini dan
jangan lupa daftarkan nama mereka secara atas talian ya.

Berikut adalah info terperinci untuk ibu ayah lebih alert mengenainya.


PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2022 / 2023 SECARA
ONLINE
Sistem Pendaftaran Tahun 1 Dalam Talian diwujudkan bagi memudahkan permohonan
ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa
murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika
belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah
mempunyai akaun sendiri. Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa /
penjaga boleh meneruskan transaksi perkhidmatan ini.

Syarat Permohonan
Anak anda layak untuk memohon kemasukan Tahun 1 sesi 2022 jika mereka lahir
pada
 tahun 2015 (berumur 6 tahun pada 2021),
 Tahun 2016 (berumur 5 tahun pada 2021) atau
 1.1.2017 (berumur 4 tahun pada 1.1.2021)

CARA DAFTAR PENGGUNA KALI PERTAMA


Ibu bapa / penjaga perlu berdaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna
baharu jika masih belum berdaftar.
Jika telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata
laluan yang telah ada dalam simpanan tuan/puan.

Untuk makluman, pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga
yang berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad pengenalan 12 digit yang
dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
Jika TERLUPA KATA LALUAN, pengguna boleh mendapatkan kata laluan menerusi
permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang telah daftarkan ketika daftar
pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.

CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 2022 / 2023 ONLINE


Untuk membuat pendaftaran, sila rujuk langkah berikut:

1. Pergi ke laman web rasmi KPM : https://public.moe.gov.my/


2. Tekan butang PENGGUNA BARU (bagi pengguna kali pertama)
3. Isikan maklumat dan buat pengesahan.
4. Klik DAFTAR MASUK. Gunakan kata laluan yang telah didaftarkan tadi.
5. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada TAHUN 1 (Pendaftaran / Penyemakan).
6. Setelah itu, pilih Permohonan Baharu.
7. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid
untuk pengesahan.
8. Setelah memasukkan ID pengenalan murid, masukkan maklumat-maklumat
peribadi murid.
• Maklumat asas pemohon / murid adalah diperolehi daripada Jabatan
Pendaftaran Negara.
• Pengguna hendaklah mengisi semua medan wajib bertanda (*).
• Setelah selesai mengisi semua maklumat, klik butang ‘Simpan Dan
Seterusnya’.
9. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke
menu Perakuan
• Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik
Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
10. Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke
sekolah yang dipohon.
Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


 Sijil lahir anak (salinan + asal)
 Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
 Surat nikah / cerai (salinan + asal)
 Bil terkini yang mempunyai alamat tempat tinggal
 Sampul surat standard dan setem
 Laporan doktor / salinan vaksinasi dan kad OKU jika berkaitan
 Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

SEMAK STATUS RAYUAN


Untuk semakan permohonan setelah membuat perakuan, sila ikuti langkah berikut:

1. Login ke portal KPM https://public.moe.gov.my/


2. Klik menu Semak Permohonan.
3. Status permohonan murid akan dipaparkan seperti rajah di bawah.
4. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan
kesihatan dengan
menekan link seperti yang ditunjukkan di bawah.

Anda mungkin juga menyukai