Anda di halaman 1dari 8

BAB 2 : EVOLUSI DISIPLIN PENGURUSAN

- 4 EVOLUSI DISIPLIN PENGURUSAN:


1) PERSPEKTIF KLASIKAL
2) PERSPEKTIF PERLAKUAN
3) PERSPEKTIF KUANTITATIF
4) PERSPEKTIF KONTEMPORARI

1) PERSPEKTIF KLASIKAL

Menekankan cara untuk mengurus kerja dan organisasi dengan lebih


efisien. Diantara pendekatan dari perspektif ini termasuk pengurusan
saintifik, organisasi birokratik dan prinsip pentadbiran

• Pengurusan saintifik

– Melibatkan kaedah piawaian untuk kelakukan sesuatu kerja.

– Fredrick Winslow Taylor “bapa pengurusan saintifik” telah


mengutarakan teori dimana produktiviti boleh ditambah
baik melalui amalan pengurusan secara saintifik.

– Frederick WinslowTaylor memperkenalkan sistem ganjaran bagi


pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah
ditetapkan oleh organisasi masing-masing.

– Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh


Frederick Taylor, pekerja yang tidak memenuhi
piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan dari
sistem kitaran kerja setelah berada
dibawah pengawalan dalam jangka masa
tertentu .

– Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat


berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.

• 4 prinsip pengurusan saintifik :

– Kaji &bentuk: setiap bahagian di kaji dan kaedah


yang melakukannya dibentuk secara saintifik.

– Pilih &latih: pekerja dipilih dan dilatih untuk


melakukan tugas

– Kerjasama: bekerjasama dengan pekerja untuk


memastikan mereka menggunakan kaedah
dengan sempurna.

– Tugas &tanggungjawab: pengurusan


bertanggungjawab untuk merancang kaedah
tugas secara saintifik dan merancang kaedah
tugas secara saintifik dan pekerja
bertanggungjawab melaksanakan tugas.

• Organisasi birokratik – Dianjurkan oleh seorang ahli sosiologi


Jerman, Max Weber (1864- 1920). Beliau menyarankan bahawa
organisasi boleh diuruskan dengan cekap sekiranya pengurusan
bersikap impersonal rasional dan mengurus mengikut autoriti
dan tanggungjawab yang jelas.
5 CIRI ORGANISASI BIROKRATIK YG IDEAL

a) PENGKHUSUSAN KERJA
- Setiap kerja dibahagikan kepada tugas rutin supaya pekerja jelas
dengan apa yang patut mereka lakukan

b) HIERARKI
-Pejabat dan jawatan disusun mengikut hierarki supaya jelas
hubungan melapor, menyelia, tanggungjawab,autoriti

c) MERITOKRASI
- Pemilihan dan kenaikan pangkat kakitangan adalah berdasarkan
kebolehan dan prestasi

d) PERATURAN & PROSEDUR FORMAL


- Peraturan dan prosedur bertulis yang menyatakan kelakuan
yang dikehendaki dalam organisasi

e) IMPERSONAL
- Setiap pekerja adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur
yang seragam dan menerima layanan yang sama

• Prinsip Pentadbiran
– Berbeza dengan pengurusan saintifik (fokus pada kecekapan
pekerja) dan organisasi birokratik (fokus kepada kecekapan
organisasi, perspektif klasikal ketiga ini berfokus kepada
– Henri Fayol (1841 – 1925), beliau telah mengenalpasti 5 jenis
fungsi yang terdapat dalam aktiviti mengurus iaitu:
1. Perancangan
2. Penyusunan
3. Pengarahan
4. Koordinasi
5. Pengawalan

1) PERSPEKTIF KLASIKAL
• Teori-teori pengurusan beredar mengikut zaman. Akibat
peredaran ini timbul kesedaran bahawa pendekatan klasikal pada
akhir abad ke 19 itu hanya berfokus kepada tugas dan organisasi
tanpa mengira aspek kemanusiaan.

• Teori perlakuan awal – perspektif sumber manusia yang


berfokuskan kepada manusia itu sendiri bukan kelakuan atau
persekitaran.
– Hugo Munsterberg “bapa psikologi industri” menyarankan
bahawa perbezaan personaliti dan kebolehan individu mesti
dipertimbangkan dalam pemilihan individu untuk sesuatu
pekerjaan.
– Mary Parker Follet pula menggunakan pendekatan
sains politik dalam mengkaji organisasi
terutamanya dalam konteks kuasa dan penyelesaian konflik.
– Beliau menyarankan penyelesaian konflik secara integrasi yang
membawa kepada kepuasan kedua belah pihak yang berkonflik.
– Organisasi beroperasi secara menyeluruh dengan semua
bahagian bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi.
• Kajian Hawthorne – Pada 1920an dan 1930an penyelidikan telah
dibuat oleh Elton Mayo dan rakan penyelidikan yang lain dan
kajian mendapati perubahan produktiviti organisasi bukan
dipengaruhi oleh persekitaran tetapi dipengaruhi oleh faktor
psikologikal pekerja.
– Penyelidik merumuskan bahawa faktor persekitaran
(cahaya,tempoh masa bekerja, makanan percuma)
tiada kaitan dengan produktiviti dan mereka
peningkatan produktiviti berlaku kerana perhatian
istimewa yang diterima iaitu gaya penyeliaan yang
berubah dari bentuk mengarah kepada memahami

• Gerakan hubungan manusia – Bertitik tolak daripada kajian


Hawthorne yang menonjolkan keprihatinan penyelia tentang
pekerja dan hubungan antara pekerja.
– mengurangkan tidak berperikemanusiaan
atau merendahkan pekerjaan.
– membolehkan pekerja menggunakan potensi sepenuhnya.
– penyumbang utama:
a)Hirarki keperluan Maslow
b)Teori X dan Y Mc Gregor.

2) PERSPEKTIF KUANTITATIF

• Fokus ke atas penggunaan matematik, statistik dan maklumat


untuk menyokong pembuatan keputusan dan keberkesanan
pengurusan.
• Sains perlakuan – pendekatan yang menekankan kajian saintifik
sebagai asas kepada pembentukan tentang perlakuan manusia
dalam organisasi.
– fokus kepada interaksi dan gelagat manusia.

• Pengurusan operasi – fungsi atau bidang kepakaran yang


bertanggungjawab dalam pengeluaran produk dan pemberian
servis sesebuah organisasi.
– melibatkan pengurusan inventori,penjadualan kerja,
perancangan produksi, reka bentuk dan lokasi fasiliti
dan jaminan kualiti.
– pengurusan operasi biasanya diamalkan dalam bahagian
pengeluaran yang melibatkan reka bentuk proses
produksi, pembelian bahan mentah, penjadualan
pekerja, penyimpanan dan penghantaran
produk.

• Sistem maklumat pengurusan – bidang pengurusan yang


mengfokuskan kepada merekabentuk dan melaksanakan sistem
maklumat berasaskan komputer untuk kegunaan
pihak pengurusan.
– menukarkan maklumat data kepada maklumat
berguna bagi pelbagai peringkat pengurusan.

3) PERSPEKTIF KONTEMPORARI

• Evolusi disiplin pengurusan menjadi lebih lengkap apabila melihat


beberapa teori dan pendekatan konsep masa kini.
• 2 teori utama dalam perspektif kontemporari ini ialah:
• Konsep sistem
• Teori kontigensi

• Konsep sistem – berdasarkan pandangan bahawa sesuatu


organisasi itu boleh dilihat sebagai suatu sistem.
– telah diadaptasikan daripada konsep sistem dalam tubuh yang
diambil daripada disiplin biologi dan sains fizikal.

Sistem organisasi melibatkan beberapa komponen:

INPUT>>>> PROSES TRANSFORMASI>>>OUTPUT

• Teori kontigensi – mencadangkan tindakan pengurus yang terbaik


adalah tertakluk kepada situasi yang dialami.
– pengurus perlu prihatin kepada keadaan dan memilih
tindakan yang sesuai dengan keadaan tersebut.

• Pengurusan jepun – telah menjadi suatu yang menarik perhatian


dan menjadi ikutan dan adaptasi kepada cara pengurusan
untuk menambahbaik produktiviti dan kualiti.

• Teori Z – lanjutan daripada perbandingan Jepun dan Amerika


Syarikat yang dilakukanoleh Willian Ouchi yang menggabungkan
ciri positif kedua-dua pengurusan tersebut.
– antaranya ialah melibatkan pekerja dalam pembuatan
keputusan, menekankan tanggungjawab berkumpulan,
meningkatkan kualiti, kenaikan pangkat berkadar dan bidang
kerjaya yang luas.

Anda mungkin juga menyukai