Anda di halaman 1dari 7

TIPS PENJAGAAN PAYUDARA UNTUK IBU

MENGANDUNG
…PELAJARI TEKNIK MARMET…
Selain menggunakan pam untuk mengumpul susu perahan kita boleh melakukannya secara
manual. Tidak memerlukan kos,gune tangan pun boleh dijadikan sebagai alat untuk memerah
payu dara kita. Teknik ini dikenali sebagai MARMET..

Ia sungguh mudah kerana teknik ini merupakan kaedah yang banyak membantu kita mengumpul
lebih banyak susu ibu berbanding menggunakan pam..

Selain itu, sentuhan kulit ke kulit (tangan ke payudara) lebih efektif dalam merangsang payu dara
untuk mengalirkan susu dengan lebih lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang
dihasilkan daripada plastik..

Dengan menggunakan teknik ini juga, kita dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara,payu
dara lebam mahupun kulit di sekitar melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan..

Sebelum melakukan teknik Marmet untuk memerah payudara, kita seharusnya melakukan urutan
terlebih dahulu. Dengan itu, proses pemerahan pasti akan berjalan lancar..

MENGURUT

Cuci tangan & pastikan ia bersih..tekap payudara dengan tuala kecil yang telah direndam dengan
air suam dan urutla mengikut langkah langkah di bawah:

1. Massage..dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukanmembulat dari hujung ketiak
hingga aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri dan sebaliknya..

2. Stroke..gunakan kelima lima jari tangan,tekan payudara secara lembut.

3. Shake..condong kan sedikit badan kite ke depan, goyangkan dada secara lebut..Dengan ini,
daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.
MEMERAH

Langkah 1: Mengalirkan takungan susu

1. Buat pengangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm dari aerola. Manakala jari
telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah bahagian aerola. (Kedua dua jari ini berfungsi
menampung bahagian payudara)..memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza, anggaplah
payudara seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi
jam 6..
2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan
tangah tadi.
3. Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada
putting. Kemudian, lepaskan & ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-
lepas.

4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu berkurangan..

5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk &
jari tangah ke arah jam 5, 4, 3, 2, dan 1. Lakukan gerakanmemerah sama seperti langkah 1
hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya..

6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

7. Beralihlah ke payudara di sebelahnya jika kite yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.
p/s: Semasa melakukan rutin picit-lepas, jangan lupa untuk terus menerus mengurut payudara.
Cara sebegini sedikit sebanyak membantu susu ibu mengalir dengan lancar.

Elakkan Pergerakan ini!!

1. Jangan picit putting payudara. Ini akan menyebabkannya lebam.

2. Jangan tarik putting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara

3. Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkannya melecet.

contoh yang salah..

Langkah 2: Melancarkan Aliran Susu

1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima lima jari ke
arah dada bermula daripada bahadian atas. Lakukan dalam gerakan memutar. Tumpukan pada
satu tempat ) saluran susu ) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.

2. Usap payudara bermula daripada atas hingga ke putting menggunakan sentuhan geletek.
Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda & seterusnya membantu
melancarkan aliran susu..

Tempoh Pemerahan

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit ke 30 minit. Perah setiap
payudara antara 5 hingga 7 minit, setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke & shake).
Kemudian perah lagi setiap payudara dalam 3 hingga 5 minit. Selanjutnya ulang semula rutin
urutan & diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah paudara..

INFO
Ketika melakukan teknik marmet ini, pergerakan tangan harus lebih cepat daripada mata.
Penting: Teknik yang tidak tepat boleh mencederakan payudara.

TEKNIK MENYUSU ANAK YANG BETUL


Basically, terdapat 5 posisi yang lazim di praktikkan oleh mommies yg menyusukan baby. Di
sini saya sertakan ilustrasi bergambar untuk memudahkan pemahaman kawan-kawan sekelian…
1) Cradle hold / mendukung

2) Cross cradle hold / Mendukung bersilang

3) Football hold / mendakap


4) Lying down/ berbaring

5) Tandem

Okie…meh saya terangkan sket tentang posisi-posisi di atas mengikut experience saya yg best ni
:-
CRADLE HOLD
This is the the most common way of holding your baby while nursing. Kire bg saya cara ni
adalah cara paling natural seseorang ibu akan pegang baby utk disusukan. Sebab ape sy kate
natural ialah masa 1st time saya susukan Danish, tanpa perlu diajar saya terus angkat die and
pegang die cara ni. Tapi misi kat hospital tu ade la jugak la betul-betulkan sket cara saya dukung
di supaya lebih secure. Dan cara ni saya praktikkan di dalam hampir kesemua keadaan samada
saya di rumah, shopping mall, kenduri, umah sedara dan lain2 tempat. In terms of keselesaan –>
SANGAT SELESA!
CROSS CRADLE HOLD
Posisi ni plak saya belajar melalui buku. Saya cube praktikkan semasa di dalam pantang. Tetapi
kadang-kadang je buat sebab lebih selesa dgn cara cradle hold. Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yg
mempunyai saiz payudara yg agak besar ye. Tapi yg “agak kecil” pon bleh gak…
FOOTBALL HOLD
Yg ni pun pnah gak cube buat. Tapi agak sukar tanpa bantuan nursing pillow/bantal menyusu.
Sebab kite kena alas baby dengan bantal yg diletakkan di bahagian tepi badan/bawah ketiak kite
supaya baby berada sama level dengan breast. And then kite kene kepit badan baby kat bawah
ketiak, pegang kepalanya and halakan mulutnye ke breast. Teknik ini sesuai dipraktikkan oleh
ibu-ibu yg melahirkan baby secara caeserian untuk mengelakkan bahagian perut tidak tertekan
oleh berat baby.
LYING DOWN
Haa kawan-kawan..this is my FAVOURITE POSITION! Boleh kata sepanjang berada di rumah,
saya akan susukan Danish dgn posisi ini. Sangat selesa! Benefitnye kite menyusukan baby cara
ni ialah kite boleh co-sleep atau berehat sekali dgn baby. Tambahan pula, selepas balik kerja,
saya akan mandi, solat dan tidurkan Danish terlebih dahulu sebelum melakukan house chores yg
lain. So, saya akan susukan die sambil co-sleep dgn die dan bangun semula apabila die dah tidor
nyenyak.
TANDEM
This one is applicable for mommies yg ada twins or mommies yang ada toddler yg masih
menyusu dan bayi yg baru lahir. Contohnye Kak Sue (Lunatots) yg baru je dpt baby comel
seminggu yg lalu.

In conclusion frenz, try to experiment kesemua position dan cuba kenal pasti posisi yang mana
paling selesa dan mudah untuk diaplikasika mengikut keadaan, tempat dan keselesaan. Samada
kite menyusukan si manja kite di rumah atau di tempat awam tidak akan menjadi masalah. If kite
berada di tempat-tempat awam spt shopping mall atau di kenduri kawen sbg contoh, boleh pergi
ke nursing room yg disediakan atau tumpang le bilik-bilik yg ade. Kalau mahu lebih senang dan
stylish, boleh gunekan nursing cover yg byk di jual di online shop. Bestkan jadi mommies alaf
baru ni? Kesimpulannye, HENDAK 1000 DAYA, TAK HENDAK 1000 DALIH. Tiada lagi
alasan bagi ibu-ibu zaman sekarang untuk tidak menyusui anak sendiri….

Anda mungkin juga menyukai