Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru MUHD SYAFIQ BIN GHAZALI

2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI


BERI DUA MINIT
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini sangat bagus untuk dibaca seisi keluarga dimana dalam mengharungi kehidupan di
dunia ini kita tidak lupa supaya kita akan bertemu disyurga nanti. Tajuk buku ini adalah
menerangkan tentang bagaimana masa digunakan sebaik mungkin. Dengan dua minit boleh
menjadikan sesuatu yang bermakna namun ia juga boleh menjadikan sesuatu yang sia-sia. Dua
minit itu sangat diperlukan bagi seseorang yang menghajatkan sesuatu, namun bagi seseorang
yang mengunggu jawapan yang tidak pasti ia sesuatu masa yang panjang. Buku ini membuatkan
saya terfikir, dengan dua minit saya sangat perlukan ia ketika tiba saat akhir hayat, sempatkah
daku bertaubat agar daku pergi tanpa sebarang dosa. Dengan hanya dua minit sebelum nyawa di
kerongkong. Kebiasaanaya kita dengar dengan kata-kata orang bijak menggunakan masa 24 jam
sehari itu sanagt cukup untuk melakukan apa-apapun. Namun tempoh dua minit itu sekiranya kita
fikirkan ia seperti tidak mampu membuat apa-apa sekiranya tidak dimanfaatkan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Konsep buku Beri Dua minit ini adalah karya MKI yang memberi pandangan yang luar biasa
kepada saya dan pembaca yang lain. Buku ini membuka mata saya supaya sentiasa meraikan
kehidupan walaupun kita tahu kehidupan kita hanya singkat sebenarnya. Jangan lalai dengan
dunia yang selalu menipu dan melalaikan kehidupan kita.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dalam sesebuah organisasi, pengurusan masa amat penting untuk menjadikan sesuah organisasi
yang berjaya. Orang yang sentiasa menepati masa adalah orang yang pandai menguruskan diri.
Orang yang berjaya juga adalah orang yang boleh menggunakan masa sebaiknya tanpa perkara
sia-sia. Seseorang yang menepati masa juga akan dipercayai orang.Dia mudah diberi peluang
untuk melakukan kerja penting kerana dia dapat menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh masa
yang diberikan. Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali.Oleh itu,kita mesti pandai
memanfaatkan masa.Seseorang yang menepati masa tidak akan kerugian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ .....................................................
( MUHD SYAFIQ BIN GHAZALI ) ( )