Anda di halaman 1dari 10

MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA SESI 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN JANGLAU 26820 KUALA ROMPIN PAHANG.


Bil : '1/2020
Tarikh : 8 Januari 2020 (Rabu)
Masa : 1.30 - 3.00 petang
Tempat : Bilik Sains SK Janglau

KEHADIRAN :
1. Puan Che Latipah bt Salem Ketua Panitia Sains (Pengerusi)
2. En Nor Rizan bin Sidi Hamat AJK
3. En Mohamaad Zainal bin Muda AJK

URUS SETIA MESYUARAT :


1. En Abdul Rahim bin Othman Ramli Setiausaha Panitia Sains

1 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Perjumpaan dimulakan dengan bacaan umul kitab al-fatihah.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian meluangkan masa bagi
menghadiri mesyuarat panitia kali pertama 2020.
1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Mohamaad Zainal bin Muda dan
mengalu-alukan kedatangan beliau dalam Panitia Sains dan berharap dapat berkongsi
pengalaman dari sekolah lamanya iaitu SK Sungai Puteri (TS25).
1.4 Pengerusi berharap di tahun baru dan dekad baru ini, maka azam pasti baru, semoga
kerjasama kita lebih erat dalam memastikan kerja buat yang lebih berkesan bagi
memastikan kemenjadian murid tercapai.

2 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Panitia Sains kali Keempat Tahun 2019 (Bil 4/2019) disahkan.
Cadangan pengesahan minit mesyuarat adalah seperti berikut

Dicadang oleh : En. Abdul Rahim bin Othman Ramli (Urus Setia Panitia Sains)
Disokong oleh : En. Nor Rizan bin Sidi Hamat (AJK)

3 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.

Page 1
4 4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1 PENGGUBALAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) TERKINI

4.1.1 Pengerusi mencadangkan RPT digubal sehingga minggu ke 39 dan diagihkan


mengikut tahun
Agihan penggubalan adalah seperti berikut :
Tahun 1 : En Mohamaad Zainal bin Muda
Tahun 2 : En Abdul Rahim bin Othman Ramli
Tahun 3 : En Nor Rizan bin Sidi Hamat
Tahun 4 : Pn Che Latipah bt Salem
Tahun 5 : En Abdul Rahim bin Othman Ramli
Tahun 6 : Pn Che Latipah bt Salem

Makluman semua guru sains

4.2 FAIL REKOD MENGAJAR - KETETAPAN DAN KESERAGAMAN FORMAT


PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

4.2.1 En Rahim memaklumkan e-RPH untuk Tahun 1 hingga 6 tidak dapat ditempah
secara dalam talian disebabkan permintaan tinggi dan mengambil masa yang agak
lama untuk diperolehi.
4.2.2 Pengerusi mencadangkan En Mohamaad Zainal untuk mendapatkan format penulisan
RPH seperti yang digunapakai di sekolah lama beliau dan akan disunting semula.
4.2.3 En Abdul Rahim mencadangkan supaya contoh RPH untuk Tahun 1 hingga 6
dimuat naik ke laman Google Drive e-mail Panitia Sains untuk memudahkan semua
guru memuat turun dan menyunting semula RPH.

Tindakan En Mohamaad Zainal dan En Abdul Rahim

4.3 PERANCANGAN PENTAKSIRAN

4.3.1 En Nor Rizan memaklumkan bagi murid Tahap 1 akan dilaksanakan Pentaksiran
Bilik darjah (PBD)
4.3.2 En Mohamaad Zainal mencadangkan setiap guru Sains membawa bersama borang
Transit untuk penilaian secara terus PBD ketika di kelas.
4.3.3 Beliau juga mencadangkan setiap guru Sains melengkapkan Standard Pembelajaran
di dalam Borang Transit bagi Setengah Tahun dan Akhir tahun untuk memudahkan
guru mengisi Tahap Penguasan (TP 1 hingga TP 6)

Tindakan semua guru sains

4.4 PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN, SEMAKAN BUKU LATIHAN DAN BUKU
KERJA

4.4.1 Pengerusi memaklumkan murid Tahap 2 menggunakan buku aktiviti keluaran Syarikat
Sasbadi manakala murid Tahun 1 hingga 3 menggunakan buku aktiviti yang
dibekalkan oleh KPM

Page 2
4.4.2 En Nor Rizan memaklumkan Tahap 1 akan menggunakan 1 buah buku amali
manakala Tahap 2 menggunakan 2 buah buku amali iaitu 1 buah untuk digunakan
sebagai nota manakala satu buah lagi untuk laporan amali sains
4.4.3 En Abdul Rahim memaklumkan semakan buku latihan dan buku aktiviti akan
dibuat berdasarkan kepada Jadual Pencerapan dalam Buku Pengurusan Sekolah
(muka surat 55)

Makluman semua guru sains

4.5 PENETAPAN JUMLAH SOALAN MENGIKUT ARAS

4.5.1 Pengerusi memaklumkan penetapan jumlah soalan dalam seminggu adalah seperti berikut :
4.5.1.1 Murid daripada Tahap 1 akan diberikan sebanyak 3 hingga 5 soalan
4.5.1.2 Murid daripada Tahap 2 daripada aras tinggi akan diberikan sebanyak
10 hingga 20 soalan
4.5.1.3 Murid daripada Tahap 2 daripada aras sederhana akan diberikan sebanyak
5 hingga 9 soalan
4.5.1.4 Murid daripada Tahap 2 daripada aras rendah akan diberikan sebanyak
2 hingga 4 soalan

Makluman semua guru sains

4.6 ANALISIS UPSR 2019, PBD DAN PENILAIAN AKHIR TAHUN 2019

4.6.1 Analisis UPSR bagi UPSR 2019 adalah seperti dalam jadual di bawah

Bilangan Mengikut Gred, Peratus dan GPMP UPSR 2019


Bil Calon
(% Gred
Gred A (%) Gred B (%) Gred C (%) Gred D (%) (%) GPMP
lulus) E
51 0 0 14 27.45 24 47.09 12 23.53 98.04 1 1.96 3.00

Analisis UPSR 2019 bagi Tahun 6


4.6.1.1 Bilangan calon UPSR : 58 orang
Peratus (%) yang menguasai Tahap Minuman (MTM) adalah sebanyak 98.04 %
Peratus (%) yang tidak menguasai Tahap Minuman (TMTM) adalah sebanyak
1.96%
4.6.1.2 Pn Che Latipah mengucapkan tahniah kepada semua guru yang mengajar dan
membantu dalam meningkatkan pencapaian UPSR

4.6.2 Analisis PBD 2019 bagi murid tahun 1 hingga 5 adalah seperti jadual di bawah

Pencapaian Sains bilangan Mengikut Tahap Penguasaan (TP) PBD 2019


Bil
Kelas (%) (%)
Murid TP 1 (%) TP 2 TP 3 (%) TP 4 (%) TP 5 (%) TP 6
TMTM MTM
1 Ilmu 20 - - - - 8 40.00 5 25.00 7 35.00 - 100
1 Bakti 19 - - 2 10.53 7 36.84 4 21.05 6 31.58 - 89.47
2 Ilmu 24 - - - - 5 20.83 10 41.67 9 37.50 - 100

Page 3
2 Bakti 26 - - - - 15 57.69 5 19.23 5 19.23 1 100
3 Ilmu 22 - - - - 9 40.91 9 40.91 4 18.18 - 100
3 Bakti 21 - - - - 8 38.10 9 42.86 4 19.05 - 100
4 Ilmu 30 - - - - 6 20.00 17 56.67 7 23.34 - 100
4 Bakti 28 - - - - 7 25.00 14 50.00 7 25.00 - 100
5 Ilmu 30 - - - - 5 16.67 20 66.67 3 10.00 2 100
5 Bakti 29 - - - - 4 13.79 22 75.86 3 10.34 - 100

4.6.3 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2019 Bagi Tahun 4 dan 5

Bil Bilangan Mengikut Gred, Peratus dan GPMP Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Kelas
Murid
Gred A (%) Gred B (%) Gred C (%) Gred D (%) (% lulus) Gred E (%) GPMP
4 Ilmu 30 0 0 7 23.33 8 26.67 8 26.67 83.33 7 16.67 3.50
4 Bakti 30 0 0 4 13.33 14 46.67 7 23.33 76.67 5 23.33 3.43
5 Ilmu 30 1 3.33 4 13.33 8 26.67 6 20.00 63.33 11 36.67 3.73
5 Bakti 29 0 0 2 6.90 5 17.24 7 24.14 48.28 15 51.72 4.21

Makluman semua guru Sains

4.7 RCA

4.7.1 Pengerusi memaklumkan RCA (Root Cause Analysis) akan dijalankan mengikut guru subjek
masing-masing pada tahun lepas
4.7.2 En Nor Rizan mencadangkan supaya RCA setiap kelas dilampirkan bersama dengan pelan
Intervensi
Makluman dan Tindakan semua guru sains

4.8 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI GURU SAINS

4.8.1 Pengerusi mencadangkan lima program peningkatan kualiti PdPc guru iaitu
4.8.1.1 LADAP Kursus Semakan Sains Tahun 4
4.8.1.2 Bengkel Penandaan Soalan Struktur mengikut format
4.8.1.3 Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) yang akan dipilih mengikut kesesuaian
PdPC
4.8.1.4 Bengkel Penggunaan ICT dalam PdPc Sains
4.8.1.5 Bengkel membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) PAK-21

4.8.2 En Abdul Rahim mencadangkan laporan dan dokumentasi bergambar bagi setiap program
akan dibahagikan bersama ahli-ahli Panitia.

Tindakan semua guru sains

4.9 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI MURID

4.9.1 Beberapa cadangan program peningkatan kualiti murid untuk sepanjang Tahun 2020 iaitu

Page 4
4.9.1.1 Teknik menjawab soalan Sains Kertas 2 bagi murid Tahap 2
4.9.1.2 Persembahan murid Tahun 1 hingga 6 semasa waktu Perhimpunan hari Isnin minggu
ke-4 atau setiap bulan juga waktu rehat iaitu selama 10 minit
4.9.1.3 Program 'Science Genius' untuk murid yang akan membantu guru-guru Sains dalam
bilik Sains. Ahli-ahlinya di kalangan murid Tahun 2 hingga 6 yang dilantik berdasarkan
pencapaian yang baik dalam Subjek Sains. Panitia akan menempah 'button badge'
4.9.1.4 Kiosk Sains akan diwujudkan di bahagian susut tangga blok B

4.9.2 En Mohamaad Zainal telah mencadangkan laporan dan dokumentasi bergambar bagi setiap
program peningkatan murid akan dibahagikan bersama ahli-ahli Panitia.

Tindakan semua guru sains

4.10 AGIHAN BELANJA MENGURUS (ABM) TAHUN 2020

4.10.1 En Nor Rizan memaklumkan peruntukan perbelanjaan Panitia yang diluluskan bagi Tahun
2020 adalah sebanyak RM 900
4.10.2 Barang-barang keperluan PdP yang diperlukan untuk tahun ini akan dimaklumkan mengikut
keperluan semasa .

Makluman dan Tindakan semua guru sains

4.11 PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN

4.11.1 Pinjaman penggunaan Bilik Sains bagi Tahun 2020 hendaklah direkodkan dalam buku
Penggunaan Bilik Sains.
4.11.2 Alat atau radas yang dipinjam dari bilik sains jugaa mesti direkodkan.

Tindakan semua guru sains

4.12 STANDARD KUALITI (SKPMG2) BAHAGIAN STANDARD 4

4.12.1 Standard Kualiti (SKPMG2) Bahagian Standard 4 iaitu Jadual Pencerapan PdPC
dirujuk seperti mana di dalam Buku Pengurusan Tahun 2020

Makluman dan Tindakan semua guru sains

5 5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan Bilik Sains kekurangan perabut iaitu kerusi masih belum diperolehi
dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera untuk keselesaan murid
5.2 En Mohamaad Zainal mencadangkan agar diadakan gotong-royong untuk keceriaan bilik Sains .
Beliau mencadangkan agar diadakan pada bulan Februari 2020
5.3 En Nor Rizan mencadangkan agar Taman Sains dibaik pulih semula supaya lebih menarik
5.4 En Abdul Rahim memaklumkan Pemadam Api (Fire Extinguisher) tiada dalam Bilik Sains.
Kotak Peti Kecemasan (First Aid) boleh dipohon daripada Bilik Kesihatan

Makluman dan Tindakan semua guru sains

6 6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan mengharapkan semua yang
dirancangkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya.

Page 5
6.2 Mesyuarat disudahi dengan bacaan ummul kitab al-fatihah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh

………………………………….
(En Abdul Rahim bin Othman Ramli)

URUS SETIA
Panitia Sains
SK Janglau

Tarikh : 13 Januari 2020

Page 6
Page 7
Page 8
CADANGAN AKTIVITI BULAN PANITIA SAINS 2016

Tarikh Aktiviti Catatan

1. Perasmian Bulan Panitia


2. Hari Terbuka / Pameran Sains
( model rumah EUREKA, Roket Air,
projek Reka Cipta dan lain-lain)
1- 5 Feb 2016 3. Demonstrasi Ujikaji dan mengenalpasti
(Minggu 1) Kemahiran Proses Sains yang terlibat
(memerhati, mengelas, berkomunikasi dan
membuat inferens)
4. Cadangan ujikaji yang terlibat ialah
a) Asid alkali
b) Membina lampu suluh
c) saiz bayang-bayang

8- 12 Feb 2016 CUTI TAHUN BARU CINA


(Minggu 2)

Tahap 1
1. Teka silangkata (Tahun 3)
15-19 Feb 2016 2. Mewarna (Tahun 1 dan 2)
(Minggu 3) 3. Teka bilangan klip kertas (Tahun 2 dan 3)

Tahap 2
1. Kuiz Sains Antara Kelab dan Persatuan
(Tahun 4, 5 dan 6)
2. Jejak Kembara (Tahun 5 dan 6)
3. Roket Air Berpayung Terjun

Tahap 1
1. Pertandingan bercerita Sains (Tahun 2 dan 3)
22-26 Feb 2016 2. Mewarna Benda Tersembunyi (Tahun 1)
(Minggu 4)
Tahap 2
1. Pertandingan rumah EuREKA (Tahun 4 dan 5)
2. Saintis Muda (Tahun 6)
3. Pembukaan Kiosk Sains di Sudut Tangga
(Sebelah Stor Dewan)

29 Feb 2016 1. Majlis Penutup


(Minggu 5) 2. Penyampaian Hadiah
SENARAI GURU MATAPELAJARAN SAINS MENGIKUT KELAS

KELAS NAMA GURU SAINS


1 Alpha En Abdul Rahim b. Othman Ramli
1 Beta En Abdul Rahim b. Othman Ramli
2 Alpha En Nor Rizan bin Sidi Hamat
2 Beta En Nor Rizan bin Sidi Hamat

3 Alpha Puan Che Latipah bt Salem (KP)

3 Beta En Amir Rezal bin Razak


4 Alpha Puan Che Latipah bt Salem (KP)
4 Beta Puan Che Latipah bt Salem (KP)
5 Alpha Puan Che Latipah bt Salem (KP)

5 Beta En Nor Rizan bin Sidi Hamat

6 Alpha En Abdul Rahim b. Othman Ramli


6 Beta En Nor Rizan bin Sidi Hamat

Anda mungkin juga menyukai