Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN WAKIL PELAJAR MAJLIS RESTU ILMU 2019.

Terima kasih kepada Pengacara Majlis

Yang berusaha, En Kasniza Jumari b Shamsir, Guru Besar SK Datok Keramat 2,


Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, En Mohd Shukri b Abdullah
Guru Penolong Kanan HEM, En Mohd Ali b Jaan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahamad Shukre b Mat Lazim

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi dan dirahmati Allah swt sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur kita, ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat
berkumpul di majlis yang penuh rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak
jiwa kita bersama dalam menghadapi Peperiksaan UPSR 2019 yang akan bermula
pada esok hari.
Saya Nur Adiella Batrisya bt Anuar, mewakili rakan-rakan seperjuangan
mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang begitu sabar mengajar dan mendidik kami selama ini. Budi yang guru berikan
tidak terbalas oleh kami. TERIMA KASIH CIKGU

Letih berjalan di tengah pekan


Singgah sebentar di gerai siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti

Guru-guru dan rakan-rakan,


Dikesempatan ini, saya dan rakan-rakan  memohon ampun dan maaf seandainya
ada kata-kata atau perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada
secara sedar atau tidak sedar. Kami memohon agar guru-guru menghalalkan segala
ilmu yang dicurahkan dan sudilah kiranya memaafkan kami. Sesungguhnya yang
baik datang dari Allah dan yang kurang baik adalah datang dari kami sendiri.

Insyallah, dengan iringan doa guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan
berjuang dalam medan peperiksaan dan kehidupan seharian berbekalkan amanat
pesanan dan tunjuk ajar cikgu demi memastikan kejayaan menjadi milik kami. Cikgu
halalkan segala ilmu untuk kami pergunakannya bukan saja untuk menjawab kertas-
kertas peperiksaan tetapi untuk menempuhi kehidupan di hari mendatang

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Terima kasih kami ucapkan


Kerana guru selalu membantu
Jasa dan bakti jadi taruhan
Akan dikenang setiap waktu

Terima kasih cikgu.

Anda mungkin juga menyukai