Anda di halaman 1dari 2

Kalpana A/P R Mohan

No.28, Jalan Serangkai 13,


Taman Bukit Dahlia,
81700 Pasir Gudang,
Johor.

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan, 29 Mei 2020


Tuan / Puan,
Mohon Rayuan Kebenaran Untuk Pergerakan Semasa PKPB
Berdasarkan perkara di atas, saya ingin memaklumkan dan memohon kebenaran untuk saya,
Kalpana A/P R Mohan dan ayah saya, R Mohan A/L Raja untuk mengambil barang dan
dokumen penting bagi penyelidikan dari IPG Kampus Ipoh, Perak semasa Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat dijalankan.
2. Saya merupakan pelajar semester akhir Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang
akan menamatkan pengajian pada Jun 2020. Dokumen saya yang penting seperti fail dan bukti
penyelidikan serta sijil-sijil pelajaran masih ada di institut dan rumah sewa saya. Saya sekarang
melaksanakan penyelidikan yang bertajuk ‘Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam PdP’ bagi
memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda. Borang dan dokumen penting kajian saya masih berada
di institut dan ruma sewa tersebut. Saya segera memerlukan dokumen-dokumen tersebut untuk
menyiapkan penyelidikan saya kerana pada bulan Jun 2020, saya akan menduduki
peperiksaan maya.
3. Berikut adalah maklumat berkaitan:
Tarikh bertolak & berbalik : 30/5/2020 - 31/5/2020
Nama / No. Kad : Kalpana A/P R Mohan (961229-01-5706)
Pengenalan
R Mohan A/L Raja (660227-02-5311)
Jenis Kenderaan : Proton Saga Premium
No Kenderaan : JSG5421
Warna Kenderaan : Silver
Alamat rumah sewa : No 17, Persiaran Murni 3, Taman Indah,
Tanjung Rambutan 31250 Ipoh, Perak

4. Bersama dengan surat ini saya sertakan pengesahan dan kebenaran dari pihak Balai
Polis Pasir Gudang, Johor. Segala jasa baik pihak berkuasa amat saya alu-alukan dan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih. Saya akan mematuhi segala peraturan sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berlangsung.
Sekian,
______________________
(Kalpana A/P R Mohan)

PENGESAHAN / KEBENARAN
Nama Balai: Cop/ Tandatangan:

Nama Pengawai:

Jawatan: Tarikh: