Anda di halaman 1dari 68

HARTA SEPENCARIAN:

KLASIFIKASI,PROSEDUR
DAN PELAKSANAAN DI
MAHKAMAH SYARIAH DI
MALAYSIA

DATO HAJI ABDUL WALID BIN ABU


HASSAN (DIMP,DSPN, SAP, PJK)
PENASIHAT PEMBANGUNAN DASAR DAN
PENGURUSAN SYARIAH (PAKAR RUJUK)
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH
MALAYSIA (JKSM)
Klasifikasi Harta Sepencarian

 Masyarakat Islam di negara ini masih


belum benar-benar memahami atau
begitu terdedah tentang konsep harta
sepencarian.

 Tetapi tuntutan terhadap harta


sepencarian di mahkamah syariah di
Malaysia agak memberangsangkan.

 Peruntukan undang-undang keluarga


Islam mengenai harta sepencarian
dimanfaatkan oleh masyarakat Islam di
negara ini.
Klasifikasi Harta Sepencarian

APA DIA HARTA SEPENCARIAN


DAN YANG BUKAN HARTA
SEPENCARIAN
Klasifikasi Harta Sepencarian

 HARTA SEPENCARIAN/ BUKAN HARTA SEPENCARIAN

Harta/pendapatan Harta Bawaan/Harta


yang diperoleh Pusaka/Hadiah /Hibah
dalam tempoh diperoleh oleh suami atau
isteri
perkahwinan

1.Harta yang diperoleh oleh


suami dalam tempoh 1.Harta isteri/suami yang
perkahwinan walaupun diperoleh sebelum berkahwin
pemerolehan itu menggunakan dengan wangnya sendiri, hasil
wangnya sendiri, atau hasil titikpeluhnya/hadiah/hibah/
titik peluhnya tanpa sebarang pusaka- tanpa ada penambahan
sumbangan secara langsung atau pemajuan terhadap harta
daripada pihak isteri (SEBAGAI itu selepas berkahwin oleh
ISTERI DIKIRA SUMBANGAN TAK mana-mana pihak
LANGSUNG)
HARTA SEPENCARIAN BUKAN HARTA SEPENCARIAN
2.Sama ada harta isteri atau 2.Harta yang diperoleh isteri
harta suami yang dibawa semasa perkahwinan melalui
sebelum berkahwin usahanya sendiri tanpa ada
kemudian dimajukan secara sedikitpun sumbangan
bersama dalam masa langsung daripada suami
perkahwinan, maka harta maka ia bukanlah harta
tersebut juga termasuk sepencarian. Perkahwinan
dalam harta sepencarian semata-mata tidak
melayakkan suami menuntut
TERMASUKLAH harta itu sebagai harta
sepencarian.
3.Apa-apa hasil dan nilai 3.Apa-apa sumbangan oleh
tambahan daripada suami dalam menunaikan
perkembangan dan kewajipannya untuk menjaga
pemajuan melalui usaha keluarga dan rumah tangga
sendiri pihak yang satu lagi sebagaimana yang
kepada perkahwinan itu, ditetapkan oleh hukum
atau usaha bersama pihak- syarak, tidaklah dikira
pihak kepada perkahwinan sebagai usaha bersama bagi
itu semasa perkahwinan maksud mentafsirkan takrif
berkenaan dengan harta2 itu “harta sepencarian.”
HARTA SEPENCARIAN BUKAN HARTA SEPENCARIAN
4.Apa-apa sumbangan oleh
isteri dalam menjaga
keluarga dan rumah tangga
atau apa-apa urusan lain
yang berhubungan dengan
pemerolehan harta
hendaklah dikira sebagai
usaha bersama dalam
mentafsirkan takrif “harta
sepencarian,”
5.Apa-apa sumbangan oleh
suami (selain sumbangan dalam
menunaikan kewajipannya
untuk menjaga keluarga dan
rumah tangga sebagaimana
yang ditetapkan oleh hukum
syarak) yang membawa kepada
pemerolehan harta hendaklah
dikira sebagai usaha bersama
bagi maksud mentafsirkan takrif
“harta sepencarian,”
Penentuan hak milik
dilihat kepada kaedah
proses harta itu diperoleh

secara
sendirian

berasingan

bersama
 Penentuanbahagian harta
sepencarian dilihat kepada:

1. Usaha bersama suami isteri;


2. Sumbangan-sumbangan yang diberikan
secara langsung dan tak langsung; dan
3. Kewujudan anak-anak dibawah umur dan
keperluan mereka
4. Apa-apa hutang yang terhutang oleh
salah satu pihak yang telah dilakukan
bagi manfaat bersama mereka
"Oranglelaki
Orang lelakiada
adabahagian
bahagiandaripada
daripadaapa
apayang
yangmereka
merekausahakan
usahakandan
danorang
orangperempuan
perempuanpula
pulaada
adabahagian
bahagiandari
dariapa
apayang
yangmereka
merekausahakan."
usahakan."

Dalil Keharusan Harta


Sepencarian

AL-
QUR’AN
ayat 32
HADIS
Pengiktirafan
Surah an-
adat Nisaa'
(al-'adah
muhakkama)

Apa saja yang dipandang


kaum Muslimin merupakan Orang lelaki ada bahagian
kebaikan, maka di sisi Allah daripada apa yang
juga merupakan kebaikan. mereka usahakan dan
Dan apa saja yang
orang perempaun pula
dipandang kaum Muslimin
merupakan keburukan, ada bahagian daripada
maka di sisi Allah juga apa yang mereka
merupakan keburukan usahakan
 Sayyid Abdul Rahman di dalam Kitab Bughyah :
“Telah bercampur harta suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebih
banyak dan tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah
seorangnya, kemudian berlaku perceraian antara kedua-duanya atau
meninggal dunia maka tidak sah salah seorang daripada mereka (suami isteri
atau warisnya) memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelum
dapat dibezakan atau sebelum dibuat perdamaian (al-sulh) kecuali bersama-
sama dengan pemiliknya sebab tidak ada murrajjih (tidak ada tanda yang
membezakan). Seperti mereka berkata: 'Jika bercampur burung merpati
kedua-keduanya (suami isteri) pada ketika itu jika boleh diketahui atau
dibezakan kedua-duanya, tetapi jika tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan,
perkara ini hendaklah ditangguhkan sehingga suami isteri atau waris kedua-
duanya berdamai ataupun menyerah (hibah) dengan sama banyak atau
berlebih kurang jika mereka (suami isteri) dan waris orang-orang yang
sempurna (bukan mahjur 'alaihi) dan wajib supaya jangan berkurang
pembahagiannya daripada setengah bagi orang yang mahjur (orang yang tidak
dibenarkan mentadbir harta). Tetapi jika berlaku kebiasaan yang tetap bahawa
salah seorang daripada kedua-duanya (suami isteri) mendapat pendapatan
yang lebih banyak daripada seorang lagi maka perdamaian (sulh) dan
penyerahan (hibah) adalah berdasarkan demikian (lebih kurang), jika mereka
tidak menyetujui satu pun daripada yang demikian, maka pihak yang
memiliki sesuatu daripada harta (memegang harta) akan diterima
cakapnya dengan sumpahnya, bahawa harta itu miliknya. Tetapi jika
harta itu dimiliki oleh kedua-duanya (masing-masing memegang
harta), maka masing-masing boleh meminta pihak yang lain
bersumpah, kemudian harta itu dibahagi dua.”.
 Harta Sepencarian menurut
Undang-undang

Seksyen122. Kuasa Mahkamah memerintah


pembahagian harta sepencarian.

(1)Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa


apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila
membuat suatu perintah perceraian untuk
memerintahkan supaya apa-apa aset yang
diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa
perkahwinan dengan usaha bersama mereka
dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana
aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara
pihak-pihak itu.
(2) (3)
Pada menjalankan kuasa yang Mahkamah hendaklah
diberikan oleh subseksyen (1), mempunyai kuasa, apabila
Mahkamah hendaklah mengambil membenarkan lafaz talaq atau
perhatian tentang—
apabila membuat perintah
(a)takat sumbangan-
sumbangan yang telah dibuat perceraian, memerintahkan
oleh setiap satu pihak dalam supaya apa-apa aset yang
bentuk wang, harta, atau kerja diperoleh dalam masa
bagi memperoleh aset-aset itu; perkahwinan dengan usaha
(b)apa-apa hutang yang tunggal satu pihak kepada
terhutang oleh salah satu pihak perkahwinan itu dibahagi antara
yang telah dilakukan bagi mereka atau supaya mana-mana
manfaat bersama mereka;
aset itu dijual dan hasil jualan
(c)keperluan-keperluan anak-
anak yang belum dewasa itu dibahagi antara pihak-pihak
daripada perkahwinan itu, jika itu.
ada, dan, tertakluk kepada
pertimbangan-pertimbangan
itu, Mahkamah hendaklah
membuat pembahagian yang
sama banyak.
(4) (5)
Pada menjalankan kuasa yang Bagi maksud seksyen ini,
diberikan oleh subseksyen (3), sebutan mengenai aset yang
Mahkamah hendaklah memberi diperoleh dalam masa
perhatian kepada—
(a)takat sumbangan-sumbangan
perkahwinan oleh satu pihak
yang telah dibuat oleh pihak yang termasuklah aset-aset yang
tidak memperoleh aset itu, kepada dipunyai oleh satu pihak
kebajikan keluarga dengan sebelum perkahwinan itu yang
memelihara rumahtangga atau
menjaga keluarga; telah dimajukan pada
(b)keperluan-keperluan anak-anak sebahagian besarnya dalam
yang belum dewasa daripada masa perkahwinan itu oleh pihak
perkahwinan itu, jika ada, dan
tertakluk kepada pertimbangan-
yang satu lagi itu atau dengan
pertimbangan itu, Mahkamah boleh usaha bersama mereka.”
membahagikan aset-aset itu atau
hasil jualan itu mengikut apa-apa
kadar yang difikirkannya
munasabah, tetapi dalam apa-apa
hal, pihak yang telah memperoleh
aset-aset itu dengan usahanya
hendaklah menerima suatu kadar
yang lebih besar.
Seksyen23. Poligami

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran


atau memerintahkan supaya perkahwinan itu
didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah
mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak
kepada perkahwinan—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat


pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri
yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang


telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa
perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi
antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual
dan hasil jualan itu dibahagikan.
SOALNYA, ISTERI PERTAMA TAHU SUAMINYA
TELAH BERPOLIGAMI, TETAPI TIDAK
MENDAFTARKAN PERKAHWINAN KEDUANYA
YANG DIBUAT DI LUAR NEGARA.

APA HARUS DILAKUKAN UNTUK


MEMBOLEHKAN ISTERI PERTAMA MENDAPAT
HAKNYA UNTUK MENUNTUT HARTA
SEPENCARIAN.

BOLEH KE ISTERI PERTAMA MEMBUAT


TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN SEMASA
DALAM TEMPOH PERKAHWINAN SEDANG
PERKAHWINAN KEDUA SUAMINYA BELUM DI
DAFTARKAN.
1. MEMBUAT ADUAN KEPADA PEGAWAI
PENGUATKUASA AGAMA TENTANG
KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN
OLEH SUAMINYA TIDAK
MENDAFTARKAN PERKAHWINAN
POLIGAMI TANPA KEBENARAN DAN
BERKAHWIN TANPA KEBENARAN DI
LUAR NEGARA.
2. MEMUJUK MADUNYA SUPAYA
TAMPIL MEMBUAT PENDAFTARAN
PERNIKAHAN YANG DILAKUKAN DI
LUAR NEGARA TERSEBUT. MENGIKUT
KEHENDAK SEKSYEN 31 AUUKI SALAH
SATU PIHAK BOLEH MEMBUAT
PERMOHONAN PENDAFTARAN
PERKAHWINAN YANG DILAKUKAN DI
LUAR NEGARA YANG DIBUAT TANPA
KEBENARAN
SUMBANGAN LANGSUNG

Mengeluar-
MENGGUNA kan wang,
nama Mengguna membayar
pengaruh deposit dan
dalam membayar
diri
aset ansuran
bulanan.

Menggunakan
Membuat Mengisi borang
nama
pinjaman permohonan;
bapa/keluarga
dengan menyerahkan
yang kepada pemaju;
syarikat
mempunyai membuat
tempat
pengaruh tindakan-
pasangan
tertentu tindakan susulan
bekerja

Berusaha Menggunakan dua


mendapatkan nama dalam Menjadi penjamin
membuat kepada peminjam
peguam cara
pinjaman
BIL. SUMBANGAN TIDAK LANGSUNG

1. Menjadi isteri yang taat dan bertanggungjawab dan sentiasa


menjaga kehormatan suami
2. Memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga untuk memberi
keselesaan kepada suami dalam memperoleh aset

3. Menemani suami semasa suami berurusan untuk memperoleh


harta tersebut ke mana sahaja seperti ke pejabat
perumahan,pejabat tanah, pejabat peguam dan sebagainya yang
membuatkan suami merasa senang dan terhibur dengan keletihan
dan kesusahan

4. Menjaga dan memelihara anak-anak yang masih di


bawah umur dengan baik
5. Menjaga makan minum suami dan pakaian suami dengan baik dan
teratur
6. Menjaga suami yang terlantar sakit beberapa tahun dengan sabar

7. Bekerja dan menggunakan duit gaji membantu meringankan


beban suami dalam rumahtangga
APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT
TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

1.PASTIKAN BIDANG KUASA MAHKAMAH:

HS HANYA BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH TINGGI


SYARIAH SEPERTI MANA MENGIKUT SEKSYEN 62(1)(b)
“dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi
Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan
memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau
tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk
tuntutan hadhanah atau harta sepencarian)”.

Maknanya tidak kiralah berapa nilai HS itu,tuntutan hendaklah


difailkan di MahkamahTinggi Syariah

1.
APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT
TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

2.Umumnya sesuatu tuntutan hendaklah


difailkan di mahkamah tempat Plaintif
bermastautin seperti mana kehendak Seksyen
4 UUKI, tetapi dalam tuntutan HS, Seksyen
122 UUKI telah menetapkan tuntutan
hendaklah difailkan di mahkamah yang telah
membenarkan lafaz talak atau membuat suatu
perintah perceraian

(Rujukan kes Noh bin Atan lwn Syakila bt


Moahamd [1998] 6 MLJ 631)
APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT
TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

ARAHAN AMALAN NO.6 TAHUN 2013 JUGA


MENJELASKAN BAHAWA TUNTUTAN HS BOLEH
DIBUAT DI MAHKAMAH DI NEGERI YANG
MEMBUAT PERINTAH PERCERAIAN.

WALAU BAGAIMANA PUN, ARAHAN AMALAN


INI TELAH DI BATALKAN OLEH ARAHAN
AMALAN NO.4 TAHUN 2017 YANG TELAH
MEMBENARKAN TUNTUTAN HS BOLEH
DIDENGAR DAN DIPUTUSKAN APABILA PIHAK
YANG MENUNTUT MEMENUHI KEHENDAK
SEKSYEN 2 DAN SEKSYEN 4 UUKI
APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT
TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

-KES HARTA SEPENCARIAN HENDAKLAH DIFAILKAN


MELALUI SAMAN BERSERTA DENGAN PENYATA
TUNTUTAN

-BAGAIMANA JIKA SEMASA HENDAK MEMFAILKAN KES,


KITA TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN HARTA/ASET
TETAPI DENGAN ALASAN YANG MUNASABAH KITA
TAHU IA BERADA DALAM SIMPANAN PIHAK YANG SATU
LAGI.

-MASUKKAN PERMOHONAN INTERLOKUTORI MEMOHON


PENZAHIRAN DOKUMEN MENGIKUT SEKSYEN 85
UUTCM. PERMOHONAN INTERLUKOTORI HENDAKLAH
DIPOHON MENGIKUT SEKSYEN 187
APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT
TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

(1) Mahkamah boleh, jika perlu dan atas apa-apa terma yang
difikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak--

(a) menyatakan dengan bersumpah, secara lisan atau dengan


afidavit apakah dokumen yang ada atau pernah ada dalam
milikannya atau kuasanya berhubungan dengan perkara yang
berkenaan, atau sama ada dia ada atau pernah ada dalam milikannya
atau kuasanya apa-apa dokumen atau jenis dokumen tertentu dan,
dalam mana-mana hal itu, tempat tersimpannya mana-mana
dokumen yang dahulunya berada dalam milikannya atau kuasanya,
tetapi sekarang tidak lagi berada dalam milikannya atau kuasanya,
tetapi sekarang tidak lagi berada dalam milikannya atau kuasanya;
atau

(b) mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam milikannya


atau kuasanya
APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT
TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH
BAGAIMANA UNTUK MENGHALANG PIHAK YANG SATU LAGI
DARIPADA MELUPUSKAN HARTA SEPENCARIAN YANG SEDANG KITA
TUNTUT?

MEMOHON PERINTAH TEGAHAN/INJUNKSI MENGIKUT SEKSYEN 108


EUUKI NEGERI-NEGERI:

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada


perkahwinan—
(a)jika sesuatu prosiding hal-ehwal suami isteri masih belum selesai
di Mahkamah; dan
(b)dalam prosiding tersebut Mahkamah boleh membuat perintah di
bawah Seksyen 122,

mengeluarkan suatu perintah tegahan, menahan suami atau isteri,


mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-
apa harta yang telah diperolehi secara bersama semasa perkahwinan
mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati adalah difikirkan
perlu untuk berbuat demikian.”
KETERANGAN YANG DIPERLUKAN DI
MAHKAMAH SEMASA PERBICARAAN

1.PENGAKUAN/IKRAR PIHAK-PIHAK(jika ada)

2.KETERANGAN LISAN DARIPADA PIHAK-PIHAK

2.KETERANGAN LISAN DARIPADA SAKSI-SAKSI YANG


MENYOKONG KETERANGAN PIHAK-PIHAK

3.KETERANGAN DOKUMEN TENTANG ASET-ASET(GERAN


TANAH,KERETA,SURAT PERJANJIAN
JUALBELI/PEMBAYARAN/RESIT DLL

4.GAMBAR-GAMBAR ASET DSBNYA


APA YANG PERLU DIBUKTIKAN SEMASA
PERBICARAAN

1.Wujud perkahwinan yang sah antara


kedua mereka dan telah berlaku
perceraian dengan apa cara sekalipun
yang telah disahkan oleh Mahkamah
atau berlaku kematian salah seorang
atau kedua-dua belah pihak. Dalam hal
kematian kedua belah pihak, yang
menuntut adalah anak-anak atau
isteri kedua.
APA YANG PERLU DIBUKTIKAN
SEMASA PERBICARAAN

2.HARTA YANG DITUNTUT ADALAH HARTA


SEPENCARIAN YANG TERMASUK DALAM TAFSIRAN
SEKSYEN 2 AUUKI IAITU:
“harta sepencarian” ertinya harta yang
diperolehi bersama oleh suami isteri semasa
perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-
syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;”

Lama tempoh masa perkahwinan akan


mempengaruhi sumbangan langsung dan tak
langsung pihak-pihak
APA YANG PERLU DIBUKTIKAN SEMASA
PERBICARAAN

3. JIKA HARTA DIPEROLEH SEBELUM


PERKAHWINAN (IAITU HARTA
BAWAAN/HIBAH/PUSAKA), HARTA
TERSEBUT HENDAKLAH DIBUKTIKAN
TELAH DIMAJUKAN OLEH PIHAK YANG
SATU LAGI ATAU DIMAJUKAN BERSAMA
DALAM TEMPOH PERKAHWINAN
APA YANG PERLU DIBUKTIKAN DALAM
PERBICARAAN

4. SUMBANGAN LANGSUNG PIHAK-PIHAK DALAM


PEMEROLEHAN HARTA TERSEBUT (SEPERTI YANG
DINYATAKAN DLM SLIDE SEBELUM INI).

5. APA-APA HUTANG YANG TERHUTANG OLEH SALAH SATU


PIHAK YANG TELAH DILAKUKAN BAGI MANFAAT BERSAMA
MEREKA

5.SUMBANGAN TAK LANGSUNG PIHAK-PIHAK DALAM


PEMEROLEHAN HARTA TERSEBUT(SEPERTI YANG
DINYATAKAN DALAM SLIDE SEBELUM INI)

6.KEWUJUDAN ANAK-ANAK YANG DIBAWAH UMUR DI DALAM


PEMELIHARAAN PIHAK-PIHAK.
SELALUNYA DI DALAM TUNTUTAN HARTA
SEPENCARIAN, PIHAK-PIHAK MENGAKUI
BAHAWA HARTA ITU ADALAH HARTA
SEPENCARIAN, CUMA YANG DIPERTIKAI DAN
DITUNTUT ADALAH BAHAGIAN MASING-
MASING SAMADA BANYAK ATAU SEDIKIT
BERPANDUKAN KEPADA SUMBANGAN
LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG SEPERTI
MANA YANG TELAH DIJELASKAN TERDAHULU
SEMUA KETERANGAN YANG DIBERI SEMASA
SOAL UTAMA JIKA TIDAK DIPERTIKAI OLEH
PIHAK YANG SATU LAGI DALAM SOAL BALAS,
ATAU IA DIAKUI DI DALAM SOAL BALAS OLEH
PIHAK YANG SATU LAGI, MAKA IA DIKIRA
KETERANGAN YANG BOLEH DITERIMA. OLEH
ITU PENTING UNTUK PIHAK-PIHAK
MENGAMBIL PEDULI PERKARA SEPERTI INI.

HAKIM BIASANYA AKAN MENGULAS PERKARA


TERSEBUT DI DALAM ALASAN
PENGHAKIMANNYA
DI AKHIR PERBICARAAN
1. Jika Plaintif gagal memberi bukti sumbangan langsung
dan tak langsung, Defendan akan diberi hak
bersumpah, jika Defendan bersumpah, harta
terpulang kepadanya, jika Defendan enggan
bersumpah, sumpah dipulangkan kepada plaintif dan
jika dia bersumpah, harta terpulang kepadanya pula.

2. Jika kedua-dua enggan bersumpah, harta akan


dibahagi sama banyak

3. Jika kedua pihak gagal membuktikan sumbangan


masing-masing, harta akan dibahagi sama banyak
juga

4. Jika salah seorang telah mati atau keduanya, hak


bersumpah diberi kepada waris jika waris menuntut.

(Rujukan Kes Anita lwn Zainuddin MRS WP)


DI AKHIR PERBICARAAN
1. BAHAGIAN YANG DIBERIKAN OLEH HAKIM
DI AKHIR PERBICARAAN SAMADA DALAM
PECAHAN SEPERTI ½, 1/3, ¼, 1/5, 1/6
DAN SEBAGAINYA ATAU DALAM BENTUK
PERATUSAN 80%/ 50%/30%/ 25% DAN
SEUMPAMANYA

2. CAMPURAN SUMBANGAN LANGSUNG DAN


TIDAK LANGSUNG YANG TELAH
DIBERIKAN OLEH PIHAK-PIHAK AKAN
MEMBENTUK BAHAGIAN YANG AKAN
DIPEROLEH OLEH MEREKA DI AKHIR
PERBICARAAN NANTI
PANDUAN PEMBAHAGIAN HAK
HARTA SEPENCARIAN

1. SEBAGAI PANDUAN, JIKA ISTERI TIDAK BEKERJA


YANG TAAT DAN MEMELIHARA RUMAHTANGGA
DENGAN BAIK, MENJAGA MAKAN MINUM SUAMI
DAN ANAK-ANAK TETAPI TIDAK PERGI MENEMANI
SUAMI DALAM URUSAN MENCARI REZKI BOLEHLAH
DIBERIKAN HAK HARTA SEPENCARIAN SEBANYAK
25% ATAU ¼.

2. JIKA ISTERI SEPERTI KEADAAN DI NO.1 TETAPI


SENTIASA MENEMANI SUAMI KE MANA SAHAJA
DALAM USAHA SUAMI MEMPEROLEH HARTA DAN
SENTIASA MEMBERI DORONGAN DAN SEMANGAT,
BOLEHLAH DIBERI HAK HS SEBANYAK 1/3 ATAU
33.33%
PANDUAN PEMBAHAGIAN HAK
HARTA SEPENCARIAN

3. JIKA ISTERI TIDAK BEKERJA TETAPI BANYAK


MEMBERI SUMBANGAN LANGSUNG SEPERTI
MENGGUNAKAN PENGARUH BAPANYA YANG
TERNAMA ATAU MENGISI BORANG PERMOHONAN,
MENYERAHKAN KEPADA PEMAJU,MEMBUAT
TINDAKAN-TINDAKAN SUSULAN DAN BERUSAHA
MENDAPATKAN PEGUAMCARA BAGI SUAMI
MEMPEROLEH HS TERSEBUT. OLEH ITU
SUMBANGANNYA YANG TIDAK LANGSUNG SEBAGAI
ISTERI YANG TAAT DAN SENTIASA MENJAGA
KELUARGA DICAMPUR DENGAN SUMBANGAN
LANGSUNG TERSEBUT, BOLEHLAH DIBERIKAN HAK
HS SEBANYAK 40% ATAU 45%
PANDUAN PEMBAHAGIAN HAK
HARTA SEPENCARIAN

3. JIKA ISTERI BEKERJA DAN BANYAK MEMBERI


SUMBANGAN LANGSUNG SEPERTI MEMBAYAR
SEPARUH DARI ANSURAN BULANAN JUGA
MEMBAYAR DEPOSIT, DAN NAMANYA JUGA
TERMASUK DALAM PERJANJIAN JUAL BELI BAGI
MEMPEROLEH HS TERSEBUT. OLEH ITU
SUMBANGANNYA YANG TIDAK LANGSUNG SEBAGAI
ISTERI YANG TAAT DAN SENTIASA MENJAGA
KELUARGA DICAMPUR DENGAN SUMBANGAN
LANGSUNG TERSEBUT, BOLEHLAH DIBERIKAN HAK
HS SEBANYAK 50% ATAU PUN LEBIH JIKA
DIDAPATI SUMBANGAN LANGSUNGNYA BANYAK
BERBANDING DENGAN SUAMINYA.
BIL. Isu-Isu Yang Sering Berbangkit Di Mahkamah Syariah
Berhubung Harta Sepencarian

1. Tuntutan Harta Sepencarian selepas Kematian

2. Saham Syarikat sebagai Harta Sepencarian

3. Pembekuan Saham dan Akaun Syarikat atau Akaun


Peribadi dalam Tuntutan Harta Sepencarian

4. Permasalahan Harta Sepencarian dengan Aset


Tertakluk Dalam Akta Tanah Berkelompok dan Tanah
Rizab Melayu (TRM).
5. Tanah Lesen Tumpangan (Temporary Occupation
Licence [TOL])

6. Hak Orang Bukan Islam dalam Harta Sepencarian


1.Tuntutan Harta Sepencarian selepas
Kematian

Seksyen 122
"Mahkamah hendaklah mempunyai
kuasa apabila membenarkan lafaz
talaq atau apabila membuat suatu
perintah perceraian untuk
memerintahkan supaya apa-apa aset
yang diperoleh oleh pihak-pihak itu
dalam masa perkahwinan dengan
usaha bersama mereka dibahagi
antara mereka”
Tiada peruntukan undang-undang yang
memberi kuasa mahkamah
membahagikan harta sepencarian selepas
kematian. Jika ini berlaku seolah-olah
mahkamah mengambil kuasa
Parlimen/DUN untuk membuat undang-
undang

Tiada peruntukan juga dalam undang-


undang yang memberi kuasa kepada
mahkamah untuk menggunakan hukum
syarak jika terdapat lakuna. Hanya yang
ada dalam tatacara mal sahaja.
 Justeru itu, hampir benar dakwaan yang
menyatakan tuntutan harta sepencarian
selepas kematian adalah satu
penyalahgunaan kuasa mahkamah untuk
menidakkan, atau mengurangkan hak ahli
waris dalam harta pusaka atau faraid kerana
jika tuntutan harta sepencarian dibenarkan
dan perintah pembahagian dibuat sama ada
setengah-setengah (1/2) atau satu pertiga
(1/3) dan sebagainya, ia akan mengurangkan
hak ahli waris dalam harta pusaka tersebut.
Malah ia akan menambah banyak hak
mereka yang mendapat harta sepencarian.
 (Pandangan Tun Hamid dalam satu seminar)
 PADA SAYA IA TIDAK ADIL JIKA HS
TIDAK DITUNTUT OLEH PASANGAN
YANG MASIH HIDUP, CONTOH ISTERI
YANG HIDUP BERSUSAH PAYAH
MEMBANTU SUAMI LEBIH 30 TAHUN
DALAM PEMEROLEHAN HS DAN ADA
PULA YANG MENGELUARKAN DUIT
SENDIRI, MEMBUAT PINJAMAN DAN
SEBAGAINYA DALAM USAHA
MEMAJUKAN HS TERSEBUT.
 Oleh itu, jika tuntutan harta sepencarian
tidak dibenarkan, tentulah pasangan yang
ditinggalkan terpaksa meneruskan kehidupan
dengan menanggung hutang sendirian.
 PERUNTUKAN UMUM ADA MEMBERI
BIDANGKUASA KEPADA MAHKAMAH
SYARIAH UNTUK MEMBICARAKAN
“apa-apa pelupusan atau tuntutan harta
yang berbangkit daripada mana-mana
perkara yang dinyatakan dalam
subperenggan (i)”

 Dalam tuntutan harta pusaka, jika


ada isu berbangkit tentang hibah, HS
dan sebagainya, perkara tersebut
hendaklah diselesaikan dahulu.
Mahkamah Syariah boleh menggunakan
kuasa secara “implied” seperti mana
diputuskan dalam kes Soon Singh a/l
Bikar Singh v. Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (PERKIM)
““Therefore, when jurisdiction is expressly
conferred on the matters to conversion to
Islam, in out opinion, it is logical that
matters concerning conversion out of
Islam (apostasy) could be read
necessarily implied in and falling within
the jurisdiction of the Syariah Courts.”
Juga di dalam kes Md. Hakim Lee lwn. Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

““This matter of the plaintiff which involves the


determination of his status upon his purported
renunciation of the Islamic faith by the deed poll and
the statutory declaration is outside the jurisdiction of
this court to determine, on account of the ouster of
the jurisdiction by art 121 (1A) of the Federal
Constitution. By virtue of para 1 in List 11 of the
Ninth Schedule to the Federal Constitution, the
jurisdiction lies with the syariah court on its
wider jurisdiction over a person professing the
religion of Islam even if no express provisions
are provided in the Administration of Islam Law
(Federal Territories) Act 1993 ("the Act") because
under Art. 74 of the Constitution, it is within the
competency of the legislative to legislate on the
matter. Its absent from the express provision in Act
would not confirm the jurisdiction in the civil court.”
2.Saham Syarikat sebagai Harta
Sepencarian

Sesetengah saham syarikat


tersebut dimiliki secara majoriti
oleh pasangan suami isteri dan
mereka menguasai syarikat
tersebut

.
Antara senario yang boleh berlaku adalah, apabila
isteri mendapat bahagiannya daripada saham-
saham syarikat setelah diperintahkan oleh
mahkamah, maka saham bahagian suami atau
saham keluarga di dalam syarikat tersebut telah
menjadi minoriti. Keadaan ini sebenarnya akan
membahayakan syarikat keluarga tersebut kerana
saham majoriti telah dikuasai oleh orang lain pula.
Suami tidak lagi memegang saham majoriti kerana
sebahagian saham keluarga itu telah hilang
apabila isteri membawa keluar saham-sahamnya.
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, sama ada dia
akan menjadi salah seorang pemegang saham
dalam syarikat itu, ataupun dia menjualkannya
kepada pemegang saham yang lain.
Oleh itu, bagi mengelakkan syarikat keluarga
tersebut gulung tikar atau berpindah kepada
orang lain, jika berlaku tuntutan harta
sepencarian yang berupa saham-saham syarikat
di mahkamah syariah, adalah amat baik
sekiranya hakim-hakim yang membicarakan kes
berkenaan membuat tindakan dengan tidak
memindah milik saham-saham syarikat yang
diperuntukkan kepada suami atau isteri, tetapi
hanya membuat perintah dengan
menguntukkannya sahaja bahagian masing-
masing kepada pihak-pihak terlibat. Dengan
cara itu, saham-saham syarikat milik suami
atau isteri tidak akan bepindah tangan kepada
orang lain dan syarikat keluarga tersebut akan
kekal.
Adakalanya isteri hanya sebagai “sleeping
partner” yang menerima elaun bulanan.
Dalam hal ini bahagian yang akan diperoleh
oleh isteri adalah kecil dalam HS tersebut
mungkin dalam 1/5, tetapi ia boleh
mengecilkan pegangan saham mereka dalam
syarikat tersebut.

Untuk mengelakkan syarikat berpindah


tangan, Hakim boleh membuat perintah
menguntukkan sahaja bahagian isteri atau
memerintahkan suami membayar bahagian
isteri tersebut tanpa memindahkan saham.
3.Pembekuan Saham dan Akaun
Syarikat atau Akaun Peribadi
dalam Tuntutan Harta
Sepencarian

 “Seksyen 108 EUUKI (Selangor)


(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak
kepada perkahwinan—
◦ jika sesuatu prosiding hal-ehwal suami isteri masih belum
selesai di Mahkamah; dan
◦ dalam prosiding tersebut Mahkamah boleh membuat
perintah di bawah Seksyen 122, mengeluarkan suatu
perintah tegahan, menahan suami atau isteri, mengikut
mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa
harta yang telah diperolehi secara bersama semasa
perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas
hati adalah difikirkan perlu untuk berbuat demikian.”
• Jika akaun peribadi atau
akaun syarikat dibekukan,
urusan seharian untuk
membayar nafkah, belanja
seharian, membayar gaji,
membayar hutang akan
terganggu.
 Oleh itu, Hakim perlu memerintahkan
pengasingan akaun. Asingkan wang
peribadi dan wang syarikat. Arahan
hendaklah diberi kepada pihak-pihak
sebelum perintah dikeluarkan.
Perintah membuka akaun baru perlu
dilaksanakan untuk pembekuan HS
yang dipertikai. Bukan pembekuan
semua akaun peribadi dan syarikat
4.Permasalahan Harta Sepencarian dengan Aset
Tertakluk Dalam Akta Tanah Berkelompok dan Tanah
Rizab Melayu.

Sebenarnya harta sepencarian yang


melibatkan tanah rancangan sedikit sebanyak
adalah berbeza dengan harta sepencarian
dalam bentuk yang biasa kerana harta
sepencarian di tanah rancangan diikat oleh
peraturan-peraturan tertentu yang tidak
mengehadkan kepada budi bicara mahkamah
mengikut GSA
(Group Settlement Areas Act) 1960.
 Berbalikkepada konteks FELDA
atau mana-mana rancangan tanah
berkelompok yang lain, syarat
kelayakan tuntutan harta
sepencarian ialah bekas isteri
itu mestilah sama-sama masuk
ke tanah rancangan bersama
suami dan tinggal bersama di
tanah rancangan sehinggalah
berlaku penceraian.
 Pindaan Seksyen 12, 14 dan 15 pada
tahun 2002 telah membolehkan pegangan
desa diberi milik dan dimiliki bersama
tidak melebihi daripada dua orang
pemilik. Pindaan ini bertujuan untuk
membolehkan isteri, bekas isteri atau
waris kadim peneroka dimasukkan ke
dalam pegangan desa sebagai pegangan
bersama atau pemilik bersama. Pindaan
tersebut memperuntukkan,“Bekas isteri
yang sama-sama masuk ke rancangan
dan tinggal bersama suami sehingga
berlaku perceraian, layak dan berhak
untuk menuntut memasukkan nama
sebagai pemegang bersama.”
Kes rujukan yang telah
diputuskan oleh YA HMTS
Seremban

Amnah Ariffin lwn. Noor Azhar


Umar.
“Menurut beliau dalam penghakiman kes
tersebut bahawa 50% daripada bayaran
kembali adalah layak diperoleh oleh isteri yang
diceraikan”
Sekalipun wujud sumbangan oleh isteri
dan harta itu diisytiharkan sebagai harta
sepencarian, harta-harta tersebut tidaklah
boleh dipecah-bahagi, disewa, digadai,
ditukar hak milik atau sebagainya kerana
sekatan oleh Seksyen 12 tersebut.
Walaupun begitu, hak isteri masih wujud
dengan memasukkan namanya sebagai
penama bersama dalam geran hak milik
dengan perintah mahkamah.
Memasukkan nama isteri bersama dengan
suami dalam daftar pegangan tersebut
membolehkan isteri menikmati apa-apa
perolehan daripada hartanah tersebut
secara saksama sebagaimana yang
diperoleh suami.
 ISU PASANGAN BUKAN WARGANEGARA

Seksyen 19 GSA telah menyekat bukan


warganegara daripada memiliki tanah
tersebut. Dalam keadaan ini, timbul persoalan
sama ada pihak berkuasa negeri (PBN) boleh
meluluskan peletakan nama isteri yang bukan
warganegara. Sekalipun PBN tidak meluluskan
peletakan nama isteri tersebut, mahkamah
syariah yang membuat perintah harta
sepencarian hendaklah membuat perintah
menguntukkan bahagiannya sahaja dalam aset
tersebut yang memberikan hak kepada isteri
untuk mendapat manfaat daripada aset
tersebut mengikut bahagian yang telah
diuntukkan kepadanya.
 ISU PASANGAN BUKAN ORANG MELAYU

Seksyen 7(1) Enakmen Rezab Melayu Negeri-negeri Melayu


Bersekutu (Bab 142) memperuntukkan:

“No State land included within a Malay Reservation shall be


sold, leased or otherwise disposed of to any person not being
a Malay:*Provided that the Ruler in council may alienate State
Land within a Malay Reservation to any body corporate or
company specified in the Third Schedule, which the Ruler in
Council may, by order published in the Gazette, add to, delete
from, or amend, from time to time: And provided further that
any State Land thus alienated shall be deemed to be a Malay
holding.*As applicable to Perak, Pahang & Selangor.”[Perak
En. No. 3/62; Pahang En. No. 1/62 & Sel. En. No. 15/61].”
 kes Aishah@Azlan binti Daud lwn. Ng Kok Tai @
Abdul Halim bin Abdullah.

Plaintif mendakwa nama yang diletakkan di atas nama


defendan bagi tanah tersebut adalah disebabkan tanah
itu rizab Melayu yang tidak membolehkannya tanah
tersebut diletakkan ke atas namanya. Pada akhir
perbicaraan, mahkamah telah memutuskan bahawa
harta tersebut adalah harta sepencarian dan plaintif
berhak untuk mendapat ½ bahagian harta sepencarian
itu. Ia hendaklah didaftarkan atas nama Tengku Nuriah
binti Tengku Abdul Rahman (isterinya) sebagai penama
(nomini) kepada plaintif. Keadaan ini menunjukkan
bahawa kekangan yang terdapat dalam undang-undang
negara masih bersifat fleksibel untuk disesuaikan
dengan matlamat harta sepencarian.
5.Tanah Lesen Tumpangan (Temporary Occupation
Licence [TOL])

Tanah Lesen Tumpangan (Temporary Occupation Licence


[TOL]) bermaksud tanah atau kawasan yang diberi lesen
pendudukan sementara oleh orang atau pihak tertentu. Ia
juga memberi maksud sebagai tanah kerajaan yang
dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Individu yang mendapat tanah TOL ini


hanya boleh mengambil manfaat tetapi
tidak menerima geran hak milik
Tanah ini tidak boleh dilakukan sebarang
muamalah atau transaksi kepada pihak lain
seperti menjual, memajak atau menggadai
tanah berkenaan.

Biasanya lesen yang diberikan akan memberikan individu hak


untuk menduduki atau mengambil manfaat ke atas tanah TOL
selama satu tahun sahaja. Tempoh itu akan luput secara
automatik pada setiap 31 Disember bagi setiap tahun. Seseorang
perlu membuat permohonan bagi memperbaharui lesen itu setiap
kali tamat tempoh
Oleh itu, mahkamah syariah yang membuat perintah
pembahagian harta sepencarian ke atas tanah TOL
tidak boleh memindah milik aset TOL ini kepada
mana-mana pihak pun kerana ia bukan milik
sempurna pemegang TOL

Pembahagian harta sepencarian hanya boleh dibuat


terhadap manfaat atau hasil daripada tanah tersebut selagi
TOL diberikan. Sekiranya TOL telah ditamatkan dan tanah
tersebut telah diambil semula oleh kerajaan, maka
pembahagian hasil atau manfaat mengikut perintah harta
sepencarian juga akan tamat. Jika kerajaan membayar
apa-apa pampasan terhadap tanah TOL yang diambil
sebelum tamat tempohnya, pampasan itu juga hendaklah
dibahagi mengikut bahagian dalam perintah harta
sepencarian tersebut.
6. Hak Orang Bukan Islam dalam Harta
Sepencarian

Antara permasalahan yang boleh


timbul apabila sepasang suami isteri
yang telah menandatangani perjanjian
jual beli dengan seorang bukan Islam
dengan deposit telahpun dibayar,
kemudian berlaku perceraian antara
mereka sebelum penyerahan hak milik
dilaksanakan.
 Dalam hal ini apabila perceraian berlaku, salah
satu pihak mengambil keputusan untuk
menuntut harta yang terlibat sebagai harta
sepencarian. Pada masa yang sama, pihak satu
lagi (sama ada pembeli atau penjual) yang
bukan Islam juga menuntut haknya dalam
pelaksanaan perjanjian jual beli itu. Timbul
persoalan sama ada pihak yang bukan Islam
boleh menjadi pihak-pihak di dalam mahkamah
syariah untuk memfailkan injunksi supaya harta
sepencarian itu tidak dibahagikan kepada pihak-
pihak yang bertikai dalam isu harta sepencarian.
Persoalan lain yang boleh timbul ialah, pihak
yang boleh mewakili atau menjadi pihak kepada
orang bukan Islam untuk menuntut haknya.
 ADAKAH AKTA KONTRAK TERPAKAI. JIKA
KES DIBICARAKAN DI MAHKAMAH SIVIL,
ORANG ISLAM BOLEH MENJADI PIHAK DAN
MEMOHON INJUNKSI SUPAYA HARTA TIDAK
DILUPUSKAN SEHINGGA KES SELESAI
DIBICARAKAN

 JIKA DALAM MASA YANG SAMA KES DI BAWA


KE MAHKAMAH SYARIAH. AKAN BERLAKU
PERTEMBUNGAN BIDANGKUASA. PADA
PENDAPAT SAYA KES SEUMPAMA INI
ELOKLAH DISELESAIKAN TERLEBIH DAHULU
DI MAHKAMAH SIVIL.
CADANGAN
BAGI MENJAGA HARTA SEPENCARIAN SUPAYA
TIDAK BERPINDAH MILIK KEPADA ORANG LAIN
SELEPAS KEMATIAN SUAMI ATAU ISTERI,
MEREKA BOLEH MEMBUAT KONTRAK
PEMILIKAN BERSAMA DENGAN CARA
KONTRAK HIBAH AL-RUQBA IAITU SUAMI
AKAN MENGHIBAHKAN ASET TERSEBUT KEPADA
ISTERINYA DENGAN SYARAT JIKA ISTERI MATI
DULU, ASET TERSEBUT KEPUNYAAN SUAMI DAN
JIKA SUAMI MATI DULU, ASET TERSEBUT
KEPUNYAAN ISTERI. ASET TERSEBUT TIDAK
BOLEH DIBAHAGIKAN SEBAGAI HARTA
PUSAKA.DALAM HAL SEPERTI INI, KEPENTINGAN
KEDUA PIHAK TERPELIHARA APABILA BERLAKU
KEMATIAN SALAH SATU PIHAK. TIDAK
DITENTUKAN BANYAK MANA BAHAGIAN
MASING-MASING PUN
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai