Anda di halaman 1dari 3

GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA

- ANTARA IDELISME DENGAN MATLAMAT-

Oleh ABD. Rahim ABD. Rashid

GERAKAN feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih bermotif
reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan
yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme di Barat yang
membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum
wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan
menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender bias,
kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang masih dihadapi oleh
masyarakat negara membangun.

Isu jantina yang menjadi landasan perjuangan gerakan feminisme di Malaysia dapat diatasi sekali gus
sekiranya isu asas yang mencengkam masyarakat seperti kemiskinan, kemunduran, pemodenan,
keadilan sosial, dan pergeseran kelas sudah dapat ditangani dengan baik. Namun, ada pihak yang
berpendapat bahawa langkah menangani isu jantina perlu diberi keutamaan untuk membanteras
kemiskinan, kemunduran, merintiskan pemodenan, meluaskan keadilan sosial, dan mengurangkan
pergeseran kelas yang diwarisi oleh masyarakat membangun.

Beberapa gerakan feminisme yang dianjurkan di luar negara melalui persidangan antarabangsa seperti di
Beijing (1996) dan di Nairobi (1985) memberi kesan yang meluas terhadap kemunculan gerakan
feminisme di negara membangun. Satu jawatankuasa di peringkat antarabangsa dibentuk bagi
menghidupkan hala tuju perjuangan gerakan feminisme di negara membangun. Dari semasa ke semasa,
resolusi berkaitan dengan perjuangan feminisme diluluskan untuk dikemukakan kepada pemimpin di
negara mem~ bangun dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk diterima pakai sebagai dasar
pembaharuan dan perubahan bagi wanita.

Dasar jantina diluaskan dalam pelbagai bidang meliputi politik, kepemimpinan, pekerjaan,
profesionalisme, pendidikan, kurikulum pengajian jantina, dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang tidak sihat
mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan permusuhan antara kaum
wanita dengan lelaki. Gerakan pembebasan wanita di Barat memulakan era baru peranan wanita yang
lebih luas yang mempunyai persamaan dengan lelaki.

Berbeza daripada gerakan feminisme di Barat, wanita dalam masyarakat Timur kuat dipengarnhi oleh
budaya dan agama yang mencorakkan peranan tertentu yang perlu dimainkan oleh wanita. Walaupun
angin pemodenan bertiup kuat dan mengubah perspektif baru peranan wanita Timur, faktor keagamaan
dan kebudayaan menjadi benteng pendidikan wanita tentang kesetiaan, tanggungiawab, nilai hidup,
peranan, fungsi, dan tugas yang membina yang perlu dipertahankan oleh wanita dalam masyarakat
moden.

Pemodenan tidak bermakna membuang semua tradisi hidup dan mengambil apa-apa sahaja yang
dianggap moden oleh masyarakat Barat. Wanita Timur tidak dikehendaki terlampau ekstrem dan
membabi buta mengikut pengaruh feminisme Barat. Kebebasan yang diberi kepada wanita tidak
bermakna, jika bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat Timur yang kaya dengan kesopanan dan
peradaban. Faktor kebudayaan, sosial, dan agama amat berpengaruh dalam mencorakkan pergerakan
feminisme dan penonjolan isu jantina dalam masyarakat membangun.
Perspektif moral mempunyai kesan yang kuat ke atas pergerakan feminisme Malaysia, khususnya.
Masyarakat Timur tidak dapat menerima tindakan dan tingkah laku wanita yang bercanggah dengan nilai
budaya, keagamaan, dan etika yang bertopengkan perjuangan liberalisasi menuntut hak individu, hak
persamaan dengan lelaki, dan hak kebebasan seks yang bercanggah dengan ajaran agama dan
tamadun hidup ketimuran.

Golongan feminisme tempatan yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh oleh Barat sering
mencemuh agama dan gagal memahami pengajaran agama Islam dalam membawa perubahan nasib
wanita yang amat jumud kedudukannya pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah moden, wanita
diperalat dengan pelbagai cara. Pergerakan liberalisasi wanita umumnya membuka ruang yang lebih luas
kepada eksploitasi wanita dalam pelbagai bidang. Wanita menjadi alat komersial yang begitu canggih dan
mudah digunakan untuk pelbagai tujuan.

Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin
terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi
yang lain, gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih
luas mengatasi lelaki.

Gerakan feminisme di Barat umumnya mencerminkan kegagalan wanita dalam kehidupan berkeluarga
dan perkahwinan.

Gerakan feminisme dapat dikira sebagai persaingan wanita dengan lelaki. Eksploitasi wanita dari segi
imej, status, moral, seks, dan biologikal, khususnya melalui iklan perdagangan, mendorong perjuangan
feminisme untuk menghapuskan sebarang bentuk eksploitasi, diskriminasi, prejudis, stereotaip, berat
sebelah, dan melemahkan semangat yang berlaku dengan meluas terhadap wanita. Dari satu segi,
terdapat kesedaran dan kesungguhan untuk mengangkat dan membina status, imej, dan moral.

Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita merupakan benteng
pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda kegawatan dan kemelut sosial.
Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat penyayang. Peranan
wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh masyarakat Timur demi kestabilan institusi keluarga
daripada tergugat dan runtuh seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat.

DALAM arena politik, ketrampilan dan kebolehan wanita umumnya tidak menonjol. Dalam banyak hal,
wanita masih bergantung dan mengharapkan ihsan serta sokongan lelaki. Walaupun terdapat sebilangan
kecil pemimpin wanita yang cuba mengeksploitasi isu jantina sebagai modal politik untuk meraih
sokongan wanita, kebolehan pemimpin wanita untuk merobah imej negatif dan stereotaip terhadap wanita
masih belum berjaya. Dari segi biologinya dan emosinya, wanita masih dikira lemah berbanding dengan
lelaki. Faktor keemosian sering mengatasi kekuatan intelektual apabila terpaksa berhadapan dengan isu
yang mencabar kredibiliti sosial dan moral mereka.

Agenda penstrukturan semula sosial terhadap jantina menjadi semakin penting dan mempengaruhi
kecenderungan perkembangan jantina dan wanita dalam masyarakat moden dengan menggunakan
perspektif positif pembinaan imej, peranan, dan status wanita. Isu jantina semakin menarik perhatian
dalam kerangka pergerakan golongan reformis feminisme di kebanyakan negara membangun yang
dianggotai oleh golongan intelek dan kelas menengah wanita yang mempunyai pengaruh dalam
masyarakat. Perspektif sosiologi yang berasaskan teori fungsi pembiakan yang menekankan faktor
biologi, perahan, dan status tradisional wanita dilihat mempunyai pengaruh yang negatif terhadap
pembinaan imej, fungsi, dan status baru wanita moden yang membawa perubahan yang besar kepada
kedudukan, status, dan peranan wanita.

DEWAN BUDAYA, OGOS 1998, BIL 8 JIL 20, M/S 10-11

Anda mungkin juga menyukai