Anda di halaman 1dari 3

1.

Konsep Mengajar
Jika disebut mengenai konsep mengajar, sudah tentu kita tidak dapat lari dari
mendefinisikannya sebagai satu proses menyampaikan ilmu kepada murid-murid.
Guru-gurulah yang bertanggungjawab menjadi penggerak proses mengajar ini.
Konsep mengajar ini bukan hanya terhad kepada murid-murid duduk di kelas dan
mendengar perkara yang disampaikan oleh guru semata-mata. Hal ini demikian
kerana sistem pendidikan kita kini menekankan pembelajaran berpusatkan murid
dan guru menjadi pemudah cara. Proses mengajar ini boleh berubah mengikut
keperluan semasa. Buktinya, pandemik ini telah mendesak guru-guru untuk keluar
dari zon selesa mereka demi melaksanakan PdPR. Namun begitu, guru-guru berjaya
menyahut cabaran dan tampil kreatif dalam melaksanakan PdPR yang menarik demi
memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.

2. Isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh guru semasa proses pdp?

Pdpr Pendekatan PdPR yang digunakan oleh sekolah kami ialah


secara luar talian. PdPR ini berlaku apabila murid belajar
menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba,
tablet atau telefon tanpa capaian internet. Tidak ramai di
antara murid kami di sini yang memiliki gajet sendiri kerana
mereka bukan dari latar belakang keluarga yang senang.
Jika ada pun, telefon tersebut mungkin kepunyaan ibu bapa
mereka. Cara sekolah kami mengatasi masalah ini ialah
dengan menyediakan lembaran kerja untuk murid-murid
dan ibu bapa atau wakil rumah panjang perlu mengambil
lembaran kerja tersebut di sekolah setiap hari Jumaat.
Namun demikian, terdapat juga beberapa isu yang timbul.
Contohnya, ada di antara ibu bapa murid ini yang tidak
menunjukkan sebarang usaha untuk mengambil lembaran
kerja yang telah disediakan untuk anak mereka. Kesannya,
anak-anak mereka tidak dapat membuat kerja yang
diberikan itu dan secara tidak langsung telah tinggal dari
rakan-rakan yang lain.
Students - Penglibatan murid ini adakalanya memuaskan dan
Participation adakalanya juga kurang memuaskan. Perkara ini agak
sukar diramal. Hal ini demikian kerana tidak semua
murid-murid ini mempunyai akses untuk berhubung
dengan guru. Contohnya, mereka ada menerima
lembaran kerja yang diberikan tetapi tidak faham cara
untuk membuatnya. Maka, mereka memilih untuk tidak
menyiapkannya. Malah, ada juga isu di mana mereka
sudah siap tetapi ibu bapa atau wakil rumah panjang
mereka tidak dapat turun menghantar kerja mereka ke
sekolah untuk disemak. Bukan itu sahaja, ada juga
masanya di mana murid hanya menyiapkan tugasan
guru-guru atau subjek kegemarannya sahaja.
Teachers’ and - Selaku guru, saya mengakui sering kali saya merasakan
students’ motivation motivasi ini kadang-kadang terjejas atas semua perkara
yang berlaku. Namun, saya tetap berusaha sehabis baik
untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid saya
walaupun hanya dari jauh. Kaedah demi kaedah yang
saya lakukan agar objektif pembelajaran yang ditetapkan
tercapai. Sering kali juga saya berasa risau dengan anak-
anak murid saya. Hal ini demikian kerana saya tidak tahu
perkembangan sebenar anak-anak murid saya.
Kebiasaannya, guru akan memantau dan membimbing
mereka di kelas. Tetapi semasa pdpr ini, guru tidak dapat
memantau mereka membuat kerja. Ada di kalangan
murid-murid ini yang selalu tidak menghantar kerja yang
diberikan. Ada juga berlaku di mana ibu bapa murid yang
membuat kerja rumah untuk mereka.

- Saya dapat merasakan murid-murid kurang bermotivasi


belajar dari rumah. Suasana di rumah agak kurang
memberansangkan untuk murid-murid ini belajar secara
selesa dan efisien. Hal ini demikian kerana tiada guru
yang boleh memantau dan membimbing mereka di
rumah. Malah, mereka juga banyak yang memilih untuk
membuat kerja lain di rumah daripada menyiapkan
tugasan yang diberikan. Contohnya, bermain dan ada
yang terpaksa membantu ibu bapa mereka membuat
kerja lain. Selain itu, murid-murid di sini ramai yang
datang dari kalangan ibu bapa yang kurang berpelajaran.
Malah, ada di antara mereka juga di bawah jagaan nenek
dan datuk mereka. Jadi, mereka tidak ada sesiapa yang
boleh membantu mereka dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan. Ketiadaan teknologi atau capaian internet
yang kurang memuaskan juga menyukarkan lagi mereka
untuk berhubung dengan guru.

Anda mungkin juga menyukai