Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT DIALOG PRESTASI BILANGAN 2

Tarikh : 19 Oktober 2020

Masa : 2.00 petang

Tempat : Kelas Tahun 6

Kehadiran : 12/12

1. Encik Thomas ak Inyang ( Guru Besar)


2. Encik Jelema ak Inting (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Encik Bustami bin Zubir (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Encik Mambang ak Jek (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Encik Bada ak Esa
6. Encik ‘Izzat Syahir bin Mohd Ramli
7. Cik Siti ‘Ataeya binti Zulkifli
8. Puan Emyelia Demun ak Gerek
9. Puan Pylissia Jannet ak Liap
10. Cik Aurelia Lim Mui Sang
11. Cik Alice ak Jonathan
12. Puan Nurul Nazierah binti Omar (Pencatat)

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang
dapat menhadirkan diri dan meluangkan masa pada hari ini. Kerjasama semua guru
amatlah dihargai.
1.2 Guru Besar memaklumkan kepada semua bahawa tujuan Dialog Prestasi ini
diadakan ialah untuk membentangkan beberapa unjuran yang merangkumi
aspek HEM dan juga kurikulum.
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu.
- Dicadang untuk disahkan oleh Encik Bada ak Esa
- Disokong untuk pengesahan oleh Puan Emyelia Demun ak Gerek
Tindakan : Makluman
3.0 PEMBENTANGAN
3.1 KLUSTER 1 : ENROLMEN MURID – KEHADIRAN
3.1.1 Encik Bustami bin Zubir selaku PK HEM SK Rh Ranggong
membentangkan peratus kehadiran murid selepas Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yakni bulan Julai, Ogos dan juga September.
3.1.2 Kehadiran bagi kelas Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4 dan Tahun 3 adalah
bagus dan menetapi sasaran yang ditetapkan. Tahniah kepada kelas
yang terlibat.
3.1.3 Encik Bustami meminta justifikasi dari Cik Siti ‘Ataeya selaku Guru
Kelas Tahun 2 sebab-sebab ketidakhadiran murid dari kelas tersebut.
3.1.4 Cik Siti ‘Ataeya memaklumkan bahawa ketidakhadiran ini berikutan
terdapat murid yang sakit ,membawa ahli keluarga ke Hospital Miri
untuk rawatan dan sebagainya. Oleh sebab itulah peratus kehadiran
kelas Tahun 2 agak merosot.
3.1.5 Encik Bustami mengucapkan terima kasih kepada Cik Siti ‘Ataeya di
atas penerangan beliau tersebut. Seterusnya, Encik Bustami meminta
Puan Nurul Nazierah selaku Guru Kelas Tahun 1 untuk memberikan
justifikasi ketidakhadiran murid Tahun 1.
3.1.6 Puan Nurul Nazierah memaklumkan bahawa terdapat seorang murid
Tahun 1 iaitu Tiffany Hii yang tidak hadir dari awal sesi persekolahan
dibuka semula selepas PKP. Oleh sebab inilah peratus kehadiran
untuk kelas ini menurun. Hal ini kerana murid ini mengalami masalah
pengangkutan dan sekarang tidak lagi menetap di daerah Subis.
Dikhabarkan bahawa murid ini menetap di Bintulu sekarang. Di
samping itu, peratus kehadiran murid Tahun 1 semakin merosot
kerana ada yang didapat telah jatuh sakit dan ada yang menghantar
nenek ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Oleh sebab itulah peratus
kehadiran ini tidak mencapai tahap yang disasarkan.
3.1.7 Encik Bustami mengambil maklum tentang perkara ini dan akan
memajukan masalah ini kepada pihak berwajib di Pejabat Pendidikan
Daerah Subis. Encik Bustami juga memaklumkan bahawa terdapat
sat ukes melibatkan murid Tahun 1 di mana murid itu telah berpindah
dari SK Kampung Baru, Bintulu namun demikian, namanya tiada
dalam pangkalan data APDM. Hal ini berikutan sekolah lama murid ini
tidak memadamnya dari sistem APDM sekolah mereka. Oleh yang
demikian, Encik Bustami akan membawa perkara ini ke pejabat juga
bagi tindakan lanjut.
3.1.8 Guru Besar mencadangkan kepada Guru Kelas bagi meyakinkan ibu
bapa bahawa pihak sekolah telah mengikut SOP yang ditetapkan iaitu
pengambilan suhu setiap pagi dan tengah hari, memakai pelitup muka
ketika di luar kelas, penjarakan fizikal dan sebagainya. Hal ini bagi
menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah
meskipun tahap kebimbangan mereka terhadap wabak covid-19 yang
tiada penghujungnya ini makin meningkat dek penularan yang
semakin hari semakin tidak terkawal.
Tindakan : Makluman
3.2 KLUSTER 2 : HAL EHWAL MURID - DISIPLIN MURID
3.2.1 Encik Bustami memaklumkan bahawa tiada murid yang terlibat
dengan masalah disiplin di sekolah ini dan tiada rekod buruk
direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
3.3 KLUSTER 3 : KEMENJADIAN MURID
3.3.1 Encik Jelema selaku Penolong Kanan Pentadbiran menerangkan
tentang tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah bagi murid Tahun
3 sesi 2020 yang dinilai semasa mereka di Tahun 1 dan Tahun 2
yakni bagi tahun 2019 dan 2019.
3.3.2 Encik Jelema mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru
kerana semua murid Tahun 3 berjaya memperoleh Tahap
Penguasaan(TP) 3 bagi semua subjek teras pada tahun ini. Tiada
murid yang tidak menguasai tahap minimum iaitu TP1 dan TP2.
3.3.3 Encik Jelema membentangkan unjuran data mengenai tahap
penguasaan bagi empat subjek teras untuk murid-murid Tahun 3
untuk tahun 2018,2019,2020. (Rujuk Lampiran)
3.3.4 Encik Jelema meminta guru subjek berkenaan untuk mendedahkan
isu utama yang menjadi permasalahan murid tersebut.
3.3.5 Encik Mambang selaku guru BM kelas Tahun 3 memaklumkan
bahawa 2 orang murid dari kelas tersebut masih lagi di tahap
sederhana manakala lagi 3 orang murid tersebut sudah berjaya
melepasi tahap yang ditetapkan. Intervensi yang dijalankan kepada
murid ini ialah membanyakkan latihan bagi memahirkan murid ini dari
aspek tatabahasa dan sebagainya.
3.3.6 Puan Nurul Nazierah selaku guru Bi memaklumkan bahawa dua
orang murid yang sama juga perlu latihan dari semasa ke semasa
kerana masih lagi tidak semahir rakan-rakannya yang lain. Banyak
latihan bacaaan dilakukan di dalam kelas dan aspek yang
dititikberatkan ialah dari segi bacaan “sight words”. Beliau juga
memaklumkan bahawa pada Tahunn 3, mereka telah banyak belajar
mengenai Grammar dan mungkin murid ini mengalami kesukaran
memahami hukum dan peraturan dalam Bahasa Inggeris.
Justeru,pelbagai latihan diberikan kepada mereka selaras dengan
tajuk dan topik yang diperkenalkan dalam silibu Bahasa Inggeris
Tahun 3.
3.3.7 Encik ‘Izzat Syahir selaku guru Matematik membentangkan bahawa
murid-murid yang ditempatkan di dalam kelas Pemulihan perlu diberi
bimbingan secara berterusan.
3.3.8 Encik Bada selaku guru Sains juga berpendapat yang sama dengan
guru-guru matapelajaran teras yang lain kerana murid yang sama
telah dikenalpasti masalah yang sama.
3.3.9 Encik Jelema mengucapkan terima kasih di atas respon yang telah
diberikan oleh semua guru dan mengharapkan semua guru dapat
memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam memastikan
kemenjadian murid.

Tindakan : Makluman
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa semua warga sekolah mesti mengikut
SOP yang telah ditetapkan ialah Majlis Keselamatan Negara seperti
pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan sebagainya.
Tindakan : Makluman
4.2 Guru Besar juga memaklumkan bahawa pihak JPNS akan membuat lawatan
ke dua buah sekolah di daerah Subis pada 23 November 2020. Oleh yang
demikian, beliau meminta pihak sekolah bersiap sedia sekiranya sekolah ini
terpilih kelak.
Tindakan : Makluman
4.3 Guru Besar juga memaklumkan bahawa semua sekolah yang memohon cuti
peristiwa pada 30 Oktober 2020 adalah tidak diluluskan. Beliau juga
meminta kerjasama semua staf untuk tidak memohon CRK sekiranya tiada
urusan kecemasan.
Tindakan : Makluman
4.4 Guru Besar juga memaklumkan bahawa pihak pejabat akan menggubal ujian
bagi murid-murid Tahun 5 untuk subjek teras dan akan dilaksanakan pada 23
hingga 27 November 2020. Oleh yang demikian, semua guru juga diminta
bersedia kerana peperiksaan untuk subjek lain bagi lain-lain kelas juga akan
dilaksanakan dalam tempoh yang sama termasuk dengan PBD murid-murid
Tahap1.

Tindakan : Semua guru

4.5 Encik Mambang ak Jek memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum masih


ditangguhkan dan akan diberitahu kelak apabila keadaan sudah terkawal.
Namun demikian, guru boleh membawa murid ke luar kelas untuk subjek
Pendidikan Jasmani.
Tindakan : Semua guru

5.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Disediakan oleh,

……………………………………..
(NURUL NAZIERAH BINTI OMAR)

Disemak oleh.

……………………………………….
(JELEMA AK INTING)
PK Pentadbiran

Disahkan oleh,

……………………………………….
(THOMAS AK INYANG)
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai