Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 1: Penulisan Esei (Individu) – 60 Markah

Bandingkan pengaruh tamadun Melayu, Cina dan India dari segi sosio budaya, ekonomi dan
pendidikan di Malaysia.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun bermaksud keadaan masyarakat
manusia yang dinilai dari segi kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran yang
tinggi. Bukan itu sahaja, Mahdi Shuid & Saliza Saad (2002) menyatakan bahawa tamadun
merujuk kepada peradaban yang diamalkan oleh masyarakat dari aspek budaya dan cara
hidup mereka di sesuatu tempat. Dalam konteks Malaysia yang berasal daripada tamadun
Melayu, ketamadunan China dan India yang telah tersebar ke Tanah Melayu menyebabkan
terbentuknya tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India (Mahdi Shuid, 2013).
Hal ini menyebabkan berlakunya pertembungan budaya, pendidikan dan ekonomi antara
ketiga-tiga kaum dan memberi kesan kepada sosio budaya, pendidikan dan ekonomi
penduduk Malaysia dari aspek perayaan, bahan bacaan, upacara kematian, seni kraf dan
sebagainya. Menurut Sheila (2013), walaupun proses asimilasi ini membentuk identity
masyarakat Malaysia yang pelbagai, aspek-aspek sosio budaya, pendidikan dan ekonomi
antara masyarakat Melayu, Cina dan India mempunyai persamaan dan perbezaannya yang
tersendiri.

Dari aspek perayaan, kaum Melayu, Cina dan India memberikan wang kepada ahli
keluargadan kanak-kanak untuk menggembirakan hati mereka yang mendapatnya (Wan
Ramli, 2006). Bagi masyarakat Melayu, ia lebih dikenali sebagai duit raya, masyarakat Cina
pula menyebutnya sebagai angpau manakala istilah wang belanja perayaan digunakan oleh
masyarakat India. Namun begitu, perayaan kaum Melayu mempunyai perbezaan dengan
kaum Cina dan India dalam pelbagai segi. Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal
mengikut kalendar Hijrah. Pada pagi tersebut, masyarakat Melayu pergi ke masjid beramai-
ramai untuk menunaikan solat sunat Aidlfitri dengan mengenakan pakaian baharu dan
wangi-wangian. Berbeza dengan kaum Cina dan India, masyarakat Melayu mendengar
khutbah setelah selesai melaksanakan solat sunat seterusnya menziarahi kubur ahli
keluarga yang telah meninggal dunia (Abdul Aziz & Wan Ramli, 1994). Selain itu, tradisi
kunjung-mengunjung ke rumah terbuka juga diadakan untuk mengeratkan hubungan
silaturahim tidak kira kaum dan agama. Pada sebelah malam pula, kanak-kanak bergembira
bermain bunga api bersama sanak saudara dan jiran tetangga untuk menyerikan lagi
sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sementara itu, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina
pada hari dan bulan pertama mengikut kalendar orang Cina. Sebagai meraikan kedatangan
tahun baru, perayaan ini disambut dengan meriah dan besar-besaran apabila semua ahli
keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama-sama pada sehari sebelum
Tahun Baru Cina tiba (Ann Wan Seng, 1994). Seterusnya, setiap masyarakat Cina akan
memilih untuk menggayakan pakaian yang berwarna merah kerana warna ini dianggap
membawa tuah. Bukan itu sahaja, tarian singa dan naga juga dimainkan untuk menakutkan
raksasa yang dipercayai keluar pada Tahun Baru Cina untuk merosakkan dan
memudaratkan manusia serta tanaman. Walaubagaimanapun, bagi masyarakat India,
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara
bulan Oktober dan November. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari sahaja
namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari
yang mereka mahukan. Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan
bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seawal pukul 3 pagi penganut agama
Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Seluruh keluarga juga
akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua
ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat
masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi
hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut agama Hindu akan
mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah
terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama
Hindu.