Anda di halaman 1dari 3

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan


i) Statistik

Sains memungut, menganalisis, mentafsir, dan mempersembahkan data. Cabang matematik


Kenyataan dan angka. Pengukuran yang di ambil dari sampel. Jenis taburan yang diguna
untuk menganalisis data. Suatu struktur data yang memberikan maklumat yang bermakna
A set of procedures used to organize, summarize, and communicate information.

Atau (Peralatan 6M bagi pemanipulasi data. Mengunpul, meringkas, menganalisis, mengelas,


menyusun, mentakrifSupaya kebolehpercayaan keputusan analisis dapat dinilai secara
objektif)

ii) Analisis statistik

Merupakan tatacara, teknik dan kaedah yang digunakan untuk tujuan memahami data dan
maklumat, membuat penelitian, meringkas dan membuat analisis bagi memperihalkan
berbagai ragam data.

Peranan utamanya ialah supaya data yang berbagai macam ini mudah difahami oleh orang
ramai.

iii) Statistik Diskriptif/ Perihalan

Merupakan tatacara, teknik dan kaedah yang digunakan untuk tujuan memahami data dan
maklumat, membuat penelitian, meringkas dan membuat analisis bagi memperihalkan
berbagai ragam data.

Peranan utamanya ialah supaya data yang berbagai macam ini mudah difahami oleh orang
ramai.

iv)Statistik Inferens/ Aruhan

Prosidur-prosidur untuk membuat generalisasi mengenai populasi yang dikaji berdasarkan


maklumat daripada sampel yang diambil dari populasi.

v) Statistik berbantukan komputer.

Definasi statistik + menggunakan analisis statistik dari perisian komputer tertentu seperti
SPSS, SAS, MATLAB dll.

2. Menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana statistik dapat membantu


anda dalam kajian yang berkaitan dengan ilmu kemanusiaan.

Membantu dalam menyelesaikan masalah tentang isu-isu kemanusiaan dengan mendapatkan


data dan ditukar kepada maklumat dengan menggunakan analisis statistik. Contoh: Kajian
Rempit, menggunakan kaedah soal selidik kita dapat mengetahui latarbelakang keluarga mat
rempit, mengapa menjadi mat rempit dll. Ini akan membantu pihak berkenaan membuat
sesuatu keputusan berdasarkan maklumat yang ada. Lain-lain contoh boleh diberikan
3. Nyatakan maksud populasi, sampel dan pembolehubah
Populasi Set unit yg terdiri drp manusia, objek ataupun peristiwa yang ingin dikaji
Sampel Subset unit-unit dalam populasi
Pembolehubah Ciri-ciri individu dalam unit populasi

4. Apakah populasi, sampel dan pembolehubah bagi pernyataan kajian di bawah:

i) Satu kajian dijalankan untuk menguji keberkesanan teknik baru pengajaran subjek-subjek
di peringkat SPM sesebuah negeri di Malaysia.
Populasi: Semua sekolah menengah di sebuah negeri di Malaysia
Sampel: Beberapa buah sekolah menengah di sesebuah negeri di Malaysia (elakkan bias)
Pembolehubah: Keberkesanan teknik baru mengajar

ii) Satu kajian dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan komputer bagi pelajar-pelajar
sekolah rendah di Selangor.
Populasi: Semua pelajar-pelajar sekolah rendah di Selangor
Sampel: Beberapa buah sekolah rendah di Selangor (elakkan bias)
Pembolehubah:Tahap pengetahuan komputer

5. Nyatakan maksud data dan bagaimana sumber data diperolehi

Data adalah kumpulan kejadian yang diangkat dari suatu kenyataan (fakta), dapat berupa
angka-angka, huruf, simbol-simbol khusus, atau gabungan dari ketiganya. Data masih belum
dapat ‘bercerita’ banyak sehingga perlu diolah lebih lanjut

Menurut kamus oxford data adalah “facts or information used in deciding or discussing
something”. Terjemahan “fakta atau informasi yang digunakan dalam menentukan atau
mendiskusikan sesuatu”.

Data adalah keterangan yang benar dan nyata. Atau keterangan atau bahan nyata yang dapat
dijadikan bahan kajian (analisis atau kesimpulan)

Sumber-sumber data:

Sumber primer dan sekunder. Diperolehi dari eksperimen atau rekod/sejarah. Data boleh
diperolehi dari sumber terbitan, ujian dari rekabentuk, kajian/soal selidik atau pemerhatian.

6. Huraikan satu persatu tentang tahap ukuran (measurement level) sesuatu data dengan
memberi contoh-contoh yang sesuai.

Nominal: Data boleh dikategorikan, mempunyai nama atau label tertentu Seperti jantina
respon pelajar terhadap kajian; ya / tidak.

Ordinal: Data boleh disusun ikut tertib tetapi perbezaan nilai tidak dapat ditafsirkan atau
ditentukan. Seperti pengetahuan komputer pelajar dikelaskan kpd cemerlang, baik, sederhana
atau lemah
Interval/ selang: Data yang boleh disusun ikut tertib dan perbezaan nilai data dapat
ditafsirkan atau ditentukan dan termasuk bacaan negatif. Seperti suhu air/ais –2°C, 3°C

Ratio/ skala: Data yang boleh disusun ikut tertib dan perbezaan nilai data dapat ditafsirkan
atau ditentukan disamping bermula pada sifar utk menunjukkan tiada kuantiti. Seperti bacaan
halaju kereta 90km/j, 120km/j

7. Mengapakah tahap ukuran sesuatu data penting sebelum sesuatu analisis statistik dapat
dijalankan.

Teknik--teknik berstatistik adalah ditentukan oleh jenis data.


Pemahaman asas mengenai jenis data membantu dalam pemilihan kaedah analisis dan ujian
statistik yang sesuai

8. Apakah beza di antara data interval dan data ratio.

Nilai 0 pada ratio adalah nilai kosong sebenar + difinasi dan contoh seperti di atas.

Anda mungkin juga menyukai