Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Teknologi:-

1.       Memudahkan Kerja Seharian

Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin


basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja di
rumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-
kurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para suri rumah tidak perlu lagi
membasuh kain dengan menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja
telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di
pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan
pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen .  Disamping itu
penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja
dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya
jauh berbeza dengan penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik
seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan.

2.       Menjimatkan Masa

Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa.


Perkembangan pesat teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa
perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT
dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja.
Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan duit kerana
penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan
sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. 
Teknologi juga telah banyak membantu petani dalam mempercepatkan
proses pembajakan tanah. Jika dahulu tanah dibajak dengan
menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya memerlukan banyak tenaga
manusia dan memakan masa yang lama. Penggunaan alat pembajak
seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani.

3.       Kemudahan komunikasi

Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan


komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah,
hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo
Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan
dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan
televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam
menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam
komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan
maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak
membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk
dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama
mereka.

4.       Teknologi perubatan membantu mengawal/mengubat penyakit


Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu
menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu
bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup.  Begitu juga dengan
penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetengah
pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua
pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi
sedikit harapan kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan
teknologi pengimejan juga telah membantu dalam mengenalpasti pelbagai
jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu
untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah banyak
membantu pengamal perubatan.

5.       Meningkatkan pengeluaran

Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan


pengeluaran.  Penggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan telah
berjaya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan
tenaga buruh, contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makanan,
pembuatan kereta dan sebagainya. Penggunaan mesian dan peralatan ini
mampu mengurangkan kebarangkalian dalam kerosakan sesuatu produk
yang dihasilkan.

Keburukan Teknologi:-

1.       Jenayah

Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya


jenayah siber. Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu
pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian
maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat
penggunaan teknologi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa
yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta
laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada
benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet. Jenayah Siber amat berleluasa
sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung.  Kecanggihan teknologi
telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut
keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi juga
telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya
dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga
alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh
penjenayah. Oleh itu jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini mampu
membawa kepada kebinasaan seseorang individu itu.
2.       Kurang Pergaulan

Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan


kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya
ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh
mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri
ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan
yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga
boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi
apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing
tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat
masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu
selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat
komukasi masing-masing.  Inilah yang berlaku pada masa kini.
  
3.       Mengancam Nyawa Manusia

Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan


teknologi nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, di samping
kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia.  Tragedi
di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara
tragedi nuklear yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan
banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu
Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak
yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit
kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.

4.       Menjejaskan kesihatan

Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus
dimakan. Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat
untuk dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya
tahan lama? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi
makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik da  asid sorbik boleh
menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu
juga, kenderaan yang terlampau banyak di kota raya juga  boleh
menjejaskan kesihatan manusia akibat daripada pelepasan asap dari
kenderaan.

Baca Selengkapnya di : Kebaikan dan Keburukan Teknologi ~


nOesuhaimi http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-
teknologi.html#ixzz4z83A5Pq8

Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan belia.
Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana
pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau
tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia
perlu betul-betul menpunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa
yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.

Anda mungkin juga menyukai