Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENGENALAN
Menurut Sapir (1921), bahasa merupakan suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia
menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara
sedar. Definisi ini menunjukkan bahawa sistem simbol yang lahir secara sedar itu hanya
dianggap sebagai bahasa secara metafora atau perluasan sahaja. Bloch and Tager (1942),
pula menyatakan bahawa bahasa ialah suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu
kumpulan sosial bekerjasama. Bahasa mempunyai suatu hubungan yang rapat dengan
bercakap dengan tidak menggunakan bahasa tetapi seseorang boleh menggunakan bahasa
dengan tidak bercakap. Hall (1968), menegaskan bahawa bahasa ialah “institusi untuk
arbitrari mengikut tabiat”. Ini menerangkan bahawa bahasa yang digunakan oleh sesuatu
tersebut.
Bahasa juga mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem bahasa ialah suatu
fenomena sosial atau institusi yang sangat abstrak kerana fenomena ini tidak wujud secara
fizikal tetapi diwujudkan dalam sesuatu situasi melalui tingkah laku bahasa oleh individu
dalam komuniti bahasa. Sifat sosial dan institusi sistem bahasa sangat dititikberatkan. Ini
menunjukkan bahawa linguistik lebih dekat kepada sosiologi dan psikologi sosial. Ia dapat
dilihat dari segi lisan mahupun tulisan. Perkara ini akan dibincangkan di dalam konsep
1
2.0 KONSEP WACANA DAN ANALISIS WACANA
Analisis wacana merujuk kepada suatu analisis atau kajian terhadap unit linguistik yang
diperincikan dari segi penggunaan baik dari aspek bahasa lisan mahupun tulisan. Ia
kebiasaannya akan melibatkan proses penyampaian sesuatu mesej kepada penerima atau
digunakan bertujuan untuk meneliti jika terdapat pola atau beberapa ciri bentuk yang
dinyatakan oleh sesuatu teks. Hal ini akan menyebabkan interprestasi suatu unit mesej atau
pesanan dapat diketahui dengan jelas dan seterusnya dapat memberi penelitian tentang
mengapa ia harus disampaikan dan bagaimana mesej tersebut disampaikan melalui teks
atau lisan. Analisis wacana juga bertindak sebagai satu bidang yang mengkaji unit bahasa
dalam lingkungan ilmu linguistik baik dalam konteks mikro seperti sintaksis, pragmatik,
morfologi, dan fonologi mahupun dalam konteks linguistik makro seperti sosiolinguisitk,
pragmatik dan psikolinguistik. Objektif kajian atau penilitian ini pada umumnya berpusat
pada setiap bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam kehidupan sehariannya baik dari
2.1.1 Wacana
Kerusi mewah yang banyak digunakan di setiap hotel dan kediaman di luar negeri
itu adalah berasal dari Maldive. Perabot mewah itu adalah hasil seni anak-anak muda
awalnya, mereka akan memotong kayu kemudiannya akan menghasilkan pelbagai bentuk
kerangka kerusi. Setelah kerangka itu siap, mereka akan memasang setiap anyaman
2
pengganti yang dibuat daripada kertas. Selepas siap memasang anyaman tersebut, mereka
akan mengecat kerusi tersebut dengan menggunakan cat yang diimport khas dari negara-
negara Eropah.
2.1.2 Analisis
a) Jenis
dihasilkan secara medium tulisan. Selain itu, untuk memahami dan menerima isi kita harus
membacanya dengan teliti. Bagi aspek penyusunan isi pula, wacana diatas merupakan
wacana yang berbentuk diskriptif kerana ia pada dasarnya terdiri daripada rangkaian ayat
b) Konteks
- Kerusi mewah yang banyak digunakan di setiap hotel dan kediaman di luar negeri itu
- Perabot mewah itu adalah hasil seni anak-anak muda disana dengan menggunakan alat-
Pada ayat kedua yang membawa ujaran tentang barangan perabot mewah
merupakan hasil seni anak-anak di Maldive tentulah ia membawa maksud bahawa perabot
itu adalah kerusi mewah. Hal ini dikatakan demikian kerana, ujaran tersebut dirangkaikan
3
c) Topik, Tema dan Judul
3.0 KOHESI
Kohesi atau tautan adalah merujuk kepada jalinan hubungan yang erat antara satu unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam satu binaan yang melebihi batas ayat.
Jalinan ini biasanya dilihat melalui hubungan diantara sesuatu perkataan, frasa atau ayat
dengan pekataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam wacana tersebut. Hal ini amat
penting dalam mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain untuk
membentuk suatu kesatuan yang utuh. Struktur kohesi dalam wacana dapat dibahagikan
kepada dua iaitu aspek tautan nahuan dan leksikal. Kedua-dua tautan ini wujud dalam
Contohnya:
Melalui contoh diatas, kita dapat lihat bahawa terdapat tautan antara kedua-dua ayat
tersebut. Perkataan mereka yang digunakan dalam ayat kedua merujuk kepada Ahmad,
Aidil dan Amirul, sementara sana pula digunakan untuk merujuk kepada kantin. Oleh itu,
4
kedua-dua ayat ini mempunyai tautan dan dianggap sebagai satu wacana. Tambahan pula
Kohesi ini diperoleh dengan cara memilih untuk mengguna kosa kata yang serasi. Terdapat
dua cara bagi mencapai aspek kohesi leksikal ini, iaitu dengan menggunakan aspek
i) Pengulangan: Terdiri daripada tiga cara iaitu dengan melakukan atau menggunakan
a) Pengulangan kata- Turut dikenali sebagai ‘repetition’. Pada amnya, kata yang
sering kali diulang ini adalah kata ‘isi’ dan menjadi kata yang amat penting bagi
sesebuah ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Kata tersebut
b) Sinonim- Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama ataupun
turut dikenali sebagai kata seerti. Sesetengah kata dikatakan inonim adalah
c) Superordinat- Merujuk kepada penggunaan kata yang lebih khusus atau hiponim
kepada kata yang lebih umum atau turut dikenali sebagai hiperonim.
Contohnya:
5
Semua ternakan yang ada di kampung seperti kambing, biri-biri, lembu dan ayam
Superordinat bagi contoh ayat diatas ialah kata umum yang digunakan untuk
merujuk kepada kambing, biri-biri, lembu dan ayam, iaitu ternakan. Kata kambing,
biri-biri, lembu dan ayam adalah kata khusus yang turut dikenali sebagai hiponim.
ii) Kolokasi- Kohesi jenis ini melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait
dengan sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Lazimnya ia melibatkan hubungan leksikal
yang berada dalam satu konteks sahaja. Contohnya perkataan kereta, motosikal dan bas
wacana yang utuh dan terbahagi kepada empat jenis atau aspek iaitu:
i) Penanda rujukan- Merujuk kepada hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk.
Boleh terdiri daripada kata ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. Rujukan kata ganti
nama ini biasanya melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.
Contohnya:
Aku, Amirul dan Husna akan ke Kuala Lumpur. Kami akan bertolak ke sana pada pukul
empat petang.
6
Berdasarkan ayat tersebut, kata ganti nama diri ketiga iaitu kami digunakan untuk merujuk
kepada aku, Amirul dan Husna. Manakala kata ganti nama tunjuk ke sana pula digunakan
ii) Penanda penghubung- Penanda ini berfungsi sebagai penjalin terhadap unsur-unsur
linguistik seperti perkataan, frasa dan ayat dalam sesebuah wacana. Penanda ini terdiri
tambahan maklumat, penghubung tempoh untuk menyatakan masa atau siri berlakunya
sesuatu dan penghubung kesimpulan pula untuk menunjukkan rumusan terhadap perkara
yang dibincangkan.
iii) penanda penggantian- Penanda ini adalah merujuk kepada pengambilan alihan atau
pertukaran sesuatu unsur dalam sesebuah wacana. Penanda ini terdiri daripada tiga jenis
iaitu penanda penggantian nominal, verbal dan klausa. Penggantian nominal ialah
penggantian yang dilakukan terhadap aspek kata nama atau frasa nama, manakala
penggantian verbal pula merujuk kepada penggantian terhadap frasa kerja. Seterusnya,
penggantian klausa pula kebiasaannya akan melibatkan penggantian daripada struktur ayat.
iv) Penanda ellipsis- Penanda ini akan melibatkan proses penghilangan atau pengguguran
kata/ frasa yang telah disebut pada awalnya. Contohnya: Perempuan tua itu kelihatan
lemah. Duduk bersandar di dinding batu. Tidak tahu tenpat untuk dituju.
7
Berdasarkan ayat tersebut, kata perempuan tua digugurkan pada ayat yang
4.0 KOHEREN
Merujuk kepada kesinambungan idea yang kemas dan teratur. Isi atau maklumat akan
disampaikan dengan jalinan yang kemas dan rapi serta mempunyai makna yang jelas. Oleh
itu, koheren atau runtutan merupakan satu aspek asas yang penting dalam proses
pembinaan wacana yang utuh kerana suatu teks itu akan dianggap sebagai wacana jika teks
tersebut mempunyai makna yang jelas. Contohnya: Matahari mulai tenggelam. Hari sudah
Berdasarkan teks diatas, kita dapat lihat bahawa setiap ayatnya mempunyai tautan dan
mempunyai kesinambungan idea yang jelas dari satu ayat kepada ayat yang lain. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa teks tersebut mempunyai makna yang jelas yang ingin
disampaikan.
5.0 PRAGMATIK
Pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu lingulistik yang mengkaji makna ujaran
berdasarkan konteks budaya sesuatu masyarakat, atau penggunaan bahasa dalam hubungan
sebenar. George Yule, seorang pakar yang arif dalam bidang pragmatik pada tahun 1997
mendefinisikan pragmatik sebagai satu kajian makna, yang melibatkan penyampai dan
penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau antara penulis dan pembaca.
mana fungsi pecahan atau cabang tersebut dapat digunakan ketika berinteraksi secara lisan.
Secara tidak langsung, bahasa melayu dapat difahami sebagai bahasa yang unik dan kaya
8
dengan pemilihan diksi yang berkesan. Pragmatik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
peribahasa, ragam bahasa, dan kesantunan bahasa. Ketiga-tiga aspek ini akan diterangkan
5.1 PERIBAHASA
Menurut seorang penulis di Malaysia, Mohd Tajuddin Hj. Abdul Rahman, peribahasa
terhasil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat
Melayu lama. Dapat juga dikatakan bahawa peribahasa berperanan sebagai cara untuk
memberi nasihat atau sindiran serta pengajaran secara berkias tanpa menyinggung mana-
mana pihak. Terdapat tujuh jenis peribahasa yang terkandung di bawah konsep peribahasa
iaitu bidalan, pepatah, kiasan, perbilangan, perumpamaan, kata-kata hikmat dan simpulan
bahasa.
a) Bidalan
Jenis peribahasa pertama adalah bidalan. Bidalan merupakan peribahasa yang mempunyai
erti selapis dan berupa pandangan yang bernas, sarat dengan nilai dan juga pengajaran.
Bidalan mengandungi kata-kata yang bersifat umum dan perkataan tersebut telah lama
dipakai oleh masyarakat Melayu dari dahulu sehingga sekarang. Jenis peribahasa ini juga
manis dan menempuh masa jatuh bangun, beberapa orang usahawan filem menganggap
bahawa perusahaan ini sebagai satu perusahaan yang mempunyai risiko yang tinggi. Kalau
9
Berdasarkan petikan yang diambil berkenaan industri perfileman ini, dapat
difikirkan bahawa industri perfileman menjadi salah satu industri yang berisiko untuk
mengalami kejatuhan. Jika seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh dan dapat menarik
minat orang ramai untuk menonton filem yang dihasilkannya, maka tidak mustahil insan
b) Pepatah
Seterusnya adalah pepatah. Pepatah berfungsi sebagai patah-patah perkataan yang disusun
dengan bijak untuk mematahkan kata-kata orang lain. Menerusi ciri-ciri yang ditonjolkan
oleh pepatah,ternyata pepatah hampir menyamai bidalan tetapi pepatah ini lebih
mengambil kira sifat rangkaian kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah. Pepatah juga
Contoh bagi pepatah dapat dilihat melalui ayat ini: ‘Pada mulanya, Hamidon mengalami
kesukaran untuk menjaga kebun sayurannya, tetapi dek kerana alah bisa tegal biasa,
Ayat di atas menampilkan pepatah ‘alah bisa tegal biasa’ yang membawa maksud
sesuatu kerja yang susah itu akan menjadi senang jika ia menjadi satu kebiasaan. Maka,
dapat dikatakan bahawa pepatah tersebut tidak berunsurkan nasihat sahaja yang diberikan
secara terang-terangan tetapi masih boleh difahami oleh sesetengah masyarakat yang
c) Kiasan
10
Kiasan adalah suatu bentuk bahasa dan terhasil daripada penyusunan kata yang indah yang
dicipta bagi menyampaikan sesuatu perkara sama ada dengan cara pembandingan mahupun
tidak. Contoh yang dapat diambil untuk menunjukkan pembandingan dalam sesebuah
kiasan adalah seperti ‘manis seperti lautan madu’, ‘merah seperti biji saga’ dan sebagainya.
Hal ini berbeza pula dengan kiasan yang tidak menggunakn unsur perbandingan di
dalamnya iaitu seperti ‘pening lalat’, ‘Mat Jenin’ dan lain-lain lagi. Sememangnya kiasan
ini mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu menjelaskan lagi perkara yang ingin
peribahasa banyak digunakan untuk memerihalkan kecantikan. Selain itu, kiasan juga
boleh diaplikasikan perkara yang kurang manis untk disebut secara terang-terangan kerana
dikhuatiri akan memudaratkan keadaan. Peribahasa kiasan ini dapat dibahagikan kepada
empat jenis iaitu Kiasan Asal, Kiasan Berpindah, Kiasan Permanusiaan Dan Juga Kiasan
Berkacau.
- Kiasan asal: Bertujuan untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan menggunakan sesuatu
oleh peribahasa jenis ini adalah seperti bagai, macam, umpama, laksana dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh, kiasan ‘Pahit seperti hempedu’ membawa maksud sesuatu yang sangat
pahit dan dibandingkan dengan hempedu. Hal ini demikian kerana, sifat hempedu
sememangnya sangat pahit dan kelat di samping penggunaan perkataan ‘seperti’ sebagai
perbandingan. Hal ini demikian kerana, kata yang hendak digandingkan itu akan terus
digandingkan dengan perkara yang ingin dibuat perbandingan. Kiasan berpindah terbahagi
11
kepada tujuh jenis iaitu Kiasan Sandar, Kiasan Terus, Kiasan Berangkap, Kiasan
Berbunga, Kiasan Pemanis, Kiasan Melompat dan yang terakhir ialah Kiasan Melarat.
- Kiasan Permanusiaan: Merujuk kepada bentuk bahasa yang menggunakan sifat atau
perlakuan yang kebiasannya dilakukan oleh manusia. Secara mudahnya, kiasan ini
adalah perbuatan yang dilakukan oleh manusia dan bukannya perkara seperti ombak itu.
- Kiasan Berkacau: Bermaksud kata yang disusun yang dapat menimbulkan kekeliruan
kerana terdapat fakta-fakta yang bertentangan antara satu sama lain. Contohnya ‘Diam
Seribu Bahasa’. Kiasan ini boleh menimbulkan kekeliruan kerana diam juga boleh
d) Perbilangan
Susunan kata yang membentuk ungkapan yang berangkap-rangkap dan disebut secara satu-
persatu adalah definisi bagi jenis peribahasa perbilangan.Hal ini demikian kerana, setiap
rangkap kebiasaannya terdiri daripada dua baris atau lebih. Perbilangan banyak
menceritakan perkara tentang adat istiadat, undang-undang atau peraturan atau hidup
masyarakat. Kebanyakan perbilangan berkait rapat dengan adat (Adat Pepatih). Contoh
perbilangan adalah ‘Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata’. Perbilangan ini membawa erti
seseorang yang sanggup mati daripada menyerah kalah. Kebiasaanya, para parajurit tanah
air menjadikan perbilangan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang tanpa
e) Perumpamaan
12
Jenis peribahasa yang keempat pula adalah perumpamaan. Perumpamaan membawa erti
kepaada sesuatu perkara atau kejadian lalu. Terdapat dua jenis perumpamaan iaitu
Contoh penggunaannya adalah: ‘Dia terpaksa menghantar utusan ke Goa untuk meminta
bantuan beribu-ribu tentera ke Melaka. Tetapi tutusannya telah diserang di tengah laut.
Tentangan sepertiapi membakar di dalam sekam itu terlalu sukar untuk dibanteras.’
Seperti api membakar dalam sekam bermaksud sesuatu yang berlaku dalam diam.
Perumpamaan jenis bandingan ini juga menggunakan perkatan ‘seperti’, ‘bak’ dan lain-
lain. Jenis perumpamaan kedua ialah perumpamaan yang tidak menggunakan sebarang
perbandingan. Contoh perumpamaan jenis ini adalah seperti ‘ukur baju di badan sendiri’,
f) Kata-Kata Hikmat
Selain itu, peribasa seterusnya ialah kata-kata hikmat. Kata-kata hikmat berupa nasihat,
panduan dan pedoman hidup yang diungkapkan oleh orang yang bijaksana. Kata-kata
hikmat juga dikenali sebagai lidah pendeta yang turut didefinisikan sebagai kata-kata
pujangga atau ulama atau ahli bijak pandai. Misalnya, kata-kata hikmat ‘Muafakat
bekerjasama merupakan perkara yang baik dan pelakunya akan memperoleh keberkatan
jiak dilakukan secara ikhlas. Terdapat lagi kata-kata hikmat yang lain dan boleh dijadikan
13
g) Simpulan Bahasa
Akhir sekali, peribahasa ketujuh ialah simpulan bahasa. Simpulan bahasa membawa
maksud rangkaian perkataan yang mempunyai maksud berlainan dengan perkataan asal.
Simpulan juga disusun khas. Kebanyakan simpulan bahasa mengandungi dua patah
perkataan sahaja tetapi terdapat juga simpulan bahasa yang terdiri daripada lebih dua
perkataan seperti air mata buaya dan lain-lain. Simpulan bahasa turut mempunyai makna
Contoh penggunaan salah satu simpulan bahsa adalah: ‘Akmal suka mengganggu orang
Melalui petikan ini, simpulan bahasa yang dapat dikenal pasti adalah Abu Dajal.
Abu Dajal bermaksud seseorang yang suka menggangu orang lain. Pelaku ini juga bersikap
Ragam bahasa ini merupakan kata-kata dan ayat yang disusun khas untuk menyatakan
sesuatu dengan pelbagai bentuk dan cara. Merujuk buku tatabahasa dewan edisi baru yang
ditulis oleh Nik Safiah Karim dan menurut Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu
ragam bahasa dibincangkan sebagai ‘gaya bahasa mulut’ dan ‘gaya surat’. Dalam buku
beliau, beliau juga telah menyentuh ‘bahasa-bahasa daerah’ iaitu bahasa percakapan di
satu-satu daerah dan bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah
tersebut. Ragam bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu ragam bahasa melayu lisan dan
ragam bahasa melayu tulisan. Ragam Bahasa Melayu lisan ini menurut Za’ba merupakan
bahasa yang digunakan apabila berlaku komunikasi yang tidak formal atau bercakap
14
sesama sendiri. Contohnya bahasa pasar dan bahasa basahan iaitu bahasa harian
masyarakat yang menggunakan ayat-ayat yang ringkas sahaja. Contoh perkataan ‘tidak’
kepada ‘tak’. Ragam bahasa tulisan pula ialah variasi bahasa melayu yang digunakan
dalam konteks tulisan dan susunannya pula lebih tepat. Bahasa melayu tulisan ini
digunakan hanya dalam konteks menulis dan situasi formal. Terdapat pelbagai jenis ragam
a) Bahasa sindiran: Bahasa sindiran ini merupakan susunan kata yang ditujukan kepada
seseorang secara tidak berterus terang tetapi berkias kepada perkara lain. Bahasa sindiran
ini disampaikan secara sinis dan sekiranya orang yang ditujukan itu memahami maksud
yang ingin disampaikan, ini bermakna bahasa sindiran ini dapat dirasakan. Sebagai contoh,
‘Hai sekejap sahaja dah letih, aku di sini berjam-jam buat kerja ni, masih bertahan lagi’.
Ayat ini menunjukkan sindiran seseorang kepada kawannya yang malas membuat kerja
b) Bahasa menggiat: Bahasa ini merupakan susunan ayat yang seakan – akan bahasa
sindiran tetapi tidak mempunyai kiasan. Tujuan bahasa ini diucapkan hanya untuk
mengusik atau bergurau senda dengan orang tersebut. Namun, orang yang dituju itu
mungkin akan berasa malu apabila memahami bahasa ini. Contohnya ‘Merah menyalanya
bibir awak, nak pergi temu janji ke tu?’. Ayat ini menunjukkan seseorang yang sedang
mengusik kawannya yang berpakaian seperti orang yang hendak keluar untuk berjumpa
c) Bahasa mengejek: Bahasa mengejek ini merupakan susunan kata yang mengata pihak
yang tertentu dengan perkataan ejekan yang tepat dan sesetengahnya disertakan dengan
15
aksi. Bahasa ini digunakan untuk tujuan menampakkan kelemahan dan keburukkan orang
yang diejek supaya mereka menjadi bahan ketawa. Contohnya, ‘lihatlah orang yang
disayangi oleh bos kita ni, boleh masuk kerja sesuka hati dia saja’. Ayat ini ditujukan
kepada seseorang yang lewat datang ketempat kerja dan pihak yang diejek ini pula akan
d) Bahasa terbalik: Bahasa terbalik ini merupakan susunan kata yang mempunyai maksud
yang bertentangan dengan apa yang diperkatakan tetapi orang yang mendengarnya tetap
akan memahaminya. Contohnya, ‘Kenapa dah balik? Kan awal lagi ni’. Ayat ini
menunjukkan seorang ibu yang sedang memarahi anaknya yang pulang lewat kerumah,
namun bahasa yang digunakan terbalik tetapi anaknya tetap memahami bahawa ibunya
sedang marah.
e) Bahasa merajuk: Bahasa merajuk ini merupakan susunan kata yang seakan-akan
bahasa terbalik tetapi maksudnya tidak terbalik. Bahasa ini juga digunakan untuk
menunjukkan perasaan seseorang yang sedang berkecil hati disebabkan sesuatu perkara
yang dianggap menghinanya. Contoh ayat, ‘Saya ni apalah yang ada, rupa sudahlah
buruk, harta pun tak banyak, ada orang nak pandang ke?’. Ayat yang menunjukkan rasa
f) Bahasa tempelak: Bahasa ini merupakan susunan kata yang digunakan untuk
menunjukkan perasaan marah kepada seseorang kerana tidak mendengar nasihat yang
diberikan pada masa lalu. Bahasa tempelak ini juga digunakan bertujuan untuk
mengulanginya lagi. Contohnya, ‘Dulukan aku dah pesan jangan percaya cakap lelaki
16
buaya tu, sekarang apa dah jadi? Kan dah kena tipu’. Ayat ini ditujukan kepada seseorang
yang tidak mendengar nasihat yang diberikan kepadanya pada masa lalu.
g) Bahasa herdik: Bahasa herdik ini merupakan susunan kata yang seakan-akan bahasa
tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan atau kemarahan pada masa itu
juga. Bahasa herdik ini menggunakan perkataan yang agak kasar dan mengandungi unsur
ejekan. Contoh ayat ‘Kalau tak boleh tolong, tak payah duduk kat sini! Buat menyemak
je’. Ayat ini menunjukkan seseorang yang sedang memarahi pihak tertentu kerana tidak
yang sebenar. Kadang kala, bahasa melampau ini sukar diterima oleh akal fikiran
pendengarnya. Contoh ayat ‘Perempuan yang aku jumpa dekat restoran tadi cantiknya
seperti bidadari’. Ayat ini menunjukkan seseorang yang mengambarkan rupa paras yang
i) Bahasa naik: Bahasa naik ini ialah kata-kata yang menggambarkan sesuatu peristiwa
daripada tahap yang rendah, naik ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya kepada tahap
yang paling tinggi. Contoh ayat ‘pasangan pengantin itu berkenalan dari zaman sekolah
perkahwinan setelah tamat pengajian dan sekarang memiliki dua orang cahaya mata.
Ayat ini menunjukkan peringkat demi peringkat perjalanan hidup pasangan dari sebelum
17
j) Bahasa turun: Berlawanan dengan bahasa naik. Bahasa turun ini menunjukkan
peringkat yang paling tinggi turun satu per satu sehingga keperingkat yang bawah. Contoh
ayat ‘Kasihan sungguh pemuda itu, mula-mula ditipu oleh rakan perniagaannya,
kemudian hartanya ditarik untuk membayar hutang, isterinya pula minta cerai,
k) Bahasa seruan atau keluhan: Bahasa ini merupakan bahasa yang digunakan untuk
menunjukkan perasaan mengeluh dan kata-kata itu difahami oleh orang yang
mendengarnya. Contoh ayat ‘kalaulah aku dapat putar balik masa, tak akan aku sia-
siakan zaman sekolahku dahulu’. Ayat ini menunjukkan rasa mengeluh seseorang yang
l) Bahasa berulang: Bahasa berulang ini merupakan bahasa yang mengulang perkataan
dan digunakan untuk menguatkan maksud ayat tersebut. Contohnya ‘Belajar, belajar,
belajar untuk kesejahteraan kamu pada masa hadapan’. Ayat ini menegaskan supaya terus
menimba ilmu agar dapat merasai kesenangan pada masa hadapan dengan menggunakan
perkataan yang sama sebanyak tiga kali iaitu ‘belajar’ untuk menguatkan maksud ayat.
m) Bahasa jenaka: Bahasa jenaka ini menggunakan satu perkataan atau ayat yang
membawa dua makna. Contohayat ‘lelaki itu kurus seperti tiang’. Maksud pertama ayat ini
ialah untuk mengatakan bahawa lelaki itu memiliki tubuh badan yang kurus. Maksud
kedua pula, tubuh badan lelaki itu disamakan seperti tiang yang tinggi dan kurus.
Definisi kesantunan menurut Kamus Dewan (1984) ialah sifat kehalusan budi bahasa,
beradab dan kesopanan. Awang Sariyan (2007) pula memberi definisi kesantunan bahasa
18
sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Tambahan pula,
kesantunan juga melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-
masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal
perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
Secara umumnya, kesantunan bahasa membawa makna kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Ungkapan bertatasusila merupakan ungkapan yang menggunakan kosa kata yang halus dan
sopan. Antara contoh ungkapan bertatasusila ialah terima kasih, apa khabar dan jemput
duduk. Terdapat juga ungkapan bahasa Arab seperti assalamualaikum, inshaAllah dan
DAN SITUASI
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan oleh orang yang bertutur atau menulis
sebagai ganti namanya Kata ganti nama diri mengikut konteks dan situasi ialah ganti nama
diri biasa dan kata ganti nama diri diraja. Ia digunakan dalam suasana sama ada rasmi atau
tidak rasmi. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk suasana dan urusan rasmi
agak kecil. Sebagai contohnya ialah kami, kita, tuan, puan, beliau, dia, ia dan mereka.
19
Sebaliknya, kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan tidak rasmi
amat banyak.
a) Kata ganti nama diri biasa: Kata ganti nama diri biasa yang paling umum dan luas
penggunannya ialah ‘saya’. Kata ini digunakan dalam suasana dan urusan rasmi dan tidak
rasmi. Kata ini juga sesuai digunakan tanpa mengira latar usia, latar belakang pendidikan
dan asal keturunan. Batasan penggunaanya hanya berlaku dalam komunikasi dengan raja,
sultan atau kerabat utama diraja. Dalam komunikasi lisan, kata ini digunakan oleh
suasana tidak rasmi pula, ia digunakan oleh dua individu yang baru mengenali. Kata ‘saya’
Kata ganti nama diri ‘kami’ dan ‘kita’ pula menunjukkan jumlah pembicara yang
ramai. Kata ‘kami’ digunakan apabila pembicara mengujarkan sesuatu atas nama dirinya
sendiri dan juga. pihak lain. Pembicara berkemungkinan berada dalam situasi bersama-
sama dengan seorang atau lebih daripada seorang rakannya, jurucakap sesuatu kumpulan
atau bercakap bagi pihak jabatan, syarikat atau organisasi. Kata ‘kita’ pula digunakan oleh
seseorang apabila merujuk kepada dirinya dan juga pihak yang menjadi teman bicaranya.
kepentingan dan sebagainya. Kata ganti nama diri ketiga yang umum digunakan dalam
komunikasi rasmi ialah beliau, dia dan ia. Kata beliau pula digunakan untuk merujuk
kepada orang yang dihormati seperti pemimpin, guru, ketua dan pegawai. Kata itu tidak
sesuai digunakan untuk merujuk kepada orang yang bersalah atau penjenayah. Contoh
penggunaan kata ganti nama diri beliau ialah “Sebagai ketua jabatan, beliau sentiasa
20
b) Kata ganti nama diri diraja: Kata ganti nama diri diraja kebiasaannya digunakan
dalam komunikasi lisan rasmi khususnya apabila komunikasi itu melibatkan sultan atau
raja. Kata ganti nama diri yang digunakan oleh raja atau sultan untuk merujuk dirinya ialah
‘beta’ manakala kata ganti nama diri yang digunakan oleh orang kebanyakan kepada sultan
dan raja ialah ‘patik’. Bagi menyapa orang yang bergelar pula, kata ganti nama diri yang
digunakan hendaklah diselaraskan dengan gelaran yang dimiliki oleh orang berkenaan.
Kata ‘tuanku’ digunakan kepada raja atau sultan dan raja permaisuri atau raja perempuan.
Kata ganti nama ‘baginda’ digunakan untuk raja, sultan, raja permaisuri dan pemangku
raja. Kata tersebut merujuk kepada pihak ketiga yang menjadi sasaran.
Bentuk sapaan ialah kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk
menegur atau menyapa seseorang sama ada dalam konteks rasmi atau tidak rasmi. Sistem
sapaan berperanan sebagai penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak
yang disapa. Gelaran pula merujuk kepada seseorang berdasarkan anugerah darjah
kebesaran yang diterimanya. Gelaran ini penting dalam membuat panggilan hormat kepada
seseorang.
Contoh gelaran kekeluargaan berdasarkan pertalian darah ialah datuk, nenek, ayah, ibu,
abang, kakak, adik, emak sedara, bapa sedara dan sepupu. Contoh gelaran kekeluargaan
berdasarkan ikatan perkahwinan ialah besan, menantu, ipar dan biras. Secara umumnya,
21
gelaran kekeluargaan ditentukan berdasarkan umur dan hubungan persaudaraan dalam
b) Gelaran pergaulan biasa: Dalam kehidupan seharian kita akan menggunakan gelaran
pergaulan biasa. Gelaran cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin manakala
encik digunakan untuk lelaki sahaja. Kedua-dua gelaran tersebut boleh digunakan semasa
berkomunikasi dengan orang yang sebaya dengan kendiri, orang yang lebih muda daripada
kendiri dan orang yang lebih tua daripada kendiri tetapi tidak setua ibu bapa.
c) Gelaran pergaulan tak bersahaja atau formal: Terdapat juga pergaulan tak bersahaja
atau formal. Gelaran pergaulan tak bersahaja digunakan apabila terdapat sekatan-sekatan
sosial tertentu sama ada sekatan pangkat atau hubungan yang belum rapat. Contoh gelaran
yang digunakan ialah tuan, encik, cik, puan, saudara dan saudari yang digunakan dalam
situasi rasmi.
d) Gelaran warisan atau keturunan: Selain itu, gelaran warisan atau keturunan ialah
gelaran yang diwarisi oleh seseorang anak daripada bapanya. Gelaran warisan terbahagi
kepada empat iaitu keturunan raja-raja yang memerintah, keturunan orang besar-besar,
keturunan Nabi Muhammad S.A.W dan keturunan yang berasal dari luar Malaysia.
gelaran Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda. Di Perak dan Selangor pula
Tengku atau Engku. Keturunan orang besar-besar iaitu individu yang mempunyai
menggunakan gelaran Megat dan Puteri, Nik di Kelantan dan Che di Kedah, Kelantan,
22
Perlis dan Terengganu. Dari segi keturunan Nabi Muhammad S.A.W pula, gelaran Syed
dan Syeikh digunakan oleh lelaki dan Sharifah digunakan oleh perempuan.
atau warisan. Panggilan hormat untuk lelaki yang diberi gelaran tunku, tengku, engku atau
ungku ialah Yang Mulia. Isterinya juga menggunakan panggilan Yang Mulia. Bagi lelaki
yang bergelar Syed atau Sheikh, mereka menggunakan panggilan Tuan. Manakala,
isterinya menggunakan panggilan Puan atau Cik. Bagi yang dikurniakan darjah kebesaran
yang membawa gelaran maka gelaran tersebut hendaklah diletakkan selepas panggilan
e) Panggilan hormat diraja, ketua Negara dan ketua negeri: Terdapat juga panggilan
hormat Diraja, Ketua Negara dan Ketua Negeri. Sebagai contohnya, Yang di-Pertuan
Agong menggunakan panggilan hormat Seri Paduka Baginda. Manakala isterinya Raja
Permaisuri Agung menggunakan panggilan Seri Paduka Baginda. Ketua Negeri misalnya
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menggunakan panggilan hormat Duli Yang Maha
Mulia. Isterinya iaitu Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan juga menggunakan panggilan
mengerjakan fardu haji. Gelaran mereka ialah haji untuk lelaki dan hajah untuk
perempuan. Gelaran keagamaan juga diberikan kepada individu yang berpengalaman luasa
dalam bidang agama Islam misalnya tok kadi, tok imam dan tok bilal. Sebagai contohnya,
23
fadilah, ustaz dipanggil sebagai al-fadhil dan lelaki bergelar haji menggunakan panggilan
tuan.
sumbangannya kepada negara. Panggilan hormat dan gelaran penerima gelaran kurniaan
adalah seperti Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) diberikan gelaran Tun dan isterinya
sebagai Toh Puan. Kedua-duanya menggunakan panggilan hormat Yang Amat Berbahagia.
dalam politik. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar atau Ketua
Menteri menggunakan panggilan Yang Amat Berhormat dan isterinya Yang Amat
Berbahagia. Menteri, Timbalan Menteri, Yang di-Pertua Dewan Negara atau Dewan
Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat menggunakan panggilan Yang Berhormat manakala
i) Panggilan hormat jawatan bagi penjawat awam: Panggilan hormat jawatan bagi
penjawat awam juga digunakan bagi menunjukkan kesantunan bahasa. Ketua Hakim
Negara misalnya menggunakan panggilan hormat Yang Amat Arif dan isterinya
menggunakan panggilan hormat Yang Berbahagia dan isterinya juga Yang Berbahagia
j) Gelaran ikhtisas: Dari segi gelaran ikhtisas pula, ia diberikan kepada individu
berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik. Antara gelaran ikhtisas adalah Profesor
Diraja iaitu anugerah khas ikhtisas yang tertinggi kepada individu berdasarkan
24
keistimewaannya. Profesor Emeritus iaitu professor yang telah bersara tetapi masih
dianugerahi kurniaan tersebut. Gelaran professor pula diberi kepada individu yang
mempunyai pencapaian yang paling tinggi dalam bidang akademik sama ada lelaki atau
perempuan. Selain itu, terdapat juga gelaran Profesor Madya iaitu individu yang
pencapaiannya satu tingkat di bawah profesor. Doktor Falsafah pula merupakan individu
yang memiliki ijazah Doktor Falsafah. Doktor Perubatan diberikan kepada individu yang
k) Gelaran kurniaan lain: Tokoh-tokoh tertentu juga menerima gelaran kurniaan lain
yang diberikan oleh kerajaan atau pihak lain yang berwibawa kerana sumbangan dan jasa
Almarhum Ttunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pendeta pula gelaran yang diberikan
kepafa Allahyarham Tan Sri Dr. Hj. Zainal Abidin bin Ahmad (ZA’BA). Gelaran seniman
Gelaran-gelaran yang dimiliki oleh seseorang boleh digabungkan antara satu sama lain.
kekeluargaan digabungkan dengan gelaran warisan. Sebagai contohnya, Mak Engku Maria
yang membawa maksud Mak tersebut merupakan gelaran kekeluargaan. Manakala gelaran
Engku ialah gelaran warisan. Contoh lain bagi gabungan gelaran ialah Tan Sri Dr. Haji
Tengku Emir bin Tengku Alimuddin. Nama tersebut mempunyai gabungan nama kurniaan
kerajaan iaitu Tan Sri, ikhtisas iaitu gelaran Doktor, Haji yang merupakan gelaran
25
5.3.5 PENGGUNAAN INTONASI DAN GAYA BAHASA YANG SESUAI
menunjukkan gaya percakapan yang berunsur kemarahan. Manakala intonasi yang rendah
sesuatu perkara dengan menggunakan gerak badan seperti mata, tangan kerut wajah dan
gerak kepala. Jelaslah bahawa intonasi dan gaya bahasa dapat mempengaruhi kesantunan
bahasa.
Teks merujuk kepada segala penggunaan bahasa yang merupakan untaian ayat yang
mengembangkan isi-isi tertentu menjadi suatu ayat yang utuh. Menurut Fowler (Sugira
Wahid dan Juanda, 2006: 77) wacana tertentu sahaja yang mempunyai perbezaan dengan
teks, kerana wacana merujuk kepada komponen aspek yang terbentuk oleh interaksi antara
aspek bahasa sebagaimana wujud dalam teks dengan aspek luar bahasa. Interaksi tersebut
mempunyai fungsi dalam menentukan makna suatu teks. Unsur yang dimaksudkan ialah di
luar bahasa tersebut merujuk kepada peserta berkomunikasi, tujuan, dan konteks dalam
perspektif kajian lingusitik secara kritis, konteks tersebut meliputi konteks ujaran, konteks
pengucapan dan konteks budaya. Ada enam konsep utama teks dalam pandangan Vandjik
(Sugira Wahid dan Juanda, 2006: 77) iaitu, suatu teks ialah suatu entiti yang diringkaskan
dalam suatu topik, sesetengah teks ialah merupakan suatu pemahaman yang teratur berupa
hierarki dari awal sehingga topik yang lebih umum. Konsep seterusnya ialah, teks luaran
26
mengandungi simbol atau kata-kata yang merupakan suatu rantaian ungkapan, yang
keempat ialah tahap urutan boleh dianalisis secara ligik untuk menunjukkan logik atau
hubungan koheran linear. Konsep kelima ialah, tidak ada satu teks yang secara utuh yang
difahami sepenuhnya melalui analisis logistik bagi turutan linear kerana semua hubungan
logik antara proposisi tidak pernah berhubungkait berdasarkan bukti simbolik. Konsep
yang terakhir ialah, kadang-kadang apa yang diperkatakan oleh luaran memberi kita
pemahaman yang lebih jelas berbanding dilihat dalam teks. Seiring denga apa yang
diperkatakan oleh Folew, Cook (Sugira Wahid dan Juanda, 2006: 78) merumuskannya
seperti berikut: teks merupakan semua bahasa yang baik iaitu kata-kata yang terletak di
atas kertas, tetapi boleh menjadi dalam pelbagai bentuk seperti ekspresi kominikasi.
Sebagai contohnya ucapan, muzik, gambar, kesan bunyi dan lain-lain. seterusnya ialah
wacana yang menurutnya adalah teks dan kontek sebagai suatu kesatuan.
Dalam pandangan Halliday, teks itu ditafsirkan secara dinamik. Teks adalah bahasa
yang melaksanakan tugas khusus dalam konteks keadaan (Halliday & Hasan, 1994: 13).
Menurut Halliday juga (dalam Santoso, 2008), teks ialah satu unit semantik yang
kualitinya tidak ditentukan oleh saiz dan sesuatu teks. Walaupun terdapat definisi sesuatu
di atas ayat, sesuatu yang lebih besar daripada kalimat, dalam pandangan Halliday pada
asasnya salah ditafsir oleh teks kualiti. Kita tidak boleh meyimpulkan bahawa teks itu lebih
besar atau lebih panjang daripada ayat atau klausa. Teks tidak terdiri daripada ayat atau
klausa, tetapi direalisasikan dalam ayat. Kedua, teks boleh memproses makna ke tahap
yang lebih tinggi. Menurut Hilladay (dalam Santoso, 2008), teks ini selain daripada yang
direalisasikan dalam bahasa peringkat rendah seperti sistem fonologi yang juga merupakan
tahap literasi, sosiologi dan sebagainya.Akhir sekali ialah, keadaan merupakan faktor
27
penentu teks. Makna dicipta oleh sitem sosial dan ditukar oleh anggota masyarakat dalam
bentuk teks. Makna ini tidak dibuat dalam keadaan persekitaran yang terpencil. Perubahan
dalam sistem sosial ini akan menentukan bentuk dan makna teks.
Konteks adalah teks yang selari, koordinatif dan mempunyai pautan ke teks yang
lain dan mungkin juga berada di hadapan atau di belakang. Kewujudan konteks dalam
struktur wacana menunjukkan bahawa teks itu mempunyai struktur yang saling berkaitan
antara satu sama lain. Oleh sebab itu, konteks berfungsi sebagai alat untuk memahami dan
menganalisis wacana. Konteks juga boleh menjadi elemen teks dalam satu teks sahaja.
Konteks juga dipanggil konteks linguistik. Perkataan itu boleh menjadi leksikal dan boleh
menjadi ekstralingusitik. Lingusitik juga terdiri daripada teks atau bahagian teks yang akan
menjadi konteks. Pengguna bahasa harus mengambil kira konteks di mana bahasa boleh
digunakan dengan tepat. Dengan kata lain, pengguna bahasa sentiasa terikat konteks dalam
bahasa. Persekitaran yang perlu dipertimbangkan ialah konteks linguistik dan konteks
ekstralinguistik.
28
7.0 KESIMPULAN
Kesemua elemen yang telah dibincangkan adalah sangat penting dalam bidang
mempelajari dan mengkaji keindahan Bahasa Melayu. Setiap penelitian amat penting agar
keunikan dan keindahan dalam berbahasa dapat terus dikekalkan oleh generasi sekarang.
Sebagai generasi muda, kita sepatutnya berusaha kearah yang lebih baik lagi untuk
mengekalkan dan memartabatkan lagi keindahan bahasa yang jarang digunakan pada hari
ini. Pelbagai pihak perlu mengambil bahagian dalam memartabatkan Bahasa Melayu kita.
Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menjaga bahasa ini daripada tenggelam ditelan arus
zaman permodenan yang kurang menitikberatkan pengguanaan bahasa yang indah dan
elok. Oleh sebab itu, kita haruslah menjaga dan berbangga dengan bahasa kita.
29
BIBLIOGRAFI
Asraf. (1996). Manifesto Budaya : Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nawi Ismail, Raminah Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim, Zulkarnain
Farihin Abdullah, Pustaka Salam,. (2016) Bahasa Melayu Topikal Penggal 3
Tingkatan Enam. Selangor: Local Publications.
Nawi Ismail, Suzilawati Shaary. (2014). Lebaran Praktis Bahasa Melayu STPM Penggal 3
Tingkatan Enam. Selangor: Local Publications.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (1994).
Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Mohamed, Waris Pendeta, Mohd Sis Yatim, WahidaAbd. Wahid dan Zulkarnain
Farihin Abdullah (2014). Bahasa Melayu Topikal, Pustaka Salam Sendirian
Berhad.
Sariyan, A. (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Sariyan, A. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Saussure, F. D. (1993). Pengantar Linguistik Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tajuddin Abdul Rahman. (1984). Peribahasa dalam Penggunaan. Penerbit Fajar Bakti.
30