Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Hari ini isu akhlak tidak lagi asing di sesebuah negara dan sering sahaja dikaitkan dengan

tahap kemajuan sesebuah negara. Kata akhlak ini sering sahaja kita dengar dalam kehidupan

seharian dan sebagai seorang muslim kita sedia maklum bahawa akhlak merupakan medium

paling penting yang harus diperhatikan oleh seseorang individu. Sebagai seorang muslim kita

dianjurkan agar memiliki akhlak yang terpuji dan menjauhi setaip akhlak yang keji. Hal ini

amat jelas dapat diperkatakan bahawa pentingnya akhlak dalam kehidupan. Ajaran agama

Islam juga ada memperlihatkan isu ini dalam hadis bahawa Rasulullah SAW diutus kepada

umat manusia didunia yang bertujuan untuk membentuk akhlak manusia dimana saat itu

akhlak masyarakat terutama masyarakat arab jahiliyah masih jauh terpesong daripada tingkah

laku akhlak yang dibawa oleh agama Islam.

Secara etimologi, akhlak adalah bentuk jamak dari ‘khuluq’ iaitu dari perkataan Arab

yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat 1. Dari pengertian etimologi

seperti ini, akhlak bukan sahaja merupakan tata cara atau norma perilaku yang mengatur

hubungan antara sesama manusia, tetapi juga norma yang mengatur hubungan antara manusia

dengan tuhan dan bahkan dengan alam semesta sekalipun 2. Menurut istilah khususnya dalam

Islam pula, akhlak merujuk kepada setiap sifat atau perangai seseorang individu yang telah

melekat dan biasanya akan tercermin dari tingkah laku individu tersebut. Seseorang individu

yang memiliki sifat baik biasanya akan memiliki perangai atau akhlak yang terpuji dan

sebaliknya seseorang yang memiliki perangai yang tidak baik cenderung memiliki akhlak

yang terkeji. Kata akhlak turut disebutkan dalam firman Allah pada ayat berikut:

َ ِ‫إِنَّا أَ ْخلَصْ نَاهُ ْم بِخَال‬


ِ ‫ص ٍة ِذ ْك َرى ال َّد‬
‫ار‬

1
Al-Munjid fi al-Lughah wa al-I’lam (Beirut: Dar al- Masyriq, 1989), cet. Ke 28, hlm. 164.
2
Harun Nasution dkk., Ensiklopedi Islam Indonesia (Jakarta: Djambatan, 1992), hlm. 98.

1
Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka)

akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.

(QS Shad : 46)

Sebenarnya akhlak merupakan suatu sifat yang tertanam dalam jiwa dan bertitik tolak

daripada itu akan lahirlah pelbagai perbuatan baik atau buruk tanpa memerlukan pemikiran

dan pertimbangan3. Pada hari ini, jelas dapat dilihat bahawa nilai akhlak dalam kalangan

penduduk di sesebuah negara amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila negara-negara

Islam dilihat begitu ketinggalan dari segi akhlak penduduknya berbanding penduduk di

negara bukan Islam. Hal ini amat bertentangan dengan ajaran sebenar agama ini yang amat

menitikberatkkan nilai akhlak terhadap penganutnya. Sebagai contoh dapat dilihat melalui

perbandingan beberapa aspek bagi negara Indonesia dan Singapura yang jelas

memperlihatkan bahawa negara Indonesia sebagai negara Islam begitu ketinggalan kepada

negara Singapura yang mewakili negara bukan Islam.

3
Ibrahim Anis, Al-Mu’jam al-Wasith, (Kairo: Dar al Ma’ arif, 1972), hlm. 202.

2
2.0 KEPELBAGAIAN AGAMA DALAM SESEBUAH NEGARA ISLAM DAN

NEGARA BUKAN ISLAM

Agama bermaksud kepercayaan pada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan

penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan kepada dewa mematuhi ajaran-ajaran

agama, taat pada agama4.Agama terbahagi kepada dua iaitu agama yang diturunkan dari

langit (Agama Samawi) dan agama atau ideologi ciptaan manusia dari masa kini atau dari

masa lampau iaitu hasil daripada penyelewengan agama.

Agama Islam sangat berbeza dengan falsafah, ideologi dan agama yang bukan

diwahyukan.Malah, agama yang diwahyukan telah diseleweng dengan hebat sekali seperti

Kristian dan Yahudi. Falsafah dan agama yang tidak diwahyukan seperti Batiniyah, Tasawuf

Wujudiyah, Agama Hindu-Buddha, Neoplatonisme, Freemason, Fosicrusion, Bahaieyah,

Qadiyaniyah, Darwinisme, Liberalisme, Atiesme, Humanisme, Nationslisme,

Sekularisme.Terdapat juga sistem ekonomi diangkat sebagai ideologi anutan seperti

Sosialisme (Marxisme), dan Kapitalisme5.

Bancian agama ini dibuat untuk menfokuskan kepada dua buah negara berstatus

negara Islam yang mempunyai bilangan manusia paling ramai menganut agama Islam di

dunia iaitu Indonesia dan negara dengan kepelbagaian anutan agama iaitu Singapura.

Perbandingan ini dibuatkan untuk menunjukkan bahawa negara Indonesia yang dikenali

sebagai sebuah negara Islam kurang mengamalkan akhlak Islam berbanding dengan negara

Singapura yang sangat menitikberatkan akhlak baik sesuai dengan prinsip agama Islam dan

nilai murni yang baik.

4
Kamus Dewan, ed. 3, cet. 3, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1994.
5
Sulaiman Noordin, Islam dan Ideologi Masa Kini (Kuala Lumpur: Penerbit: DBP, 1995), hal. 148-150.

3
Rajah 1: Banci agama di Indonesia. [Sumber: Data Sensus Penduduk 2010 Badan Pusat

Statisitik].

Agama di Indonesia berperanan penting dalam kehidupan masyarakat. Sejumlah

agama di Indonesia berpengaruh secara kolektif dan menyeluruh terhadap politik, ekonomi

dan budaya serta sosial. Menurut sumber pada tahun 2010, hampir keseluruhan masyarakat

Indonesia iaitu 87.18% dari 237.641.326 juta orang penduduk Indonesia beragama Islam,

6.96% beragama Kristian Protestan, 2.90% beragama Kristian Katolik, 1.69% menganut

agama Hindu, 0.72% berstatus Buddha, 0.05% adalah Kong Hu Cu, 0.13% adalah lain-lain

agama, dan 0.38% tidak diketahui6.

Ini menunjukkan agama Islam berkembang dengan cepat di sana, namun masih lagi

mundur dari segi akhlak dan nilai murni berasaskan Islam. Hal ini demikian kerana, tahap

kepekaan mereka terhadap prinsip Islam seperti kebersihan negara yang menunjukkan

prestasi agak teruk, kemajuan negara sedikit terkebelakang dan lemah, indeks rasuah yang

tinggi, dan sebagainya. Keadaan ini akan meruncing sekiranya tiada tindakan daripada pihak

tertentu terutama pihak pentadbir negara dalam menangani permasalahan ini.

6
"Demographic Characteristics, Education, Language and Religion" (PDF), Singapore Census 2010, Statistical
Release 1, hal. 11.

4
Rajah 2: Banci agama anutan di Singapura. [Sumber: Singapore Census 2010, Statistical

Release].

Di Singapura pula, agama yang dianuti oleh masyarakatnya banyak didominasikan

oleh agama Buddha serta tidak mempunyai apa-apa anutan agama atau lebih dikenali sebagai

Ateis. Mengikut sumber pada tahun 2010, rakyat Singapura yang menganuti agama Buddha

sebanyak 33.30%, agama Hindu sebanyak 5.10%, Kristian Protestan sebanyak 11.30%.

Seterusnya, agama anutan masyarakat Singapura adalah Kristian Katolik 7.10%, agama

Taoism 10.90%, malah, agama Islam hanyalah sebanyak 14.70%, agama-agama lain

menunjukkan 0.70%, dan tidak beragama sebanyak 17.0%7.

Walaupun agama Islam kurang berkembang di sana, tetapi kejayaan mereka dalam

pelbagai aspek terutama dalam menunjukkan akhlak-akhlak terpuji dalam indeks rasuah yang

rendah, tahap kebersihan negara yang cemerlang, dan sebagainya menepati ciri-ciri sesebuah

negara Islam, biarpun Singapura bukanlah sebuah negara berstatus negara Islam.

7
"Penduduk Menurut Wilayah dan Agama yang Dianut". Sensus Penduduk 2010. Jakarta, Indonesia: Badan
Pusat Statistik. 15 May 2010.

5
3.0 PERBANDINGAN ANTARA NEGARA ISLAM TANPA AKHLAK ISLAM

DENGAN NEGARA BUKAN ISLAM DENGAN AKHLAK ISLAM

3.1 DARI SUDUT PANDANG INDEKS RASUAH NEGARA

Rasuah berasal daripada Bahasa Arab al-risywah yang membawa maksud suatu

jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan,

kontrak atau keistimewaan daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas

memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut8. Menurut Transparency

International ia bermaksud perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam,

termasuklah para ahli politik dan pegawai-pegawainya, yang secara tidak wajar dan

tidak sah menurut undang-undang, menambah harta untuk diri sendiri atau

memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan

kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Amalan rasuah sebenarnya telah wujud sekian lama kerana ianya merupakan

satu amalan yang universal. Menurut Syed Husin Al Attas (1980), rasuah muncul

sejak masyarakat tradisional lagi. Ini bermaksud masyarakat tradisional dahulu telah

mengamalkan budaya memberi hadiah kepada seseorang sebagai

penghormatan.Tetapi kini budaya tersebut yang pada asalnya bertujuan mulia telah

digunakan sebagai rasuah dalam memenuhi hajat secara cepat.Menurut laporan Gosh

(1997), dalam “Economic Review” menyatakan negara Asia terlibat dengan rasuah

secara besar-besaran pada tahun 1996.Keadaan kian meruncing apabila tahun

berikutnya telah berlaku krisis ekonomi di Thailand, Korea Selatan, Malaysia dan

Indonesia.

8
Nur Syakiran Akmal Ismail, RASUAH ….? KATAKAN TIDAK(UUM: Penerbit, UUM, 2004), hal. 1-2.

6
Rajah 3: Indeks Persepsi Rasuah 2017. [Sumber: Laman Web Rasmi Transparency

International].

Antara punca utama berlakunya rasuah ialah faktor NGO iaitu "Need"

(keinginan), "Greed" (tamak), dan "Opportunity" (peluang)9. Sifat tamak dan tidak

bersyukur malah tidak mengamalkan wasatiyyah menjadikan seseorang itu terdedah

kepada perbuatan melakukan rasuah. Keinginan yang melebihi kemampuan serta

peluang yang terbuka di antara pemberi dan penerima secara sukarela mahupun

paksaan menyebabkan seseorang individu itu akhirnya terjerumus melakukan rasuah.

9
http://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/aktiviti-pendidikan/1131-tamak-antara-faktor-berlakunya-
rasuah.

7
Mengikut Corruption Rangking Index 2017 yang dikeluarkan oleh

Transparency International, Indonesia sebagai sebuah negara Islam menunjukkan

prestasi yang kurang baik dengan kedudukan di tangga ke-4 di Asia Tenggara dan

tangga ke-96 di dunia dengan kutipan CPI skor hanya 37%. Ini menunjukkan bahawa,

tahap kepekaaan rakyat Indonesia terhadap larangan oleh Allah mengenai rasuah telah

diabaikan. Ini bertepatan dengan, firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah,

ayat 188 yang bermaksud:

Dan janganlah sebahagian daripada kamu memakan harta sebahagian yang

lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa

(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada

harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui10.

Berbeza pula dengan kehidupan rakyat di Singapura, mereka lebih

mempraktikkan konsep agama Islam dalam apa-apa jua urusan. Walaupun, negara

mereka bukanlah sebuah negara yang berstatus Islam, tetapi sebahagian pemimpin

mereka mengetahui tentang bahaya rasuah kepada pentadbiran negara. Menurut

laporan Transparency International, pada tahun 2017, Singapura berada di tangga ke-

6 untuk kedudukan dunia dan tangga pertama untuk Asia Tenggara dengan catatan

CPI skor 84%11. Ini bermakna, gejala rasuah di Singapura jika dilihat dalam Asia

Tenggara hampir tiada, walaupun tidak mencatatkan 100%.

Amalan rasuah berlaku apabila individu tidak mengetahu identitidirinya

sendiri, tetapi ingin menjadi seperti orang lain. Justeru itu, apabila melihat orang lain

hidup mewah dan bergaya, maka dia juga ingin hidup mewah walaupun pada

dasarnya ia di luar kemampuan dirinya sendiri. Sehubungan itu, ia mendorong kepada

10
Al Quran.
11
https://www.transparency.org/news/feature/corruption_perceptions_index_2017.

8
perbuatan rasuah bagi memenuhi keinginan yang ingin dicapai dan memenuhi

kehendaknya. Bahkan, walaupun agama Islam hanya tertera di atas kad pengenalan

diri sahaja, ini tidak bermakna seseorang itu, boleh terjebak dengan kancah rasuah ini.

9
3.2 DARI SUDUT PANDANG INDEKS KEBERSIHAN NEGARA

Perkataan bersih dalam bahasa Melayu bermaksud tidak kotor, bebas daripada

pencemaran, jujur dan ikhlas, suci, murni, bebas daripada amalan yang tidak baik

seperti rasuah dan penyelewengan serta bebas daripada anasir yang tidak baik 12.

Kebersihan dalam pelbagai aspek sangat sinonim dengan umat Islam. Ini bertepatan

dengan sebuah hadis yang diriwatkan oleh Muslim yang bemaksud:

Suci itu sebahagian daripada iman13.

Malah Allah S.W.T. juga ada berfirman dalam firmannya di dalam surah Al-Baqarah

ayat 222 yang membawa maksud:

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai

orang-orang yang mensucikan diri14.

Kebersihan menjadi lambang tarikan kepada pelancong untuk masuk ke dalam

negara itu, malah, kebersihan akan mendorong kepada kadar kesihatan yang baik

dalam kalangan rakyat. Ini dibuktikan menerusi indeks prestasi alam sekitar yang

mana menunjukkan Indonesia berada di tangga agak bawah yang mewakili negara

berstatus negara Islam jika dibandingkan dengan negara Singapura yang berada di

puncak untuk Asia Tenggara.

12
Kamus Dewan, ed. 3, cet. 3, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1994, hlm.146-147.
13
HR. Muslim.
14
Al-Quran.

10
Rajah 4: Indeks Prestasi Alam Sekitar. [ Sumber: Laman Web Rasmi Environmental

Performance Index]

Mengikut Environmental Performance Index 2018 yang dikeluarkan oleh

Environmental Performance Index menyatakan bahawa setiap negara akan dicatatkan

skornya mengikut tiga aspek utama iaitu prestasi alam sekitar, kesihatan alam sekitar,

dan daya hidup ekosistem. Walaupun negara Indonesia sebagai sebuah negara Islam,

namun, pihak pentadbir dan masyarkatnya belum menitikberatkan aspek ini.

Indonesia mencatatkan kedudukan terburuk sebagai sebuah negara Islam

dengan kedudukan ke-133 untuk dunia dengan EPI skor 46.9% untuk prestasi alam

sekitar, 45.44% untuk kesihatan alam sekitar, dan 47.90% untuk daya hidup

ekosistem. Malah untuk catatan di Asia Tenggara, Indonesia berada di tangga ke-9.Ini

menunjukkan keprihatinan pentadbir negara masih belum menitikberatkan tahap

kebersihan negara biarpun negara berstatus negara Islam.

Singapura pula, biarpun bukan sebuah negara Islam, namun, mereka

berkeupayaan dalam mempraktikkan amalan yang bersesuaian dengan agama Islam.

Menurut, Laporan yang dikeluarkan oleh Environmental Performnace Index

menunjukkan Singapura berada pada ranking ke-49 untuk rekod dunia dengan catatan

11
sebanyak 64.23% bagi prestasi alam sekitar, kesihatan alam sekitar 72.14%, dan daya

hidup ekosistem 58.96%15. Keaadan ini dibuktikan lagi dengan kedudukan Singapura

di Asia Tenggara yang mana berada di puncak pertama iaitu negara paling bersih di

Asia Tenggara.

Jadi, kebersihan memberi satu perspektif berbeza dalam menarik masyarakat

luar.Kebersihan yang sejati lahir dalam jiwa yang suci berpandukan konsep sebenar

Islam.Setiap manusia sewajarnya menyakini, mengimani, menghayati dan menjiwai

serta merealisasikan akhlak yang baik berasaskan sesebuah agama terutamanya bagi

umat Islam iaitu berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah. Dibuktikan lagi dengan

rantaian sebuah hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah swt.itu baik, mencintai kebaikan dan

kewangian.Bahwasanya Allah itu bersih, menyukai kebersihan.”.16

(H.R. Al-Bazzar)

15
The McCall MacBain Foundation and Mark T. DeAngelis, Global metrics for the environment: Ranking country
performance on high-priority environmental issues (Columbia University: Publisher Columbia University, 2018),
page. 2-4.
16
H.R. Al-Bazzar.

12
4.0 SEBAB-SEBAB MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN

MANUSIA BERLAKU

4.1 PENGARUH MEDIA SEMASA

Pada hari ini, kita sedia maklum bahawa terdapat banyak anasir dari negara Barat

yang telah masuk dalam negara-negara Islam melalui media baik media elektronik

mahupun media cetak. Pengaruh kemasukan pelbagai rancangan atau maklumat dari

Barat ini akan menyebabkan masyarakat mudah terikut dengan pelbagai adegan yang

dibawa. Selain itu, penyalahgunaan media elektronik juga akan mengundang pelbagai

kesan lebih-lebih lagi kepada golongan remaja. Jika golongan muda ini dibiarkan

dengan pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan tidak hairanlah dikatakan

bahawa mereka akan banyak membuang masa dengan perkara berkenaan tanpa

memikirkan masa depan mereka. Sebagai contoh, kita dapat lihat kemunculan industri

muzik moden seperti rock, reggae dan rap banyak menyerap masuk ke negara-negara

Islam berpaksikan media-media elektronik yang semakin hari semakin membangun.

Hal ini akan menyebabkan ramai golongan muda mudah terpengaruh dengan corak

hiburan yang dilihat keterlaluan ini seterusnya akan menyumbang kepada pelbagai

lagi masalah sosial.

4.2 KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Institusi kekeluargaan merupakan institusi yang amat penting dalam kehidupan

manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembentukkan sahsiah terpuji seseorang

adalah bermula dari rumah lagi. Dalam konteks ini jelas dilihat bahawa peranan ibu

bapa amatlah diperlukan dalam membentuk golongan muda yang berakhlak terpuji.

Namun pada hari ini, isu keruntuhan institusi kekeluargaan semakin hari semakin

rumit diperkatakan lebih-lebih lagi di negara Islam. Masalah ini amatlah

13
membimbangkan kerana turut akan menyumbang terhadap masalah pembentukkan

akhlak generasi muda. Situasi ini dapat dilihat apabila institusi kekeluargaan itu

musnah, sudah tentu akan menyebabkan berlakunya kes penceraian seterusnya anak-

anak atau remaja akan hilang tempat untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian.

Kekurangan ini akan menyebabkan anak-anak lebih suka bersosial dengan rakan-

rakan sebaya sebagai langkah untuk mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling.

Hal ini akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai masalah

sosial contohnya terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah yang akan membawa

kepada masalah keruntuhan akhlak.

4.3 SIKAP MANUSIA

Pada zaman serba moden ini jelas dapat dilihat bahawa seseorang manusia kurang

menghayati nilai-nilai keagamaan kerana mereka beranggapan bahawa ia hanya

perkara biasa sahaja. Kesibukkan dalam mengejar harta kekayaan dunia telah

menyebabkan mereka kurang mempunyai masa dalam mendekatkaan diri dengan

aktiviti keagamaan yang mampu melahirkan nilai-nilai keagamaan dalam diri. Melalui

konteks ini, mereka akan kekurangan amalan kerohanian dan penghayatan terhadap

nilai agama seterusnya menyebabkan mereka mudah merasa resah dengan setiap

permasalahan kehidupan seperti kemiskinan. Hal ini akan membawa mereka

mengambil jalan mudah dengan terlibat dalam pelbagai gejala yang tidak berakhlak.

14
5.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMPERBAIKI ATAU MEMBENTUK

AKHLAK.

5.1 INDIVIDU

Setiap individu seharusnya mempersiapkan diri dengan nilai-nilai keagamaan dan

perlu melibatkan diri dengan pelbagai program keagamaan. Sebagai contoh,

menghadiri seminar-seminar agama dan majlis ceramah agama. Melalui konteks ini,

peranan seseorang individu itu sendiri amatlah diperlukan kerana pembentukkan

akhlak yang terpuji sememangnya terletak pada kehendak individu itu sendiri kerana

akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perbuatan-perbuatan

dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran atau pertimbangan.17 Dengan penerapan

nilai-nilai agama dalam diri ini, sudah tentu ia dapat melatih dan membuang kotoran

sesuatu akhlak buruk dalam diri seseorang individu disamping mampu membawa ke

jalan yang diredhai Allah S.W.T.

5.2 IBU BAPA

Ibu bapa merupakan golongan yang amat berperanan dalam membentuk sahsiah diri

seseorang remaja di rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa merupakan

penggerak utama bahtera kekeluargaan. Oleh itu, mereka seharusnya mengambil

langkah yang proaktif dalam membentuk akhlak yang terpuji dalam kalangan anak-

anak atau golongan remaja. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan

memberi perhatian dan mengawal kehidupan anak-anak. Hal ini bermaksud, ibu bapa

seharusnya memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak kecil

lagi disamping mereka juga perlu mempunyai sikap ambil tahu terhadap aktiviti

17
Abu Hamid Muhammad al-Ghazali, Ihya’ U’lum ad- Din, (Beirut: Dar al-Fikr, 1989), jilid III, hlm. 58.

15
seharian anak-anak mereka. Mereka perlu tahu dengan siapa anak-anak mereka

berkawan dan apa kegiatan harian anak-anak mereka.

5.3 MASYARAKAT

Menerusi kehidupan bermasyarakat,  kita seharusnya mempunyai sifat ingin tahu dan

ambil peduli untuk sama-sama berganding bahu dalam membentuk sahsiah remaja

yang syumul. Setiap lapisan masyarakat seharusnya peka terhadap setiap

permasalahan berkaitan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan mereka

seperti gejala lepak dan penagihan dadah yang dilakukan oleh golongan remaja.

Agensi kemasyarakatan seperti Agensi Rukun Tetangga juga seharusnya

memperbanyakkan lagi penganjuran aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah-

ceramah ilmu dengan menjemput tokoh-tokoh agama yang terkemuka bagi menarik

minat penglibatan pelbagai lapisan masyarakat. Seterusnya mampu mendedahkan

mereka dengan nilai-nilai keagamaan.

5.4 SEKOLAH

Sistem pendidikan di sekolah perlu dipertingkatkan dan perlu dipelbagaikan dengan

pelbagai nilai-nilai murni untuk membentuk akhlak terpuji generasi muda hari ini.

Setiap guru juga tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai

pendidik yang berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap ilmu ajaran guru

akan melekat dalam sukma pelajar dan seterusnya akan diaplikasikan dalam

kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu menerapkan

pelbagai aspek pembentukan insan yang kamil dan holistik di dalam bilik darjah di

samping mereka juga perlu menekankan setiap kepentingan berperibadi mulia dalam

membangunkan  negara kepada setiap pelajar. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan

Pendidikan Agama Islam perlu diajar dengan pelbagai pengisian aktiviti pembelajaran

16
yang menarik dan berkesan supaya objektif yang dirancang tidak tersasar. Setiap

pelajar juga seharusnya melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh

pihak sekolah. Jelaslah dikatakan bahawa dengan peranan yang dijalankan dengan

penuh istiqamah ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

5.5 KERAJAAN

Pihak kerajaan seharusnya mempergiatkan lagi pelbagai usaha dalam membentuk

sahsiah dan akhak setiap lapisan masyarakat. Melalui hal ini, setiap sistem

perundangan yang sedia ada berkaitan dengan masalah-masalah yang berteraskan

akhlak perlu diperketatkan lagi. Pihak kerajaan juga boleh bekerjasama dengan

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengawal setiap

aktiviti yang melibatkan penggunaan laman web tertentu.

17
6.0 KESIMPULAN

Islam menganjurkan umatnya supaya mempunyai akhlak yang baik. Akhlak memainkan

peranan yang penting untuk melahirkan insan yang baik dan beramanah seterusnya mampu

menghindarkan diri daripada perbuatan keji. Menurut ajaran islam, akhlak mulia adalah

faktor terkuat untuk menyokong pembangunan rohani manusia. Jika dilihat akhlak diberi

tempat yang paling utama bermula daripada individu hingga kepada perhubungan di antara

manusia dengan Allah S.W.T., di antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan

ciptaan Allah S.W.T yang lain. Setiap manusia sewajarnya, meyakini, mengimani dan

menghayati serta merealisasikan akhlak yang dibawa oleh ajaran agama melalui Al-Quran

dan Hadis.

Kita dapat lihat bahawa umat islam hari ini hidup dalam kegelapan, sedangkan

mereka sendiri mengetahui yang mereka mempunyai landasan yang tepat dalam membentuk

akhlak dan perilaku yang terpuji. Oleh itu, peranan setiap pihak dalam melahirkan

masyarakat yang berakhlak terpuji amatlah diperlukan lebih-lebih lagi peranan dari seseorang

individu itu sendiri. Pihak kerajaan juga haruslah memainkan peranan atau tanggungjawab

mereka dengan sebaiknya agar dapat melahirkan golongan masyarakat yang berakhlak mulia

seterusnya menjadikan nama negara lebih dipandang di peringkat antarabangsa.

18
BIBLIOGRAFI

"Demographic Characteristics, Education, Language and Religion" (PDF), Singapore Census


2010, Statistical Release 1, hal. 11.

Al Quran.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad, Ihya’ Ulum ad-Din, Jilid III, Beirut: Dar al-Fikr, 1989.

Al-Munfit fi al-Lughah wa al-I’lam, Beirut: Dar al-Masyriq, 1989.

Anis, Ibrahim, Al-Mu’jam al-Wasith, Kairo: Dar al-Ma’arif, 1972.

H.R. Al-Bazzar.

H.R. Muslim.

http://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/aktiviti-pendidikan/1131-tamak-antara-
faktor-berlakunya-rasuah.

https://www.transparency.org/news/feature/corruption_perceptions_index_2017.

Kamus Dewan, ed. 3, cet. 3, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1994.

Nasution, Harun dkk., Ensiklopedia Islam Indonesia, Jakarta: Djambatan, 1992.

Nur Syakiran Akmal Ismail, RASUAH ….? KATAKAN TIDAK (UUM: Penerbit, UUM,
2004), hal. 1-2.

Penduduk Menurut Wilayah dan Agama yang Dianut". Sensus Penduduk 2010. Jakarta,
Indonesia: BadanPusatStatistik. 15 May 2010.

Sulaiman Noordin, Islam dan Ideologi Masa Kini (Kuala Lumpur: Penerbit: DBP, 1995), hal.
148-150.

The McCall MacBain Foundation and Mark T. DeAngelis, Global metrics for the
environment: Ranking country performance on high-priority environmental issues
(Columbia University: Publisher Columbia University, 2018), page. 2-4.

19

Anda mungkin juga menyukai