Anda di halaman 1dari 10

TAJUK TUGASAN:

PADA PANDANGAN ANDA, PENDIRIAN BAGAIMANAKAH YANG WAJAR


DIPEGANG OLEH SEORANG AHLI SEJARAH MENGENAI PENGADILAN MORAL
DALAM SEJARAH

Muhammad Fakruhayat Ab Rashid


PENGENALAN

Dalam pengkajian sejarah, tugas seorang ahli sejarah itu tidak hanya tertakluk pada

pembuktian fakta-fakta ataupun menceritakan sebab-sebab sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku.

Tugas ahli sejarah sebenarnya lebih rumit dari disangka. Hal ini kerana ketika mengkaji dan

menulis sesuatu peristiwa sejarah itu, seorang ahli sejarah pasti tidak dapat mengelakkan diri

daripada melakukan pengadilan moral.

Bagi menjawab soalan tajuk tugasan, penulis berpendirian bahawa seorang ahli sejarah

seharusnya berpegang kepada pengadilan moral dalam pengkajian dan penulisan sejarah. Hal ini

demikian kerana pada pandangan penulis, tugas ilmu sejarah itu sebagai sesuatu ilmu yang

memberi pengajaran kepada manusia supaya tidak mengulangi kesilapan sejarah itu dan juga

mendorong manusia untuk mengulangi kecemerlangan sejarah yang pernah dilakukan. Jika ilmu

sejarah itu tidak mempunyai pengadilan moral, maka sejarah itu tidak ubah seperti hanya sebuah

cerita yang tidak memberi apa-apa pengajaran. Misalnya, jika sejarah mengenai kejatuhan kota

Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 tidak diambil iktibar, maka masyarakat pada hari ini

tidak akan mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut.

Secara umumnya, para ahli sejarah sendiri sering berbalah mengenai isu pengadilan

moral ini. Ada satu pihak yang mengatakan pengadilan moral tidak harus dimasukkan dalam

buku sejarah kerana ia akan menggugat kewibawaan ahli sejarah itu. Tambahan lagi, tugas ahli

sejarah bukan seperti hakim di mahkamah yang menjatuhkan hukuman. Namun, hal ini disangkal

oleh sesetengah ahli sejarah yang mengatakan pengadilan moral harus dimasukkan dalam

sejarah.
DEFINISI PENGADILAN MORAL

Apakahkan yang dimaksudkan dengan pengadilan moral? Qasim Ahmad memberi

definisi bahawa, “pengadilan moral adalah perlakuan menjatuhkan hukuman atau mengenakan

penilaian terhadap suatu peristiwa sejarah atau kepada individu dalam sejarah tersebut” Pendek

kata, ahli sejarah telah menghukum atau menilai sesuatu peristiwa sejarah itu. 1 Menurut definisi

bagi Adrian Oldfield, “pengadilan moral adalah lazimnya dibuat dalam bahasa yang memuji atau

mempersalahkan seseorang atau keadaan dengan berpandukan ukuran “baik atau jahat”2

Seperti yang dinyatakan tadi, terdapat beberapa ahi sejarah yang menentang pengadilan

moral dalam sejarah. Antaranya, Thucydides, Van Ranke, Benedetto Croce, Herbert Bitterfield

dan G.K Kitson. Hal ini kerana mengikut pandangan mereka, pengadilan moral akan

mendatangkan pelbagai kerumitan dalam proses pengkajian sejarah dan menjejaskan

kewibawaan penulisan sejarah. Namun, terdapat pihak yang menyokong pengadilan moral

dimasukkan dalam sejarah seperti Voltaire, Lord Acton, Adrian Oldfield dengan Isaiah Berlin.

Segala hujah mereka akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.3

SEJARAH SEBAGAI PEMBELA KEADILAN

Perlu diingat bahawa setiap ilmu yang diajar akan memberi manfaat kepada masyarakat.

Voltaire seorang ahli falsafah Perancis mengatakan bahawa tugas sejarah adalah untuk mengajar

kewajipan dan hak kita. Beliau juga mahukan sejarah bertindak sebagai pembela keadilan

dengan memuji mereka yang berjasa dan mengutuk mereka yang berdosa. 4 Contohnya,

1
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, dalam bab pengadilan moral: Kes Nazi (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991), hlm.36.
2
R Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Bab 4 Pengadilan Moral, (Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn
Bhd, 1985), hlm. 90
3
Ibid., hlm 90-91.
4
Ibid., hlm. 93
pencerobohan Israel keatas tanah suci Palestin yang telah berlaku selama lebih 6 dekad bermula

tahun penubuhan negara Israel iaitu 15 Mei 1948 dan juga pengambilalihan Palestin dari tangan

pihak Turki Uthmaniyyah kepada pihak Britsh melalui mandat yang diberikan oleh Liga Bangsa

atau sekarang dikenali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.5 Hal ini jelas menunjukkan bahawa

pencerobohan yang dilakukan oleh negara Israel dan negara barat lain harus dikutuk kerana telah

melanggar kedaulatan negara serta sejagat. Sebaliknya, mereka yang berjuang mempertahankan

tanah air mereka seperti tentera, orang awam dan kanak-kanaklah harus dipuji dan dimuliakan

kerana berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

SEJARAH BERASASKAN UNSUR KERASIONALAN

Semasa Zaman Kesedaran atau Age of Enlightment, ramai ahli falsafah termasuk ahli

sejarah yang menilai sejarah mengikut falsafah kehidupan dan disesuaikan dengan nilai-nilai

yang sekular.6 Hal ini yang cuba dibawa oleh Voltaire iaitu sejarah berasaskan unsur

kerasionalan boleh membantu masyarakat memerangi kejahatan seperti fanatisisme, kekejaman,

keganasan dan kepercayaan ghaib dan sebaliknya memupuk nilai-nilai yang lebih mulia seperti

kebebasan agama dan politik, keadilan bagi semua pihak, pertolongan kepada mereka yang

kurang bernasib baik dan tolenrasi kepada golongan yang melahirkan pemikiran ortodoks.7

Voltaire telah memuji mereka yang mematuhi nilai-nilai mulia seperti Raja Charles XII

dari Sweden, Peter the Great dari Rusia dan Raja Louis XIV dari Perancis. Sebaliknya, mereka

yang melanggar nilai-nilai mulia dikeji oleh Voltaire seperti Diocletian iaitu maharaja Rom yang

5
Roslan Mohd Nor, “Konflik Israel- Palestin Dari Aspek Sejarah Moden Dan Langkah Pembebasan Dari Cengkaman
Zionis” dalam Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 5, 2010, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 1-2, diakses dari
http://eprints.um.edu.my/2004/1/05_Bil_5_Konflik_Palestin_dan_Harapan_Masa_Depan_Dr_Roslan.pdf, pada 15
April 2018.
6
Muhd Yusof Ibrahim, “Satu Tinjauan Tentang Bentuk dan Perkembangan Falsafah Sejarah Zaman Kesedaran Di
Eropah” Jebat 18, 1990, 35-38, diakses dari http://journalarticle.ukm.my/464/1/1.pdf pada 15 April 2018.
7
R. Suntharalingam, op.cit. hlm. 93.
bertindak kejam kepada penganut kristian dan Raja Constantine yang dikutuk kerana membunuh

ahli keluarganya sendiri. Begitu juga dengan hukuman mati yang dikenakan keatas orang-orang

yang sesat dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan. 8 Hal ini yang menjadikan Voltaire

sebagai tokoh atau ahli sejarah yang mewakili Zaman Kesedaran walaupun hakikatnya beliau

merupakan ahli falsafah. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya pensejarahan yang

mempunyai tujuan yang sama iaitu Essay on Manners dan Age of Louis XIV ( Zaman Louis

XIV) pada tahun 1751.9

SEJARAH HARUS DIADILI OLEH NILAI-NILAI MORAL SEJAGAT

Ahli sejarah yang mengakui kepentingan pengadilan moral ialah Sir Lord Acton, profesor

dari Universiti Cambridge. Beliau berpendapat bahawa setiap individu di dunia ini harus diadili

oleh “nilai-nilai ulung” sejagat yang menunjangi kehidupan manusia. Beliau menyangkal

dakwaan bahawa nilai-nilai moral itu tidak wujud. Nilai-nilai ulung tetap ada walaupun nilai itu

sentiasa berubah mengikut zaman tetapi ia telah sebati dengan kehidupan manusia. Dalam hal

ini, Acton menyangkal tanggapan bahawa hukum moral tidak wujud dan sentiasa berubah. Selain

itu, tanggapan yang mengatakan “anda mesti menimbang faktor-faktor persekitaran, asal orang

itu sehingga sukar menentukan siapa yang harus bertanggungjawab dalam hal ini” juga ditolak

oleh Acton.10

Contohnya, pembunuhan yang dilakukan atas nama adat dan kepercayaan sesuatu.

Seperti penghapusan kaum muslim Rohingya di Myanmar yang direstui oleh kerajaan Myanmar,

masyarakatnya malah juga penganut agama Buddha. Hal ini kerana kepercayaan mereka yang

mengatakan kaum ini bakal memberi masalah atau menguasai Myanmar di kemudian hari
8
Ibid.,hlm. 93
9
Muhd Yusof Ibrahim., op.cit, hlm. 5
10
R.Suntharalingam, op.cit, hlm. 94.
sehingga menghilangkan ciri-ciri, budaya dan agama asal Myanmar pada masa hadapan. 11

Perbuatan mereka harus dikutuk dan dikeji bukannya cuba untuk difahami sehingga memaafkan

pesalah itu. Hal ini supaya sejarah dapat menjadi pengajaran kepada mereka yang lain.

PEMILIHAN ALTERNATIF OLEH INDIVIDU DALAM KEHIDUPAN

Dalam syarahannya yang bertajuk “Histoical Inevitability”, Profesor Isaiah Berlin

menjelaskan bahawa penentangan pengadilan moral dalam sejarah adalah berdasarkan kepada

andaian yang tidak berasas seperti kejadian sejarah bukan dicetuskan oleh individu secara

persendirian tetapi oleh pengaruh-pengaruh sosial yang besar, ketiadaan nilai moral yang mutlak,

kewujudan prasangka dalam ahli sejarah dan ketidakupayaan ahli sejarah mengkaji tindakan

manusia berdasarkan kepada niat dalaman. Berlin tidak menafikan sulit untuk membuat

pengadilan moral namun masalah tersebut bukan alasan menanam sifat tidak bertanggungjawab

dalam kalangan manusia atas tindakan mereka.12

Sebenarnya, Berlin membuat andaian bahawa dalam kehidupan manusia ini, memang

wujud pilihan atau alternatif sebelum membuat tindakan dalam sesuatu perkara. Pilihan itu bebas

dipilih oleh manusia dan harus diadili dari segi baik dan buruk. Jadi, sebagai manusia yang boleh

berfikir, kita harus berfikir secara rasional sebelum mengambil tindakan dengan berpandukan.

Para ahli sejarah pula dikehendaki meneliti setiap pilihan yang dibuat berdasarkan kepada sebab-

sebab dan kesan-kesan peristiwa sejarah ini. Keadilan dalam sejarah terpulang kepada keupayaan

ahli sejarah membuat pengadilan moral.13

MENITIKBERATKAN NIAT-NIAT INDIVIDU


11
Abdul Halim Sidek, Yohan Kurniawan, Hishamuddin Md Som, “Penganiyaan dan Pencabulan Hak Asasi
Masyarakat Rohingya Oleh Institusi Kerajaan: Sebuah Konseptual Analisis”, hlm. 1, diakses dari
http://umkeprints.umk.edu.my/1073/1/Paper%201.pdf pada 16 April 2018.
12
R. Suntharalingam, op.cit, hlm.95.
13
Ibid., hlm. 95.
Adrian Oldfield juga bersependapat dengan Berlin dalam pengadilan moral. Dalam

rencananya bertajuk “Moral Judgements in History” beliau berhujah bahawa ahli sejarah yang

mengkaji tindakan manusia dikehendaki menitikberatkan “niat-niat individu, jenis tindakan

yang akan digalakan oleh niat tersebut, dan kesan tindakan tersebut”. Para ahli sejarah

berandaian bahawa tindakan-tindakan sejarah telah dilakukan secara sengaja atau sedar, bahawa

wujud alternatif- alternatif tertentu dari mana keputusan telah dibuat. Ketika memasukkan

pengadilan moral, ahli sejarah harus memberi asas-asas bagi keputusannya dan membuat

rumusan di peringkat kesudahan kajian.14

Misalnya, punca kepada meletusnya Perang Dunia Kedua adalah disebabkan kegagalan

Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 28 Jun 1919 selepas Perang Dunia Pertama.

Perjanjian ini hanya menguntungkan sebelah pihak.. Para ahi sejarah bersungguh-sungguh

mengaitkan nama Adolf Hitler sebagai punca kepada Perang Dunia Kedua. Hal ini seolah-olah

menjatuhkan hukuman terhadap Hitler. Namun, perlu diingat bahawa Adolf Hitler mula

bertindak balas dengan memimpin tentera Jerman kerana tidak berpuas hati dengan ketidakadilan

Perjanjian Versailes yang menetapkan pihak Jerman tidak boleh mempunyai kereta kebal dan

jumlah tentera yang tidak melebihi 100.000 orang.15

Jadi, sebagai ahli sejarah seharusnya untuk membuat penilaian dan pengadilan moral

harus dikukuhkan dengan fakta dan bukti sebelum menyatakan sesuatu pendirian.

KECENDERUNGAN PERKATAAN BERUNSUR MORAL

Perkataan-perkataan yang digunakan dalam penulisan sejarah juga memainkan peranan

dalam pengadilan moral. Walaupun, seorang ahli sejarah itu cuba tidak mengaitkan sejarah

14
Ibid., hlm 96
15
Victor Davis Hanson, The Second World War, (New York: Basic Books, 2017) hlm. 56.
dengan perkataan tertentu namun agak mustahil untuk menceritakan suatu sejarah tanpa

perkataan seperti pembunuhan, penindasan, kezaliman,dan peperangan. Penggunaan istilah-

istilah tertentu mirip kepada menjatuhkan pengadilan moral. Seperti diakui Berlin dan Oldfield,

kata-kata perbendaharaan yang digunakan dalam penulisan sejarah biasa diambil dari orang

ramai dan bukan dicipta secara khusus seperti istilah sains. Oleh itu, hal ini sudah menjatuhkan

pengadilan moral ketika menceritakan sejarah.16 Misalnya, dalam menceritakan peristiwa

holocaust, ahli sejarah tidak akan lari dari menggunakan perkataan ‘membunuh’. Perkataan

tersebut dengan sendirinya membawa kesan buruk kepada pihak-pihak yang disabitkan

denganya.

SEJARAH HANYA SEKADAR CERITA

Penelitian secara rapi hujah-hujah Berlin dan Oldfield membuktikan bahawa pengadilan

moral memang tidak dapat dielakkan dalam kajian sejarah. Oldfield sendiri menekankan sejarah

sebagai pendidik moral kepada masyrakat melalui pendedahan keadaan sebenar disebalik sesuatu

kejadian. Sekiranya, pengadilan moral diketepikan dari sejarah, maka, Oldfield berpendapat

bahawa. “sejarah hanya sekadar cerita”17

PENENTANGAN TERHADAP PENGADILAN MORAL

Tidak semua ahli sejarah bersetuju dengan pengadilan moral. Bahkan hal ini masih lagi

diperdebatkan sehingga sekarang. Antaranya ialah Benedetto Croce dalam bukunya bertajuk

“History as the Story Of Liberty” yang menyangkal sejarah sebagai mahkamah yang meneliti

semua kesilapan dan menjatuhkan hukuman supaya mereka yang bersalah dapat dihukum. Hal

ini disangkal kerana menurut beliau, seorang ahli sejarah tidak mampu melihat niat dalam hati

16
R.Suntharalingam, op.cit, hlm. 96
17
Ibid., hlm. 97.
manusia, para ahli sejarah juga akan cenderung untuk bersikap berat sebelah, kurang bukti dan

tidak mampu membuat pengadilan yang memuaskan hati semua ahli sejarah.18

Pandangan beliau disokong oleh Herbert Butterfield dan Kitson Clark yang menganggap

pengadilan moral hanya sekadar usaha pihak tertentu untuk menyalahkan suatu pihak yang lain.

Mereka menyarankan supaya ahli sejarah bertindak tidak melebihi hakim di mahkamah. 19

KESIMPULAN

Dalam sejarah, unsur pengadilan moral memang tidak dapat dielak kerana itu adalah sifat

manusia yang suka menghukum. Namun, untuk menjatuhkan hukuman moral, ia harus

disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh dan bukannya mengikut perasaan ahli sejarah itu

sendiri. Sejarah itu harus menjadi lebih dari sekadar cerita, sejarah harus bertindak sebagai ilmu

yang mendidik kita supaya belajar dari kesilapan. Ahli sejarah harus menceritakan suatu

peristiwa berdasarkan perkara sebenar tanpa diselindungkan sesuatu agar masyarakat tahu

perkara sebenar dan membuat sendiri pengadilan moral.

BIBLIORGRAFI

1. Abdul Halim Sidek, Yohan Kurniawan, Hishamuddin Md Som, (2013). Penganiyaan dan

Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya Oleh Institusi Kerajaan: Sebuah Konseptual

Analisis. Diakses dari http://umkeprints.umk.edu.my/1073/1/Paper%201.pdf pada 16

April 2018.

2. Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah. (1971). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
18
Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971) hlm. 26
19
Ibid., hlm. 27
3. Muhd Yusof Ibrahim. (1990). Satu Tinjauan Tentang Bentuk dan Perkembangan Falsafah

Sejarah Zaman Kesedaran Di Eropah. Jebat 18, V35-38. Diakses dari

http://journalarticle.ukm.my/464/1/1.pdf pada 15 April 2018.

4. R Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, (1985). Kuala Lumpur: Marican & Sons

(M) Sdn Bhd.

5. Roslan Mohd Nor. (2010). Konflik Israel- Palestin Dari Aspek Sejarah Moden Dan

Langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zionis. Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 5, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Diakses dari

http://eprints.um.edu.my/2004/1/05_Bil_5_Konflik_Palestin_dan_Harapan_Masa_Depan

_Dr_Roslan.pdf pada 15 April 2018.

6. Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Victor Davis Hanson. (2017) The Second World War. New York: Basic Books.

Anda mungkin juga menyukai