Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Menurut Heredotus sejarah tidak berkembang kedepan dengan tujuan yang pasti,

tetapi bergerak sesuai garis lingkaran yang dinamikanya terpengaruh oleh keadaan manusia 1.

Sehubungan dengan itu, individu atau tokoh agung mempunyai peranan penting dalam

mempengaruhi sesuatu peristiwa sejarah. Sekiranya ia tidak hadir di pentas sejarah semasa

berlakunya sesuatu peristiwa, mungkin keadaan atau peristiwa ini akan berlaku sebaliknya.

Malahan, setiap ahli sejarah mempunyai pandangan masing-masing yang berbeza dalam

menghuraikan faktor menyebabkan peristiwa sejarah yang berlaku.2 Ada segelintir ahli yang

menyatakan bahawa faktornya adalah disebabkan oleh seseorang individu yang hadir

menentukan sejarah dan ada juga yang menyatakan bahawa suasana yang menentukan

sejarah. Berhubung dengan pernyataan di atas ada pihak yang menyatakan bahawa individu

memang mempunyai peranan penting dalam mencetuskan dan menjayakan sesuatu

pergerakan. Maksudnya, tindak-tanduk seseorang individu itulah yang menyebabkan

berlakunya sesuatu peristiwa tepat pada waktu itu dan menentukan kejayaan atau

kegagalannya.

Sementara itu, ada juga pihak yang berhujah bahawa sejarah adalah sesuatu yang

telah pun direncanakan lebih dahulu maka individu itu tidak berperanan sama ada dalam

mencetuskan ataupun menjayakan sesuatu pergerakan. Maksudnya, sesuatu peristiwa itu pasti

akan berlaku sama ada individu-individu tertentu hadir ataupun tidak. Sementara itu,

pandangan yang kedua itu menolak peranan individu secara mutlak. 3Golongan yang

berpegang kepada teori ini dikenali sebagai determinists yang muncul menjelang kurun ke-

1
Muhd.Yusof Ibrahim. Sejarawan dan Pensejarahan. Ampang Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988. Hlm.35.

2
Dr. Ariffin, Azmi “KNOWLEDGE IS POWER” PENGANTAR SEJARAH. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM,
Hlm.32.

3
Ibid, hlm .33.

1
19. Mereka ini dirangsang oleh ajaran Karl Marx dan menganjurkan pandangan bahawa

haluan sejarah ditentukan oleh struktur ekonomi dan faktor-faktor yang berkaitan. Bagi

mereka, peranan individu adalah tidak penting dalam sejarah kerana pergerakan sejarah telah

pun ditetapkan oleh kehendak dan perubahan struktur ekonomi dalam sesuatu masyarakat.

Sebenarnya, kedua-dua elemen iaitu suasana dan individu memainkan peranan

penting. Hal ini kerana seseorang individu semestinya mengukir sejarah kerana terdapat

elemen yang ada pada suasana tersebut yang tidak digemarinya sehingga mendorong individu

tersebut melakukan perubahan. Apa yang membezakan setiap peristiwa sejarah adalah

elemen manakah yang lebih memainkan peranan sama ada individu atau suasana.

Berdasarkan pernyataan di atas, saya berpendirian bahawa seseorang individu itu

boleh bertindak dalam kekosongan dan mencetuskan sesuatu peristiwa. 4Biasanya, para

sarjana yang berpegang kepada teori ini tidak mahu mengakui bahawa keadaan yang sesuai

merupakan satu syarat yang perlu untuk individu itu bertindak. Bagi mereka sejarah adalah

hasil kemalangan, iaitu sesuatu peristiwa itu berlaku semata-mata kerana kehadiran seseorang

individu tertentu. Maksudnya, sekiranya individu itu tidak berada di tempat yang sesuai pada

waktu yang tepat maka peristiwa itu pasti tidak akan berlaku. Dengan konsep sebegini,

lahirnya suatu teori, iaitu Teori Manusia Agung yang lebih dikenali sebagai “Great Man

Theory”.

“Great Man Theory” mencadangkan bahawa manusia agung seperti tokoh-tokoh yang

berkarisma, pintar dan pemikir yang suci serta negarawan yang mencetuskan peristiwa

sejarah5. Teori ini amat disokong oleh Plutarch, Thomas Carlyle, William James, Arnold

Toynbee. Hal ini kerana mereka mempercaya semua yang kita lihat dan wujud dalam dunia

4
Suntharalingam, R. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn Bhd, 1985. Hlm. 76.

5
Ibid, hlm. 77.

2
ini ialah kesan yang lahir dari minda yang wujud dalam manusia agung. Maka, tanpa mereka

peristiwa kemungkinan untuk berlakunya sejarah amat tipis.

Jika kita lihat dari sudut pandangan ahli sejarah, sebagai contohnya, Paul A Erickson,

berpendapat bahawa sesuatu agenda sejarah berlaku disebabkan oleh seseorang yang penting

dan faktor suasana. Menurut Thomas Carlyle, beliau turut menyokong Teori Great Man

dalam karyanya, On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History6.

“The Great Man Theory is associated most often with 19th-


century commentator and historian Thomas Carlyle, who commented
that "The history of the world is but the biography of great men,"
reflecting his belief that heroes shape history through both their
personal attributes and divine inspiration. In his book On Heroes,
Hero-Worship and the Heroic in History, Carlyle set out how he saw
history as having turned on the decisions of "heroes", giving detailed
analysis of the influence of several such men (including Muhammad,
Shakespeare, Luther, Rousseau, and Napoleon). Carlyle also felt that
the study of great men was "profitable" to one's own heroic side; that
by examining the lives led by such heroes, one could not help but
uncover something about one's true nature.”7

Daripada pernyataan beliau di atas, jelas kita dapat lihat bahawa segelintir golongan yang

mendorong Great Man Theory disebabkan penegasannya yang diberi kepada individu. Seperti

mana yang dinyatakan di atas, saya juga berpendapat bahawa tindak – tanduk dan strategi

seseorang individu yang berkaliber memang merupakan faktor penggerak tercetusnya sejarah.

Bagi memperkukuhkan pendapat saya, terdapat beberapa fakta sejarah yang

membuktikan Great Man Theory. Sebagai analoginya, Vasco Da Gama yang merupakan

pengembara Portugis yang menemui laluan laut terus dari Eropah ke India dengan belayar

mengelilingi Afrika8. Portugis telah lama mencari laluan tersebut sejak pemerintahan Putera

6
Carlyle, T. & Hudson, W.H. Sartor resartus: On heroes and hero-worship.London:Dent, 1973. Hlm. 244.

7
Ibid, hlm. 246.
8
Michael H.Hart. Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah.Petaling Jaya: Golden Books
Centre Sdn. Bhd, 2003. Hlm. 328.

3
Henry dan Portugis berjaya mencari laluan laut terus dari Eropah ke India dengan memilih

Vasco Da Gama, seorang aristokrat kecil yang berbakat. Dalam perkara ini, Vasco Da Gama

memainkan peranan individu yang penting dalam penemuan laluan laut terus. Walaupun

Portugis lama mencari laluan tetapi mereka gagal menemuinya sehingga Vasco Da Gama

dilantik. Maka, kehadiran seorang tokoh yang handal dan berkaliber mencetuskan sejarah

penemuan laluan dagang laut dari Eropah ke India.

2.0 TEORI EVENTFUL MAN AND EVENT MAKING MAN

Individu yang berperanan dalam sejarah boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu,

Eventful Man dan Event Making Man9. Eventful Man berkonsep individu yang hadir di tempat

yang sesuai pada masa yang tepat. Kedudukannya sebagai pemimpin membuat keputusan

menentukan kejayaan sesuatu pergerakan. Lazimnya, konsep Eventful Man mengikut arus dan ia

menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. Event Making Man berkonsepkan individu

yang menetapkan tujuannya dahulu dan menguasai keadaan demi membawa masyarakat ke arah

atau haluan yang dikehendakinya.

“The key distinction is the distinction between the hero as the


eventful man in history and the hero as the event-making man
in history. The eventful man in history is any man whose
actions influenced subsequent developments along a quite
different course that would have been if followed if these
actions had not been taken. The event-making man is an
eventful man whose actions are the consequences of
outstanding capacities of intelligence, will and character
rather than of accidents of position…”10
Menurut petikan di atas jelas kita dapat memahami definisi konsep Event Making Man dan

Eventful Man. Terdapat beberapa contoh yang kita dapat mengklasifikasikan mengikut

kategori peranan individu.

9
Hook, Sidney. The Hero In History: A Study in Limitation and Possibility. New York: Boston, 1943. Hlm. 97.
10
Ibid, hlm. 99.

4
Dalam membincangkan peranan tokoh negara India, Mahatma Gandhi merupakan

bintang yang paling bersinar antara tokoh – tokoh nasionalisme India yang lain. Beliau

merupakan contoh yang terbaik bagi kategori Event Making Man. Ini adalah kerana

perjuangannya adalah merupakan sesuatu cara yang unik iaitu tanpa kekerasan. Tanpa

strateginya yang efektif India mungkin mencapai kemerdekaan dengan mengambil masa yang

lama11.

Imej Gandhi tidak mungkin wujud sekiranya sikap perkauman dan prejudis juga tidak

wujud di dunia ini. Kita menyedari bahawa cabaran dan konflik inilah yang mencetuskan

ideologi beliau. Gandhi mungkin sudah pun menjadi peguam ternama yang berjaya dan kaya

raya, sekiranya Afrika Selatan tidak bersikap prejudis dan memalukan dirinya semasa minggu

pertama beliau menjejakkan kaki di negara itu. Beliau dihalau turun dari gerabak kereta api

hanya kerana perbezaan warna kulit. Penghinaan itu amat memalukan, sehingga beliau

berfikir sepanjang malam di stesen itu tentang tindakan yang harus diambil. Pada mulanya,

beliau berasa sangat marah dan ingin menuntut keadilan secara bersemuka. Beliau mahu

membalas dendam terhadap manusia yang menghinanya. Namun kemudian, beliau tersedar

bahawa tindakan itu tidak tepat12. Barangkali dapat membawa kepuasan sementara, tetapi

tetap tidak mambawa sebarang keadilan untuk dirinya.

Semenjak itu, beliau mencadangkan falsafah baru yang digelar ‘nonviolence’, iaitu

tanpa keganasan dan mengamalkannya dalam kehidupan sendiri. Pada masa yang sama,

beliau menyebarkan mesej tuntutan keadilan itu di bumi Amerika Selatan sehingga sanggup

bermastautin di sana selama 22 tahun. Selanjutnya, beliau memimpin gerakan perjuangan

yang sama di india dan berhasil mendapat kemerdakaan untuk negara itu. Di India, Gandhi

menjadi pemimpin daripada perjuangan rakyat dalam proses untuk mendapatkan

11
Jitendra T.Desai. Autobiography M.K.Gandhi. Ahmedabad: Navajivan Publishing House, 1927. Hlm. 83.

12
Ibid, hlm. 85.

5
kemerdekaan India daripada penjajahan Inggeris. Hal ini memberi inspirasi bagi rakyat yang

dijajah oleh British pada saat itu masih agar berjuang untuk mendapatkan hak

kemerdekaannya.

Dalam proses mencapai kemerdekaan tersebut rakyat tidak dibeza-bezakan dari segi

agama dan suku yang berbeza yang bersara di India13. Pada saat itu, rakyat saling bersatu

untuk membantu satu sama lain demi kepentingan bersama, iaitu mencapai sebuah

kemerdekaan. Mahatma Gandhi bersama rakyat India melancarkan gerakan perlawan tanpa

kekerasan pada pihak Inggeris. Gerakan ini memberikan inspirasi bagi rakyat India, sehingga

tahun 1919, gerakan tersebut mendapat dukungan dari hampir seluruh masyarakat India.

Dalam gerakan yang beliau lakukan, beliau memperkenalkan istilah Satyagraha yang

mempunyai arti "kebenaran dan keteguhan" yang ia sampaikan pada rakyat India. 

Pada tahun 1947 perjuangan yang dilakukan oleh rakyat India membuahkan hasil,

akhirnya pada tahun tersebut India berhasil merdeka. Maka, jelas kelihatan kehadiran tokoh yang

agung seperti Mahathma Gandhi telah memainkan peranan yang penting dalam mencetuskan

revolusi yang baru dalam sejarah. Tambahan pula, disebabkan oleh tindakan beliau yang luar

biasa serta efektif negara India dapat mencapai kemerdekaan dengan cara tanpa keganasan.

Jelaslah, bahawa Mahathma Gandhi merupakan seorang contoh yang tepat bagi konsep Event

Making Man. Hal ini demikian kerana beliau menetapkan tujuannya dahulu dan menguasai

keadaan demi membawa masyarakat ke arah kemerdekaan.

Terdapat beberapa contoh tokoh yang dapat diklasifikasikan dalam Eventful Man

kategori. Salah satu tokoh daripada kategori ini ialah Adolf Hitler yang lahir pada tanggal 20

April 1889 di Braunau, Austria. Adolf Hitler terobsesi dengan nasionalisme Jerman sejak masih

muda. Ia menunjukkan kesetiaannya terhadap Jerman14. Ketika perang Dunia Pertama, Hitler
13
Ibid, hlm. 90.
14
Martin Broszat. Hitler and the Collapse of Weimar Germany. New York USA: Berg Limited, 1987. Hlm.1.

6
sudah tinggal di Munich dan menjadi sukarelawan untuk tentara darat Bavaria sebagai seorang

warga Negara Austria.

Hitler mendapat posisi sebagai Bavarian Reserve Infantry untuk regimen ke-16. Pada

saat perang di Somme Hitler sempat terluka dan diberikan penghargaan Iron Cross First atas

keberaniannya dalam perang pada tahun 1914. Pada kondisi ini Hitler mengkaji kekurangan

dan sebab kekalahan Jerman semasa Perang Dunia 1. Dengan jelasnya Hitler terlibat dalam

perang dunia 1 tetapi tidak terlibat secara langsungnya dan beliau telah mendapat pelbagai

pengalaman.

Beliau merupakan individu yang menjadi punca perang dunia ke-2 tercetus. Jerman

yang telah kalah dalam Perang dunia pertama, menganggap syarat Perjanjian Versailles berat

sebelah15. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.

Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian

Versailles.

Maka ketika pemerintahan Hitler, Jerman terikat kepada Perjanjian Versailles 16.

Dalam Perang Dunia Pertama, pelbagai denda dan sekatan yang berat dikenakan kepada

negara-negara yang kalah dalam perang khasnya Jerman dituduh memulakan peperangan.

Jerman dipaksa membayar pampasan atau ganti rugi perang yang banyak. Jerman mengalami

banyak kerugian seperti kehilangan wilayah dan tanah jajahan kepada Perancis dan Poland.

Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu diduduki oleh Perancis. Satu wilayah yang

terletak di antara Jerman dan Perancis yang dikenali sebagai Zon bebas tentera diwujudkan di

Rhineland, iaitu Jerman dilarang menempatkan tentera mereka di sini.

15
Ibid, hlm. 24.
16
Dick Geary. Hitler and Nazism. London and New York: Routledge, 1993. Hlm. 13.

7
Bilangan angkatan tentera laut dan udara Jerman telah dikurangkan dan dihadkan.

Kesannya, Jerman hampir muflis. Dengan syarat-syarat Perjanjian Versailles, rakyat Jerman

pula berasa tertindas dan tercabar. Melihat keadaan tersebut, peranan Hitler dilihat sebagai

pemimpin dengan membuat keputusan mencabuli perjanjian itu. Beliau telah mengatur

strategi dengan menubuhkan Tentera Udara Jerman dengan menghidupkan semula dasar

kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera17. Hal ini, sekaligus menyebabkan negara -

negara lain tidak berasa puas hati dengan tindakan Jerman yang melanggar perjanjian

tersebut.

Kemudian, wilayah Rhineland dan Saar diserang oleh Hitler. Tindakan itu meneyebabkan

negara Austria menimbulkan kemarahan terhadap Perancis. Hitler mula meluaskan jajahanya

apabila menyerang Austria pada tahun 1938 dan menakluknya. Kemudian Hitler bertindak

menyerang Chezslovakia dan seterusnya menyerang Poland. Tindakan Hitler tersebut telah

menyebabkan Perancis dan Britain marah dan negara- negara tersebut mula mengisytiharkan

perang terhadap Jerman dan pada ketika itu, perang tersebut dikenali sebagai Perang Dunia

kedua.

Hal ini membuktikan bahawa individu yang bernama Hitler telah memainkan

peranannya dalam mencapai visi misi dan kehadiran beliau pada masa yang tepat telah

membawa kepada pelbagai perubahan. Hitler telah menggunakan suasana ketidakpuasan hati

yang dialami oleh rakyat Jerman dengan perjanjian yang berat sebelah dengan mencabuli

perjanjian itu. Melalui suasana tersebut dengan kemelesetan ekonomi dunia pada ketika itu

yang telah menyebabkan ramai penduduk Jerman telah kehilangan pekerjaan sokongan

kepada Hitler mula bertambah18.

17
Ibid, hlm. 20.
18
Ibid, hlm. 32.

8
Tuntasnya, dengan jelas kita dapat disimpulkan bahawa cara pemerintahan Hitler

sendiri mencerminkan konsep Eventful Man. Hal ini demikian kerana Hitler bukan seorang

individu yang mencipta sejarah dengan bergantung kepada suasana itu tetapi beliau

menggunakan suasana dengan bijak untuk mengekalkan kejayaannya.

3.0 KESIMPULAN

Setelah meneliti perbicaraan di atas, jelas dapat lihat bahawa individu memainkan

peranan yang afdal dalam menentukan kejayaan sesuatu pergerakan dalam sejarah, sama ada

individu tersebut adalah berfungsi sebagai Eventful man atau Event-making man. Hal ini

kerana, perkara ini tidak menjadi soal di sini, yang diberi keutamaan ialah individu itu

mempunyai peranan yang penting.

Kemungkinan bagi sesuatu peristiwa yang telah berlaku itu tidak semestinya seperti

yang telah berlaku sekiranya individu itu tidak hadir di pentas sejarah semasa berlakunya

sesuatu peristiwa itu. Suasana yang wujud itu hanya menyediakan pentas bagi individu itu

untuk berperanan dan dari segi itulah suasana menjadi penting dan memainkan peranan

sampingannya dalam mencetuskan peristiwa sejarah. Kejayaan atau kegagalan pergerakan

yang tercetus dalam suasana itu tergantung kepada apa yang telah dilakukan atau tidak

dilakukan oleh individu yang hadir di pentas sejarah pada masa itu.

Memang saya tidak dapat menafikan bahawa suasana itu memainkan peranan dalam

mencetuskan sesuatu pergerakan. Tetapi dalam masa yang sama, kejayaan itu bergantung

kepada kebijaksanaan dan kehandalan seseorang individu untuk mempergunakan suasana itu

untuk mencipta sejarah. Perkara yang diperlukan ialah suatu suasana yang menyediakan

peluang kepada seseorang individu untuk bertindak dan mengambil langkah- langkah yang

efektif untuk mengimplementasikan. Persoalannya, sama ada suasana yang matang itu

9
dianggap penting atau tidak penting? Individu yang berkebolehan berupaya untuk

‘mematangkan’ suasana yang wujud itu. Kebolehan inilah yang menentukan kejayaan sesuatu

pergerakan. Individu yang berupaya akan berjaya, manakala individu yang tidak berupaya

akan gagal.

10
BIBLIOGRAFI

Carlyle, T. & Hudson,W.H. Sartor resartus: On heroes and hero-worship. London:

Dent, 1973. 

Dick Geary. Hitler and Nazism. London and New York: Routledge, 1993. 

Dr. Ariffin Azmi. “KNOWLEDGE IS POWER” PENGANTAR SEJARAH. Pusat Pengajian

Ilmu Kemanusiaan USM.

Erik H. Erikson. Gandhi's Truth On The Origins Of Militant Nonviolence. United States

of America: W.W. Norton & Company, 1969.

Hook, Sidney. The Hero In History: A Study in Limitation and Possibility. NewYork:

Boston, 1943.

Jitendra T.Desai. Autobiography M.K.Gandhi. Ahmedabad: Navajivan

Publishing House, 1927. 

Martin Broszat. Hitler and the Collapse of Weimar Germany. New York USA:

Berg Limited, 1987. 

Michael H.Hart. Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah.

Petaling Jaya: Golden Books Centre Sdn. Bhd, 2003.

Muhd.Yusof Ibrahim. Sejarawan dan Pensejarahan. Ampang Selangor: Percetakan

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

Suntharalingam, R. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M)

Sdn Bhd, 1985.

11
12

Anda mungkin juga menyukai