Anda di halaman 1dari 15

Soalan Kerja Ukur

1) Mengapa Teknik Kaji Ukur masih lagi diperlukan, walaupun telah terdapat

teknologi yang canggih seperti Teknologi Penderiaan Jauh, GIS dan Pemetaan

Berkomputer.

 Perlu semakan di atas tanah untuk pemastian data.

 Banyak foto satelit dan foto udara yang terlindung oleh litupan awan

menyebabkan kawasan yang terlindung itu tidak mempunyai data yang tepat.

 Keperluan untuk mengukur kawasan yang kecil.

 Banyak maklumat kecil tidak dapat dikesan dalam foto satelit dan foto udara.

2) Apakah pengertian bidang Kerja Ukur ?

 Merupakan suatu cara pengukuran untuk menentukan letakan relative bagi

satu-satu bentuk semula jadi atau bentuk budaya yang terdapat dia atas

ataupun di bawah permukaan bumi.

 Pemindahan pengukuran bentuk-bentuk tersebut melalui sesuatu skala yang

sesuai untuk menghasilkan sebuah peta, pelan atau rentasan.

 Melalui kerja ukur inilah, bentuk-bentuk semulajadi dan budaya dapat

digambarkan secara tepat melalui lokasinya yang tertentu secara mendatar

atau menegak.

o Definisi Kerja Ukur Geodetik.

o Merupakan satu bidang sains bagi menentukan saiz dan bentuk

bumi serta medan gravitinya.


o Definisi Kerja Ukur Topografi.

o Kerja ukur yang digunakan untuk menghasilkan peta topografi

yang mengambarkan betuk-bentuk fizikal dan budaya yang

terdapat di permukaan bumi.

o Bentuk-bentuk bumi diukur dan dipindah ke dalam sebuah peta

mengikut skala tertentu.

o Definisi Kerja Ukur Kadastral

o Kerja ukur yang digunakan untuk menentukan sempadan atau

saiz milikan harta tanah.

o Melibatkan pembahagian lot-lot milikan tanah pertanian, tanah

rumah, tanah industry dan lain-lain.

3) Nyatakan prinsip-prinsip Kerja Ukur

 Prinsip Pertama – ‘ Sentiasa ukur dari sesuatu yang besar kepada sesuatu

yang kecil’.

 Prinsip Kedua – ‘Memilih kaedah ukur yang paling sesuai bagi bentuk hasil

yang diperlukan’

 Prinsip Ketiga – ‘Mengadakan semakan-semakan yang secukupnya semasa

menjalankan pengukuran.

4) Nyatakan jenis-jenis kesilapan dalam kerja ukur.

 Kesilapan Kasar

o Tidak berhati-hati dan terdapat gangguan dan kehilangan penumpuan

terhadap kerja yg dijalankan.

o Keadaan kerja ukur yang sukar seperti hujan, sinaran terik dan lain-

lain.

o Tidak mematuhi prinsip kerja ukur.


o Contoh : membaca sudut bearing 200 darjah sebagai 199 darjah.

 Kesilapan sistematik

o Mempunyai akibat yang umumnya diketahui dan kemudiannya dapat

dibetulkan.

o Contoh : kompas yang digunakan di kacau oleh besi yang berhampiran

dan memberi bacaan yg silap.

 Kesilapan yang tidak disengajakan

o Tidak dpt dielakkan walaupun pengawasan dan pengukuran yang teliti

telah dijalankan.

o Berpunca dari kesilapan membaca alat. Sukar dikesan kerana jurukur

sendiri tidak sengaja bahawa kesilapan telah berlaku.

5) Nyatakan punca-punca kesilapan.

 Kesilapan Jurukur

o Cuai, silap membaca, pandangan silap, ingatan silap dan pengiraan

silap.

 Kesilapan alat

o Alat lama, tarikan tempatan, pengembangan alat, pengucupan alat.

 Kesilapan akibat cuaca

o Sinar matahari, hujan, angina kencang, kilat, salji.


Soalan Ukur Rantai

1) Definisi Ukur Rantai.

 Kaedah mengukur tanah yang termudah dan teringkas dan sering digunakan

untuk mengukur kawasan kecil dan rata sahaja.

 Tidak sesuai untuk mengukur kawasan yang besar, luas dan berbukit-bukau.

2) Prinsip-prinsip Ukur Rantai.

 Membahagikan sesuatu kawasan yang hendak diukur kepada beberapa sub

kawasan berbentuk segitiga.

 Setiap segitiga kecil diukur dan kemudian diplotkan dalam pelan atau peta

untuk menghasilkan peta keseluruhan.

 Pengukuran hanya dilakukan untuk mendapatkan jarak linear dan bukan sudut.

3) Stesen ukur.

 Permulaan sesuatu kerja ukur rantai. Oleh itu, pemilihan stesen adalah sangat

penting.

 Lokasi stesen mestilah terdiri daripada tanah padat iaitu tidak mengalami

sebarang hakisan atau pergerakan.

4) Garis ukur.

 Merupakan perkaitan antara dua stesen ukur. Amat penting kerana jaraknya

menentukan ketepatan sempadan dan saiz sesuatu kawasan ukur.

 Tidak ada sebarang halangan penglihatan atau perantaian di sepanjang garis

ukur.
5) Garis Semak. ( Fokus Exam )

 Ukuran semakan untuk menyemak ukuran lain khasnya ukuran jarak dan arah

sesuatu garis ukur.

 Penting untuk memastikan kesilapan pengukuran dapat dikurangkan.

6) Ofset atau Butir. ( Past Year 2017 )

 Merupakan benda-benda, bentuk-bentuk atau sebarang struktur yang perlu di

ukur.

 Contoh : bangunan, longkang, pokok, jalan, cerun dan lain-lain.

 Ofset perlu diletak dekat garis ukur sebab semakin jauh, semakin besar

kesilapan.

7) Nyatakan kesilapan yang kerap dialami ketika menjalankan kerja-kerja

mengukur-sukat dengan rantai.

 Panjang rantai yang tidak tepat > 20 m atau > 30 m.

 Rantai tidak cukup tegang ketika menyukat jarak.

 Gelang-gelang rantai tersimpul tanpa dikesan.

 Rantai memanjang dan memendek tanpa dikesan.

 Panah dan pancang tidak dicacak menegak dengan tepat.


Soalan Ukur Kompas

1) Berdasarkan Ukur Kompas, nyatakan perkara-perkara yang perlu diambil

perhatian semasa memilih Garis Ukur. ( Past Year 2017 )

 Garis ukur perlu diletak di atas tanah padat iaitu yang tidak mengalami

sebarang hakisan atau pergerakan.

 Garis ukur perlu diletak di atas kawasan rata dan bercerun landai.

 Tidak ada sebarang halangan dari segi penglihatan atau perantaian di

sepanjang garis ukur.

 Garis tidak harus terletak di atas cerun curam.

2) Huraikan dengan ringkas mengenai Penigasudutan. ( Past Year 2017 )

 Sekirannya titik-titik berdekatan disambung dengan garisan lurus untuk

membentuk satu siri segitiga, maka rangka kerja ukur ini di panggil

PENIGASUDUTAN. Prinsip ini amat penting dalam ukur rataan seperti Ukur

Rantai dan Ukur Kompas.

 Ciri-ciri PENIGASUDUTAN :

o Segitiga mesti hampir serupa.

o Segitiga harus mempunyai sudut-sudut yang sederhana iaitu tidak

terlampau besar atau kecil.

o Segitiga tidak harus berbentuk ganjil, iaitu setengah sudut sangat kecil

dan sangat besar.


3) Huraikan dengan ringkas mengenai Tarikan Tempatan. ( Past Year 2017 )

 Sebarang kesilapan ketika mencerap bereng dari stesen pertama di muka

bumi tidak mempengaruhi bereng atau bereng-bereng yang dicerap dari

sesuatu stesen kedua.

 Tarikan setempat merupakan unsur-unsur tarikan magnet oleh benda-benda

yang berbentuk logam yang terdapat di sekitar kompas ketika ia digunakan

oleh juru ukur.

 Contoh : barang-barang yg dipakai oleh juru ukur seperti bingkai cermin mata

besi yang disalut dengan saduran emas, jam tangan dan lain-lain yg berbentuk

logam.

 Bereng yang dipengaruhi oleh objek-objek setempat inilah yang dinamakan

Tarikan Setempat.
SOALAN UKUR KETINGGIAN

1) Huraikan dengan ringkas mengenai :

 Pengarasan

 Proses menentukan ketinggian berdasarkan prinsip pengarasan

perbezaan selari dari ketinggian titik lain.

 Pengarsan Perbezaan.

 Satu proses menentukan ketinggian bandingan antara beberapa titik di

dalam sesuatu kawasan.

 Ketinggian bandingan

 Perbezaan ketinggian antara Titik A dan Titik B, iaitu nilai ketinggian

mutlak adalah kurang bermakna dalam pengarasan.

2) Apakah sebab perlu menentukan Ketinggian Bandingan.

 Pengurusan Banjir

 Perletakan Paip Air

 Perletakan Terusan dan perletakan Sawah Padi.

 Perancangan Bandar dan desa.


Soalan Peta

1) Huraikan ciri-ciri yang membezakan peta bertujuan umum dan peta bertujuan

khusus. ( Past Year 2017 )

 Peta Tujuan Umum merupakan perwakilan dunia sebenar bagi tujuan rujukan

untuk kegunaan pengguna yang bersifat pelbagai dan mempunyai pelbagai

maklumat seperti Peta Topografi dan Peta Pelancongan. Manakala Peta

Tujuan Khusus pula adalah perwakilah dunia sebenar bagi tujuan tertentu

sahaja dan penggunaannya adalah terhad seperti Peta Penduduk Malaysia

2000.

 Peta tujuan umum dapat menunjukkan pelbagai fenomena dan maklumat

seperti maklumat topografi, bandar, sungai dan kegiatan ekonomi dalam satu

peta. Manakala peta tujuan khusus pula dihasilkan khusus untuk pengguna

tertentu sahaja.

 Dengan kata lain peta tujuan umum tidak menfokuskan kepada satu perkara

sahaja manakala peta tujuan khusus menfokuskan kepada satu-satu perkara

sahaja seperti taburan penduduk, kepadatan penduduk dan sebagainya yang

bersifat khusus.

 Peta tujuan umum juga digunakan sebagai rujukan dan menggunakan skala

kecil kerana merangkumi kawasan yang luas manakala peta tujuan khusus

mempunyai skala besar dan mengandungi maklumat yang lebih terperinci.


2) Merujuk kepada peta bertujuan khusus, huraikan aspek generalisasi yang

diperlukan dalam menyediakannya. ( Past Year 2017 )

 Aspek pertama ialah klasifikasi – pelbagai data perlu dikelaskan bagi

menunjukkannya dengan mudah di dalam peta. Contohnya, data penduduk

yang mempunyai pelbagai nilai. Oleh itu, perlu ada kelas yang sesuai bagi

memudahkan maklumat ini dipaparkan di atas peta.

 Aspek kedua ialah simplifikasi – merujuk kepada bahagian yang kompleks

seperti sempadan negeri, sungai terlalu bengkang bengkok yang mungkin akan

diluruskan mengikut skala yang diwakilkan atau elemen yang terlalu kecil

mungkin hanya akan diwakilkan dengan satu titik sahaja.

 Aspek ketiga ialah tambahan – bahagian yang terlalu kecil akan ditambah bagi

membolehkan ianya diwakilkan di dalam sesuatu peta. Misalnya jalan raya

Malaysia, jalan akan tetap diwakilan walaupun jika dibandingkan dengan

sklanya ianya mungkin terlalu kecil untuk ditunjukkan.

 Aspek keempat ialah simbol – ia memberitahu pembaca mengenai sesuatu

fenomena. Semua fenomena di dalam ruang boleh diberikan dengan simbol

titik, garisan dan kawasan.


3) Nyatakan prinsip-prinsip asas melukis peta dalam kartografi.

4) Nyatakan perkara penting dalam menafsir peta Topografi.

 Mengkaji peta itu dengan teliti seperti lambang-lambang serta huruf-huruf

ringkas yang boleh memberi banyak informasi berguna.

 Mencari sesuatu yang berbukti di atas peta. contohnya, menyatakan ketinggian

sesuatu kawasan dengan berpandukan titik ukur tinggi yang terdapat atas peta.

 Menyatakan lokasi sesuatu kawasan dengan menggunakan rujukan grid atau

sistem koordinat peta tersebut.

5) Jelaskan kelebihan dan kelemahan teknik pengkelasan secara Kaedah Quartile yang

anda gunakan dalam memetakan data tersebut. ( Past Year 2017 )

 Kelebihan

i. Kaedah ini dapat memberikan jumlah yang sama untuk setiap kelas.

ii. Dapat memastikan setiap kelas ada kawasan yang di wakilkan.


Soalan Pola Petempatan
1) Nyatakan satu contoh lokasi yang memiliki pola berpusat di Malaysia.
Bincangkan kaitan pola petempatan ini dengan pola-pola perhubungan.
 Antara kawasan yang memiliki pola bepusat di Malaysia ialah Kuala Lumpur.
Hal ini kerana Kuala Lumpur merupakan ibu negara bagi Malaysia yang
sangat pesat dengan pembangunan.
 Kepesatan pembangunan ini dapat dilihat dari segi rumah bangunan yang
tersusun rapat dan sangat padat.
 Kawasan bandar ini pula bertumpu di sekeliling sesuatu objek yang menjadi
tumpuan penduduk.
 Oleh itu, pola-pola perhubungan di bandar ini adalah sangat baik seperti
jaringan perhubungan pengangkutan iaitu, jalan raya, MRT, lapangan terbang
dan sebagainya.
 Kuala lumpur menikmati rangkaian jalan raya menyeluruh yang
menghubungkanya ke destinasi lain semenanjung Malaysia.
 Selain itu, ia juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres bertol dan pengguna
jalan raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang tunai
ataupun melalui sistem pembayaran eletronik prabayar seperti SmartTAG dan
Touch n Go.
 Pengangkutan awam di KL terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi dan kereta
api. Pengangkutan awam terbesar di KL ialah RapidKL.
 Sistem alihan laju juga ada seperti KL monorail dan KTM komuter, di mana
KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel.
 Sebagai contohnya, dari segi pengangkutan udara Kuala Lumpur dihubungkan
dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan
Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam
negara.
 Petempatan di kawasan ini juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran,
perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan.
2) Bincangkan bagaimana kegiatan ekonomi di dalam peta ini telah mempengaruhi
pola-pola petempatan yang berlainan.
Soalan Ukur Geometri dan Morfometri Sungai
1) Berikan definisi Morfometri.
 Ukuran cerun dan bentuk alur sungai. Di perolehi dan digunakan untuk
mendapatkan ciri-ciri statistik supaya mendapat meklumat-maklumat lain.
 Kajian dimulakan oleh R.E. Horton & A.E. Strahler pada 1940-an dan 1950-
an berkenanaan dengan atribut-atribut sungai.
2) Berikan definisi setiap atribut-atribur sungai yang berikut :
a) Sungai
 Sesuatu alur air memanjang yang mengalir akibat graviti dan elevasi di
permukaan bumi, yang berakhir di tasik, paya atau laut.
b) Banteng Sungai
 Dua bahagian tepi alur sungai.
c) Dasar Sungai
 Bahagian bawah alur sungai.
d) Alur Sungai
 Lekukan memanjang yang lazimnya dipenuhi air.
e) Luahan Sungai
 Isipadu air yang mengalir melalui satu titik di sungai pada masa
tertentu melalui satu titik di sungai pada masa tertentu.
 Lazimnya diukur dengan meter arus dan meter padu sesaat.
 Luahan sungai bergantung kepada isipadu air dan halaju arus sungai.
f) Aliran Sungai
 Aliran air di dalam sebatang sungai.
g) Gradien Sugai
 Perubahan dalam elevasi dari punca sungai ke muara sungai, diukur
dalam darjah, nisbah atau peratusan.
h) Beban sungai
 Bahan yang di bawa oleh sungai yang lazimnya terdiri daripada 3
komponen iaitu :
o Beban Dasar – batu kelikir dan pasir kasar yang bergerak di
dasar sungai.
o Bebang Terampai – kelodak dan lumpur teramapai
o Beban terlarut
i) Profil Rentas Sungai
 Keratan rentas sebatang sungai dari banteng ke banteng.
j) Profil Panjang Sungai
 Terdiri daripada profil tegak dan mendatar di sebatang sungai.
3) Mengapakah tinjauan awal ke tapak kajian sungai adalah penting ?
 Memilih tapak yang selamat.
 Memilih tapak yang mudah diukur.
 Memilih tapak yang tidak dilalui oleh banyak kenderaan.
 Memilih tapak yang tidak diganggu oleh aktiviti tempatan.

Anda mungkin juga menyukai