Anda di halaman 1dari 95

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Penggunaan plastik dalam masyarakat kini agak merunsingkan. Hal ini kerana,

kebanyakkan fenomena-fenomena yang berlaku menyebabkan alam sekitar pada era ini

terjejas akibat penggunaan plastik yang berleluasa. Menurut Douglas Lober, plastik diperbuat

daripada bahan-bahan yang tidak dapat dilupuskan oleh alam sekitar. Menurut beliau lagi,

sekiranya kita tidak menghapuskan penggunaan plastik, hal ini akan memusnahkan

keindahan alam sekitar dan membunuh pelbagai haiwan dan tumbuhan tetapi masalah ini

dapat dielak jika proses mengitar semula plastik sentiasa dilakukan (Lober, 2018). Pada

mulanya plastik ini telah digunakan sewaktu 1970-an. Mereka telah menggunakan beg plastik

untuk membawa barangan runcit dan barangan yang lain (Md. Abdul Jalil, Md. Nannu Mian,

& Muhammad Khalilur Rahman, 2013). Menurut Takeo Sugii beg plastik ini telah popular

sejak abad ke-20. Hal ini kerana, beg-beg ini telah mempengaruhi kehidupan seharian sebagai

seorang penjual dan pembeli. Beg plastik adalah satu-satunya beg yang mempunyai pelbagai

manfaat dari segi kebersihan untuk membawa makanan atau pelbagai barangan yang lain.

Selain itu, beg plastik ini menjadi popular kerana ianya adalah murah dari segi kos dan ia

mampu menampung pelbagai barangan. Menurut beliau lagi, setiap orang yang menggunakan

beg plastik ini harus bertanggungjawab dengan keadaan alam sekitar (Sugii, 2012). Selain itu,

beg-beg plastik ini boleh juga membawa mudarat kepada manusia. Hal ini kerana, beg plastik

mengandungi bahan karsinogenik yang boleh membawa seseorang itu kepada penyakit barah

(Spivey, 2003). Akhir sekali, berdasarkan kajian-kajian yang diperoleh kita mendapati

bahawa penggunaan plastik dalam kalangan masyarakat adalah sangat berbahaya dan boleh

membawa mudarat keseluruh muka bumi ini termasuk manusia.

1
Menurut statistik yang dipaparkan pada Rajah 1 menunjukan bahawa penggunaan beg

plastik semakin meningkat dan tidak dapat dielakan sehingga setiap tahun penggunaan beg

plastik dalam dunia ini mencecah sebanyak satu trillion per tahun dan jika lebih terperinci

dua juta per minit (Lober, 2018).

Rajah 1: Pemboikotkan penggunaan beg plastik


Sumber:https://www.reusethisbag.com/articles/plastic-bag-bans-worldwide/

Oleh sebab itu, kebanyakan negara telah memboikot penggunaan beg plastik dalam

kalangan warganegara mereka sendiri. Antara negara yang pertama memboikot penggunaan

beg plastik ialah negara Denmark. Mereka mula memboikot padat ahun 1993 dan setelah itu

penggunaan beg plastik dalam kalangan warganegara mereka telah berkurangan sebanyak

60%. Begitu juga di Ireland, pada tahun 2002 mereka telah mengenakan sebuah cukai

terhadap penggunaan beg plastik dan hal ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastik

dalam kalangan penduduk tersebut sebanyak 90% tetapi pada tahun 2007 penggunaan beg

plastik makin meningkat lalu menjadikan peningkatan harga untuk satu beg plastik. Hanya

dua negara dalam dunia yang Berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik manakala

2
beberapa negara yang lain cuba untuk mengikuti jejak langkah daripada dua negara tersebut

(Lober, 2018).

Rajah 2: Pemboikotan penggunaan beg plastik seluruh dunia


Sumber:https://www.reusethisbag.com/articles/plastic-bag-bans-worldwide/

Oleh itu, kajian kami untuk WSU 101 Kelestarian: Isu, Cabaran Dan Prospek yang

bertajuk “Kajian Penggunaan Plastik Dalam Kalangan Pelajar USM” di Universiti Sains

Malaysia (USM). Kumpulan kami menfokuskan kepada kajian dan analisis berkenaan

penggunaan bahan yang mengandungi plastik dalam kalangan pelajar USM seperti botol, beg

plastik dan sebagainya. Tetapi bagi kajian kami ini kami telah menfokuskan kepada beg

plastik. Hal ini kerana secara dominannya, beg plastik merupakan bahan plastik yang sering

digunakan oleh sesiapapun dan di mana-mana sahaja manakala bahan plastik yang lain akan

diambil kira juga seperti botol dan sebagainya. Kumpulan kami telah memfokuskan di tiga

desasiswa di Kampus Induk. Antara desasiswa yang terlibat ialah Desasiswa Tekun,

Desasiswa Aman, dan Desasiswa Restu. Hal ini kerana, kami ingin melihat sejauhmana

penggunaan plastik mempengaruhi kehidupan seharian seorang pelajar. Dengan kajian ini

kami mampu memberikan solusi alternatif untuk tidak menggunakan plastik dalam kehidupan

3
seharian. Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif mengira plastik yang dibuang ke dalam

tong sampah dijadikan kayu pengukur untuk mengetahui kepenggunaan plastik dalam

kalangan pelajar. Selain itu, kami akan menjalankan soal selidik dalam kalangan penghuni

desasiswa di kampus Induk untuk mengetahui tentang kesedaran berkenaan penggunaan

plastik.

1.1 Definisi

1.1.1 Beg Plastik

Beg plastik merupakan beg yang diperbuat daripada plastik. Beg ini mula

diperkenalkan pada tahun 1970 (Riyad. Moharam & Maher Ali. Al. Maqtari, 2014). Beg ini

diperbuat daripada polietilena iaitu salah satu jenis produk petroleum yang merupakan

sumber penting bagi menjana tenaga moden dan digunakan dalam bidang pengangkutan.

Sumber ini juga merupakan sumber semulajadi dan sumber tersebut merupakan sumber yang

tidak dapat diperbaharui (Md. Abdul Jalil, Md. Nannu Mian, & Muhammad Khalilur

Rahman, 2013). Tambahan pula, menurut Sara Lajeunesse, beg plastik moden telah diperbuat

daripada polimer iaitu, polimer daripada molekul yang besar yang terdiri daripada monomer

yang berulang. Lalu salah satu daripada molekul ialah molekul etana. Etana merupakan satu

bahan yang diambil daripada naphtha dengan meletakan ia dibawah satu suhu yang tinggi.

Setelah itu, apabila molekul etana itu telah dipolimerkan lalu molekul tersebut menjadi

polietilena (Lajeunesse, 2004). Selain itu, beg plastik tidak dapat dicernakan oleh alam

sekitar. Ia memerlukan 1000 tahun bagi alam sekitar menguraikan beg plastik tersebut. Ia

juga memerlukan cahaya matahari dan mikroorganisma untuk menguraikan sesuatu beg

plastik (Stevens, 2001). Oleh kerana peningkatan dalam penggunaan beg plastik ini

menyebabkan kehidupan akuatik terancam. Malah ia juga mengganggu tanah-tanih untuk

pertanian terancam dan menyebabkan ancaman terhadap perkembangan dalam bidang

4
pertanian (Md. Abdul Jalil, Md. Nannu Mian, & Muhammad Khalilur Rahman, 2013). Malah

terdapat beberapa kes iaitu beberapa penyu besar telah menelan beg plastik yang bercampur

dengan rumpai laut yang mereka makan (Thiel et.al, 2003). Oleh itu, beg plastik harus

diboikot di peringkat global dan alternatif yang lain harus digunakan seperti beg plastik yang

dapat diurai oleh alam sekitar supaya dapat membendung masalah toksik di pelbagai tempat

(Spivey, 2003).

1.1.2 Definisi Kelestarian

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, lestari bermaksud mengekalkan atau kekal

(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Selain itu, menurut Michael Ben-Eli kelestarian

bermaksud keseimbangan dinamik dalam proses interaksi antara populasi dan kapasiti

persekitaran yang mampu menampung seiring dengan populasi yang makin berkembang

tanpa memberikesan yang tidak dapat dipulihkan iaitu menyebabkan daya ketahanan alam

sekitar tidak mampu menampung populasi yang semakin meningkat. Menurut beliau lagi,

dalam kelestarian terdapat lima elemen yang penting. Yang pertama ialah elemen bahan.

Dalam elemen ini merangkumi asas untuk mengawal bahan dan tenaga seiring dengan

kewujudan bahan tersebut. Yang kedua ialah elemen ekonomi. Dalam elemen ini, kita

seharusnya mewujudkan satu panduan untuk mencipta dan menguruskan kemewahan.

Elemen yang seterusnya ialah elemen kehidupan. Elemen ini menegaskan supaya

menyediakan satu panduan atau asas yang sesuai dalam biosfera. Elemen yang keempat ialah

elemen sosial. Dalam elemen ini beliau menegaskan supaya mewujudkan sebuah asas untuk

interaksi sosial. Akhir sekali, elemen nilai atau rohani. Dalam elemen ini, beliau menegaskan

bahawa supaya mengenal pasti dan menyediakan asas untuk kod etika yang sejagat (Ben-Eli,

2008). Oleh itu, kelestarian harus di ambil berat oleh setiap insan di dunia ini.

5
1.2 Alternatif kepada Plastik (Beg Plastik)

Dalam dunia ini bukan beg plastik sahaja yang wujud malah terdapat beberapa alternatif

yang lain dari segi penggunaan beg. Selain itu, beg-beg alternatif tersebut diperbuat daripada

bahan-bahan mersa alam. Bahan yang digunakan oleh beg tersebut dapat diuraikan oleh alam

sekitar. Secara kebiasaan, beg kertas akan dicadangkan bagi membendung masalah beg

plastik. Hal ini dicadangkan kerana kertas dapat diuraikan oleh alam sekitar dan tidak

memudaratkan alam sekitar. Selain itu, terdapat juga plastik yang boleh diuraikan oleh alam

sekitar tetapi ia tidak sesuai dijadikan alternatif yang sebaiknya kerana ia akan merosakkan

alam sekitar dengan bahan-bahan toksikapabila ia bercampur dengan alam sekitar. Oleh itu,

kita harus memastikan bahan alternatif tersebut supaya tidak menimbulkan masalah yang lain

dan harus mesra alam (Tough, 2007). Oleh itu, terdapat beberapa alternatif yang boleh

dijadikan sebagai pengganti beg plastik. Antaranya ialah, beg kertas dan beg yang boleh

diguna semula.

1.2.1 Beg kertas

Beg kertas merupakan antara alternatif yang terbaik. Menurut Rhian Tough beg kertas

adalah beg yang lebih mesra alam dan terbukti dari segi saintifik bahawa beg kertas adalah

tidak memudaratkan alam sekitar berbanding beg plastik (Tough, 2007). Tetapi apabila

melihat kepada statistik kebanyakkan orang tidak mengendahkan tentang beg kertas yang

boleh di kitar semula. Oleh itu, dengan mengenakan bayaran terhadap beg plastik dapat

mengurangkan malah meningkatkan penggunaan beg kertas (Md. Abdul Jalil, Md. Nannu

Mian, & Muhammad Khalilur Rahman, 2013).

1.2.2 Beg yang boleh diguna semula

6
Beg yang boleh diguna semula juga merupakan alternatif kepada beg plastik. Hal ini

kerana, beg ini boleh terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya beg kain, bakul plastik dan

sebagainya tetapi harus di teliti dengan lebih terperinci kerana beg-beg jenis ini hal ini

kerana penggunaan alternatif ini bergantung kepada pelbagai faktor, seperti status

sosioekonomi, negara, harga, umur dan banyak faktor sosial dan budaya yang lain (Md.

Abdul Jalil, Md. Nannu Mian, & Muhammad Khalilur Rahman, 2013).

1.3 Pernyataan masalah.

Penggunaan plastik hari demi hari semakin meningkat dalam kalangan manusia. Hal ini

kerana pelbagai faktor tetapi ia juga memudaratkan alam sekitar. Oleh itu, Malaysia juga

merupakan salah satu negara dalam dunia ini yang sering memboikot penggunaan beg plastik

(masalah utama) dalam kehidupan seharian.

Kajian kami adalah memfokuskan kepada kawasan sekitar USM terutamanya di beberapa

desasiswa di Kampus Induk USM. Masalah yang timbul ialah penggunaan beg plastik dalam

kalangan pelajar USM semakin meningkat walaupun kerajaan Malaysia telah mengambil

langkah untuk memboikot penggunaan plastik dengan mengenakan bayaran. Tetapi hal ini

hanya dipraktikkan di kedai-kedai di luar kampus USM. Sebagai contoh 7 Eleven, Happy

Mart dan sebagainya. Walaupun pihak USM telah menyediakan pelbagai ceramah berkenaan

kelestarian tetapi ia tidak memberi impak kepada pelajar.

Fokus kajian kami ini adalah di Desasiswa Tekun, Desasiswa Aman dan Desasiswa

Restu. Kami telah memilih desasiswa sebagai kayu pengukur kami untuk kajian ini kerana

semua penghuni desasiswa merupakan pelajar USM. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa

bagaimana kesedaran mereka terhadap penggunaan plastik dalam kehidupan seharian mereka.

Oleh itu, kajian kami ini akan mencari penggunaan plastik dalam kalangan pelajar

terutamanya di tiga desasiswa yang telah tersenarai dan mencari cara yang alternatif untuk

7
menghapuskan penggunaan plastik dalam kalangan pelajar USM serta menganalisis

berkenaan kesedaran pelajar berkenaan kemudaratan penggunaan plastik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang penggunaan plastik dalam kalangan

pelajar USM terutamanya di tiga desasiswa yang dipilih dan mencari cara alternatif yang

terbaik untuk menghapuskan penggunaan beg plastik (masalah utama) dalam kalangan

pelajar. Selain itu, objektif yang lain adalah untuk mengetahui kesedaran pelajar USM

berkenaan akibat jika penggunaan beg plastik (masalah utama) tidak dihentikan serta merta.

1.4.1 Mengkaji tentang penggunaan beg plastik (masalah utama) dalam kalangan

pelajar USM.

Hal ini berkenaan tentang kajian kami yang memfokuskan kepada pelajar USM yang

tinggal di desasiswa yang dipilih iaitu Desasiswa Tekun, Desasiswa Aman, dan Desasiswa

Restu. Data yang akan dikumpulkan ialah data pembuangan beg plastik di tempat

pengumpulan sampah di setiap desasiswa tersebut. Data tersebut akan direkodkan dan akan

dibanding dari masa ke semasa. Kami akan melihat dari segi anggaran kepadatan tong

sampah dengan beg plastik.

1.4.2 Mengetahui kesedaran pelajar USM berkenaan akibat penggunaan beg plastik

(masalah utama).

8
Dalam hal ini, kami akan menyediakan sebuah borang soal selidik berkenaan tentang

akibat penggunaan beg plastik dan akan diberikan kepada pelajar yang tinggal di desasiswa

yang terpilih. Hal ini dapat mengakses pengetahuan mereka berkenaan penggunaan beg

plastik dan hal ini memudahkan kami untuk mencari alternatif yang terbaik untuk

menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kampus USM.

1.5 Kawasan Kajian

Kawasan kajian yang fokuskan dalam kajian kami ini ialah dalam kawasan USM.

Sebelum kita melihat peta kawasan secara terperinci, kita harus mengkaji latar belakang

institusi, visi dan misi USM. Selepas itu, lokasi tumpuan kajian kami akan dipelajari melalui

pemetaan. Kemudian, dengan mengunakan peta tersebut kami telah memberi penerangan

secara ringkas berkenaan kajian kami dengan menfokuskan tempat kajian kami secara

terperinci iaitu tempat pembuangan sampah yang utama setiap desasiswa yang terpilih.

Segala data berkenaan kajian kami telah direkodkan dan gambar-gambar kawasan kajian

telah dijadikan sebagai rujukan.

1.5.1 Universiti Sains Malaysia (USM)

USM merupakan universiti yang kedua tertua di Malaysia selepas Universiti Malaya.

USM dikenali sebagai Univeristi Pulau Pinang pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1969.

Idea sebuah univerisiti di Pulau Pinang dicetuskan oleh D.S. Ramanathan pada tahun 1959 di

Dewan Undangan Negeri [ CITATION Won13 \l 1033 ]. USM merupakan universiti yang

memperoleh status APEX dalam Malaysia selain daripada universiti yang lain pada tahun

2008.

9
Setelah itu, visi dan misi USM juga harus dikaji. Hal ini kerana kajian kami ini adalah

serasi dan seiring dengan visi dan misi USM. Visi USM ialah “ Mentransformasikan

Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok”. Manakala misi USM ialah, USM merupakan

universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa

depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan

sosioekonomi mereka. Rajah dibawah menunjukkan tentang visi misi nilai dan teras USM.

Rajah 3: Visi, Misi dan Nilai dan Teras USM

Sumber: Universiti Sains Malaysia

10
Rajah 4: Kampus Induk USM

Sumber: Universiti Sains Malaysia

Rajah 5: Seluruh Kawasan Kampus Induk USM

Sumber: Universiti Sains Malaysia

1.5.2 Peta dan Gambar bagi kawasan kajian

Bagi kawasan kajian kami telah menfokuskan kepada tiga desasiswa di kampus

Induk. Desasiwa yang terpilih ialah Desasiswa Tekun, Desasiswa Aman dan Desasiswa

Restu. Di setiap desasiswa tersebut mempunyai tempat pembuangan sampah yang utama.

Oleh itu, kami akan melihat kepadatan plastik yang berada ditempat pengumpulan sampah

tersebut. Hal ini kerana, kita dapat melihat dari segi kepenggunaan plastik dalam kalangan

pelajar USM, samaada mereka kebergantungan dengan plastik atau tidak. Selain itu, setiap

pelajar tidak akan mencari jalan yang susah untuk membuang sampah, oleh itu mereka akan

11
membuang sampah di tong sampah yang berhampiran. Rajah dibawah menunjukkan kawasan

kampus Induk USM dengan diwarnakan dengan kawasan yang dikaji.

Rajah 6: Peta mudah kawasan induk USM

Sumber: Universiti Sains Malaysia

Desasiswa
Tekun

Desasiswa Desasiswa
Restu Aman

Rajah 7: Peta Kawasan Kajian dengan terperinci

12
Sumber: Universiti Sains Malaysia

Rajah 6 menunjukan keseluruhan kampus Induk USM manakala pada Rajah 7

menunjukan peta kawasan kajian secara terperinci. Berdasarkan peta tersebut, kami telah

mewarnakan kawasan kajian dengan lebih jelas. Setiap kawasan tersebut mempunyai tong

sampah yang utama. Oleh itu, fokus kami ialah terhadap setiap kawasan tempat pengumpulan

sampah di setiap desasiswa.

1.5.3 Jumlah tempat pengumpulan sampah Kawasan Kajian

Jika kami melihat kawasan kajian, terdapat setiap satu tempat pengumpulan sampah

di setiap desasiswa. Oleh itu, kami telah rekodkan data tong sampah yang utama dan telah

diambil gambar di setiap kawasan kajian.

Rajah 8: Tempat Pengumpulan Sampah di Desasiswa Aman


Sumber: Kajian Lapangan, 2018

13
Rajah 9: Tempat Pengumpulan Sampah di Desasiswa Tekun
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Rajah 10: Tempat Pengumpulan Sampah di Desasiswa Restu


Sumber : Kajian Lapangan, 2018

14
Tempat pengumpulan sampah ini merangkumi 1 di Desasiswa Aman, 2 di Desasiswa

Tekun iaitu bagi blok M05 dan M06, dan 2 di Desasiswa Restu iatu di M01 dan M02. Sisa

buangan ini pada kebiasaannya akan dikumpulkan pada setiap hari minggu oleh pekerja

pembersihan di setiap blok manakala bagi hujung minggu pula sampah akan di kumpulkan

pada hari isnin dan pada kebiasaannya jumlah sisa buangan pada hujung minggu akan

berkurangan berbanding hari minggu oleh kerana kebanyakkan pelajar pulang kerumah bagi

pelajar yang menetap berdekatan dengan USM.

1.6 Skop Projek

Sepertimana yang telah dijelaskan di Sesi 1.4, fokus kawasan kajian kami ialah di tiga

desasiswa di Kampus Induk iaitu di kawasan desasiswa Aman, Tekun dan Restu. Skop projek

kami ialah memfokuskan di tempat pengumpulan sampah di setiap kawasan desasiswa yang

dipilih. Untuk mengkaji perkara tersebut dengan lebih mendalam, kami telah menggunakan

pelbagai cara untuk mengetahui penggunaan plastik dalam kalangan pelajar. Antaranya

dengan melakukan pemerhatian kepadatan tempat pengumpulan sampah dengan beg plastik

(masalah utama). Pemerhatian tersebut telah dilakukan sebanyak sekali sehari iaitu, pada

waktu pagi sehingga 2 minggu berturut-turut bagi satu desasiswa dan proses bagi desa lain

dilakukan dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu melakukan pemerhatian sekali sehari

dalam masa 2 minggu berturut-turut bagi satu desasiswa. Selain itu, kami akan menyediakan

borang soal selidik dan menyuruh pelajar USM menjawab borang tersebut sewaktu hari

pameran dijalankan. Berdasarkan daripada soal selidik yang diberikan itu, kami dapat

mengkaji tentang kesedaran mereka terhadap penggunaan plastik yang makin berleluasa dan

15
menyebabkan pelbagai fenomena alam yang berlaku dan dapat melihat cara yang alternatif

bagi membendung perkara tersebut.

1.7 Aliran Projek dan Penjadualan

Untuk menyiapkan projek ini dengan cekap dan berkesan kami telah menyusun atur

jadual dengan baik dari awal hingga tarikh akhir penyerahan projek dan telah menyediakan

satu aliran projek yang tersusun. Satu carta aliran telah dibuat dan carta Grant digunakan

untuk menjadualkan projek yang dijalankan. Segala tugas oleh ahli kumpulan telah

direkodkan dalam jadual yang ditunjukkan di bawah.

1.7.1 Carta Aliran Projek

Sebuah carta aliran dibuat untuk menunjuk aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan

berkenaan projek ini. Hal ini dilaksanakan kerana untuk memastikan kerja projek ini berjalan

dengan lancar. Carta ini dibina melalui Microsoft Power Point.

Rajah 11: Carta aliran projek

16
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan carta yang diatas merupakan aliran projek secara keseluruhan.

Pembentukan kumpulan telah berlaku pada tarikh 18/9/2018. Terdapat 10 orang ahli dalam

kumpulan kami dan dikumpulkan menjadi kumpulan 12. Nama kumpulan kami ialah Green

Sustain Team (GST). Ketua kumpulan kami, Muhammad Syafiq Bin Mohd Hisham telah

dipilih sewaktu kumpulan kami ditubuhkan. Ketua kumpulan kami telah merekodkan info-

info yang penting berkenaan setiap ahli dalam kumpulan kami. Ketua kumpulan kami telah

membuka permesejan berkumpulan melalui aplikasi Whatsapp bagi memudahkan

perbincangan berkenaan projek ini. Setelah itu, kami semua bersepakati untuk bergambar di

hadapan pejabat Centre for Global Sustainability Studies (CGSS) pada 22/9/2018. Gambar

telah diambil adalah untuk disertakan sewaktu pembentangan akhir dan di lampirkan di

projek ini. Setelah itu, kumpulan kami telah berbincang berkenaan projek ini melalui

perjumpaan dan saluran media sosial iaitu di Whatsapp. Selepas berbincang kami telah

membahagi tugas antara kami. Setiap ahli telah diberikan amanah untuk menyiapkan projek

ini. Setelah itu, kami telah melawati kawasan kajian kami dan mula mengumpul data untuk

projek kami sehingga 6 minggu berturut-turut. Segala gambar dan data telah direkodkan oleh

ahli-ahli yang ditugaskan. Pengumpulan data ini berlangsung daripada 22 Oktober hingga 4

November 2018. Data telah direkodkan sebanyak sekali sehari iaitu di sebelah pagi.

Pengumpulan data pada waktu pagi bermula pada pukul 8 pagi. Selepas itu, sewaktu cuti

semester kami telah menyediakan borang soal selidik yang ingin dilakukan sewaktu pameran.

Selepas cuti semester pada tarikh 26/11/2018 pameran tersebut telah dilaksanakan. Pameran

tersebut akan berlangsung dihadapan Perpustakaan Hamza Sendut 1 (PHS 1). Sewaktu itu,

kami telah memberi borang soal selidik kepada pelajar-pelajar yang datang ke pameran. Pada

17
4/12/2018 kami telah menyelesaikan pembentangan kami dan kami telah menghantar projek

kami pada 25/12/2018 iaitu tarikh akhir penyerahan projek.

1.7.2 Carta Grantt

Berdasarkan carta aliran yang disediakan, carta Grantt ini telah diplotkan mengikut

minggu-minggu projek yang dijalankan. Carta ini telah digunakan untuk menjadualkan tugas-

tugas yang harus diselesaikan dan merancang tentang rancangan yang akan dijalankan

sepanjang projek ini dijalankan. Carta ini dihasilkan kerana untuk memastikan semua perkara

ini berjalan dengan lancar dan memastikan projek ini siap dalam masa yang ditetapkan.

Bil Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

1 Pembentukan
Kumpulan
2 Pengambaran dengan
ahli
3 Perbincangan antara
ahli kumpulan
berkenaan topik
4 Pemisahan tugas
5 Pemerhatian dan
kumpulkan data
untuk kajian
6 Penyediaan projek
dan soal selidik
7 Penyediaan pameran
8 Pameran

9 Analisis data dan


kumpulkan projek
10 Penghantaran projek

18
Minggu Tarikh (2018)
Minggu 1 10-16 September
Minggu 2 17-23 September
Minggu 3 24-30 September
Minggu 4 1-7 Oktober
Minggu 5 8-14 Oktober
Minggu 6 15-21 Oktober
Minggu 7 22-28 Oktober
Minggu 8 29 Oktober – 4 November
Minggu 9 5-11 November (Cuti Midsem)
Minggu 10 12-18 November
Minggu 11 19-25 November
Minggu 12 26 November- 2 Disember
Minggu 13 3-9 Disember

Rajah 12: Carta Aliran Grantt


Sumber: Kajian Lapangan, 2018

1.7.3 Tugasan setiap ahli

Tanggungjawab dan amanah setiap ahli telah direkodkan dan ditunjukkan di bawah. Setiap

tugasan telah dibahagikan secara samarata kepada semua ahli.

Jadual 1: Pembahagian tugas antara ahli

Nama Tugas
Muhammad Syafiq Bin Mohd Hisham - Kumpulkan rujukan untuk kajian

- Memberi cadangan dan membuat

perjumpaan antara ahli


Muhammad Aslam Bin Abdul Aziz - Menyiapkan Pengenalan

- Membuat analisis kajian


Nor Alwani Bt Mohd Ezanee - Sorotan Kajian
Nur Azlin Natasha Bt Nasir - Metadologi Kajian
Amirul Hannan Bin M.Yusri - Menyediakan soal selidik
Azwan Hafiz Bin Ibrahim - Membuat kajian kes

19
Muhamad Azim Bin Mohd Aziz - Kumpulkan kertas projek serta

lampiran
Muhammad Fakruhayat Bin Ab Rashid - Menyiapkan konklusi dan memberi

cadangan
Mohamad Syukri Bin Othman - Kawasan kajian
Mohd Hanis Bin Nashuno - Penghargaan dan Appendix

Manakala bagi pengumpulan data, sepuluh ahli berpisah dan menjadi sebanyak tiga

kumpulan yang asing umtuk mengumpulkan data-data kajian.

Jadual 2 : Setiap ahli yang berkerjasama dalam megumpulkan data.

Senarai ahli dalam pengumpulan data


Kumpulan Desasiswa Kumpulan Desasiswa Kumpulan Desasiswa

Aman Tekun Restu


1 Muhammad Aslam Bin Muhammad Syafiq Bin Mohamad Syukri Bin

Abdul Aziz Mohd Hisham Othman


2 Nor Alwani Bt Mohd Azwan Hafiz Bin Mohd Hanis Bin

Ezanee Ibrahim Nashuno


3 Nur Azlin Natasha Bt Muhammad Fakruhayat Muhamad Azim Bin

Nasir Bin Ab Rashid Mohd Aziz


4 Amirul Hannan Bin

M.Yusri

20
BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.0 KAJIAN LITERATUR

Kelestarian adalah suatu konsep dimana titik keseimbangan antara pembangunan

dunia dan kesejahteraan alam sekitar perlu diambil kira tanpa menjejaskan kedua-dua aspek

ini. dalam erti kata lain, konsep lestari ialah satu prinsip yang mendasari kepentingan kualiti

aspek ekonomi, sosial dan persekitaran dalam merancang pembangunan dan kesejahteraan

hidup yang bergantung secara langsung mahupun tidak langsung terhadap alam semulajadi.

Kelestarian boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang bagaimana sistem semula jadi berfungsi,

kekal pelbagai dan menghasilkan segala yang diperlukan oleh ekologi untuk kekal seimbang.

Namun demikian, jika dilihat kepada senario yang berlaku pada hari ini, kerakusan manusia

mengambil sumber alam tanpa kawalan untuk mengekalkan cara hidup moden yang dibina

telah memberi impak yang besar terhadap kelangsungan kelestarian dunia. Jika dilihat kepada

sejarah lalu, terdapat banyak contoh berkaitan sebuah tamadun yang telah merosakkan

persekitaran sekeliling dan memberi kesan serius kepada kelangsungan hidupnya sendiri.

Pada hari ini, peningkatan bilangan penduduk seluruh dunia dan dipacu pula dengan

kepesatan pembangunan dunia moden telah mendesak kepada pembangunan infrastruktur

yang meliputi keperluan manusia dan ekonomi. Pembangunan yang mencangkupi keperluan

sosial masyarakat seperti akses kepada kesihatan, pendidikan, perumahan dan kemudahan

awam telah menyumbang kepada kemusnahan alam semula jadi (Siti Khatijah Zamhari &

Christopher Perumal, 2016). Oleh itu untuk membendung permasalahan ini, pembentukkan

komuniti lestari berdasarkan pembangunan yang mematuhi prinsip-prinsip kelestarian

haruslah diperkukuhkan untuk memastikan masyarakat memahami kepentingan mengawal

sumber alam sekitar dan cakna tentang langkah yang perlu diambil untuk memastikan misi

ini tercapai.

21
Seiring dengan peningkatan pembangunan infrastuktur untuk memenuhi keperluan

manusia yang semakin meningkat, hal ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada

sifat kebergantungan yang tinggi terhadap ciptaan-ciptaan yang tidak mesra alam. Dalam

konteks kajian pengkaji, ciptaan yang dimaksudkan disini ialah penggunaan plastik secara

berleluasa tanpa kawalan namun tidak mempunyai sistem pengurusan plastik yang efektif.

Sejak daripada awal tahun 1950-an, dijangka sebanyak 8.3 bilion tan plastik dihasilkan (Rob

Cole, 2017). Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar sisa plastik ditanam di tapak

pelupusan sampah atau dibiarkan sahaja sehingga mencemari lautan dan kawasan luar bandar

di seluruh dunia. Data ini diperoleh melalui penyelidik Amerika Syarikat yang telah

menjalankan analisis pertama dunia tentang pengeluaran, penggunaan dan nasib plastik sejak

permulaan pembuatan besar-besarannya. Berdasarkan kajian, didapati bahawa manusia

menghasilkan sebanyak 8.3 bilion tan plastik pada tahun 2015, 6.3 bilion tan daripadanya

menjadi sisa buangan. Daripada semua plastik yang dibuang itu, hanya sembilan peratus

dikitar semula dan 12 peratus lagi dibakar manakala 79 peratus sisa pepejal terbabit dibiar

terkumpul di tapak pelupusan sampah atau terbiar di merata tempat (Utusan Online, 2017)

Menurut penulisan di dalam jurnal Science Advances (2017), jika trend ini tidak

dikawal, kira-kira 12 bilion tan sisa plastik akan dibuang ke tapak pelupusan atau

mencemarkan permukaan bumi menjelang tahun 2050. Jumlah ini adalah amat besar

sehinggakan jika kesemua 12 bilion tan plastik dikumpulkan, ia menjadi 35,000 kali lebih

berat daripada bangunan Empire State di New York. Keadaan ini sememangnya

membimbangkan kerana pencemaran plastik telah menjadi ancaman serius yang menjejaskan

alam sekitar marin. Menurut laporan The State of Plastic, pembungkusan plastik

mencangkupi separuh daripada sisa plastik di dunia. Antara barangan harian berasaskan

plastik yang kerap dijumpai sebagai sisa buangan ialah botol plastik, penutup botol,

pembungkus makanan, beg plastik, penyedut minuman dan lain-lain. Namun, sisa beg plastik

22
dilihat lebih dominan kerana rata-rata masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan beg

plastik untuk memudahkan urusan harian mereka.

Beg plastik mula diperkenalkan pada tahun 1970 dan mendapat populariti yang

semakin meningkat dalam kalangan pengguna dan peruncit. Ia boleh didapati dalam jumlah

yang banyak dan variati yang pelbagai. Dianggarkan bahawa sekitar 500 bilion beg plastik

digunakan setiap tahun di seluruh dunia. Faktor yang menyumbang kepada penggunaan beg

plastik secara meluas adalah disebabkan oleh harga yang murah, tahan lasak dan ringan untuk

digunakan (UN Environment, 2018). Namun realiti yang amat menyedihkan ialah sebilangan

besar beg plastik ini dibuang sebagai sisa selepas sekali penggunaan. Hal ini amat

membimbangkan kerana apabila sisa beg plastik ini menyerap masuk ke dalam tanah, ianya

akan meniggalkan kesan yang sangat buruk kepada alam sekitar. Hal ini demikian kerana,

beg plastik mampu bertahan sehingga 1000 tahun sebelum terurai. Beg plastik diperbuat

daripada bahan yang tidak boleh dikitar semula dimana pelbagai bahan mentah dan teknologi

digunakan untuk menghasilkannya. Namun bahan utama dalam penghasilan beg plastik ini

terdiri daripada petroleum dan gas asli. Sekiranya dibakar, proses ini akan membebaskan

karsinogen, sejenis toksik yang boleh menyebabkan kanser dan jika ditanam, bahan kimia

yang terurai akan mengeluarkan biphenol A dan oligomer yang boleh menjejaskan fungsi

hormon manusia dan haiwan. (Ahmad Ismail, 2017)

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan kajian dan penyelidikan yang

menyentuh tentang penggunaan dan pengurusan beg plastik di seluruh dunia. Namun untuk

kajian ini, pengkaji lebih memberi fokus kepada sebahagian aspek yang termasuk dalam

pembangunan lestari iaitu penggunaan plastik dalam kalangan pelajar Universiti Sains

Malaysia (USM).

23
2.1 ISU SELURUH DUNIA

Walaupun usaha untuk membendung isu penggunaan beg plastik ini sudah lama

dijalankan, namun langkah yang efektif dan predominan masih lagi kabur. Secara idealnya,

penggunaan beg plastik haruslah dilarang sama sekali di seluruh dunia. Tetapi realitinya,

masih banyak negara yang tidak mampu untuk melaksanakannya. Berdasarkan tinjaun kajian

terdahulu, negara-negara seperti Kanada, Eropah, China, Afrika Selatan dan beberapa negeri

di Amerika Syarikat masih meneruskan trend jangka masa panjang dengan bergantung

kepada konsep kitar semula dan penggunaan prinsip pengawasan produk (3R) untuk

menguruskan sisa beg plastik. Afrika Selatan dan Belgium misalnya mempunyai cukai dan

yuran beg plastik dan hasil daripada kutipan ini akan disalurkan untuk pengurusan kitar

semula beg plastik (All About Bags, 2012). Walaupun ini satu langkah yang baik, namun ia

dilihat tidak membantumengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan masyarakat.

Hal ini demikian kerana, larangan penggunaan beg plastik secara langsung sebenarnya satu

fenomena yang agak baru terutamanya bagi negara kelas ketiga seperti India dan Afrika.

Larangan sepenuhnya penggunaan beg plastik sangat jarang berlaku kerana diragui

keberkesanannya. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa kes dimana syarikat yang terkesan

daripada larangan ini menggunakan strategi tertentu untuk mengelakkan daripada

melaksanakan dasar ini. Ada juga pihak yang mencadangkan alternatif lain seperti

menggunakan beg kertas untuk menggantikan plastik namun langkah ini juga dilihat kurang

berkesan kerana lebih banyak sisa akan dibuang dan penghasilan gas rumah hijau turut akan

berlaku di samping meningkatkan lagi kos pemulihan sisa. Disebabkan faktor inilah negara

24
Taiwan menarik balik larangan penggunaan beg plastik dalam sektor perkhidmatan makanan

pada tahun 2006 (Lam, S.P & Chen, J.K, 2006)

Menyedari bahayanya kesan beg plastik kepada alam sekitar, tindakan drastik mula

dilakukan oleh beberapa negara. Pada tahun 2008, negara China mengharamkan beg ultra

nipis yang mempunyai ketebalan kurang daripada 0.025 milimeter (20 mikrometer) selain

mengenakan bayaran ke atas semua beg plastik. Pusat jualan runcit yang menyediakan beg

plastik secara percuma kepada pelanggan akan dikenakan denda sebanyak maksimum 10 ribu

Yuan. China juga sedang berusaha menggiatkan usaha kitar semula di setiap daerah yang

mempuyai kadar penggunaan beg plastik yang tinggi. Langkah ini mula diambil kerana

masyarakat Cina pada setiap hari hanya membeli dalam kuantiti yang sedikit kerana

kekurangan sistem penyimpanan sejuk beku. Penggunaan beg plastik untuk kegunaan

barangan yang sedikit dilihat tidak wajar. Sejak larangan ini mula dikuatkuasakan, dilaporkan

sebanyak 60 peratus penggunaan beg plastik berjaya dikurangkan. Pasar raya di China juga

turut mematuhi laranga ini namun masih tidak konsisten dan komprehensif di seluruh negara.

Hal ini demikian kerana, dilaporkan bahawa 80 peratus kedai runcit di kawasan luar bandar

dan 96 peratus pasaran makanan terbuka di seluruh Beijing terus menyediakan beg plastik

secara percuma (Brooks, A.L., Wang, S & Jambeck, J.R., 2018)

Kanada merupakan negara yang paling komited dalam menjalankan sistem

pengawasan produk iaitu mengurangkan, mengguna dan mengitar semula beg plastik. Beg

plastik yang masih diguna pakai akan dikumpulkan ke dalam bin biru dan dibawa semula ke

kedai runcit yang berkenaan. Kadar kitar semula di Kanada sangat tinggi tetapi berbeza

mengikut wilayah dimana wilayah Atlantik menduduki tempat pertama sebanyak 50 peratus,

diikuti oleh wilayah Ontario sebanyak 35 peratus dan British Colombia 32 peratus (All About

Bags, 2012). Kerajaan Kanada juga turut menjalankan strategi pengurangan dimana mereka

25
tidak cuba memaksa perubahan mendadak sehingga mengganggu tabiat membeli masyarakat.

Mereka berpegang kepada kefahaman bahawa pembinaan kesedaran dan pendidikan awam

mengenai beg plastik adalah penting untuk perubahan tingkah laku membeli masyarakat dan

ia proses yang berperingkat. Untuk memastikan perubahan yang berlaku ini kekal, kesedaran

itu haruslah hadir secara sukarela dan masyarakat itu sendiri memilih untuk berbuat

demikian, bukan kerana dipaksa. Strategi ini dilihat berjaya apabila ramai masyarakat Kanada

memilih untuk menggunakan beg plastik kitar yang dikitar semula. Dalam kaji selidik yang

dijalankan pada bulan Julai 2011 oleh Institusi Silverhill dalam Penyelidikan dan

Pemuliharaan Alam Sekitar, penduduk Toronto menunjukkan bahawa 58% telah menerima

pakai beg yang boleh diguna semula.1Recyc-Quebec, sebuah badan persekitaran kerajaan

Quebec, melaporkan bahawa 13.5 juta beg boleh digunakan semula telah dibeli di Wilayah

Quebec pada Januari 2011.

Di United Kingdom, peruncit dan industri beg plastik telah bekerjasama secara

sukarela sepanjang sedekad yang lalu untuk mengurangkan bilangan beg plastik yang

diedarkan. Inisiatif ini pada satu tahap dianggap berjaya. Peruncit di UK juga telah

bekerjasama dengan kerajaan untuk mencapai rangka kitar semula yang lebih efektif.

Pengharaman beg plastik dapat dilihat dengan jelas di beberapa bandar kecil di seluruh

United Kingdom. Apabila inisiatif pengurangan baru-baru ini gagal mencapai sasaran di

Wales dan Ireland Utara, Waled mula memperkenalkan yuran perundangan pada beg yang

disimpan oleh peruncit. Ireland Utara merancang untuk mengikut jejak langkah Wales

dengan undang-undang yang sama. Wales mula memperkenalkan yuran tersebut pada akhir

tahun 2011 dan menyaksikan kadar penurunan yang drastik dalam penggunaan beg plastik.

Manakala di Amerika Syarikat, San Fransico adalah bandar pertama di A.S untuk

melarang beg membeli-belah tidak biodegradasi dari pasar raya dan farmasi besar pada tahun

2007. Bandar ini mengarahkan pengguna beralih kepada penggunaan beg plastik, beg kertas

26
dan beg kitar semula. Pada awalnya bandar ini diboikot oleh komuniti pengitar semula kerana

mereka menganggap beg biodegradasi boleh dikompos ini dilihat sebagai bahan pencemar

yang mampu mengganggu sistem aliran kitar semula. Dalam komuniti yang melarang

penggunaan beg plastik ini, beg kertas dan penggunaan semula mula dipromosikan sebagai

alternatif kepada beg plastik di kedai runcit. Sejak tahun 2007, beberapa majlis perbandaran

di Amerika Syarikat mula mengenakan saman kepada pihak yang masih bertegas mengguna

dan mengedarkan beg plastik di pusat membeli belah.

Di bandar New York, pihak berkuasa memilih untuk mewajibkan konsep kitar

semula secara tegas kepada peruncit dan penduduk sekitar. Pada tahun 2012, bandar Seattle

dan Los Angeles mula melarang penggunaan beg plastik dan masyarakat digalakkan untuk

beralih kepada penggunaan beg kertas. Sementara itu di empat daerah Hawaii telah

menggunapakai beberapa larangan yang berlainan mengenai penggunaan beg plastik yang

menyebabkan peruncit, pengguna dan pengedar untuk menangani masalah undang-undang

dan keperluan. Menurut US Environmental Protection Agency (EPA), kadar kitar semula

untuk beg plastik, karung dan kantung adalah sebanyak 15% pada tahun 2010 dan telah

meningkat sejak 10 tahun yang lalu.

Bangladesh adalah antara negara pertama yang mula menguatkuasakan pengharaman

beg plastik di seluruh negeri pada tahun 2001. Tindakan drastik ini diambil kerana

kebimbangan berlakunya banjir apabila kebanyakan sistem saluran perairan mula tersumbat

akibat daripada beg plastik. Larangan ini dilihat sebagai langkah yang sesuai untuk mengatasi

masalah pengurusan sisa di sana yang tidak berkesan. Namun begitu, larangan ini menemui

kegagalan disebabkan oleh faktor kelonggaran dalam penguatkuasaan, beg yang boleh diguna

semula menjadi terlalu mahal untuk kebanyakan masyarakat dan penggunaan beg kertas yang

tidak praktikal untuk kehidupan masyarakat Bangladesh keranca mudah basah dan terkoyak

apabila mereka membeli barangan basah.

27
 New Zealand akan mengharamkan penggunaan beg plastik sekali guna (single use

plastic bag) dalam tempoh satu tahun akan datang. Dalam satu pengumumankerajaan

menegaskan, semua kedai di negara berkenaan diberikan tempoh selama enam bulan untuk

menyediakan beg plastik ringan atau berhadapan dengan denda sehingga NZ$100,000.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata kerajaan akan mengharamkan

penggunaan beg plastik sekali guna supaya alam sekitar New Zealand lebih bersih dan

terjamin. Menurut Arden, setiap tahun rakyat New Zealand menggunakan ratusan juta bag

plastik yang akhirnya akan mencemari perairan negara dan menganggu ekosistem

marin.Tambahnya, rakyat New Zealand mahu langkah diambil bagi mengatasi masalah

tersebut dan sejumlah 65,00 orang telah menandatangani satu petisyen yang meminta supaya

pengguna beg plasti sekali guna diharamkan.New Zealand merupakan antara negara di dunia

yang mempunyai kadar pengeluaran sampah urban tertinggi dengan sejumlah 750 juta beg

plastik membeli belah digunakan atau secara puratanya kira-kira 154 keping bagi setiap orang

setiap tahun.

28
2.2 BEG PLASTIK DI MALAYSIA

Satu kajian yang diterbitkan dalam Science tulisan Jambeck et al. (2015)

menganggarkan bahawa daripada 192 negara pesisir di dunia, Malaysia berada di kedudukan

ke-8 sebagai negara terbesar pengeluar sisa buangan plastik yang tidak diuruskan dengan

baik. Kajian ini menganggarkan pada tahun 2010 Malaysia telah menghasilkan 0.94 juta tan

sampah plastik yang disalah urus di mana 0.14 hingga 0.37 juta tan mungkin telah hanyut ke

lautan. 13 peratus daripada sisa pepejal di Malaysia terdiri daripada plastik Makala 55 peratus

pula adalah sisa

Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah berapa banyak sampah plastik yang tidak

terurus ini terdiri daripada beg plastik perbelanjaan harian? Malangnya tiada kajian yang teliti

dijalankan untuk menentukan jumlah yang sebenar atau berapa banyak beg plastik membeli

belah yang digunakan oleh rakyat Malaysia setiap tahun. Pelbagai anggaran kasar dinyatakan

oleh pihak yang terlibat bermula daripada 9 hingga 55 bilion beg plastik setahun. Namun,

angka ini dianggap tidak masuk akal dan tidak seimbang dengan jumlah penduduk Malaysia

terutamanya apabila dibandingkan dengan negara lain yang mempunyai penduduk yang lebih

ramai. Hal ini kerana kesemua 27 buah negara di Kesatuan Eropah dengan populasi gabungan

kira-kira 500 juta penduduk menggunakan sejumlah 86 bilion beg plastik pada tahun 2010,

tetapi populasi penduduk Malaysia hanya merangkumi 6 peratus daripada populasi Kesatuan

Eropah. Masalah dengan anggaran beg plastik di Malaysia ialah kebanyakan, jika tidak

semua, pemerhatian dilakukan dengan tidak formal.

Menurut data persamaan regresi linear yang dilakukan oleh Christopher Teh (2017)

yang menunjukkan hubungan antara jumlah tahunan penggunaan beg plastik dan purata

KDNK Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015, dianggarkan bahawa rakyat Malaysia

menggunakan sejumlah 3 bilion plastik dan jika dibundarkan menjadi 1 bilion beg setahun.

Jumlah ini adalah sama dengan negara jiran iaitu Singapura. Tetapi Singapura mempunyai

29
populasi yang lebih kecil daripada Malaysia. Ini bermakna penduduk Singapura

menggunakan hampir enam kali lebih banyak beg plastik dalam masa setahun jika

dibandingkan dengan Malaysia. Walaubagaimanapun Singapura 10 kali lebih cekap dalam

menguruskan sisa beg plastik berbanding Malaysia. Jadi walaupun penggunaan beg plastik

per kapita di Singapura lebih tinggi berbanding Malaysia, namun sisa beg plastik yang tidak

terurus 28 kali lebih rendah daripada Malaysia.

Sedar akan isu ini, Malaysia mula melancarkan kempen untuk tidak menggunakan

beg plastik pada setiap hari Sabtu. Namun usaha ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada

masyarakat. Ada yang mempersoalkan bagaimana mereka harus membawa barangan belian

dalam kuantiti yang banyak dan ada juga yang tidak bersetuju dengan cas 20 sen untuk satu

beg plastik. Komuniti pencinta alam pula menganggap langkah ini tidak membantu

mengurangkan penggunaan plastik kerana nilai cas yang rendah dan pengguna lebih memilih

untuk membayar beg plastik tersebut.

Persoalan yang timbul daripada reaksi ini ialah apakah alternatif lain yang sesuai

dan memuaskan semua pihak? Persoalan ini yang sering diabaikan dalam isu pelupusan beg

plastik. Alternatif yang popular ialah menggantikan beg plastik dengan beg kertas atau beg

tote. Namun penyelidikan telah menunjukkan bahawa beg kertas dan beg tote lebih tidak

mesra alam berbanding beg kertas. Satu kajian komprehensif yang dijalankan oleh kerajaan

Australia pada tahun 2007 menunjukkan beg kertas meninggalkan jejak karbon yang lebih

tinggi berbanding beg plastik disebabkan ketebalannya. Penyelidikan oleh Britain pada tahun

2011 menganggarkan bahawa beg kertas haruslah digunakan sebanyak empat kali untuk

mendapat kadar jejak carbon yang sama dengan beg plastik konvensional.

30
Dengan kata lain, menggantikan beg plastik dengan alternatif lain yang dinyatakan

dilihat mampu menyelesaikan satu masalah namun timbul masalah yang lain pula. Jadi

langkah mengenakan bayaran beg plastik dianggap yang terbaik buat masa kini terutamanya

untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam yang semakin rapuh ini.

Isu pengurusan beg plastik di Malaysia haruslah bermula di peringkat akar umbi

lagi iaitu menggiatkan program kitar semula. Malangnya, berapa banyak negara ini

mengamalkan kitar semula tidak dapat dipastikan. Mengikut anggaran kasar, peratusan kitar

semula bermula daripada 0 peratus sehingga 17 peratus. Laporan tahun 2011 untuk

Kementerian dan Kerajaan Tempatan menyatakan kadar kitar semula tahunan negara pada

hanya 7 kg sisa per kapita. Sekiranya ini benar, ini bermakna kadar kitar semula negara

Malaysia adalah kurang daripada 2 peratus meletakkan Malaysia di antara kedudukan

terendah sebagai negara yang kurang mengitar semula.

31
2.3 PENGURUSAN BEG PLASTIK DI PULAU PINANG

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dalam menangani

perkara ini. Hal ini kerana, kerajaan negeri menyedari bahawa beg plastik boleh mengundang

padah dan mudarat kepada masyarakat. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah

melaksanakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Negeri Pulau Pinang pada tahun

2011. Menurut Phee Boon Poh telah menyatakan bahawa idea yang dibawa oleh negeri Pulau

Pinang berkenaan beg plastik telah menjadi ikutan bagi negeri Johor, Melaka dan Perak.

Menurut beliau lagi, penduduk di negeri Pulau Pinang masih gagal dalam kesedaran terhadap

isu ini, malah mereka sanggup membayar 20 sen bagi setiap beg plastik. Oleh itu, kita dapat

mengetahui bahawa Pulau Pinang merupakan antara negeri yang mengemukakan idea yang

bernas yang menjadi ikutan ramai [ CITATION Fai16 \l 1033 ]. Hal ini selaras dengan

dasar Cleaner, Greener, Safer, Healthier & Happier Penang yang berhasrat untuk menjadikan

Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih, mempunyai alam sekitar yang hijau dan

mampan, selamat untuk didiami dan mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat.

Berteraskan kepada dasar ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara,

memulih serta mempertahankan alam sekitar dan ekosistem di Negeri Pulau Pinang (Penang

Goverment, 2017). Selain itu, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah yang

alternatif selain mengenakan bayaran bagi setiap beg plastik iaitu dengan mengedarkan beg

membeli belah secara percuma yang diperbuat daripada kain rentang yang terpakai. Hal ini

kerana, kerajaan negeri hendak memastikan konsep 3R (Reuse, Reduce and Recycle) dapat

dipraktiskan dalam kalangan rakyat (Lim Guan Eng, 2011).

32
2.4 Plastik di Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia merupakan salah satu universiti di negara ini yang dilihat

mempelopori perancangan kelestarian. Pelbagai inisiatif yang telah diambil untuk

mewujudkan suasana kampus hijau untuk keselesaan warga USM. Antara langkah yang

diambil untuk memastikan keadaan di kampus ini mesra alam adalah dengan mengatasi

masalah plastik. pada tahun 2009, Universiti Sains Malaysia telah berjaya menemuikaedah

penghasilan “plastik hijau” pertama di negara ini yang mampu menyelesaikan masalah

pencemaran global (Utusan Online, 2009). Plastik mesra alam ini dinamakan EnviroPlast dan

telah dihasilkan oleh penyelidik di university ini iaitu Profesor Hanafi Ismail. Menurut beliau

penciptaan plastik ini dilihat mampu mengatasi isu pelupusan bahan plastik.

EnviroPlast dihasilkan dengan menggunakan peralatan industri sedia ada dengan

kos kira-kira 10 peratus lebih rendah berbanding kaedah pengeluaran plastik yang digunakan

masa kini. Profesor Hanafi turut menyatakan bahawa ia lebih kuat dan tahan lasak serta boleh

dikawal tempoh pelupusan mengikut keperluan dan fungsi plastik berkenaan. Plastik

EnviroPlast dikatakan lebih mudah diurai kerana ia dihasilkan dengan menggunakan polimer

berasaskan alam semula jadi dan bahan kimia sistesis, DegraCham. Pemilihan bahan kimia

DegraCham adalah kerana sifatnya yang mampu menyerang dan membunuh rantai polimer

apabila plastik terdedah kepada suhu yang tinggi dan cuaca yang panas sehingga ia

menghuraikannya. Beliau menjalankan ujian keberkesanan terhadap rekaan ini selama enam

bulan dan terbukti ia berjaya. Lebih membanggakan produk ini juga berjaya melepasi

piawaian antarabangsa selain menerima geran sebanyak RM1 juta daripada USM untuk

menjalankan kajian berfokus dalam jangka masa lima tahun.

Selain itu, pada tahun Januari 2008, USM mengambil langkah drastik dengan

mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterin serta merta di semua kafeteria

universiti berkenaan (Mariatul Qatariah Zakaria, 2010). Program ini yang diberikan gelaran

33
“The White Coffin” menyeru para pelajar dan staf USM untuk membawa bekas makanan

sendiri yang boleh dicuci ketika membeli makanan di kafeteria. Perkara ini dilihat mampu

melatih warga USM untuk tidak bergantung kepada penggunaan polisterin dan memupuk

kesedaran tentang isu plastik. Selain larangan penggunaan bekas polisterin, pengusaha

kafeteria juga memberi kerjasama dengan melibatkan diri dalam kegiatan penggunaan

pembungkusa makanan mesra alam yang diperbuat daripada bahan buangan kelapa sawit.

Kempen White Coffin ini yang dilihat berjaya menyahkan penggunaan polisterin dan

mengurangkan plastik telah mendapat pelbagai pengiktirafan dunia. Kejayaan ini adalah hasil

daripada titik usaha penggemblengan tenaga pelbagai kepakaran untuk membangunkan eco-

hub dengan memanfaatkan sumber yang ada.

Di samping itu, beberapa penyelidik di USM juga berjaya mengemukakan idea

untuk menjadikan sisa buangan polisterin lebih bernilai dan selamat kepada alam sekitar.

Sekumpulan penyelidik USM telah menjadikan polisterin sebagai bahan asas pembuatan

perabot yang memberi nilai ekonomi kepada industri tersebut (Jabatan Pengurusan Sisa

Pepejal Malaysia, 2016). Menerusi kajian itu, sisa-sisa polisterina dicampurkan dengan

sejenis bahan pelarut dan bahan kimia untuk menjadikannya gam atau pelekat dan

kemudiannya berupaya diadun dengan sawit terbuang untuk dijadikan bahan gentian industri

perabot. Inovasi penyelidik saintis USM itu sekaligus membuktikan bahan pembungkus

mampu diubahsuai menjadi produk hiasan dalaman rumah. Kajian tersebut juga mendapati

campuran bahan-bahan itu mampu diproses menjadi sejenis komposit pelbagai guna yang

bernilai kepada industri pertukangan dan pembinaan negara.

Menurut Penyelidik Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Dr. Issam Ahmed

Mohammad, kajian yang dilakukan dalam tempoh kurang setahun itu beradasarkan kaedah

pemprosesan bahan larutan polisterina dengan sisa tandan kelapa sawit. Di Malaysia sahaja

misalnya terdapat lebih 280 000 tan buangan bekas polisterina yang telah digunapakai dan ini

34
memberi kesan yang efektif kepada pencemaran. Dengan hasil penemuan santifik ini dapat

membantu mengurangkan kadar pelupusan yang berlaku di negara ini sekaligus berpeluang

mengkomersialkan produk daripada bahan sisa buangan tersebut.

Menerusi idea kreatif pasukannya dalam mengitar semula sisa buangan polisterina,

sejenis gam atau damar turut dihasilkan daripada bahan yang serupa. Gam ini boleh

digunakan untuk pelbagai tujuan dan berupaya melekatkan segala jenis bahan termasuk pada

kayu dan kadbod. Penemuan inovasi ini turut memberi kemenangan kepada pasukan

peyelidik USM apabila membawa pulang pingat emas pada Ekspo Teknologi malaysia,

anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inivasi (MOSTI) di Pusat Dagangan Dunia Putra

(PWTC). Produk baru yang terhasil daripada penyelidikan itu dapat dibuat dengan kos yang

lebih murah dan dipercayai 20 peratus lebih rendah harganya berbanding dengan produk

berasaskan pengunaan bahan buangan polisterina tepat pada masanya dan boleh

dimanfaatkan orang ramai. Menurut beliau, ia sejajar dengan hasrat universiti untuk

mengurangkan kadar penggunaan bahan-bahan tidak mesra alam itu. Kejayaan penyelidikan

itu membuktikan ilmu sains boleh dimanfaatkan dan selepas ini polisterina mempunyai nilai

untuk diguna semula dengan kaedah lebih selamat berbanding dibuang begitu sahaja.

35
BAB 3: KAJIAN KES

3.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR AKIBAT PLASTIK

Pencemaran alam sekitar akibat daripada penggunaan plastik sangat

membimbangkan. Pencemaran plastik bukan hanya berlaku di atas darat malah, kawasan laut

turut terjejas. Hal ini menyebabkan banyak negara yang berhampiran laut terkena kesannya.

Pencemaran plastik di laut sudah lama dilaporkan dalam media, jurnal saintifik, perbincangan

antara badan bukan kerajaan (NGO) dan antara kerajaan di dunia. Namun begitu kita belum

mempunyai data yang lengkap tentang plastik yang memasuki ekosistem laut dan jaminan

pengurusan sisa plastik terbaik daripada semua pihak. Kes-kes pencemaran terutama kesan

plastik kepada haiwan sensitif seperti ikan paus, ikan lumba-lumba, penyu dan burung-

burung laut masih terus dilaporkan dan mendapat perhatian banyak pihak terutama

pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa dan tempatan serta ahli sains. Mungkin menerusi

kajian bersepadu tentang sisa pepejal, taraf ekonomi rakyat, kepadatan penduduk, taraf

pendidikan dan kualiti pengurusan sisa pepejal setiap negera boleh menganggarkan

pencemaran plastik sebenar di lautan.

Pada tahun 2010, laporan The Journal of Science 2015 tentang hasil kajian ke atas

192 negara yang bersempadan dengan laut mendapati 275 juta tan plastik dihasilkan dengan

99.5 tan sisa plastik mencemari pantai, 31.9 juta tan sisa plastik tidak diuruskan dengan baik

dan dianggarkan 4.8 hingga 12.7 juta tan memasuki ekosistem laut. Ini merupakan jumlah

yang besar dan dengan pertambahan pengeluaran, penggunaan plastik serta pengurusan sisa

plastik yang kurang mantap, jumlah plastik masuk ke laut menjadi ancaman yang besar

kepada hidupan laut dan manusia. Jika tanpa pengurusan sisa pepejal yang baik, adalah

dijangka pencemaran laut oleh plastik akan meningkat menjelang 2025. Laporan itu juga

menunjukkan negara Asia adalah antara yang terbanyak menyumbang kepada pencemaran

36
plastik ke lautan walaupun negara Amerika juga merupakan penyumbang yang utama. Sisa

plastik yang dibuang ke laut akan meningkatkan perhatian ahli sains dari segi kerosakan

ekosistem laut, keracunan ke atas haiwan laut, pencemaran bekalan makanan dan hakisan

bahan kimia dalam plastik. Plastik dijangka bertahan dalam ekosistem selama 100 tahun.

Penggunaan plastik akan terus meningkat dengan pertambahan penduduk, peningkatan

penggunaan, gaya hidup dan teknologi. Berdasarkan kepada penyelidikan, banyak laporan

tentang pereputan bahan yang terdiri daripada plastik di tapak pelupusan sampah. Misalnya

botol plastik antara antara 70 hingga 450 tahun dan beg plastik antara 500 hingga 1,000 tahun

bergantung kepada bahannya. Tempoh ini sangat lama dan boleh mengancam kesihatan

manusia dan alam sekitar amnya. Kajian yang dilaporkan dalam The Journal PLoS ONE

2014, paling kurang 5.25 trilion partikel plastik terapung di lautan dengan berat lebih kurang

268,940 tan. Tambahan lagi menerusi jaringan antarabangsa International Pellet Watch yang

berpusat di Tokyo, Jepun bagi memantau persistent organin pollutants (POPs) atau bahan

pencemar berterusan seperti Polybrominated Diphenyl Ethers (PBDEs), Polychlorinated

Biphenyls (PCBs) dan Dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT) menunjukkan bahan kimia

berbahaya diserap dan disebarkan melalui plastik. Pelet plastik boleh dijumpai di pantai di

seluruh dunia. Ia mudah dikutip di garisan air pasang pantai berpasir atau bersama bahan-

bahan seperti kayu atau cangkerang. Pelet plastik yang mudah dijumpai di pantai digunakan

sebagai agen pemantauan. Pemantauan bahan kimia seperti PBDEs adalah sebatian kimia

yang dicampur dalam plastik bagi menghalang daripada mudah terbakar. Bahan ini mudah

terlepas ke dalam alam sekitar dan berbahaya kepada kesihatan seperti boleh menyebabkan

kanser, kesan kepada perkembangan bayi dan keimunan.

37
Di Malaysia juga tidak dapat lari daripada pelet plastik di kawasan pantai.

Pencemaran pelet plastik di Pantai Bagan Lalang, Selangor misalnya sudah pun dilaporkan

oleh kajian yang diterbitkan dalam Malaysian Applied Biology Journal 2009. Selat Melaka

yang merupakan laluan utama dunia untuk kapal sudah tentu mengangkut bahan plastik ini

dan pelet ini juga didapati di pantai yang berhampiran dengan kilang plastik. Pelet plastik

dilaporkan mempunyai bahan kimia berbahaya seperti PCBs, DDT dan PBDEs. Butiran

plastik atau pelet plastik ini boleh tersalah makan oleh burung di kawasan pasang surut pantai

atau ikan-ikan semasa plastik ini terapung di air laut. Haiwan boleh keliru antara plastik dan

makanan semula jadi mereka. Bagi kebanyakan negara Asia yang membangun dengan cepat

demi status ekonomi rakyat, persaingan antarabangsa dan tidak mempunyai pengurusan

plastik yang baik telah menyebabkan pencemaran bahan plastik di laut yang mengancam

hidupan laut termasuk manusia. Lebih daripada 690 spesies hidupan laut terdedah kepada

pencemaran plastik. Penyu adalah yang selalu dilaporkan tersalah makan plastik yang

disangkanya obur-obor. Obor-obor adalah makanan utama kebanyakan penyu. Lebih kurang

17 peratus daripada spesies haiwan laut yang tertelan plastik atau terjerat dalam kekusutan

plastik adalah termasuk dalam senarai data merah spesies terancam Kesatuan Antarabangsa

Bagi Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN).

 3.1 PENYELESAIAN PENCEMARAN PLASTIK

Pelbagai langkah telah diambil bagi menyelesaikan kemelut masalah ini. Namun,

tanpa sokongan semua pihak, usaha ini adalah sia. Kita seharusnya mengambil contoh yang

dijalankan di beberapa buah negeri seperti di Selangor yang begitu serius menangani masalah

ini. Usaha ini bermula Januari 2017, dimana kerajaan negeri Selangor telah menguatkuasakan

caj 20 sen kepada penggunaan beg plastik di premis perniagaan. Langkah ini adalah lanjutan

daripada kempen tanpa beg plastik yang dilaksanakan di Selangor setiap Sabtu sebelum ini.

38
Langkah penguatkuasaan ini diharap dapat mengurangkan sisa buangan plastik. Ini adalah

kerana, statistik pembuangan sisa plastik di Malaysia amat membimbangkan. Menurut

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu

sembilan peratus atau RM163 juta. Seperti yang sedia maklum sisa plastik yang telah

digunakan mengambil masa beratus tahun untuk diuraikan. Jadi amat wajar jika langkah

mengurangkan penggunaan beg plastik dijalankan dengan segera. Bagaimanapun, langkah

kerajaan negeri itu disambut dengan pelbagai reaksi daripada rakyat negeri Selangor. Ada

yang menyokong penuh usaha tersebut dan ada juga yang menyokong tetapi mempersoalkan

kewajaran caj sebanyak 20 sen dikenakan kepada pengguna. Dalam masa sama ada juga

golongan yang skeptikal dan langsung tidak menyokong langkah kerajaan negeri ini dalam

usaha mengurangkan penggunaan beg plastik. Pada hakikatnya, jika dilihat dari segi

kesediaan pengguna di Malaysia untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, situasinya

masih di tahap yang tidak memuaskan. Justeru, kesediaan pengguna perlu ditingkatkan

dengan pelbagai cara antaranya dengan memberi maklumat tentang kepentingan

mengurangkan penggunaan plastik. Namun begitu, maklumat sahaja tidak memadai untuk

meningkatkan kesediaan pengguna mencari alternatif menggantikan beg plastik. Banyak

kajian yang menunjukkan memberikan maklumat sahaja tidak mampu menggerakkan

individu untuk bersedia melakukan sesuatu perkara. Contohnya seperti maklumat tentang

pencemaran alam sekitar yang disampaikan dalam kempen-kempen kesedaran. Bagi

memastikan kempen mencapai matlamat, maklumat tentang alam sekitar perlu disusuli

dengan beberapa faktor pendorong lain. Antaranya menjadikan kesedaran memelihara alam

sekitar sebagai budaya setempat. Begitu juga dengan kempen mengurangkan penggunaan beg

plastik. Pihak berkaitan sewajarnya menyediakan beg kertas atau kotak percuma kepada para

pengguna. Pengguna yang tidak menggunakan beg plastik juga boleh diberikan rebat tunai

ataupun kupon percuma.

39
Kaedah sebegini ini dari segi psikologi dikenali sebagai peneguhan positif. Peneguhan

positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku

berulang-ulang. Sebaliknya pendekatan yang diguna pakai oleh kerajaan negeri Selangor

adalah dengan menggunakan faktor ekonomi iaitu dengan memaksa pengguna membayar 20

sen jika ingin menggunakan beg plastik.

Dari segi psikologi, kaedah sebegini dipanggil peneguhan negatif. Kedua-dua kaedah

sama ada peneguhan positif atau negatif mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua

kaedah mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Sungguhpun begitu penerimaan individu terhadap peneguhan negatif ini tidak disambut

dengan begitu baik terutama ketika rakyat dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barang.

Budaya masyarakat setempat juga memainkan peranan penting dalam mendorong individu

melakukan sesuatu tindakan. Dalam konteks penggunaan beg plastik, budaya masyarakat di

Malaysia sinonim dengan penggunaan beg plastik sama ada di kedai, pasar malam dan juga

di pasar raya. Budaya membawa beg sendiri untuk membeli-belah masih asing dalam

masyarakat Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah ramai pengguna memilih untuk membayar 20

sen daripada membawa beg sendiri ketika membeli-belah. Hakikatnya, untuk membudayakan

sesuatu amalan pasti memakan masa yang lama. Sehubungan itu, tidak mungkin dalam

jangka masa terdekat ini perubahan yang diharapkan akan menunjukkan hasil secara drastik.

Justeru disyorkan amalan mengurangkan beg plastik hendaklah bermula dari rumah dan

seterusnya komuniti.

40
BAB 4: METODOLOGI

4.0 Metodologi

Menurut Chua (2014), penyelidikan merupakan satu langkah yang memastikan maklumat

yang diperoleh munasabah dan disokong oleh data-data yang bersifat kuantitatif ataupun

kualitatif. Proses pengumpulan data berlaku secara terus sama ada daripada individu,

kumpulan individu, dokumentasi serta pelbagai sumber maklumat yang lain. Ia merupakan

satu proses yang sistematik yang melibatkan perancangan kaedah penyelidikan, pengumpulan

data, penghuraian data dan pelaporan untuk menjawab kepada masalah kajian.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan metodologi sebagai sistem yang

merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan

sebagainya. Oleh itu, metodologi kajian adalah satu set perancangan yang membolehkan

seseorang pengkaji menjalankan kajiannya. Ia meliputi seluruh usaha yang dilakukan oleh

pengkaji dari mengenal pasti permasalahan hinggalah ke tahap pengutipan dan penganalisaan

data. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh hal yang demikian,

pilihan teknik untuk mengumpul data seharusnya dipilih dengan memerlukan perhatian yang

teliti. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesuatu kaedah yang sesuai dan serasi untuk

mengumpul data yang baik akan membolehkan data yang diperolehi relevan dan berkualiti

tinggi seterusnya mampu menentukan kualiti sesuatu penyelidikan belajar berada di tahap

yang baik.

Melalui kajian ini, kumpulan kami telah memilih untuk menjalankan kajian berkaitan

dengan kekerapan penggunaan plastik dalam kalangan pelajar di asrama Aman Damai, Tekun

dan Restu di Universiti Sains Malaysia. Bagi memastikan data yang dikumpul adalah tepat,

kami telah menggunakan beberapa siri kaedah kajian antaranya adalah kaedah pemerhatian

iaitu dengan menggunakan kaedah kuantitatif sebagai aspek pengukuran, pameran, soal

selidik, dan penyelidikan dalam talian dan perpustakaan. Setiap data yang dikumpul melalui

41
pemerhatian dan borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif

dengan mencari kekerapan dan peratusan. Selain itu, kami turut menganalisis data secara

kualitatif.

4.1 Kaedah Pemerhatian

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, pemerhatian merupakan perihal atau

berbuatan memerhati atau mengamati sesuatu perkara. Kaedah ini merupakan salah satu

kaedah yang dilakukan dalam sesebuah kajian bagi memenuhi aspek penyelidikan dan

pengumpulan maklumat untuk kajian yang dilakukan. Kaedah ini telah diambil oleh kami

sebagai medium utama untuk menyokong kesahihan maklumat yang diperolehi melalui soal

selidik. Kaedah ini juga tidak memerlukan masa yang panjang berbanding kaedah soal

selidik.

Kaedah pemerhatian digunakan semasa lawatan kami ke kawasan kajian untuk

memerhati kekerapan penggunaan plastik di kawasan yang dikaji secara langsung. Maklumat

yang diperoleh adalah maklumat primier yang sahih sewaktu kajian lapangan dilakukan. Alat

bantu seperti kamera dan kertas catatan turut digunakan untuk merekod pemerhatian yang

telah dilakukan oleh kami. Pemerhatian dibuat adalah berdasarkan perancangan yang baik

dan teliti supaya ia bertepatan dengan tujuan utama kaedah ini dilakukan. Pemerhatian juga

dilakukan secara sistematik bagi memastikan setiap data yang dikumpulkan adalah tepat dan

sesuai untuk digunakan.

4.2 Pengukuran kuantitatif

Pengukuran kuantitatif merupakan salah satu kaedah yang tidak asing lagi digunakan

dalam sesebuah kajian bagi mendapatkan maklumat dalam bentuk kuantitatif dan data.

Amnya, maklumat dan data yang diperolehi adalah berdasarkan kuantiti yang telah didapati

semasa pengukuran dijalankan. Melalui kajian kami ini, pengukuran kuantitatif telah

dijadikan langkah utama dalam mengukur kekerapan penggunaan plastik dalam kalangan

42
pelajar di desasiswa Aman Damai, Tekun dan Restu di USM. Langkah pengukuran yang

diambil adalah seimbang dan sama rata di setiap desasiswa yang telah dipilih manakala bagi

unit pengukuran yang digunakan pula adalah hanya mengikut kepadatan tong sampah di

setiap bilik yang terdapat di desasiswa yang dipilih sahaja dan telah dibahagi kepada tiga

kategori iaitu “Penuh”, “Sederhana”, dan “Kurang”. Proses pengukuran kuantitatif dan

pengumpulan data ini telah dilakukan selama enam minggu bermula dari 08 Oktober hingga

25 November 2018. Sampah sarap berupa plastik yang dibuang secara berterusan diukur

selama dua minggu berturut-turut untuk setiap desasiswa bagi memastikan maklumat yang

diperolehi boleh dipercayai dan tepat. Proses pengumpulan maklumat dilakukan sebanyak

satu kali sehari iaitu pada waktu pagi iaitu, pada pukul 8 pagi dan setiap ahli kumpulan telah

dibahagikan kepada tiga pasukan mengikut desasiswa yang dipilih sebagai lokasi kajian.

4.3 Pameran

Pada 26 November 2018, kumpulan kami telah membuka booth di hadapan

Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia bermula jam 8.00 pagi sehingga jam

5.00 petang. pada hari tersebut, kami telah menjelaskan tentang produk kami iaitu kerusi

serbaguna. Kerusi serbaguna merupakan cantuman daripada bahan-bahan yang terbuang

conthnys botol plastik sebagai bentuk kerusi. Kami menghias kerusi tersebut dengan cakera

padat yang dipatahkan secara kecil-kecilan. Selain itu, kami mengedarkan borang soal selidik

yang mensasarkan pelajar terutamya siswa-siswi USM. Tinjauan yang dilakukan adalah

dengan kaedah mengemukakan soal selidik kepada para pelajar yang berkunjung ke booth

kami. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, kami mendapati bahawa kesedaran terhadap

kelestarian sangat tipis.

43
4.4 Soal selidik

Kaedah soal selidik merupakan antara satu platform yang digunakan dalam kajian.

Pada dasarnya, ia merupakan satu set soalan yang lengkap dengan soalan khusus yang

berkaitan dengan projek kajian kami. Misalnya, soalan khusus untuk mendapatkan maklumat

dan pengumpulan data dibuat untuk tujuan dianalisis. Sehubungan dengan itu, penggunaan

soal selidik mestilah melalui borang soal selidik yang mempunyai soaan yang strategik yang

dapat dijawab oleh responden dengan mudah dan lancar. Soalan yang ditanya juga haruslah

sesuai dengan keobjekifan kajian dan bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami oleh

setiap kumpulan responden agar mereka dapat menjawab dengan baik. Soal selidik diedarkan

kepada mahasiswa USM melalui aplikasi dalam talian iaitu Google Docs. Seterusnya,

maklum balas daripada responden diambil dan dianalisis. Borang soal selidik turut diletakkan

sebagai lampiran dalam penulisan kajian kami.

4.5 Penyelidikan dalam talian dan perpustakaan

Dalam kajian ini, penyelidikan dalam talian sumber kepustakaan turut digunakan. Hal

ini demikian kerana, kaedah ini sangat membantu kami untuk mendapatkan lebih banyak lagi

maklumat sama ada dalam internet, buku dan rujukan kepustakaan. Sehubungan dengan itu,

banyak bahan boleh dirujuk dengan malayari internet yang mana kaedah ini dapat membantu

kami untuk mengembangkan lagi pengetahuan serta dapat menyelesaikaan projek kami

dengan mudah. Sumber di internet juga mudah diakses kerana terdapat maklumat dan

tambahan yang spesifik mengenai skop projek ini. Kaedah buku rujukan di perpustakaan

diambil dan dianalisis untuk membantu dalam penyelesaian projek kami. Bukan itu sahaja,

buku dan jurnal turut diperolehi melalui sumber kepustakaan ini.

44
45
BAB 5: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

5.0 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis dan dapatan kajian telah dilaksana berdasarkan metadologi yang

dikemukakan untuk melaksanakan projek ini seperti pemerhatian, pengukuran kuantitatif,

menjalankan kaji selidik. Berdasarkan pemerhatian, kami telah merekodkan bahan

pembuangan plastik yang diperoleh daripada desasiswa yang terpilih iaitu Desasiwa Restu,

Aman dan Tekun. Selain itu, menurut pengukuran kuantitatif kami telah mengambil masa

selama enam minggu dan dua minggu setiap desa. Kami memerlukan masa yang lama untuk

mengumpul data tersebut kerana di setiap desa tersebut mempunyai barang buangan plastik

yang banyak. Kami telah menjalankan pemerhatian kami setiap hari pada waktu pagi. Data

tersebut telah dikutip dan diplotkan sebagai carta bar. Analisis tersebut telah dibuat bagi

menerangkan trend data yang telah direkodkan. Tambahan lagi, borang soal-selidik telah

diedarkan sewaktu pameran kami dilaksanakan dan hanya mensasarkan kepada pelajar USM.

Dengan menjalankan soal selidik ini, kami dapat memperoleh permasalahan yang utama

tentang penggunaan bahan buangan plastik. Setiap soalan di borang soal-selidik tersebut telah

dikaji dan dianalisis dalam bentuk carta pai.

5.1 Dapatan Kajian di Desasiswa Tekun, Restu dan Aman.

Tempat sasaran bagi kajian kami adalah di Desasiswa Tekun, Restu dan Aman. Kami

telah menfokuskan di setiap tong sampah yang terdapat dalam setiap desa. Pengukuran

kuantitatif telah dilaksanakan di tempat tersebut. Unit pengukuran yang digunakan dalam

kajian kami ini ialah kurang penuh, sederhana penuh dan penuh. Pengukuran tersebut telah

dilaksanakan pada setiap hari pada waktu pagi. Bahan buangan plastik telah dibuang telah

direkodkan selama 14 hari bagi setiap desasiswa dan 6 minggu bagi keseluruhan tiga

desasiswa supaya mendapatkan data yang lebih komprehensif. Data yang telah direkodkan

telah dinyatakan dalam sesi 5.1.1.

46
5.1.1 Kuantiti bagi bahan buangan plastik

5.1.1.1 Kuantiti bahan buangan plastik yang berada di Desasiwa Tekun.

Setelah melakukan pengukuran kuantitatif, data yang telah direkodkan telah disusun

dalam bentuk jadual.

Jadual 3: Kuantiti bahan buangan plastik yang terdapat di Desasiswa Tekun untuk dua
minggu.

Tarikh Waktu Jumlah Bahan Buangan Plastik Mengikut Tong Sampah


(2018) (Petang) Tekun Lelaki Tekun Perempuan
Kurang Sederhana Penuh Kurang Sederhana Penuh
8/10 (Isnin) 7.30 3 5 136 13 11 120
9/10 (Selasa) 7.30 4 6 134 10 17 117
10/10 (Rabu) 7.30 3 7 134 12 26 106
11/10 (Khamis) 7.30 2 7 135 14 15 115
12/10 (Jumaat) 7.30 3 5 136 8 14 122
13/10 (Sabtu) 7.30 2 14 128 7 16 121
14/10 (Ahad) 7.30 2 8 134 8 17 119
15/10 (Isnin) 7.30 3 10 131 5 13 126
16/10 (Selasa) 7.30 2 8 134 19 11 114
17/10 (Rabu) 7.30 1 7 136 4 18 122
18/10 (Khamis) 7.30 2 10 132 18 22 104
19/10 (Jumaat) 7.30 3 12 129 9 17 118
20/10 (Sabtu) 7.30 2 11 131 8 23 113
21/10 (Ahad) 7.30 3 10 131 7 30 107
Jumlah 35 120 1861 142 250 1624

Berdasarkan Jadual 3, kuantiti bahan buangan plastik yang diperoleh daripada

Desasiswa Tekun telah diukur dan direkodkan selama 2 minggu. Data ini telah dikutip

bermula daripada 8 Oktober 2018 hingga 21 Oktober 2018. Pemerhatian ini telah dijalankan

selama dua minggu (14 hari). Waktu pemerhatian hanya pada waktu pagi iaitu pada pukul 8

pagi sahaja. Di Desasiswa Tekun terdapat dua blok. Satu daripada blok tersebut merupakan

blok lelaki manakala yang satu lagi merupakan blok perempuan. Kaedah yang digunakan

dalam pemerhatian tersebut ialah dengan melihat kepadatan sampah dan membahagikan

kepada tiga jenis pengukuran iaitu kurang, sederhana dan penuh. Jumlah bagi keseluruhan

47
data tersebut telah dikira melalui Excel Spreadsheet dan jumlah tong sampah yang terdapat di

desasiswa tersebut ialah sebanyak 144 bagi setiap blok.

Carta Bar berkenaan data tersebut di Desasiswa Tekun telah diplotkan berdasarkan

data yang diperoleh selama 14 hari.

Kuanti ti Bahan Buangan Plasti k Yang Terdapat Di


Desasiswa Tekun Lelaki Untuk Dua Minggu Pada
Tahun 2018
160
136 134 134 135 136 134 131 134 136 132 129 131 131
140 128
120
100
80
60
40
14 12 11
20 3 5 4 6 3 7 2 7 3 5 2 2 8 3 10 2 8 1 7 2
10 3 2 3 10
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 13: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Tekun
Lelaki
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 13, kuantiti bagi bahan buangan plastik di Desasiswa Tekun

Lelaki telah diplotkan dalam bentuk carta bar. Berdasarkan carta bar tersebut, kita dapat

melihat trend keseluruhan bagi bahan buangan plastik yang diperolehi di desasiswa tersebut.

Sebagai contohnya, pada 8 Oktober 2018 kuantiti bahan buangan plastik di desasiswa

tersebut, sebanyak 136 tong sampah telah padat dengan bahan buangan plastik manakala

hanya tiga tong sampah di desasiswa tersebut mengandungi bahan buangan plastik dalam

kategori kurang. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah pada hari

tersebut merupakan hari pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, semua pelajar yang

48
tinggal di desasiswa buang bahan buangan di tong sampah yang berdekatan dengan bilik

mereka dan apabila melihat kepada data yang diperoleh dapat diketahui bahawa majoriti

pelajar masih bergantung kepada bahan yang diperbuat daripada plastik dan yang dominan

ialah pengunaan beg plastik. Pada hari- hari yang lain menunjukan trend yang lebih kurang

sama sahaja.

Kuanti ti Bahan Buangan Plasti k Yang Terdapat Di


Desasiswa Tekun Perempuan Untuk Dua Minggu
Pada Tahun 2018
140 126
120 117 122 121 119 122 118
120 115 114 113
106 104 107
100
80
60
40 26 30
17 17 19 18 1822 17 23
1415 16
20 1311 10 12 8 14 7 8 5
13 11
4 9 8 7
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 14: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Tekun
Perempuan
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 14 kuantiti bagi bahan buangan plastik di Desasiswa Tekun

Perempuan telah diplotkan dalam bentuk carta bar. Berdasarkan carta bar tersebut, kita dapat

melihat aliran keseluruhan bagi bahan buangan plastik yang diperolehi di desasiswa tersebut.

Sebagai contohnya, pada hari Rabu, 18 Oktober 2018 merupakan hari yang paling kurang

bahan buangan plastik yang diperoleh daripada desasiswa tersebut. Hal ini kerana, data

tersebut menunjukan tong sampah yang berada di kategori “Penuh”, jumlahnya ialah

sebanyak 104 tong sampah. Secara tidak langsung, hal ini menunjukan bahawa kita dapat

mengurangkan penggunaan bahan yang mengandungi plastik dan secara dominannya ialah

beg plastik. Selain itu, berdasarkan carta bar tersebut jika dibandingkan dengan Desasiswa

49
Tekun Lelaki kita dapat melihat bahawa penghuni di Desasiswa Tekun Perempuan

penggunaan bahan plastik adalah kurang berbanding di Desasiswa Tekun Lelaki.

5.1.1.2 Kuantiti bahan buangan plastik yang berada di Desasiwa Restu.

Jadual 4: Kuantiti bahan buangan plastik yang terdapat di Desasiswa Restu untuk dua
minggu.
Tarikh Waktu Jumlah Bahan Buangan Plastik Mengikut Tong Sampah
(2018) (Petang) Restu Lelaki Restu Perempuan
Kurang Sederhana Penuh Kurang Sederhana Penuh
22/10 (Isnin) 7.30 7 13 110 5 20 105
23/10 (Selasa) 7.30 6 16 108 4 22 104
24/10 (Rabu) 7.30 7 18 105 6 21 103
25/10 (Khamis) 7.30 6 15 109 3 16 111
26/10 (Jumaat) 7.30 8 17 105 2 25 103
27/10 (Sabtu) 7.30 5 16 109 5 19 106
28/10 (Ahad) 7.30 5 17 108 4 20 106
29/10 (Isnin) 7.30 6 12 112 6 22 102
30/10 (Selasa) 7.30 6 10 114 2 23 105
31/10 (Rabu) 7.30 7 12 111 3 26 101
1/11 (Khamis) 7.30 7 15 108 5 19 106
2/11 (Jumaat) 7.30 6 14 110 7 18 105
3/11 (Sabtu) 7.30 7 12 111 8 22 100
4/11 (Ahad) 7.30 6 13 111 10 27 93
Jumlah 89 200 1531 70 300 1450

Berdasarkan Jadual 4, kuantiti bahan buangan plastik yang diperoleh daripada

Desasiswa Restu telah diukur dan direkodkan selama dua minggu. Data ini telah dikutip

bermula daripada 22 Oktober 2018 hingga 4 November 2018. Pemerhatian ini telah

dijalankan selama dua minggu (14 hari). Waktu pemerhatian adalah pada waktu pagi iaitu

pada pukul 8 pagi sahaja. Di Desasiswa Restu juga terdapat dua blok. Satu blok merupakan

lelaki manakala yang satu lagi merupakan blok perempuan. Jumlah tong sampah yang

terdapat di desasiswa ini ialah sebanyak 130 bagi setiap blok dan jumlah bagi keseluruhan

data tersebut telah dikira melalui Excel Spreadsheet.

50
Carta bar telah diplotkan berdasarkan data yang dikumpulkan selama 14 hari di

Desasiswa Restu.

Kuantiti Bahan Buangan Plastik Yang Terdapat Di


Desasiswa Restu Lelaki Untuk Dua Minggu Pada
Tahun 2018
120 110 109 109 112 114 111 110 111 111
108 105 105 108 108
100
80
60
40
16 18 15 17 16 17 15 14
20 7 13 6 7 6 8 6
12
6 10 7 12 7 6 7 12 6
13
5 5
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 15: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Restu
Lelaki
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 15 kita dapat melihat kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di

Desasiswa Restu Lelaki yang telah diplotkan dalam carta bar. Sebagai contoh, apabila kami

lihat pada tarikh 30 Oktober 2018 dapat diketahui bahawa jumlah tong sampah yang

memenuhi kategori “Penuh” adalah terbanyak berbanding hari-hari yang lain. Berdasarkan

trend carta ini juga menunjukkan penggunaan bahan plastik adalah sangat tinggi dalam

kalangan penghuni atau pelajar USM di Desasiswa Restu.

51
Kuanti ti Bahan Buangan Plasti k Yang Terdapat Di
Desasiswa Restu Perempuan Untuk Dua Minggu
Pada Tahun 2018
120 111 106 106 106
105 104 103 103 102 105 101 105 100
100 93
80
60
40 26 27
20 22 21 25 20 22 23 22
16 19 19 18
20 6 6 7 8 10
5 4 3 2 5 4 2 3 5
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 16: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Restu
Perempuan
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 16, data yang diperoleh melalui pemerhatian yang kami jalankan tentang

kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiwa Restu Perempuan telah diplotkan

data tersebut bentuk carta bar. Carta ini menunjukkan bahawa penghuni di Desasiswa Restu

Perempuan menunjukkan penggunaan bahan yang berasaskan plastik adalah kurang

berbanding Desasiswa Restu Lelaki. Sebagai contoh, pada 4 November 2018 menunjukan

jumlah tong sampah yang berada di kategori “Penuh” adalah data yang paling kurang

berbanding hari yang lain. Selain itu, faktor yang seterusnya adalah kerana pada hari

kesokanya merupakan hari cuti mid-semester dan disebabkan hal tersebut menunjukan

pengurangan peghuni pada hari tersebut.

5.1.1.3 Kuantiti bahan buangan plastik yang berada di Desasiwa Aman.

Jadual 5: Kuantiti bahan buangan plastik yang terdapat di Desasiswa Aman Lelaki
untuk dua minggu.
Tarikh Waktu Jumlah Bahan Buangan Plastik Mengikut Tong Sampah

52
(2018) (Petang) Aman Lelaki 1 Aman Lelaki 2
Kurang Sederhana Penuh Kurang Sederhana Penuh
12/11 (Isnin) 7.30 1 1 1 0 1 2
13/11 (Selasa) 7.30 0 0 3 0 0 3
14/11 (Rabu) 7.30 0 1 2 0 1 2
15/11 (Khamis) 7.30 0 1 2 1 2 0
16/11 (Jumaat) 7.30 0 1 2 0 2 1
17/11 (Sabtu) 7.30 0 2 1 0 0 3
18/11 (Ahad) 7.30 0 1 2 0 0 3
19/11 (Isnin) 7.30 0 1 2 1 1 1
20/11 (Selasa) 7.30 1 1 1 0 1 2
21/11 (Rabu) 7.30 0 0 3 0 1 2
22/11 (Khamis) 7.30 0 0 3 0 0 3
23/11 (Jumaat) 7.30 0 0 3 1 1 1
24/11 (Sabtu) 7.30 0 0 3 0 1 2
25/11 (Ahad) 7.30 0 1 2 1 1 1
Jumlah 2 10 30 4 12 26

53
Jadual 6: Kuantiti bahan buangan plastik yang terdapat di Desasiswa Aman Perempuan
untuk dua minggu.

Tarikh Waktu Jumlah Bahan Buangan Plastik Mengikut Tong Sampah


(2018) (Petang) Aman Perempuan 1 Aman Perempuan 2
Kurang Sederhana Penuh Kurang Sederhana Penuh
12/11 7.30 1 1 1 0 1 2
13/11 7.30 0 0 3 1 0 2
14/11 7.30 0 1 2 0 1 2
15/11 7.30 0 1 2 1 2 0
16/11 7.30 0 1 2 0 1 2
17/11 7.30 0 0 3 0 0 3
18/11 7.30 0 1 2 0 0 3
19/11 7.30 0 1 2 1 1 1
20/11 7.30 1 0 2 0 0 3
21/11 7.30 0 0 3 0 0 3
22/11 7.30 0 0 3 0 0 3
23/11 7.30 0 0 3 1 0 2
24/11 7.30 0 0 3 0 0 3
25/11 7.30 1 0 2 1 0 2
Jumlah 3 6 33 5 6 31

Berdasarkan Jadual 5 dan Jadual 6, kuantiti bahan buangan plastik yang diperoleh

daripada Desasiswa Aman Lelaki telah diukur dan direkodkan selama 2 minggu. Data ini

telah dikutip bermula daripada 12 November 2018 hingga 25 November 2018. Pemerhatian

ini telah dijalankan selama dua minggu (14 hari). Waktu pemerhatian hanya pada waktu pagi

iaitu pada pukul 8 pagi sahaja. Di Desasiswa Aman terdapat empat blok. Dua daripada blok

tersebut merupakan blok lelaki manakala yang dua lagi merupakan blok perempuan.

Desasiswa Aman ini hanya mempunyai 3 tong sampah bagi setiap blok Jumlah bagi

keseluruhan data tersebut telah dikira melalui Excel Spreadsheet.

Carta Bar berkenaan data tersebut di Desasiswa Aman telah diplotkan berdasarkan

data yang diperoleh selama 14 hari.

54
Kuanti ti Bahan Buangan Plasti k Yang Terdapat Di
Desasiswa Aman Lelaki 1 Untuk Dua Minggu Pada
Tahun 2018
3.5
3 3 3 3 3
3
2.5
2 2 2 2 2 2 2
2
1.5
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
1
0.5
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 17: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Aman
Lelaki 1
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 17, menunjukkan data yang diperoleh berdasarkan pemerhatian iaitu data

kuantiti bahn buangan plastik yang diperolehi daripada Desasiswa Aman Lelaki 1 telah

diplotkan dalam bentuk carta bar. Berdasarkan carta bar tersebut dapat dilihat bahawa

penggunaan bahan yang berasaskan plastik agak tinggi juga. Sebagai contoh, pada hari Selasa

(13 November 2018) telah menunjukan ketiga-tiga tong sampah dipenuhi dengan sampah

yang berasaskan plastik Jika kita melihat daripada trend carta ini dapat disimpulkan bahawa

apabila kurang tong sampah semestinya sampah pun akan berkurangan.

55
Kuanti ti Bahan Buangan Plastik Yang Terdapat Di
Desasiswa Aman Lelaki 2 Untuk Dua Minggu Pada
Tahun 2018
3.5
3 3 3 3
3
2.5
2 2 2 2 2 2 2
2
1.5
1 1 1 1 111 1 1 111 1 111
1
0.5
0 00 0 0 0 00 00 0 0 00 0
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 18: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Aman
Lelaki 2
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 18, data yang diperoleh telah diplotkan dalam bentuk carta bar. Dalam

carta ini juga dapat lihat bahawa di Desasiswa Aman Lelaki 2, penggunaan bagi kuantiti

bahan buangan plastik yang dikutip selama 14 hari adalah kurang berbanding di blok yang

sebelumnya. Sebagai contohnya, apabila kami melihat pada hari Isnin (19 November 2018)

terdapat hanya sebuah bakul tong sampah yang berada dalam kategori “Penuh”.

56
Kuantiti Bahan Buangan Plasti k Yang Terdapat Di Desasiswa
Aman Perempuan 1 Untuk Dua Minggu Pada Tahun 2018
3.5
3 3 3 3 3 3
3
2.5
2 2 2 2 2 2 2
2
1.5
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
1
0.5
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 19: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Aman
Perempuan 1
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 19, carta bar telah dihasilkan berdasarkan hasil data yang

dikumpulkan bagi kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Aman

Perempuan 1. Berdasarkan carta ini, penghuni di desasiswa tersebut mempunyai penggunaan

bahan yang berkenaan plastik adalah sangat tinggi. Sebagi contoh, apabila kami melihat pada

21-24 November 2018 kepadatan tong sampah berada dalam kategori “Penuh”.

57
Kuantiti Bahan Buangan Plastik Yang Terdapat Di Desasiswa
Aman Perempuan 2 Untuk Dua Minggu Pada Tahun 2018
3.5
3 3 3 3 3 3
3
2.5
2 2 2 2 2 2 2
2
1.5
1 1 1 1 1 111 1 1
1
0.5
0 0 0 0 0 00 00 00 00 00 0 00 0
0

Kurang Sederhana Penuh

Rajah 20: Carta bar untuk kuantiti bahan buangan plastik selama 14 hari di Desasiswa Aman
Perempuan 2
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Berdasarkan Rajah 20, menunjukkan data yang diperoleh berdasarkan pemerhatian

iaitu data kuantiti bahn buangan plastik yang diperolehi daripada Desasiswa Aman Permpuan

2 telah diplotkan dalam bentuk carta bar. Carta ini menunjukan penggunaan bahan plasti

adalah sangat tinggi dalam kalangan penghuni. Hal ini kerana, minggu tersebut merupakan

minggu selepas cuti mid-semester dan hal ini menyebabkan banyak pelajar telah pulang

semula ke universiti untuk menuntut ilmu.

58
5.2 ANALISIS BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH

DIEDARKAN

5.2.1 Analisis mengenai maklumat demografi responden.

Bahagian ini akan membincangkan setiap latar belakang responden bagi soal selidik untuk

melengkapkan kajian ini. Seramai 50 orang responden telah digunakan dalam kajian ini bagi

mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian. Segala maklum balas yang diterima

daripada responden telah dirumus dengan mencari peratusan. Kesemua data yang dirumus ini

dipindah ke dalam bentuk jadual dan diterjemahkan kepada carta pai.

5.2.1.1 Jantina

Jadual 7: Jumlah responden dalam peratusan mengikut jantina.

Jantina Jumlah responden (%)

Lelaki 44
Perempuan 56

Jumlah responden dalam peratusan mengikut jantina yang berlainan telah di persembahkan

dalam bentuk carta pai dibawah.

59
Carta Pai Mengenai Jumlah Responden (%) Mengikut Jantina

44
Lelaki
Perempuan

56

Rajah 21: Jumlah responden dalam peratusan mengikut jantina yang berlainan.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Rajah di atas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan mengikut jantina yang

berlainan bagi kajian ini. Rata-rata jumlah responden bagi kedua-dua jantina menunjukkan

peratusan yang hampir sama tetapi lebih dominan bagi responden perempuan iaitu sebanyak

56% dan selebihnya responden lelaki iaitu sebanyak 44%.

5.2.1.2 Umur

Jadual 8: Jumlah responden dalam peratusan mengikut umur.

Umur Jumlah Responden (%)

20 Tahun kebawah 18
20-30 Tahun 82

Jumlah responden dalam peratusan mengikut umur telah di persembahkan dalam bentuk carta

pai dibawah.

60
Carta Pai Mengenai Jumlah Responden (%) Mengikut Umur
18

20 Tahun Kebawah
20-30 Tahun

82

Rajah 22: Jumlah responden dalam peratusan mengikut umur.


Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Rajah diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan mengikut umur responden bagi

kajian ini. Rata-ratanya jumlah responden bagi kajian ini adalah dari umur 20-30 tahun iaitu

sebanyak 82% manakala selebihnya iaitu sebanyak 18% daripada keseluruhan responden pula

berumur 20 tahun kebawah.

5.2.1.3 Bangsa

Jadual 9: Jumlah responden dalam peratusan mengikut bangsa.

Bangsa Jumlah responden (%)

Melayu 52
India 18
Cina 22
Lain-lain 8

Jumlah responden dalam peratusan mengikut bangsa telah di persembahkan dalam bentuk

carta pai dibawah.

61
Carta Pai Mengenai Jumlah Responden (%) Mengikut Bangsa
22 1.2

Melayu
India
Cina
52 Lain-lain

18

Rajah 23: Jumlah responden dalam peratusan mengikut bangsa.


Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Rajah diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan mengikut bangsa bagi kajian

ini. Sebagai amnya, rata-rata responden bagi kajian ini adalah daripada bangsa Melayu iaitu

sebanyak 52% dan diikuti oleh responden daripada bangsa India iaitu sebanyak 22%.

Selebihnya pula adalah daripada bangsa Cina iaitu sebanyak 18% dan hanya sebanyak 8%

bagi responden daripada lain-lain bangsa.

5.2.1.4 Desasiswa

Jadual 10: Jumlah responden dalam peratusan mengikut desasiswa.


62
Desasiswa Jumlah responden (%)

Restu 32
Tekun 30
Aman, Damai, 20
Fajar, Harapan.
Saujana 4
Indah Kembara 6
PETAS 8

Jumlah responden dalam peratusan mengikut desasiswa telah di persembahkan dalam bentuk

carta pai dibawah.

Carta Pai Jumlah Responden (%) Mengikut Desasiswa


6
4 8 32

Restu

Tekun

Aman, Damai, Fajar,


Harapan
20
Saujana

Indah Kembara
30
PETAS

Rajah 24: Jumlah responden dalam peratusan mengikut desasiswa.


Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan mengikut desasiswa bagi

kajian ini. Jumlah terbanyak adalah dicatatkan oleh responden dari desasiswa Restu iaitu

sebanyak 32% diikuti responden daripada desasiswa Tekun iaitu sebanyak 30% dan

seterusnya adalah responden daripada desasiswa Aman, Damai, Fajar, Harapan iaitu

63
sebanyak 20%. Selebihnya pula adalah responden daripada desasiswa Saujana iaitu 4%,

Indah Kembara 6% dan PETAS sebanyak 8%.

5.2.2 Tahap kesedaran pelajar USM terhadap akibat daripada penggunaan plastik.

Bahagian ini akan mempersembahkan setiap data dan maklumat yang telah diperolehi

melalui soal selidik yang telah dilakukan dalam kalangan pelajar USM berkaitan dengan

tahap kesedaran mereka berkenaan akibat daripada penggunaan plastik dalam kehidupan

seharian mereka. Setiap data yang telah diperolehi telah di analisis secara kuantitatif dan

dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta pai seperti dibawah.

Jadual 11: Tahap kesedaran pelajar USM terhadap akibat daripada penggunaan plastik.

Skala: (1) Sangat tidak setuju, (2) Tidak setuju, (3) Setuju, (4) Sangat setuju

Penyataan Jumlah responden (%) dan Orang


1 2 3 4
Penggunaan plastik terlalu tinggi dalam 8% 12% 26% 54%
kehidupan seharian. (4 Orang) (6 Orang) (13 Orang) (27 Orang)

Plastik menghasilkan berjuta-juta tan 10% 10% 36% 44%


sampah setiap hari. (5 Orang) (5 Orang) (18 Orang) (22 Orang)

Kebanyakkan sampah yang dihasilkan 10% 10% 36% 44%


ialah berpunca daripada plastik. (5 Orang) (5 Orang) (18 Orang) (22 Orang)

Plastik merosakkan kehidupan ekosistem 0% 16% 24% 60%


laut. (8 Orang) (12 Orang) (30 Orang)

Bahan kimia dalam plastik boleh 0% 12% 28% 60%


membahayakan kesihatan manusia (6 Orang) (14 Orang) (30 Orang)

Data-data yang diperolehi berkaitan dengan tahap kesedaran pelajar USM terhadap akibat

daripada penggunaan plastik seperti yang dinyatakan dalam jadual diatas dipersembahkan ke

dalam bentuk carta pai.

64
Penggunaan plastik terlalu tinggi dalam kehidupan seharian

8 12

Sangat tidak setuju


Tidak setuju
50
Setuju
Sangat setuju

26

Rajah 25: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran penggunaan plastik
terlalu tinggi dalam kehidupan seharian.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018
Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran

mereka terhadap penggunaan plastik terlalu tinggi dalam kehidupan seharian. Rata-rata

responden sangat bersetuju dengan penyataan ini iaitu sebanyak 50% dan dikuti oleh setuju

sebanyak 26%. Selebihnya pula sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan responden tidak

bersetuju dan 8% lagi sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Plastik menghasilkan berjuta-juta tan sampah setiap hari

10 10

44
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju

36

Rajah 26: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran penggunaan plastik
menghasilkan berjuta-juta tan sampah setiap hari.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

65
Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran

penggunaan plastik menghasilkan berjuta-juta tan sampah setiap hari. Bagi penyataan ini,

rata-rata responden sangat bersetuju dan setuju dengannya iaitu mencatat sebanyak 44% dan

36%. Selebihnya pula adalah tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju iaitu masing-masing

mencatat sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan responden.

Kebanyakkan sampah yang dihasilkan ialah berpunca daripada plastik

10 10

44
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju

36

Rajah 27: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran bahawa kebanyakkan
sampah yang dihasilkan ialah berpunca daripada plastik.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran

reponden terhadap kebanyakkan sampah yang dihasilkan ialah berpunca daripada plastik.

Bagi penyataan ini, rata-rata responden sangat bersetuju dan setuju dengannya iaitu mencatat

sebanyak 44% dan 36%. Selebihnya pula adalah tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju

iaitu masing-masing mencatat sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan responden.

66
Plastik merosakkan kehidupan ekosistem laut

16

Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju
24
60

Rajah 28: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran bahawa plastik
merosakkan kehidupan ekosistem laut.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Carta pai tersebut menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran

bahawa plastik merosakkan kehidupan ekosistem laut. Kebanyakkan responden sangat

bersetuju dengan penyataan ini, iaitu sebanyak 60% daripada jumlah keseluruhan responden

manakala 24% responden pula setuju dan selebihnya 16% daripada keseluruhan responden

tidak setuju dengan penyataan ini.

Bahan kimia dalam plastik boleh membahayakan kesihatan manusia

12

Tidak setuju
Setuju
28
Sangat setuju
4th Qtr
60

Rajah 29: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran bahawa bahan kimia
dalam plastik boleh membahayakan kesihatan manusia.

67
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan tahap kesedaran

mereka terhadap bahan kimia dalam plastik boleh membahayakan kesihatan manusia. Boleh

dilihat bahawa rata-rata responden sangat bersetuju iaitu sebanyak 60% bahawa bahan kimia

dalam plastik boleh membahayakan kesihatan manusia. Manakala 28% daripada jumlah

keseluruhan responden pula setuju dan selebihnya 12% responden tidak setuju dengan

penyataan ini.

5.2.3 Alternatif yang terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg plastik dalam

kalangan pelajar USM

Pada bahagian ini akan dinyatakan dan dipersembahkan data yang telah diperolehi melalui

soal selidik yang telah dilakukan tentang alternatif yang terbaik bagi menghapuskan

penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM. Setiap data yang diperolehi akan

dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta pai.

Jadual 12: Alternatif yang terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg plastik dalam
kalangan pelajar USM.
Skala: (1) Sangat tidak setuju, (2) Tidak setuju, (3) Setuju, (4) Sangat setuju
Penyataan Jumlah responden (%) dan Orang
1 2 3 4
Membawa beg sendiri bagi 14% 10% 26% 50%
menggantikan beg plastik. (7 Orang) (5 Orang) (13 Orang) (25 Orang)

Beg kertas atau beg kain dijadikan 0% 10% 36% 54%


bahan gantian. (5 Orang) (18 Orang) (27 Orang)

USM dijadikan universiti tanpa plastik. 14% 12% 46% 28%


(7 Orang) (6 Orang) (23 Orang) (14 Orang)

USM mengenakan caj sebanyak Rm 16% 22% 30% 32%


0.20 untuk setiap penggunaan plastik. (8 Orang) (11 Orang) (15 Orang) (16 Orang)

68
Data-data yang diperolehi semasa soal selidik ditadbir berkaitan dengan alternatif yang

terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM seperti

yang dinyatakan dalam jadual diatas dipersembahkan ke dalam bentuk carta pai. Hal ini bagi

memastikan setiap data mudah difahami dan lebih tersusun.

Membawa beg sendiri bagi menggantikan beg plastik

14

10

Sangat tidak setuju


50 Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju

26

Rajah 30: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternatif yang terbaik bagi
menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM dengan membawa beg
sendiri bagi menggantikan beg plastik.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternatif yang

terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM dengan

membawa beg sendiri bagi menggantikan beg plastik. Bagi alternatif ini, rata-rata dapat

dilihat bahawa responden sangat bersetuju dan setuju iaitu masing-masing mencatat peratusan

sebanyak 50% dan 26% daripada jumlah keseluruhan responden. Namun terdapat juga

69
segelintir responden yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju dengan alternatif ini iaitu

masing-masing mencatat peratusan sebanyak 10% dan 14%.

Beg kertas atau beg kain dijadikan bahan gantian.

10

Tidak setuju
Setuju
54 Sangat setuju
36

Rajah 31: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternatif yang terbaik bagi
menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM dengan beg kertas atau
beg kain dijadikan bahan gantian.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Rajah diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternative yang

terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg palstik dalam kalangan pelajar USM dengan beg

kertas atau beg kain dijadikan bahan gantian. Dapat dilihat bahawa, keseluruhan responden

sangat setuju dan setuju dengan alternatif ini iaitu masing-masing mencatat peratusan

sebanyak 54% dan 36%. Namun, terdapat juga segelintir responden yang tidak bersetuju

dengan alternatif ini iaitu terdiri daripada 10% daripada jumlah keseluruhan responden.

70
USM dijadikan universiti tanpa plastik

28 14

12

Sangat tidak setuju


Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju

46

Rajah 32: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternatif yang terbaik bagi
menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM dengan USM dijadikan
universiti tanpa plastik.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternatif yang

terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM dengan

USM dijadikan universiti tanpa plastik. Dapat dilihat bahawa, peratusan bagi responden yang

sangat bersetuju dan setuju bagi alternatif ini adalah sangat tinggi iaitu masing-masing

mencatatkan peratusan sebanyak 28% dan 46% manakala bagi peratusan responden yang

tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju pula dilihat lebih rendah iaitu masing-masing

mencatatkan peratusan sebanyak 12% dan 14%.

71
USM mengenakan caj sebanyak Rm0.20 untuk setiap penggunaan plastik

16
32

Sangat tidak setuju


Tidak setuju
Setuju
22
Sangat setuju

30

Rajah 33: Jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternatif yang terbaik bagi
menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM dengan USM
mengenakan caj sebanyak Rm0.20 untuk setiap penggunaan plastik.
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Carta pai diatas menunjukkan jumlah responden dalam peratusan berkaitan alternatif yang

terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM dengan

USM mengenakan caj sebanyak Rm0.20 untuk setiap penggunaan plastik. Bagi alternatif ini

juga, dapat dilihat bahawa rata-rata responden sangat setuju dan setuju dengannya. Hal ini

dapat dilihat dengan nilai peratusan yang dicatat iaitu masing-masing mencatat nilai sebanyak

32% dan 30%. Namun terdapat juga responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju

dengan alternatif ini, iaitu masing-masing mencatat nilai peratusan sebanyak 22% dan 16%

daripada jumlah keseluruhan responden.

72
BAB 6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

6.0 Perbincangan, cadangan dan kesimpulan

Projek kami memberi tumpuan dalam mengkaji sejauhmana pengurusan barangan

plastik dalam kalangan para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam hal ini, kami

telah membuat pemantauan di setiap desasiswa iaitu Desasiswa Tekun, Desasiswa Restu dan

Desasiswa Aman. Sepanjang sesi pemantauan, kami telah mencari jalan penyelesaian untuk

mengelakkan daripada berlakunya masalah timbunan barangan plastik ini. Dengan itu,

pengedaran soal selidik kepada pelajar telah diadakan untuk mendapat maklum balas

daripada para pelajar berkaitan dengan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian. Bukan

itu sahaja, kami juga turut menjalankan projek ini melalui kaedah kuantitatif untuk

memerhati sejauhmana pelajar menitikberatkan tentang penggunaan barangan plastik dalam

kehidupan seharian. Tambahan pula, kaedah pemerhatian terhadap desasiswa yang

difokuskan turut membantu kami dalam pengumpulan data dan melalui ketiga-tiga desasiswa

tersebut, kekerapan penggunaan plastik sangat kerap sekali.

Apa yang kami ingin fokuskan di sini adalah, pengetahuan pelajar terhadap

penggunaan beg plastik amatlah ketara dan boleh dikatakan bahawa mereka kurang

kesedaran berkaitan dengan bahayanya penggunaan beg plastik dalam menjamin

kesejahteraan hidup. Kekerapan penggunaan beg plastik inilah yang menjadikan setiap

desasiswa mempunyai timbunan beg plastik yang banyak dan kami juga mendapati bahawa

timbunan beg plastik itu sentiasa dipenuhi dengan sisa-sisa beg plastik. Tindakan yang

dilakukan ini akan membawa impak negatif terhadap persekitaran dan juga alam sekitar. Di

universiti sendiri, pendedahan tentang kelestarian sering diingatkan walhal USM sendiri

merupakan “Universiti Dalam Taman” dan sering mengingatkan kepada pelajar tentang

73
kelestarian tetapi kesedaran tentang kelestarian tidak dititikberatkan dalam kalangan pelajar

malah masyarakat sendiri.

6.1 Menilai pengurusan beg plastik dan cabaran yang dihadapi oleh Desasiswa Tekun,

Aman dan Restu.

Terdapat banyak cabaran mengenai pengurusan beg plastik iaitu:

i. Terlampau bergantung kepada barangan plastik

Melalui kajian ini terdapat beberapa cabaran dalam mengendalikan masalah

ini. Antaranya pelajar atau pengguna terlampau bergantung menggunakan

barangan plastik seperti beg plastik, pembungkus makanan, bekas minuman (botol

mineral) dan lain-lain. Hal ini demikian kerana, barangan plastik ini mudah

dibawa dan mereka tidak mengambil kisah terhadap impak yang dibawa terhadap

alam sekitar. Setiap kali mereka keluar membeli barangan, mereka tidak akan

membawa beg atau pengangkut seperti beg kertas atau sebagainya malah mereka

mengharapkan penjual untuk mengankut barang atau mengambil barangan.

ii. Tidak mempunyai barangan alternatif selain barangan plastik

Cabaran ini merupakan antara masalah dalam mengendalikan barangan

plastik. Dalam hal ini, pelajar atau masyarakat sendiri sukar mencari kaedah lain

yang perlu digunakan selain daripada barangan plastik. Hal ini demikian kerana,

kalau dilihat dari aspek yang lebih luas iaitu negara Malaysia sendiri tdak

menyediakan barangan alternatif yang khas untuk keperluan pengguna sedangkan

mereka sedia maklum bahawa barangan plastik ini sangat memberi impak

terhadap alam sekitar. Oleh itu, kerajaan sendiri juga perlu mengambil kisah hal

ini dan semestinya apabila orang atasan mula mengatur langkah semestinya

masyarakat akan turut serta.

74
6.2 Cadangan dan penambahbaikan dalam pengurusan barangan plastik

Dari aspek kelestarian, peningkatan dalam amalan pengurusan barangan plastik

merupakan sebahagian daripada strategi “Go Green” secara keseluruhannya. Perancangan,

penubuhan dan strategi “Go Green” yang sesuai harus dilaksanaan dalam amalan

menguruskan barangan plastik yang kian merebak terutamanya dalam universiti. Pengurusan

ini tidak semestinya datang daripada peranan pihak kerajaan sahaja, malah peranan individu

juga perlu diberi perhatian khusus terutama sekali dalam kalangan dan masyarakat USM itu

sendiri. Hal ini demikian kerana, rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar perlu

diterapkan kerana ianya akan memberi kepentingan yang bersama kelak. Jadi, terdapat

beberapa langkah dalam menguruskan barangan plastik di setiap desasiswa yang dikaji.

i. Kurangkan tong sampah

Perletakan tong sampah dalam universiti perlu dikurangkan. Hal ini demikian

kerana, apabila kurangnya kekerapan penggunaan barangan plastik akan

berkurang. Hal ini demikian kerana, pelajar atau masyarakat semestinya tidak

akan membeli barangan plastik kerana tidak ada tong sampah yang disediakan

untuk pembuangan barangan plastik melainkan untuk pembuangan kaca dan

kertas sahaja. Dengan ini, mereka akan membawa beg atau bekas makanan yang

sendiri untuk digunakan apabila mereka keluar untuk membeli barangan. Bukan

itu sahaja, sekitar universiti juga tidak akan terancam apabila kekerapan

penggunaan plastik kurang dalam USM.

ii. Peranan pihak penjual

75
Langkah ini sangat membantu dalam mengurangkaan penggunaan barangan

plastik. Dalam hal ini, pihak penjual juga perlu mengambil inisiatif dengan tidak

menyediakan barangan plastik sebagai pengangkut atau bekas makanan mahupun

minuman kepada pembeli. Hal ini demikian kerana, apabila pihak penjual

melakukan inisiatif sedemikian, sudah semestinya pembeli akan membawa beg

kertas atau pengangkut yang lebih bersifat mesra alam apabila keluar untuk

membeli barangan. Selain itu, pihak penjual juga digalakkan untuk menampal

poster di setiap kaunter untuk memberi galakan terhadap pelanggan untuk tidak

menggunakan barangan plastik.

iii. Pengurusan barangan plastik yang mapan dalam kalangan pelajar melalui

penguatkuasaan undang-undang

Kesedaran tentang masalah dan pengurusan barangan plastik perlu

dikuatkuasakan melalui aktiviti mahupun kempen dalam kampus. Pelajar USM

perlu melibatkan diri dalam aktiviti perlindungan dan penjagaan alam sekitar. Hal

ini demikian kerana, kempen dan aktiviti sebegini perlu untuk mengubah fikiran

mereka bahawasanya barangan plastik ini akan menjejaskan ala sekitar. Selain itu

juga, pendidikan lebih bermitivasi diperlukan terutama sekali dalam rancangan

melestarikan alam sekitar. Misalnya, di USM sendiri terdapat kursus yang

ditawarkan dalam memacu kelestarian kampus iaitu Kelestarian: Isu, cabaran dan

prospek (WSU 101) yang akan menghasilkan idea-idea dan revolusi dalam

menyelesaikan isu alam sekitar ini.

6.3 Kepentingan pengurusan barangan plastik

Terdapat banyak kepentingan apabila pengurusan barangan plastik dilakukan dalam

kehidupan seharian dan antaranya adalah:

76
6.3.1 Kesan positif daripada pengurusan beg plastik adalah:

Pengurusan barangan plastik bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk

dihalang dan mengambil kira sangat lama untuk menyedarkan pelajar dan masyarakat

betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Hal ini sekiranya dapat ditegah akan

menjadi suatu hal yang sangat berharga sekiranya ditangani dengan langkah yang

betul melalui dasar dan amalan yang rasional. Selain itu, manfaat yang diperoleh juga

banyak apabila pelajar menyedari bahawa banyak kepentingan yang diperoleh apabila

mereka dapat menguruskan barangan plastik dengan jayanya. Manfaat yang

dimaksudkan di sini adalah manfaat dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Manfaat dari segi ekonomi kajian ini menampakkan ke arah yang negara akan

dapat menghasilkan wang melalui pemungutan denda ke atas syarikat mahupun

masyarakat yang masih lagi menggunakan barangan plastik. Bayaran denda ke atas

barangan plastik seperti bekas makanan, bekas minuman, pengangkut barang dan

sebagainya yang tergolong dalam kategori dapat memberi impak terhadap alam

sekitar. Barangan plastik ini sebenarnya bersifat ketahanan yang kuat yang mana

ikatan bahan kimia yang diperbuat mampu mengatasi penguraian semulajadi. Jadi,

perlu pelaksanaan kerajaan untuk melakukan denda ke atas syarikat yang masih

enggan untuk tidak menggunakan barangan plastik. Perkara ini dibuat bukan untuk

sesuatu hal yang sia-sia malah perkara ini mampu untuk memberi kesedaran terhadap

masyarakat khususnya tentang penjagaan alam sekitar yang mapan.

Selain itu, kerajaan juga tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk

menganggung kerosakan terhadap alam sekitar impak daripada penghasilan barangan

plastik. Seperti yang telah sedia maklum, barangan plastik ini banyak memberi impak

negatif terhadap alam sekitar. Misalnya, kesan pembuatan plastik ini akan

77
menyebabkan berlakunya pemanasan global disebabkan oleh bahan mentah daripada

petroleum. Pembakarannya juga akan meningkatkan pelepasan karbon manakala

penimbusannya pula dapat berfungsi sebagai sinki karbon. Meskipun plastik mudah

terurai, ia juga akan menghasilkan metana. Apabila bahan-bahan berbahaya ini

dilepaskan melalui barangan plastik ini, kerajaan akan mengambil langkah untuk

melindungi bumi daripada rosak. Justeru, apabila masyarakat dan pelajar sama-sama

berganding bahu untuk tidak menggunakan barangan plastik, kerajaan juga dapat

menjimatkan wang untuk dikeluarkan bagi menganggung kerosakan alam sekitar dek

barangan plastik ini.

Seterusnya, kesan positif dari segi sosial adalah dapat mengajar masyarakat

mengenai keburukan sekiranya pengurusan plastik tidak dilaksanakan dengan betul.

Hal ini kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang masih kurang sedar kesan

buruk jika pastik tidak diuruskan dengan sempurna. Usaha pengurusan plastik yang

dilaksanakan oleh pihak kerajaan tidak memadai seandainya masyarakat tidak

memberi kerjasama yang baik. Pengurusan plasik perlu bermula dari dalam rumah

dengan cara mengasingkan sampah plastik daripada sampah lain. Ibu bapa perlu

mendidik anak-anak mereka dari kecil untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Sekiranya masyarakat Malaysia mengambil cakna mengenai perkara ini, maka usaha

pengurusan plastik sampah dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen.

Rumusannya, pengurusan plastik perlu dititikberatkan dalam kehidupan kita.

Hal ini kerana pengurusan plastik sangat mendatangkan kesan positif dari segi aspek

ekonomi, alam sekitar dan sosial. Hal ini seterusnya membolehkan kehidupan

manusia akan lebih sejahtera dan bahagia.

78
6.4 Cadangan alternatif yang diberikan oleh responden di USM

Cadangan alternatif yang diberikan oleh responden di USM


60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 34: Cadangan alternatif yang diberikan oleh responden di USM.

Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Komponen-komponen utama yang perlu diambil kira dalam usaha untuk membasmi

pencemaran plastik adalah dengan mengenalpasti apakah cadangan yang dipersetujui oleh

masyarakat mengenai isu ini. Hal ini amat penting untuk memastikan setiap alternatif yang

diambil mendapat kerjasama daripada masyarakat sekeliling dan dipraktikan dengan lebih

telus. Oleh itu, anjakan paradigma masyarakat berkaitan isu pencemaran plastik perlu

79
diselami dengan lebih mendalam. Untuk itu, penyelidik cuba mendapatkan data mengenai

cadangan alternatif untuk menangani isu plastik ini. Penyelidik telah mengedarkan 50 borang

selidik kepada pelawat yang mengunjungi gerai pameran kami.

Berdasarkan analisis responden di atas, rata-rata pelajar bersetuju dengan pernyataan

menjalankan kempen. 26% pelajar memilih sangat setuju dan 52 % memilih setuju. Hal ini

menunjukkan bahawa majoriti daripada mereka merasakan dengan menjalankan kempen

dapat mengurangkan penggunaan plastik. Keadaan ini mungkin didorong oleh gaya hidup

masyarakat kini yang sentiasa dikelilingi oleh barangan berasaskan plastik sehinggakan

mereka sudah terbiasa menggunakan plastik dalam apa-apa jua urusan harian. Lebihan 22%

respoden yang lain pula menganggap dengan menjalankan kempen ini tidak mampu

mengubah suasana sekarang.

Untuk cadangan berkaitan mencipta dan menjual produk DIY berasaskan produk

bebas plastik pula, majoriti responden merasakan bahawa cadangan ini merupakan cadangan

yang terbaik. Hal ini dapat dilihat melalui dapatan kajian yang menunjukkan sebanyak 44%

dan 42% responden masing-masing memilih sangat setuju dan setuju. Kebanyakan daripada

mereka berpandangan sedemikian kerana mereka sendiri dapat melihat bagaimana setiap tong

sampah yang ada di setiap desasiswa sentiasa dipenuhi oleh sisa plastik. Mereka berpendapat

jika di USM sahaja sisa buangan plastik sudah terlalu banyak, maka tidak mustahil jutaan sisa

plastik terhasil setiap hari. Oleh hal yang demikian, mereka merasakan cadangan ini adalah

cadangan yang boleh digunapakai. Namun demikian, ada juga responden yang tidak bersetuju

dengan cadangan ini. Sebanyak 14% responden memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Mereka cadangan ini tidak relevan bagi seorang pelajar.

Berkaitan cadangan menyebarkan artikel atau bahan yang berkaitan dengan isu ini di

media sosial, 52% dan 34% responden bersetuju dengan cadangan ini. Hal ini mungkin

80
disebabkan oleh masyarakat kini sentiasa bergelumang dengan media sosial dan mereka juga

merasakan cadangan ini merupaan cadangan yang realistic kepada mereka. Penyebaran

gambar spesies laut yang menderita akibat sisa plastik sememangnya memberi kesan yang

mendalam kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, terdapat 14% responden yang tidak

bersetuju. Mereka menyatakan cadangan ini tidak relevan. Hal ini kerana, mereka

berpendapat bahawa media sosial tidak dapat memberi impak yang tinggi kepada masyarakat.

Selain itu, sebanyak 46% dan 38% responden memilih setuju dan sangat setuju

apabila ditanyakan tentang cadangan menganjurkan forum-forum berkaitan dengan

kelestarian alam sekitar. Hal ini kerana, mereka merasakan cadangan terebut lebih relevan

pada masa ini malah hal ini dapat memberi impak kepada masyarakat berkaitan isu ini. 16%

responden yang memilih tidak setuju pula berkata mereka merasakan dengan menjalankan

forum hanya membuang masa dan tenaga.

Bagi cadangan yang terakhir, seramai 88% bersetuju dengan cadangan ini. Hal ini

kerana, cadangan antara cadangan yang paling relevan yang dapat mengurang penggunaan

plastik pada hari tertentu akan menyebabkan pengurangan plastic pada hari-hari tersebut.

Secara tidak langsung, hal ini dapat memberi impak kepada masyarakat umum. Manakala

seramai 12% mereka merasakan dengan cadangan ini akan menyebabkan pelbagai masalah

yang lain akibat masyarakat kita terlampau bergantung dengan beg plastik.

Berdasarkan data di atas, dapat disimpulkan bahawa secara majoritinya mereka

mempersetujui dengan cadangan yang dikemukakan. Mereka juga peka dengan kesan negatif

yang bakal di hadapi jika isu ini tidak dibendung dengan segera. Namun demikian, penyelidik

boleh menyimpulkan bahawa cadangan tersebut adalah relevan dan merupakan satu wadah

untuk masyarakat umum untuk mengatasi masalah.

81
6.4.1 Alternatif Terbaik untuk Mengatasi Isu Sisa Plastik

i. Kitar Semula dalam Pembuatan Barangan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara,

plastik berada di kedudukan kedua sebagai sumber buangan kitar semula yang banyak

dibuang oleh rakyat Malaysia selepas kertas iaitu sebanyak 9 peratus atau RM163 juta.

Mengetahui jumlah yang membimbangkan ini, langkah yang boleh diambil untuk mengatasi

sisa plastik adalah dengan mengitar semula sisa plastik ini untuk pembuatan barangan harian

dan pembinaan. Sisa plastik ini boleh digunakan untuk kegunaan tempatan dan global. Untuk

peringkat tempatan, penyelesaian mudah yang boleh dilakukan ialah menggunakan plastik

kitar semula sebagai pengisi untuk blok simen, tali dan barangan isi rumah seperti bakul dan

tikar. Pada skala yang lebih besar, pengeluar boleh memainkan peranan dengan

menggunakan plastik dan tekstil yang dikitar semula untuk membuat pakaian dan perabot.

Dengan menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan produk yang mempunyai daya

pasaran, masyarakat akan mula menyedari kepentingan mengumpul plastik dan menghargai

nilai yang ada pada plastik.

ii. Insentif kepada pengguna

Pelaksanaan pemberian insentif kepada mana-mana pihak untuk tidak menggunakan

beg plastik dalam urusan pembelian boleh dilakukan. Hal ini bertujuan untuk menarik minat

82
masyarakat lain untuk membudayakan kehidupan tanpa plastik. Insentif tersebut boleh

dilakukan dengan memberi diskaun kepada setiap transaksi yang dilakukan ketika urusan

pembelian jika pembeli membawa beg sendiri. Langkah ini dilihat mampu membentuk para

pengguna untuk mengurangkan kebergantungan kepada beg plastik selain mengajar

masyarakat untuk menjadikan sikap membawa beg sendiri sebagai satu amalan jika langkah

ini dipraktikan pada jangka masa yang panjang. Hal ini sudah tentu mampu mengurangkan

masalah lambakan sisa plastik yang melanda di negara ini kerana masyarakat sudah

didisiplinkan untuk menggunakan alternatif lain selain plastik ketika membeli belah.

iii. Kerjasama dengan Sektor Informal

Sektor informal bermaksud pertubuhan atau individu yang mempunyai pekerjaan

sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pertubuhan kerajaan dan hasil yang diperoleh tidak

dikenakan cukai. Salah satu contoh pekerja informal ialah individu atau syarikat kecil yang

terlibat dalam urusan pengutipan sampah. Pihak berkuasa digalakkan untuk bekerjasama

dengan golongan ini dalam usaha untuk meningkatkan kadar kitar semula plastik. Hal ini

dikatakan demikian kerana, bilangan pekerja informal di negara ini semakin meningkat dan

pihak berkuasa boleh memanfaatkan tenaga kerja mereka untuk merealisasikan matlamat

kitar semula yang ingin dicapai. Malah langkah ini telahpun dilakukan oleh beberapa negara

luar seperti Mexico. Syarikat minuman gergasi Coca Cola yang berpusat di Mexico telah

menjalinkan hubungan kerjasama dengan sebuah syarikat kitar semula PetStar untuk

mendapatkan bekalan botol plastik yang telah digunakan untuk dikitar semula. Pembekal

utama yang membekalkan botol plastik ini pula adalah pekerja informal. Hal ini dilihat

mampu memberi kebaikan kepada dua pihak. Bukan sahaja pekerja informal ini mendapat

upah yang lebih tinggi dan konsisten kesan daripada permintaan yang stabil untuk bahan-

bahan plastik, malah industri kitar semula juga tidak akan terjejas jika pasaran global berada

di paras yang lemah apabila bekerjasama dengan syarikat minuman. Negara boleh

83
memanfaatkan sektor informal untuk mengurangkan sisa plastik selain dapat memperkasakan

kualiti hidup masyarakat yang terlibat dengan sektor ini.

iv. Kempen Komuniti

Kesedaran tentang pengurusan sisa plastik yang betul sebenarnya bermula pada

peringkat isi rumah dan juga individu. Strategi yang berkesan dalam mendidik dan memberi

motivasi kepada masyarakat untuk mengubah sikap mereka terhadap pengurusan sisa sampah

dengan betul mampu membawa perubahan drastik dalam masalah ini. Kita boleh mengikuti

jejak langkah Jamaica yang menubuhkan komuniti petugas alam sekitar di mana ahli yang

dilantik bertangungjawab untuk mengajar masyarakat sekitar di seluruh negeri mengenai cara

membuang sampah secara selamat dan mesra alam. Mereka adalah ahli komuniti yang

bekerja melalui projek yang mendapat sokongan daripada Bank Dunia untuk menyebarkan

kesedaran mengenai pengurusan sisa selain bertangunggjawab menjaga komuniti setempat

agar sentiasa bersih dan sihat. Kita boleh mencontohi negara ini dengan menubuhkan satu

komuniti alam sekitar yang bertanggungjawab menyebarkan kesedaran kepada masyarakat

tentang langkah pengurusan sisa plastik yang betul. Sasaran utama dalam projek ini adalah

penduduk setempat dan sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

 Menggalakkan usaha pengumpulan sisa plastik di rumah atau sekolah untuk dijual

kepada tukang kitar semula.

 Melakukan aktiviti pembersihan sisa plastik secara berkala di kawasan sekitar untuk

memastikan sistem perparitan tidak tersumbat dengan barangan plastik.

84
 Mengadakan pameran di sekolah berkaitan cara mengasingkan sisa sampah dengan

cara yang betul sebagai satu bentuk pendedahan kepada pelajar tentang isu plastik.

v. Pemerkasaan Dasar dan Perancangan.

Sebelum fokus diberikan kepada pemerkasaan undang-undang tentang larangan

penggunaan plastik, pengurusan sistem pungutan dan pelupusan sampah haruslah

diperkukuhkan terlebih dahulu. Pihak kerajaan haruslah memastikan sistem pengurusan

sampah di negara ini adalah sistematik dan mencukupi untuk menampung sisa sampah yang

terkumpul. Perhatian yang lebih juga harus diberikan kepada cara pengurusan sisa sampah

haruslah mengikuti spesifikasi yang ditetapkan dan mesra alam. Setelah kedua perkara ini

diperkukuhkan, barulah tumpuan terhadap pemerkasaan undang-undang berkaitan

penggunaan plastik seperti larangan plastik dan caj bayaran dilakukan. Hal ini dikatakan

demikian kerana, keberkesanan peraturan ini hanya akan berjaya jika pengelolaan sampah itu

sendiri sudah mantap. Banyak bandar yang cuba melaksanakan larangan penggunaan plastik

tanpa mempunyai pelan perancangan yang betul. Hal ini secara tidak langsung memberi

beban kepada struktur pengurusan sampah untuk mengatasi masalah ini. Dasar larangan

plastik perlu disokong oleh sistem pengurusan sisa yang berkesan dan keupayaan kerajaan

untuk menguatkuasakan dasar tersebut.

6.5 Hubungan antara Pengurusan Sisa Plastik dan Kelestarian

Pertumbuhan kegiatan pengeluaran plastik secara pesat untuk memenuhi permintaan

pasaran sememangnya menggugat keseimbangan kelestarian. Oleh itu, untuk menghalang

permasalahan plastik ini daripada terus mencemarkan alam, satu tinjaun komprehensif

bermula daripada peringkat awal plastik dihasilkan sehingga ke akhir penggunaannya harus

dilakukan dengan teliti. Langkah yang diambil untuk mengekang isu plastik ini pula haruslah

mengambil kira faktor ekonomi, persekitaran, kos dan faedah yang bakal diperoleh daripada

85
pelan tindakan tersebut. Hal ini bertujuan untuk memastikan perancangan kelestarian mampu

dicapai tanpa menggugat tiga aspek utama iaitu ekonomi, persekitaran dan sosial.

i. Reka Bentuk Produk dan Kelestarian

Pemilihan reka bentuk produk yang dibuat adalah amat penting kerana ia

mempengaruhi kitar hayat produk tersebut. Menerapkan eleman kelestarian dalam reka

bentuk produk bukan sahaja membawa kepada pengurangan kesan kepada alam sekitar,

malah dapat memenuhi keperluan pelanggan dan pengguna di seluruh dunia. Perancangan

reka bentuk lestari ini haruslah mengambil kira kesan jangka panjang produk berdasarkan

bahan mentah yang digunakan. Berikut adalah pertimbangan yang perlu diambil kira dalam

reka bentuk produk

 Meminimumkan bilangan dan kuantiti bahan yang diperlukan untuk kefungsian

sesuatu produk

 Gunakan bahan kitar semula yang tidak akan menjejaskan fungsi reka bentuk dan

memberi kebaikan kepada alam sekitar.

 Menilai potensi risiko yang berkaitan dengan bahan berbahaya untuk mengurangkan

sebarang impak kepada kesihatan, keselamatan dan ekologi.

ii. Bioplastik

Bioplastik atau sering disebut plastik biodegradasi merupakan salah satu jenis plastik

yang hampir keseluruhannya diperbuat daripada bahan yang dapat diperbarui seperti pati,

minyak nabati, dan mikrobiota. Ketersediaan bahan dasarnya di alam sangat melimpah

dengan keragaman struktur tidak beracun. Bahan yang dapat diperbarui ini memiliki sifat

biodegradasi yang tinggi sehingga ia sangat berpotensi untuk dijadikan bahan pembuat

bioplastik. Kelebihan bioplastik ini dilihat mampu memanfaatkan ketiga-tiga aspek utama

kelestarian iaitu

86
 Ekonomi – Wujudnya pasaran baru yang mempunyai daya saing iaitu industri

bioplastik selain kos pengurusan sisa plastik dapat dikurangkan kerana

penggunaan plastik biodegradasi.

 Persekitaran – Mengurangkan sisa tinggalan karbon, menyediakan penjimatan

tenaga dalam pengeluaran dan tiada penggunaan bahan yang tidak boleh

diperbaharui.

 Sosial – Penggunaan potensi sumber manusia dengan baik dan mampu

melahirkan lebih banyak produktiviti yang kreatif untuk kelestarian.

6.6 Kesimpulan

Melalui pemerhatian dan kajian yang dilakukan selama dua minggu, pengkaji telah

mengukur dan merekod jumlah kuantiti sisa plastik yang terkumpul di desasiswa pilihan iaitu

Aman, Restu dan Tekun. Penyelidik mendapati desasiswa Tekun mempunyai sisa plastik

yang tertinggi berbanding desasiswa yang lain. Jumlah sisa plastik pula dilihat lebih banyak

pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana, pada waktu tersebut, pelajar USM lebih

banyak menghabiskan waktu di desasiswa. Pengkaji turut mendapati jadual pengutipan

sampah di setiap desasiswa teratur namun cara pengurusan sisa sampah dilihat agak

mengecewakan kerana banyak sisa plastik yang tidak diasingkan dan dibuang bersama

sampah-sampah yang lain.

Selain itu, dapat disimpulkan juga bahawa rata-rata pelajar USM mempunyai

kesedaran tentang isu sisa plastik di kampus ini namun disebabkan kurangnya faktor

pendorong dan pengimplementasian yang kukuh daripada pihak universiti menyebabkan

mereka masih ragu-ragu tentang langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah

plastik. Sikap kurang pasti ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar USM tetapi juga

dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini berlaku kerana kurangnya penekanan

87
tentang impak sisa plastik kepada alam dan kehidupan marin. Ditambah pula dengan budaya

plastik yang sememangnya sudah menebal dalam diri masyarakat menyebabkan sukarnya

untuk mereka menolak penggunaan beg plastik. Oleh itu, penguatkuasaan tentang larangan

penggunaan plastik haruslah diperkukuhkan lagi agar dapat mendisiplinkan masyarakat.

Dedahkanlah masyarakat kepada budaya kitar semula agar mereka dapat menghayati nilai

penuh setiap barangan yang mereka miliki selain membentuk sebuah masyarakat yang

mampu mendukung cita-cita negara untuk melangkah kearah negara sifar plastik. Setiap garis

perancangan hanya boleh mencapai matlamatnya jika masyarakat itu sendiri menghayati dan

mendukung makna kelestarian.

88
Rujukan

Ahmad Ismail. (2017, September 1). Selesaikan Isu Pencemaran Plastik. Dicapai daripada
Utusan Online:https://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/selesaikan-isu-
pencemaran-plastik-1.521608
Bags around the world. (2012, November 21). Dicapai daripada All About Bags:
http://www.allaboutbags.ca/aroundtheworld.html
Ben-Eli, M. (2008). The Lab's Unique Approach. Dicapai daripada The Sustainability
Laboratory: http://www.sustainabilitylabs.org/approach/#article-218
Brooks, A. L., Wang, S., & Jambeck, J. R. (2018, June 20). The Chinese import ban and its
impact on global plastic waste trade. Journal Science Advances, 4(6), 1-7.
Bumi jadi "planet plastik". (2017, Julai 21). Dicapai daripada Utusan Online:
www.utusan.com.my
Cole, R. (2017, Julai 24). 8.3 Billion Tones of Plastic Produce Since 1950, say Researchers.
Dicapai daripada Resource Corporation: https://resource.com
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa.
Faiz Zainudin. (2016, Oktober 31). Pulau Pinang nafi ‘Kempen Tanpa Beg Plastik’ gagal.
Dicapai daripada FMT news:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/31/pulau-pinang-nafi-
kempen-tanpa-beg-plastik-gagal/
Jambeck, J. R., Geyer, R., Wilcox, C., Siegler, T. R., Perryman, M., Andrady, A., . . . Law,
K. L. (2015, February 13). Plastic waste inputs from land into the ocean. Journal
Science, 347(6223), 768-771.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2016, September 7). 3R- Tahukah Anda.
Dicapai daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: http://jpspn.kpkt.gov.my
Lajeunesse, S. (2004). Plastic Bags. Science and Technology, 51.
Lam, S. P., & Chen, J. K. (2006). What Makes Customers Bring Their Bags or Buy Bags
from the Shop? A Survey of Customers at a Taiwan Hypermarket. Journal
Environment and Behaviour, 38(3), 318-332.
Lim Guan Eng. (2011, Januari 1). MAJLIS PELANCARAN "SETIAP HARI TANPA BEG
PLASTIK PERCUMA". Dicapai daripada Official Portal Penang State Goverment:
https://www.penang.gov.my/en/dmedia/519-majlis-pelancaran-qsetiap-hari-tanpa-
beg-plastik-percumaq
Lober, D. (2018, Mac 27). Plastic Bags Usage + Bans Around the World. Dicapai daripada
ReuseThisBag.com : https://www.reusethisbag.com/articles/plastic-bag-bans-
worldwide/

89
Mariatul Qatariah Zakaria. (2010, January 27). USM pelopori kampus tanpa plastik. Dicapai
daripada Utusan Online: ww1.utusan.com.my
Md. Abdul Jalil, Md. Nannu Mian, & Muhammad Khalilur Rahman. (2013). Using Plastic
Bags and Its Damaging Impact on Environment and Agriculture: An Alternative
Proposal. International Journal of Learning & Development, 1-14.
Penang Goverment. (2017). GARIS PANDUAN PENGUATKUASAAN KEMPEN HARI
TANPA BEG PLASTIK PERCUMA NEGERI PULAU PINANG 2017. Georgetown,
Pulau Pinang, Malaysia. Dicapai daripada https://www.penang.gov.my/images/Garis
%20Panduan%20Bag%20Plastik%202.0%20Penguatkuasaan.pdf
Penyelidik Universiti Sains Malaysia hasilkan plastik mudah urai. (2009, June 25). Dicapai
daripada Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my
Riyad. Moharam, & Maher Ali. Al. Maqtari. (2014). The Impact of Plastic Bags on the
Environment: A field Survey of the City Of Sana'a And The Surrounding Areas,
Yemen. International Journal of Engineering Research and Reviews, 61-69.
Rolan Geyer, J. R. (2017, Julai 19). Production, use, and fate of all plastics ever made.
Science Advances, 3(7), 1-5.
Siti Khatijah Zamhari, & Perumal, C. (2016). Cabaran & Strategi ke Arah Pembentukan
Masyarakat Lestari. Malaysia Journal of Society and Space, 12(12), 10-24.
Siti Nur Diyana, (2017, Januari 23). Bebas Beg Plastik, Sediakan Alternatif. Dicapai daripada
Utusan Online:http://www.utusan.com.my/rencana/forum/bebas-beg-plastik-
sediakan-alternatif-1.435023

Spivey, A. (2003). Plastic Bags – Prolific Problems. Environmental Health Perspectives,


A208.
Stevens, E. S. (2001). Green Plastics: An introduction to the new science of biodegradable
plastics. Princeton: Princeton University Press.
Sugii, T. (2012). Plastic Bag Reduction: Policies to Reduce Environmental Impact.
Charleston SC: Proquest Umi Dissertation Publishing.
Teh, C. (2017, Mac 2). How effective are campaigns. News Straits Time, 20.
Thiel, M., Hinojosa, I., Vasquez, N., & Macaya, E. (2003). Floating Marin Debris in Coastal
Waters of the SE-Pacific (Chile). Marine Pollution Bulletin 46, 224-231.
Tough, R. (2007). PLASTIC SHOPPING BAGS: ENVIRONMENTAL IMPACTS AND
POLICY OPTIONS. Victoria University of Wellington.
United Nations Environment Programme. (2018). Single use plastics: A map to sustainability.
Dicapai daripada UN Environment: https://wedocs.unep.org

90
Wong Chun Wai. (2013, Oktober 5). George Town's first mayor a fiery man. Dicapai
daripada The Star Online:
https://www.thestar.com.my/news/community/2013/10/05/george-towns-first-mayor-
a-fiery-man/

91
Lampiran

Rajah 35: Gambar secara berkumpulan telah diambil dihadapan pejabat CGSS

92
Rajah 36: Gambar sewaktu pameran di hadapan Pusat Sumber Hamzah Sendut 1

93
Soal Selidik
WSU 101 Kelestarian: Isu, Cabaran Dan Prospek
KAJIAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DALAM KALANGAN PELAJAR USM
Maklumat untuk responden:
 
Kami adalah pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM), yang mengambil kursus WSU
101 Kelestarian: Isu, Cabaran dan Prospek menjalankan tinjauan yang berkaitan tentang
bagaimana penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar USM mempengaruhi kehidupan
seharian. Sila jawab semua soalan. Kesemua maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan.
Terima kasih atas kerjasama anda yang berikan.

Bahagian A: Maklumat Demografi.

Jantina : Lelaki / Perempuan

Umur : Bawah 20 Tahun / 20 hingga 30 Tahun / Lebih daripada 30 Tahun

Bangsa : Melayu / India / Cina / Lain-lain: _______________

Pekerjaan : Pelajar / Pekerja / Lain-lain: _______________

*Jika Pelajar, sila nyatakan;

Tahun : __________________

Kursus : __________________

Desasiswa : __________________

Bahagian B: Beg Plastik

Sila tandakan isu yang diberikan antara skala 1 hingga 4.

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Setuju
4) Sangat Setuju

94
Objektif 1: Mengetahui kesedaran pelajar USM berkenaan akibat penggunaan beg plastik
Arahan: Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan

Bil Pernyataan 1 2 3 4
1 Adakah anda setuju bahawa penggunaan beg plastik terlalu
tinggi dalam kehidupan seharian?
2 Adakah anda setuju bahawa beg plastik menghasilkan berjuta-
juta tan sampah setiap hari?
3 Adakah anda setuju bahawa kebanyakkan sampah yang
dihasilkan ialah daripada plastik?
4 Adakah anda setuju bahawa beg plastik merosakkan kehidupan
ekosistem laut?
5 Adakah anda setuju bahawa bahan kimia dalam plastik boleh
membahayakan kesihatan manusia?

Objektif 2: Mengenalpasti cara alternatif yang terbaik bagi menghapuskan penggunaan beg
plastik dalam kalangan pelajar USM.

Arahan: Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan

Bil Pernyataan 1 2 3 4
1 Adakah anda setuju untuk membawa beg sendiri bagi
mengantikan beg plastik?
2 Adakah beg kertas/beg kain dapat menjadi alternatif yang terbaik
bagi menghapuskan penggunaan beg plastik?
3 Adakah anda setuju jika USM dijadikan universiti tanpa plastik?
4 Adakah anda bersetuju sekiranya USM turut mengenakan caj
sebanyak RM0.20 untuk setiap plastik

Bahagian C: Respon
Objektif 1: Apakah cara terbaik bagi menyuarakan isu ini
Arahan: Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan
Bil Pernyataan 1 2 3 4
1 Menjalankan kempen
2 Mencipta dan menjual produk DIY berasaskan plastik
3 Menyebarkan artikel atau bahan yang berkaitan dengan isu ini
di media sosial
4 Menganjurkan forum-forum berkaitan dengan kelsetarian alam
sekitar
5 Mengadakan satu hari khas seperti hari tanpa plastik?

Sekian, Terima Kasih

95

Anda mungkin juga menyukai