Anda di halaman 1dari 3

BM A+ aamiin

​Tajuk Karangan Tudingan SPM 2020

Dari TikTok Cikgu Latifah

a. Cara ibu bapa galakkan gotong-royong:


1) Jadi suri teladan
2) Ajak sertai gotong-royong
3) Amalkan gotong-royong di rumah
4) Terangkan faedah gotong-royong
5) Berikan hadiah/ganjaran

b. Usaha ibu bapa menerapkan semangat patriotik anak-anak


1) Ibu bapa membawa anak melawat tempat bersejarah
2) Ibu bapa bercerita kisah/peristiwa sejarah
3) Ibu bapa bawa anak sertai sambutan
4) Ibu bapa jadi suri teladan
5) Ibu bapa belikan buku berkaitan sejarah

Ungkapan menarik:
- “Tidak ada manusia yang berhati batu sehingga tidak sedikit pun mencintai tanah tumpah
darahnya.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad
- “Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan dirinya sebagai suatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka.” - Soekarno

Peribahasa: ​Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri

c. Kebaikan/faedah rumah terbuka


1) Mengeratkan perpaduan
2) Masyarakat dapat memahami budaya lain
3) Daya tarikan pelancong/menjadi satu produk pelancongan
4) Merapatkan silaturahim
5) Merasai pelbagai masakan/menjamah dan mengenali pelbagai juadah mengikut negeri
dan kaum
6) Menjadi model keamanan dunia

d. Langkah pencegahan penyakit berjangkit


1) Menjaga kebersihan diri
2) Mengamalkan gaya hidup sihat
3) Menjaga kawasan persekitaran
4) Mematuhi arahan kerajaan

e. Usaha melestarikan permainan tradisional


1) Ibu bapa mengglakan anak bermain permainan tradisional
2) Sekolah mengadakan kegiatan kokurikulum berkaitan permainan tradisional
3) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian anjurkan kempen cintai permainan tradisional
BM A+ aamiin

4) Media massa siarkan/promosikan

f. Peranan Ibu Bapa Melahirkan Keluarga Bahagia


1) Ibu bapa memberikan didikan agama dan moral/nilai murni
2) Ibu bapa menjadi suri teladan
3) Ibu bapa curahkan kasih sayang
4) Ibu bapa menjaga kebajikan anak

Peribahasa​:
- Seperti ketam mengejar anaknya berjalan lurus
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya
- Asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
- Bagai menatang minyak yang penuh
- Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

Ungkapan menarik:
- “Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya
selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik.” - Imam At-Tarmizi, ahli hadis dan
pengarang kitab agama yang masyhur

g. Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan


1) Ibu bapa menerapkan nilai murni/menjadi suri teladan kepada anak
2) Masyarakat setempat mengadakan aktiviti kemasyarakatan
3) Institusi sekolah merancang aktiviti
4) Kerajaan mengadakan program kejiranan
5) NGO mengadakan gotong-royong
6) Kerajaan menganjurkan majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan
7) Budaya kunjung-mengunjungi
8) Amalan Hari Keluarga
9) Melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang dianjurkan oleh kawasan kejiranan
10) Guru mata pelajaran Bahasa Melayu memberi kesedaran kepentingan semangat
kejiranan

Peribahasa​: Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

h. Cara tangani obesiti


1) Ibu bapa mendidik anak tentang pemakanan sihat
Peribahasa​: Umur setahun jagung, darah setampuk pinang

2) Setiap individu membuat jadual pemakanan di rumah


“Jagalah masa sihatmu, sebelum datang kepadamu masa sakit.” - Nabi Muhammad SAW

3) Pihak sekolah memberikan pendidikan penjagaan kesihatan


Peribahasa​: Mencegah lebih baik dari mengubati

4) Media massa mengadakan Kempen Jom Sihat


5) Pihak kerajaan memperketat kelulusan pembukaan restoran makanan segera
BM A+ aamiin

Peribahasa: Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

i. Cara ibu bapa mengawal penggunaan telefon bimbit


1) Ibu bapa mendidik cara penggunaan yang betul
2) Ibu bapa mendedahkan isu penyalahgunaan telefon bimbit
3) Ibu bapa memantau penggunaan telefon bimbit
4) Ibu bapa hanya membelikan telefon bimbit setelah anak matang
5) Ibu bapa mengehadkan penggunaan telefon bimbit

Peribahasa​:
- Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
- Bagai menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
- Mencegah lebih baik dari mengubati
- Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Ungkapan menarik:
- “Jangan membuang masa memikirkan cara untuk menjadi seorang yang baik, sebaliknya,
mulakan dengan diri sendiri dahulu.” - Marcus Aurelis, pemimpin tentera kerajaan Rom
- Pepatah Arab mengatakan, orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti
orang yang sudah mati

j. Cara menghargai jasa ibu bapa


Ungkapan menarik​: Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak, sepuluh orang anak
belum tentu dapat menjaga seorang ibu

1) Anak perlu belajar bersungguh-sungguh


Peribahasa: Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

2) Anak mesti mentaati perintah dan nasihat ibu bapa


Ungkapan menarik: Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa

3) Menghulurkan bantuan kepada ibu bapa


Ungkapan menarik​: Sabda Rasulullah SAW, akhlak yang buruk akan merosakkan amal,
bagai cuka merosakkan madu

4) Sentiasa menghormati ibu bapa


5) Sentiasa menjaga nama baik ibu bapa
Peribahasa​: Menconteng arang ke muka orang tua

k. Faedah sikap kerjasama


Peribahasa: ​Tak kenal, maka tak cinta

1) Membentuk masyarakat bersatu-padu


2) Melahirkan masyarakat yang harmoni
3) Memupuk hubungan baik antara masyarakat
4) Mewujudkan kestabilan politik
5) Memajukan ekonomi negara

Anda mungkin juga menyukai