Langkah Penyakit Berjangkit

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Sejak akhir-akhir ini, wabak penyakit berjangkit seperti denggi dan chikung.

unya
semakin berleluasa di negara kita. Jangkitan penyakit biasanya berlaku apabila
bakteria, virus, atau protozoa masuk ke dalam tubuh manusia lalu menyebabkan
tindak balas dalam badan. Jika daya tahan badan kita terhadap penyakit adalah
lemah, kita akan jatuh sakit. Keadaan ini mungkin membawa maut kepada
pesakit jika lewat mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital. Pada
umumnya, penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cara-cara yang tertentu.
Oleh itu, cara-cara untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini akan
dibincangkan demi kepentingan bersama.
Pada pendapat saya, kemajuan perubatan dapat mengatasi masalah penyakit
berjangkit yang semakin berleluasa di negara kita. Kita boleh mendapatkan
suntikan atau imunisasi penyakit berjangkit untuk menjamin kesihatan kita.
Dengan ini, kita akan lali terhadap penyakit tertentu melalui suntikan imunisasi
ini. Sebagai contohnya, suntikan imunisasi seperti suntikan B.C.G. dapat
mencegah penyakit tibi. Suntikan imunisasi hepatitis membolehkan kita
menjauhi penyakit hepatitis yang disebabkan oleh makanan, khususnya
makanan laut yang tercemar. Di samping itu, pencegahan penyakit berjangkit
dapat dilakukan dengan pengambilan antibiotik seperti streptomaisin, penisilin,
dan kloromaisin. Tambahan lagi, kita wajar menjalani pemeriksaan kesihatan
secara berkala. Tindakan ini dapat mengelakkan diri kita daripada dijangkiti
penyakit berjangkit, bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada
mengubati”.
Seterusnya, kita mestilah menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk
mengelakkan diri daripada diserang wabak penyakit berjangkit. Penyakit kulit
seperti kurap dan panau mudah merebak jika seseorang tidak mementingkan
kebersihan tubuh badan. Amalan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan
tidak sewenang-wenangnya berkongsi barang peribadi dengan orang lain seperti
tuala dan pakaian dapat mengelakkan penyakit kulit merebak kepada seseorang.
Dalam pada itu, kawasan tempat tinggal kita hendaklah sentiasa bersih. Rumah
yang bersih dapat mengelakkan penghuninya daripada penyakit deman denggi,
chikugunya dan malaria. Di samping itu, senaman yang secukupnya dapat
menguatkan daya tahan badan seseorang terhadap penyakit. Kita hendaklah
bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan kiraan masa sekurang-
kurangnya 30 minit pada setiap sesi. Kita harus sedar bahawa kebersihan
merupakan cermin diri kita dan tiada yang lebih baik daripada kesihatan.
Selanjutnya, wabak penyakit berjangkit dapat dicegah melalui amalan
mementingkan kebersihan alam sekitar. Pencemaran sungai yang biasanya
berlaku di kawasan setinggan menyebabkan sumber air akan tercemar.
Penduduk di kawasan itu pula akan menggunakan sumber air dari sungai yang
berhampiran untuk kegunaan harian. Pada masa yang sama, mereka turut
membuang sampah secara merata-rata di kawasan setempat dan sungai
tersebut. Akibatnya, kes-kes taun mudah berlaku. Persekitaran yang kotor pula
akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebagai contohnya, kawasan
penternakan khinzir yang kotor mendorong pembiakan virus Nipah. Virus
tersebut telah menyebabkan banyak nyawa terkorban pada tahun 1999. Oleh
itu, kita haruslah menjadi masyarakat bertanggungjawab melestarikan alam
sekitar demi kesejahteraan hidup kita.
Wabak penyakit berjangkit juga dapat dihindari melalui amalan pemakanan yang
sihat. Aspek utama yang perlu diberikan perhatian ialah kebersihan makanan
yang kita makan. Makanan yang bersih dapat mengelakkan pemakannya
daripada keracunan makanan dan menghidap penyakit hepatitis. Dalam pada
itu, makanan dan air mesti dimasak dan hendaklan sentiasa ditudung untuk
mengelakkan kes keracunan makanan. Sebagai contohnya, sayur-sayuran dan
buah-buahan hendaklah dibasuh dengan betul untuk menyingkirkan racun
perosak atau bahan-bahan kimia padanya. Sekiranya makan diluar, pilihlah gerai
makan yang terjamin kebersihannya. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng
kerana kesihatan lebih berharga daripada segala-galanya.
Selain itu, wabak penyakit berjangkit seperti selsema burung, H1N1, dapat
dilakukan dengan mengkuarantinkan dan mengasingkan pengidap penyakit
tersebut daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada
orang lain. Sekirannya tindakan ini diambil, pastinya penyakit ini dapat dikawal
dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain.
Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan
industri pelancongan juga tidak terjejas. Selanjutnya, pihak berkuasa setiap
negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat
pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai
contohnya, alat pengesan haba 'thermoscan' perlu diletakkan di lapangan-
lapangan terbang antarabangsa seperti di KLIA. Alat pengimbas tersebut
berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti
oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut,
maka mereka perlu dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga
dikuarantin.
Kesimpulannya, kesihatan merupakan aset penting bagi setiap insan yang
bernafas di bumi Allah ini. Kekayaan tidak dapat membeli kesihatan. Malangnya,
kes-kes wabak berjangkit masih berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu,
kempen haruslah diadakan untuk menggalakkan amalan hidup yang sihat dalam
kalangan masyarakat. Kita tidak boleh memandang sebelah mata sahaja
terhadap masalah ini kerana penyakit berjangkit boleh mengorbankan banyak
nyawa yang tidak berdosa. Mudah-mudahan, kesedaran dan keinsafan akan
bersemarak dalam jiwa setiap warga untuk bersama-sama mengamalkan gaya
hidup sihat. (736 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai