Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

SEPAK TAKRAW
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan
mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak
diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia
dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat
bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang
di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya
berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat
Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk
bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang
bola.

Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat


daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan
di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses
perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang
diperbuat daripada plastik.

Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam


gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap
pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan
sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah
diersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun
1965. Nama permainan sepak raga
pula telah ditukar
dan digantikan de-
ngan nama sepak
takraw supaya
lebih diterima di
peringkat antara-
bangsa.

165
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ALATAN DAN KEPERLUAN


A - Garisan tepi gelanggang
B - Garisan belakang gelanggang
C - Bulatan servis (sepak mula)
D - Garisan suku bulatan
E - Tiang
1.45 m F - Jaring
E G - Garisan teras

G
13.42 m

4.25 m
3.05 m
C 0.91 m A
0.31 m

2.44 m 3.05 m

6.7 m
6.1 m
B

Lilitan: 0.4 – 0.43 m


Berat: 160 – 180 gm
Pakaian standard
pemain sepak takraw

BAGAIMANA SEPAK TAKRAW DIMAINKAN

Sepak takraw dimainkan dengan menyepak atau menanduk bola untuk


melepasi jaring dan masuk ke gelanggang lawan. Pemain menggunakan kaki
untuk menyepak, merejam atau mengawal bola. Kepala pula digunakan untuk
menanduk atau mengawal bola. Anggota badan seperti bahu, dada dan peha
juga boleh digunakan dalam permainan ini, kecuali tangan.

Setiap regu yang dibarisi tiga orang pemain dikenali sebagai tekong, iaitu
pemain yang berada di tengah-tengah, sementara pemain di kiri kanannya dikenali
sebagai apit kiri dan apit kanan. Di peringkat perlawanan, setiap pasukan akan
diwakili oleh tiga regu dengan setiap regu dibenarkan membuat satu gantian atau
pertukaran pemain sahaja. Matlamat permainan sepak takraw ini ialah setiap
regu akan berusaha mematikan bola di gelanggang lawan sehingga mencapai
mata penamat iaitu 21.

166
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Kedudukan pemain
dan cara permainan
dijalankan

Kehebatan pemain
melakukan rejaman kaki
secara akrobatik

Lambungan duit syiling untuk


memulakan permainan dan
membuat pilihan sama ada tempat
atau servis mula

Kedudukan pemain apabila


sepak servis atau sepak mula
dilakukan. Regu A membuat
servis, sementara Regu B
menunggu hantaran servis.

Kedudukan pihak lawan


yang akan menerima
servis

Tekong membuat servis dengan apit


kanan melontar bola sementara apit
kiri bersedia

167
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERATURAN PERMAINAN
1 Tiga Sentuhan Apabila menerima bola daripada
pihak lawan, pemain memainkan
bola sebanyak tiga kali sentuhan
sebelum dihantar semula ke
gelanggang lawan. Sentuhan yang
biasa dilakukan adalah seperti
berikut
(a) Sentuhan pertama – mengawal
bola
(b) Sentuhan kedua – mengumpan
(c) Sentuhan ketiga – rejaman

2 Sepakan Servis Servis oleh tekong dilakukan bagi meneruskan


permainan untuk mengutip mata. Bola yang
diservis mesti melepasi jaring walaupun
menyentuh bahagian atas jaring dan hendaklah
lepas memasuki gelanggang lawan. Semasa
servis dilakukan, tekong dan kedua-dua pemain
apit tidak dibenarkan memijak garisan tepi atau
bulatan.
Salah satu kesalahan yang perlu dielakkan tekong ialah
memijak garisan bulatan semasa membuat servis

3 Kesalahan Pemain

Menyentuh jaring ketika permainan


berjalan, adalah satu kesalahan. Mata atau
servis akan diberikan kepada pihak lawan,
jika perkara ini berlaku.

4 Kiraan Mata

Setiap permainan dimainkan dalam


dua pusingan. Jika kedudukan
perlawan seri (1-1), permainan
diteruskan dalam pusingan ketiga
(rubber set). Skor atau mata bagi
setiap pusingan dikira dalam 21 mata.

168
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

5 Pertukaran Gelanggang
Pertukaran gelanggang akan dilakukan bagi setiap pusingan. Jika berlaku permainan
atau kedudukan mata seri 1-1, permainan diteruskan dalam pusingan ketiga. Dalam
pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai lapan mata,
pertukaran gelanggang akan dilakukan. Kiraan mata kemudian diteruskan sehingga
ke mata penamat.

TEKNIK DAN KEMAHIRAN


1 Menimang, Menghantar dan Menerima Bola

Sepak kuda Menimang /


mengawal bola
Kemahiran paling asas – dengan
sepak sila menggunakan paha

Kawalan bola dengan


kepala

Kawalan bola
dengan dada

169
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2 Sepakan Servis

Sepakan Servis
Kencang

Sepakan Servis Bebas – Memastikan Bola


Melepasi Jaring ke Gelanggang Lawan

3 Rejaman

Rejaman Tapak
Kaki
Rejaman dengan Bahagian
Dalam Kaki

Rejaman dengan
Rejaman dengan Bahagian
Bahagian Tepi
Hujung Kaki
Hujung Kaki

170
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Rejaman dengan Dahi Rejaman dengan Sisi Kanan Rejaman dengan Sisi
Kepala Kiri Kepala
4 Menghadang

Menghadang dengan Menghadang dengan


Belakang Badan Kaki dan Paha

CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN


1

Latihan Sepak Sila Latihan Berpasangan Latihan Menyepak dengan


Berseorangan Secara atau Berkumpulan Bola Tergantung
Berulang Kali

171
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Latihan Sepak Kuda


Secara Berpasangan

Latihan Berkumpulan

Latihan Menanduk Bola Latihan dengan Bola


Secara Berpasangan Tergantung

Latihan Menanduk Bola


yang Tergantung

172
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

4 Menghantar dan Menerima Bola

pemain
arah lontaran bola
arah hantaran bola
skital (sasaran rejaman)

Pemain A melontar bola kepada Pemain B, C atau D yang menerima bola dan
memainkannya tidak lebih daripada 2 kali. Bola kemudian dikembalikan kepada A.
Ulangi dan fokus kepada lontaran dan kawalan.

5 Latihan Sepakan Servis

Servis ke Penjuru Belakang Servis ke Ruang Hadapan


Gelanggang Lawan Gelanggang Lawan

6 Latihan Rejaman

Latihan Rejaman Berpasangan Latihan Rejaman Berkumpulan

Pemain A melambungkan bola kepada Pemain B dan C dan melakukan rejaman


dengan pelbagai cara. Kaedah latihan ini digilir-gilirkan dan diulang.

173
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7 Latihan Menghadang

Latihan Menghadang Berpasangan


Latihan dibuat dengan menghadang secara berpasangan. Pemain
A melontar bola ke Pemain B yang menghadang dengan pelbagai
cara di depan jaring. Ulangi kaedah latihan ini dan digilir-gilirkan,

Latihan Menghadang Bersama Perejam


Pemain A menghantar bola kepada Pemain B untuk rejaman
dengan Pemain C bertindak sebagai penghadang. Ulangi kaedah
latihan ini dengan menggilir-gilirkannya.

174

Anda mungkin juga menyukai