Anda di halaman 1dari 9

TAJUK TUGASAN:

LATIHAN TUTORIAL INDIVIDU: PENERANGAN KONSEP SAINS, TEKNOLOGI,


MASYARAKAT BERMAKLUMAT.

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


JELASKAN SECARA RINGKAS KONSEP BERIKUT (15%):

(a). SAINS (10 MARKAH)

Konsep merupakan satu kognitif unit makna yang dijelaskan sebagai unit pengetahuan.
Sebuah konsep selalunya dikaitkan dengan perwakilan yang sama dengan sesuatu bahasa atau
perkataan. Manakala, definisi sains pula ialah sains adalah tafsiran alam dan manusia pula
adalah penafsir (G. Gore 1878). Perkataan “sains” ini berasal daripada bahasa Latin iaitu
“Scinetia” (mendapatkan ilmu atau maklumat). Pengetahuan tentang sains merupakan ilmu
pengetahuan seperti pengetahuan yang lain juga yang memerlukan pengalaman untuk
mendapatkan fakta dan peraturannya. Selain itu, menurut “Cambridge Dictionary”
mendefinisikan sains sebagai pengetahuan dari kajian yang teliti mengenai struktur dan
tingkah laku dunia fizikal terutama dengan menonton, mengukur, dan melakukan eksperimen,
dan pengembangan teori untuk menggambarkan hasil aktiviti tertentu. Manakala, berdasarkan
definisi sains yang dinyatakan oleh Dewan Bahasa & Pustaka ialah ilmu pengetahuan yang
teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya. Dalam “Dictionary.com” pula menyatakan sains
ialah pengetahuan sistematik dunia fizikal atau material yang diperoleh melalui pemerhatian
dan eksperimen. Maka, jelaslah bahawa secara umumnya sains ialah sebagai sebuah sistem
untuk mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk
menggambarkan dan menjelaskan fenomena-fenomena yang terjadi dengan sistematik tentang
struktur dan perilaku dari segala fenomena yang ada di dunia ini. Cara sains mengkaji sesuatu
perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukur, membuat uji kaji, dan mencuba
menerangkan mengapa sesuatu perkara berlaku. Dan orang atai individu yang melakukan
perkara sedemikian digelar sebagai “ahli sains” (Wikipedia Ensiklopedia bebas, 2020). Ahli
sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan tentang sesuatu kajian yang mereka
lakukan. Setiap kajian yang dilakukan oleh seorang ahli sains perku disemak atau diperiksa
oleh pakar ahli sains yang lain oleh sebab ahli sains yang juga merupakan seorang manusia
yang fitrahnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan (Hairudin Harun, 2004). Dan
untuk memastikan kajian yang dilakukan mendapatkan maklumat yang jelas, benar, dan tepat
kajian itu perlulah dilakukan dengan mengulangi eksperimen beberapa kali.

Terdapat pelbagai jenis pula bidang sains antaranya ialah seperti sains tulen yang
terbahagi kepada bidang astronomi, biologi, fizik,kimia, sains bumi dan sebagainya.
Manakala, bidang sains ialah sains sosial yang terbahagi pula kepada beberapa jenis antaranya
antroplogi, ekonomi, ekologi, etimologi, komunikasi, linguistik, psikologi, sosiologi,
pendidikan, dan lain-lain lagi. Selalunya, kajian sains ini dilakukan di peringkat akademik
seperti sekolah, universiti, serta makmal syarikat yang berkaitan seperti makmal di hospital
(bedah siasat mayat). Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu
penghuraian, mencari keseragaman, dan pembentukan teori dan hukum. Bidang sains adalah
bertujuan untuk merumuskan idea dan kefahaman terhadap fenomena alam semula jadi.
Sebagai contohnya, pada dasarnya ilmu sains seperti kimia, fizik, dan biologi sama-sama
mempelajari bahan dan tenaga tetapi dalam spesifikasi yang berbeza-beza. Ilmu Kimia
mempelajari unsur-unsur, reaksi kimia, atom, dan lain-lain. Fizik pula mempelajari gejala
alam yang hidup serta interaksi dalam ruang lingkup dan waktu manakala biologi
mempelajari makhluk hidup dan kehidupan. Gambar rajah dibawah menunjukkan
pembahagian ilmu pengetahuan menurut Ibnu Sina iaitu tokoh Islam yang terkenal.
(b). TEKNOLOGI (10 MARKAH)

Teknologi adalah penerapan pengetahuan yang dikumpulkan secara ilmiah untuk


masalah praktikal masyarakat. Teknologi juga merupakan sebagai aplikasi pengetahuan sains
yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia
dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak teknologi yang digunakan dalam pelbagai bidang
seperti bidang teknologi kejuruteraan elektrik, mekanik, kejuruteraan awam dan banyak lagi
yang digunakan bertujuan untuk menyelesaikan masalah manusia. Gardner et al. (I990)
mendefinisikan teknologi sebagai alat atau proses-proses pembinaan yang menuju ke arah
pembentukan alat tersebut. Teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Perkataan “technology” berasal dari
perkataan Greek (technología); dari (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan
(-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian. Istilah teknologi selalunya berkait rapat
dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian
tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta
menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Walaupun sains
dan teknologi selalu melibatkan kajian yang rasional tetapi kedua-duanya berbeza dari segi
matlamat dan hasil yang diwujudkan. Sains bertujuan untuk merumuskan idea dan kefahaman
terhadap fenomena alam semula jadi manakala teknologi pula menggunakan idea-idea
tersebut bagi menghasilkan alat untuk menyelesaikan masalah. Teknologi adalah sebuah
proses yang mengaplikasikan sains lalu digunakan untuk menyediakan keprluan dan
kehendak manusia. Teknologi menjadi proses untuk inovasi iaitu penciptaan alat dan bahan
baru agar dapat mengubah sesuatu ke arah yang lebih baik dengan cara menggunakan
penemuan sains dalam menghasilkan sesuatu yang baru untuk menyediakan cara hidup yang
lebih baik. Teknologi juga dapat membentuk aktiviti kebudayaan manusia dan dengan adanya
teknologi dapat meningkatkan kemahiran baru manusia yang dapat memenuhi kehendak
pasaran kerja. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan
yang lebih banyak.

Tujuan teknologi digunakan adalah untuk meningkatkan kualiti keadaan manusia,


memberikan penyelesaian kepada masalah praktikal, mewujudkan hubungan institusi yang
relevan dan mekanisme pening, mengembangkan pengetahuan individu, memberikan
maklumat dan penjelasan mengenai alam semula jadi, mengembangkan bidang pengetahuan
baru, mengekalkan ketersediaan sumber semula jadi (kelestarian) dan sebagainya lagi.
Teknologi yang berasaskan sains merupakan teknologi yang wujud apabila pengetahuan yang
ditemui dapat diaplikasikan dalam pembuatan teknologi tersebut manakala sains yang
berasaskan teknologi pula ialah penemuan teknologi yang telah membantu perkembangan
pengetahuan sains. Sebagai contoh, banyak teknologi telah telah diperkembangkan oleh
manusia dalam usaha untukm memudahkan dan menyelesaikan masalah sehingga muncul
perkembangan teknologi revolusi industri 4.0. Antaranya seperti penciptaan komputer yang
berteraskan kepada teknologi maklumat yang memudahkan dalam pelbagai bidang terutama
bidang pendidikan. Era teknologi maklumat dan komunikasi bermula pada alaf baru yang
berasaaskan kepada komunikasi yang menggalakkan pelbagai peralatan diciptakan seperti
telefon bimbit, komputer, notebook dan banyak lagi. Selain iu, kewujudan teknologi dalam
revolusi industri 4.0 menggalakkan kemunculan sistem fizikal siber yang melibatkan
keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi seperti
seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem,
penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan lagi kemajuan landskap dunia moden.
Gambar rajah dibawah merupakan gambaran tentang revolusi industri 4.0;

KULIAH 2: Perkembangan Teknologi yang disediakan Oleh Dr. Noor Alyani Nor
Azazi, Universiti Sains Malaysia.
(c). MASYARAKAT BERMAKLUMAT (10 MARKAH)

Definisi konsep masyarakat ialah sekelompok individu yang membentuk sebuah


sistem di mana sebahagian besar interaksi adalah antara individu-individu yang berada dalam
kelompok tersebut. Manakala masyarakat bermaklumat pula ialah masyarakat yang
membudaya penggunaan maklumat dalam kehidupan seharian terutamanya bagi tujuan
membuat keputusan. Masyarakat bermaklumat juga digambarkan sebagai masyarakat yang
mempunyai kuasa dan keupayaan saintifik, teknikal, dan pengetahuan profesional yang
membantu manusia, organisasi, dan masyarakat untuk memenuhi cabaran abad ke 21 (Bizhan,
2000a). Bagi Rowlands (1998), istilah masyarakat maklumat merujuk kepada proses
pemodenan infrastruktur telekomunikasi, penggalakan persaingan, memberi kemahiran baru
kepada pekerja, kesepaduan sosial, pelanjutan demokrasi, keterbukaan dan
kebertanggungjawapan kerajaan. Masyarakat adalah kumpulan hubungan antara individu,
termasuk pemahaman ekonomi, budaya atau politik yang berlainan dengan matlamat yang
sama yang terdiri daripada komuniti dan juga kumpulan sosial atau organisasi. Elemen sains,
teknologi dan masyarakat bermaklumat adalah sangat berkait rapat dan saling memerlukan
dalam usaha untuk mewujudkan sesuatu perkara yang memudahkan manusia. Hal ini
demikian kerana tanpa sains dan teknologi, tidak ada masyarakat yang akan berkembang dan
maju dan tanpa masyarakat, sains dan teknologi tidak akan wujud. Sebagai contoh manusia
membuat permintaan akan sesuatu maka hal ini akan menggalakkan R & D dalam sains yang
menggunakan teknologi bagi usaha mencipatkan bahan baru sesuai dengan permintaan
manusia tadi. Sebagai contohnya juga, dengan adanya hubungan antara sains, teknologi dan
manusia akan mewujudkan mesin seperti roda, media cetak dan komputer.

Bagi Bizhan (2000b) telah menyenaikan beberapa ciri yang menunjukkan masyarakat
bermaklumat. Antaranya seperti peluang pendidikan sepanjang hayat, peluang kepada sumber
dan program pendidikan kendiri yang bersesuaian, peluang bagi perkongsian pengetahuan dan
aplikasinya dalam kehidupan dan pekerjaan, pelaburan dalam penjanaan dan pengagihan
pengetahuan baru, dan banyak lagi. Dan dengan adanya masyarakat bermaklumat ini akan
mewujudkan lebih banyak lagi inovasi teknologi yang menggalakkan kemajuan ekonomi
dunia secara menyeluruh. Sebagi contoh, wujudnya teknologi Artificial Intelligence (AI) iaitu
Teknologi kecerdasarkan buatan merupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan
sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Secara konsepnya, mesin yang bakal
‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya
lebih pintar berbanding mesin lain. Sebagai contohnya adalah seperti “Siri” yang mana semua
orang biasa dengan pembantu peribadi Apple, Siri. Siri adalah komputer yang diaktifkan
suara yang mesra dengan kita berinteraksi setiap hari yang mampu membantu mencari
maklumat, memberi petunjuk, menambah acara ke kalendar, membantu menghantar mesej
dan sebagainya. Siri adalah pembantu peribadi digital pintar yang menggunakan teknologi
pembelajaran mesin untuk lebih pintar dan lebih baik untuk meramalkan dan memahami
soalan dan permintaan bahasa semula jadi manusia.Gambar rajah dibawah merupakan
gambaran yang menunjukkan mansyarakat bermaklumat;

Sumber: [ CITATION Mok10 \l 1086 ]


SUMBER RUJUKAN:
Gardner, P.L., Penna, C., dan Brass, K., (1990). Technology and Science: Meaning and
Educational Implications. The Australian Science Teachers Journal, 36(3), 23-27.

Hairudin Harun. (2004). Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam. Kuala Lumpur:
Universiti
Malaya.

Bizhan, Nasseh. (2000a). Forces of Change: The Emergence of a Knowledge Society and
New
Generations of Learners. Hershey: Idea Group Inc.

Bizhan, Nasseh. (2000b). Knowledge society and higher educational institutions‘ roles and
responsibilities. Ball State University. http://www.bsu.edu/classes/nasseh/bn100/
knowledge.html [29 Disember 2006].

Rowlands, I. (1998). Some compass bearing for information policy orienteering. Aslib
proceeding 50(8): 230-237.

Wikipedia Ensiklopedia bebas. (24 Februari 2020) retrive from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sains diakses pada [23 April 2020].

KULIAH 1: Pengenalan Kepada Masyarakat Dan Teknologi yang disediakan Oleh Dr. Noor
Alyani Nor Azazi, Universiti Sains Malaysia.

KULIAH 2: Perkembangan Teknologi yang disediakan Oleh Dr. Noor Alyani Nor Azazi,
Universiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai