Anda di halaman 1dari 5

HGT 331 – GIS DALAM PEMBANGUNAN LESTARI

SEMESTER II, SIDANG AKADEMIK 2019/2020

TAJUK TUGASAN:
KUIZ 1

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


KUIZ 1

1. Huraikan komponen yang diperlukan dalam Spatial Data Infrastructure (SDI).

Gambar rajah 1: Komponen utama SDI

Sumber: (Jafari Salim M. 2014).

Terdapat beberapa komponen utama dalam SDI yang memainkan peranannya masing-

masing antaranya ialah orang atau pengguna, data, rangkaian akses, dasar dan piawaian.

Komponen utama SDI iaitu data atau sumber ruangan dan pihak berkepentingan (orang)

dikawal oleh komponen teknologi dinamik SDI yang merupakan rangkaian, dasar dan piawai

akses. Maksud dinamik adalah dapat dikemas kini atau diperluaskan dengan perubahan

teknologi atau keperluan pengguna, atau memasukkan persekitaran baru.

Orang atau pengguna ini merupakan kunci kepada pemprosesan transaksi dan

membuat keputusan yang mana segala keputusan memerlukan data. Oleh itu, hubungan yang

jelas antara orang dan data amat penting bagi menjamin perkongsian data, keselamatan,

ketepatan dan akses yang baik. Sebagai satu kategori iaitu orang dan data memainkan
peranan penting dalam interaksi. Manakala Sifat kategori kedua sangat dinamik disebabkan

oleh pesatnya teknologi yang berkembang dan keperluan pengantaraan hak, sekatan dan

tanggungjawab antara orang dan perubahan data. SDI mestilah bersepadu dan meyeluruh

yang juga menfokuskan seperti isu kebolehoperasian, dasar dan rangkaian.

Perkhidmatan katalog yang berperanan untuk penemuan, penyemakan imbas, dan

pertanyaan metadata atau perkhidmatan spasial (ruangan), set data spasial dan sumber lain.

Selain itu, perkhidmatan data spasial yang membenarkan penghantaran data melalui internet.

Seterusnya, penyimpanan data yang berfungsi untuk menyimpan data, dan menjadi pangkalan

data spasial. Perisian juga merupakan komponen dalam SDI yang berperanan untuk membuat

dan mengemas kini data spatial. Selain daripada perisian pelbagai standard teknikal

(antarabangsa) diperukan untuk membolehkaninteraksiantara komponen perisian yang

berbeza antaranya iaah piawaian geospatial seperti OGC WS WFS GML dan ISO untuk

penghantaran peta, data vektor dan raster. Secara kesimpulannya, data spatial memainkan

peranan penting dalam aktiviti pembangunan, sama ada pengurusan sumber semula jadi atau

pembangunan sosio-ekonomi.

2. “Konsep SDI adalah bersifat DINAMIK”, jelaskan penyataan ini beserta sokongan

hasil kajian yang lepas berkaitan konsep ini.

Konsep SDI dikatakan bersifat dinamik adalah kerana ia dapat dikemas kini atau

diperluaskan dengan perubahan teknologi atau keperluan pengguna atau memasukkan

persekitaran baru. Perkembangan teknologi yang pesat dan keperluan pengantaraan hak,

sekatan dan tanggungjawab antara orang dan perubahan data. Hal ini menunjukkan bahawa

SDI bersepadu tidak boleh terdiri daripada data spasial, perkhidmatan tambah nilai dan

pengguna akhir sahaja tetapi perlu juga merangkumi kebolehoperasian, dasar dan rangkaian.
Infrastruktur Data Spatial (SDI) memudahkan dan menyelaraskan pertukaran dan

perkongsian data spatial antara pihak berkepentingan dalam komuniti data spatial. Sebagai

contohnya, negara dunia seperti US, United Kingdom, Kanada dan sebagainya menggunakan

data maklumat geospatial yang sedia ada sebagai alat sokongan keputusan, isu penting sosial,

alam sekitar dan ekonomi penting ditangani dengan cara yang lebih baik kerana ketersediaan

data yang berkualiti dan tepat pada masanya. Oleh itu, keperluan terhadap pembuat keputusan

yang tepat adalah penting bagi menangani masalah yang berkaitan isu pelindungan alam

sekitar, keselamatan, sistem pengangkutan yang lebih baik, pembangunan dan perkhidmatan

sosial yang lestari.

3. Bincangan cabaran penggunaan konsep SDI dalam pelaksanaan pembangunan yang

lestari.

Cabaran penggunaan konsep SDI dalam pelaksanaan pembangunan yang lestari adalah

tidak mempunyai koordinasi antara pelbagai pihak sama ada di peringkat kementerian atau

negara, wilayah, daerah, organisasi bukan kerajaan dan lain-lain lagi. Selain itu,kebanyakkan

institusi ini menjalankan aktiviti yang berkaitan pembangunan, memproses data pemprosesan

sahaja dan tidak menjalankan proses perkongsian data. Dalam pada itu, ketiadaan aset dan

kecerobohan dalam aktiviti yang berkaitan dengan pemerolehan dan pemprosesan data spatial

juga menjadi faktor kepada cabaran SDI dalam mewujudkan pelaksanaan pembangunan yang

lestari. Selain itu juga tidak ada mekanisme untuk memproses data di institusi-institusi

sehingga kadang-kadang data staf yang dikumpulkan yang dimiliki secara pribadi. Hal ini

menyebabkan pemindahan data tidak dapat dilakukan dan hal ini amat merugikan kerana

mungkin data tersebut berguna kepada pihak lain. Dan menurutP.K Singh (2009) menyatakan

bahawa cabaran dalam pelaksanaan SDI adalah seperti pemindahansumber kewangan,


kepentingan politik antara pebuat keputusan dan pembuat dasar serta keupayaan institusi

yang bekerjasama dengan banyak badan serantau dan benua. Cabaran dalam konsep SDI

seperti keperluan untuk ketepatan kedudukan, konteks maklumat dan liputan geografi data

geospatial berbeza dengan ketara di kalangan pengguna dan pengeluar data geospatial serta

terdapat juga pertindihan amalan kerja, peralatan dan data yang mahal.Ha ini telah

menjejaskan pelaksanaan pembangunan yang lestari. Cabaran yang terakhir adalah koordinasi

yang tidak mencukupi wujud antara kementerian, organisasi dan agensi dalam perniagaan

data spatial disebabkan oleh birokrasi kerajaan juga akan menjejaskan pelaksanaan

pembangunan yang lestari

RUJUKAN:

KULIAH 3: KOMPONEN SDI Dr Azimah Abd Rahman, Pusat Pengajian Ilmu

Kemanusiaan, USM

Jafari Salim M. (2014). The Analysis of Open Source Software and Data for Establishment of

GIS Services Throughout the Network in a Mapping Organization at National or International

Level. PhD thesis

Anda mungkin juga menyukai