Anda di halaman 1dari 4

HGT 331 – GIS DALAM PEMBANGUNAN LESTARI

SEMESTER II, SIDANG AKADEMIK 2019/2020

TAJUK TUGASAN:
KUIZ 2

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


KUIZ 2

1. Merujuk kepada SATU kajian berkaitan isu alam sekitar, senaraikan peranan aplikasi

Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam membantu penyelesaian isu berkenaan secara

lestari.

Dalam bidang perancangan guna tanah dan alam sekitar sering berdepan dengan pelbagai

kesukaran terutama dalam proses pembuatan keputusan. Hal ini disebabkan oleh kewujudan

kegiatan pembangunan yang pesat yang mencetus kepada masalah-masalah di bandar seperti

setinggan dan masalah kepada isu alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara dan

banjir kilat berlaku. Maka dari itu, perlulah kepada suatu alat yang dapat membantu dalam

mewujudkan sistem maklumat bandar yang lebih efisien termasuk perancangan, pengurusan,

dan pengawalan terhadap masalah alam sekitar yang berlaku. Aplikasi Sistem Maklumat

Geografi (GIS) digunakan untuk memudahkan penyelesaian terhadap masalah-masalah

sedemikian rupa.

GIS merupakan aplikasi yang tidak asing lagi kerana telah banyak diguna pakai oleh

ahli akademik di seluruh dunia. Ha ini deikian kerana GIS enyediakan pebagaifungsi

termasuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, mengolah, menganalisis, dan

memaparkan segala maklumat yang ada rujukan geografi. GIS mampu dan berupaya

menanganidata spatial (ruangan) dan data atribut (bukan ruangan) yang berkaitan dengan

sesuatu objek (Ahris,1994). GIS juga mampu menyediakan kerangka bagi mengintegrasi

jumlah data spatial dan atribut yang banyak daripada pelbagai sumber dan masa tertentu.

Maka, hal ini dapat memudakan proses pembuatan keputusan yang baik dengan

menggunakan aplikasi fungsi GIS.

Untuk pengetahuan dan makluman, terdapat beebrapa kajian yang telah dilakukan

berkaitan dengan guna tanah setinggan dan kualiti air sungai seperti oleh Sen et al. (2003),
Musa (1998), Ahris dan Healey (1994), Nyon dan Taher (2000), dan Ahris (1991).

Keupayaan penggunaan GIS sudah terbukti sebagai alat untuk membantu menangani masalah

isu alam sekitar yang berhubung dengan guna tanah setinggan dan kualiti air sungai.

GIS dapat membantu menyelesaikan isu berkenaan alam sekitar seperti masalah

pencemaran air, udara, atau banjir dan lain-lain secara lestari adalah dengan pangkalan data

yang memudahkan integrasi data spatial dan data atribut yang diperlukan untuk menjalankan

analisis spatial bagi menjelaskan kesan guna tanah terhadap kualiti alam sekitar seperti air.

Selain itu, GIS boleh membantu memberikan maklumat penting tentang sumber dan boleh

membuat perancangan dan pengurusan sumber lebih mudah. Aplikasi GIS juga dapat

membolehkan penyimpanan, pengurusan, dan analisis kuantiti data yang besar dan data ini

dikaitkan dengan ciri geografi tertentu yang mudah difahami seperti data kualiti air akan

dihubungkan dengan tapak persampelan, diwakili oleh satu titik (point). GIS juga dapat

mencari kawasan kawalan yang berpotensi berlaku masaahsesuatu perubahan seperti terhadap

guna tanah, perhutanan, air laut atau sungai, dan banyak lagi. Sebagai contoh sekiranya

berlaku kebakaran hutan GIS mampu merancang corak perebakan api dan dapat menampung

kawasan sensitif yang akan terjejas akibat keamatan api yang tinggi. Selain itu,peranan GIS

banyak seperti dalam pengurusan hutan dan juga dalam pengurusan-pengurusan lain yang

dapat mengesan lokasi sumber yang diperolehi dengan baik seperti tempat, poskod, dan

rujukan geografi iaitu latitude dan longitude. Keadaan jenis tanah dan jarak dari jalan

atausungai juga GIS dapat kesan begitu juga GIS dapat membantu dalam mengetahui

perubahan alam sekitar seperti gunatanah hutan bagi sesuatu kawasan dari semasa ke semasa.

Hal ini dapat memudahkan untuk pembuatan keputusan dibuat agar dapat mengekalkan

pembangunan yang lestari.


RUJUKAN:

KULIAH 4: Pembangunan Alam Sekitar Lestari, Dr Azimah Abd Rahman, Pusat Pengajian

Ilmu Kemanusiaan, USM.

Abdul Rashid, Mohd. Fadzil (2004) Pengintegrasian model simulasi/kualiti air dan sistem

maklumat geografi menggunakan pendekatan analisis keputusan multikriteria dalam

kajian kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air. Masters thesis, Universiti

Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation and Real Estate.

Anda mungkin juga menyukai