Anda di halaman 1dari 4

TAJUK TUGASAN: KEPENTINGAN GIS DALAM SDGs

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


PENGENALAN

Sistem Informasi Geografi (Geographic Information System:GIS) adalah sistem


informasi maklumat khusus yang mengelola data yang memiliki informasi spasial
(keruangan). Atau dalam arti yang lebih mudah, adalah sistem komputer yang memiliki
kemampuan untuk membangun, menyimpan, mengelola dan menampilkan informasi
berdasarkan geografi, misalnya data yang diidentifikasi menurut lokasinya dalam sebuah
database. Kepentingan adanya GIS di persada maklumatnegara ialah mempertahankandan
memperteguhkan kedudukannya seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang turut
melibatkan pembanguna reruang negara. Masa depanGIS perlu diperkasakan dalam suasana
sistem maklumat yang semakinmendesak dalam memenuhi tuntutan kehidupan masyarakat
dengan menjadikan GIS sebagai rutian seharian untuk pembangunan lestari negara.

Antara fungsi GIS adalah untuk akuisisi data dan proses awal meliputi digitasi,
editing, pembangunan topologi, konversi format data, pemberian atribut, pengelolaan
database meliputi pengarsipan data, permodelan bertingkat, pemodelan jaringan pencarian
atribut, pengukuran keruangan dan analisis meliputi operasi pengukuran, analisis daerah
penyanggga, overlay, penayangan grafik dan visualisasai meliputi transformasi skala,
generalisasi, peta topografi, peta statistik, dan tampilan perspektif.

Selaras dengan proses globalisasi yang bertindak membuka ruang tanpa had sempadan
menyebabkan dapat berkongsi maklumat bersama secara holistik. Pendemokrasian maklumat
atau perkongsian maklumat tanpa had sempadan telah menyebabkan negara mampu untuk
membuat rencana dan penggunaan yang lebih baik dan berkesan dalam meneruskan
kehidupan harian masyarakatnya yang mana mampu untuk mencapai tahap kualiti dan
kesejahteraan kehidupan masyarakat pada masa depan.
KEPENTINGAN MAKLUMAT DALAM ERA DIGITAL
Proses globalisasi dan googlelisasi (googlelisation) telah mendominasi sistem maklumat
global dengan kemudahan googlemaps yang menyatukan pangkalan data teks dan peta oleh
pembangun perisian berasaskan web, meneliti keadaan guna tanah semasa. Hal ini
memudahkan semua pihak yang ingin mendapatkan maklumat dengan lebih cepat, pantas dan
lengkap dalam mengejar suasana kehidupan yang dimampatkan oleh ruang dan masa.
Maklumat menjadi keperluan kepada semua pihak dari segi umur, sosio-ekonomi, budaya,
kaum yang banyak menggunakan maklumat yang sama dari pangkalan data yang kita sendiri
tidak mengetahui dengan tepatdi mana data tersebut disimpan.

Maklumat yang terbina dalam pangkalan data menjadi sumber penting kepada semua
masyarakat dunia. Pelbagai jenis maklumat yang ada dan mempunyai peringkat kepentingan
mengikut keperluan individu, institusi dan masyarakat umumnya. Kesan adanya penggunaan
teknologi canggih seperti GIS mampu mengubah tahap kesejahteraan masyarakatdari segi
pola pekerjaan, corak pendidikan, ekonomi, dan banyak lagi.

GIS digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan di
pelbagai negara dunia. Di Malaysia juga, GIS digunapakai secara meluas dalam pelbagai
bidang termasuk majlis perbandaran, keselamatan dalam negara, analisis pola guna tanah,
analisis kawasan pilihanraya dan taburan penyakit berjangkit.

PERSAINGAN DENGAN PELBAGAI PERISIAN YANG BERADA DI PASARAN

Persaingan yang sihat dapat memberikan pilihan yang terbaik untuk pengguna mendapatkan
perisian yang baik untuk mencari serta mengolah maklumat. Aspek aplikasi atau teknikal juga
perlu diberi perhatian kerana untuk membangunkan pemetaan kemudahterancam
(vilnerability), atau dayahuni (liveability), budaya setempat dalam melahirkan konsep-konsep
ini perlu diserasi dan diharmonikan dengan pembikinan GIS di peringkat dunia.

MENJADIKAN GIS SEBAGAI RUTIN DAN TUGASAN HARIAN

GPS dan GIS telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan harian penduduk atau
masyarakat. GIS bukan sahaja digunakan dalam urusan yang berkait dengan hartanah, lokasi
dan kedudukan sesuatu tempat tetapi dengan adanya kewujudan Sistem Penentududukan
Sejagat (GPS) yang disekalikan dengan GIS memudahkan para pengguna jalan raya untuk
mencari lokasi atau kediaman yang ingin ditujunya. GPS dan GIS telah menjadi sebahagian
daripada rutin kehidupan manusia tanpa mereka sedar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi tunjang dalam
merangka sistem pendidikan di Malaysia. Pengenalan GIS merupakan reformasi pendidikan
yang terbesar di Malaysia. Pendidikan di Malaysia sentiasa diselaraskan dengan kehendak
pasaran dunia, iaitu bertujuan menghasilkan modal insan kelas pertama. GIS merupakan salah
satu sistem maklumat yang digunakan untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan
memanipulasi data yang berkaitan dengan ruangan. GIS mampu mewujudkan pembangunan
yang lestari demi kesejahteraan manusia seluruhnya.

SUMBER:

 Shaharudin Idrus, Abdul Hadi Harman Shah, (2002). Keletarian Sistem Maklumat
Geografi (GIS) di Malaysia. Penerbit LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bangi.
 Shaharudin Idrus, Abdul Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Samad
Hadi. (2006). “Metabolisme GIS di Malaysia”. Buletin

Anda mungkin juga menyukai