Anda di halaman 1dari 3

TAJUK TUGASAN:

Tugasan 2: GIS dalam Pembangunan Lestari

Merujuk kepada masalah kemiskinan, bincangkan peranan dan aplikasi GIS dalam
membantu menyelesaikan masalah tersebut.
NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID
Berdasarkan soalan di atas, anda perlu mengupas isu ini dengan melihat kepada
prosidur GIS dalam menangani isu kemiskinan.
1. Huraikan kemiskinan dan kelestarian
Kemiskinan ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah iaitu pendapatan garis
kemiskinan [PGK] sebagai kayu ukur. Kemiskinan juga berkmaksud keadaan dimana
seseorang itu tidak mampu memenuhi bahan-bahan keperluan hidup oleh kerana masalah
kekurangan wang. Bahan keperluan asasi seperti kekurangan makanan, pakaian, dan
kediaman oleh kerana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran
yang mampu menjana pendapatan.

Manakala kelestarian pula juga dikenali sebagai mampan yang merupakan proses
untuk mengekalkan perubahan dengan cara yang seimbang dimana secara perubahan yang
berlaku seperti dalam pelaburan, eksploitasi sumber, orientasi pembangunan teknologi
sentiasa dipastikan dapat meningkat secara harmoni bagi memenuhi keperluan masa kini
dan masa depan dan aspirasi manusia. Kelestarian amat berkait rapat dengan pembagunan
lestari dengan untuk mewujudkan kelestarian maka perlu kepada pembangunan yang
lestari. Terdapat lima teras dalam membangunkan kelestarian komuniti seperti
memperluaskan pelaburan dalam hartanah dan perumahan, meningkatkan pendapatan dan
kekayaan keluarga, meransang aktiviti ekonomi secara tempatan atau wilayah,
meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, menyemarakkan kebolehuni, selamat
dan persekitaran yang sihat. Dan terdapat tiga tonggak utama dalam pembangunan lestrai
iaitu kemakmuran ekonomi, pengawalan alam sekitar, dan keadilan sosial.

2. Menyenaraikan data yang sesuai digunakan ?

GIS merupakan teknologi berkesan dalam pengurusan dan pembangunan sumber. Data
daripada pelbagai sumber seperti data digital sedia ada, penderiaan jauh, GPS dan kajian
lapangan boleh digunakan dalam pemantauan dan pengurusan sumber dalam penyelesaian
isu kemiskinan. Keupayaan GIS dalam pengurusan data ruangan dan bukan ruangan
membolehkan permodelan ruangan dijalankan. Data isi rumah miskin, kemudahan
infrastruktur, guna tanah, jalan raya dan sebagainya. Sumber dan format data yang
diperolehi seperti melalui Agensi yang ada, pengumpulan data dan lain-lain dapat
membantu dalam menganalisis data dan menginterpretasi hasilan.
3. Tata cara penggunaan GIS dalam penyelesaian isu kemiskinan.
 Alamat isi rumah dijadikan rujukan dicerap dengan menggunakan GPS.
 Maklumat isi rumah dikaitkan dengan lokasi titik yang mewakili rumah (alamat)
atau lot tanah mewakili rumah.
 Data digabungkan dengan menggunakan pangkalan data.
 Lokasi isi rumah miskin ditindankan dengan lokasi tempat kerja, kemudahan
kesihatan, kemudahan pendidikan & kemudahan infrastruktur.
 Hal ini dapat mengenal pasti pengelompokan isi rumah (hot spot) dan boleh
gunakan untuk melihat intervensi yang sesuai pada lokasi kelompok tersebut.
Selain itu, dapat mengenal pasti akses kepada peluang pekerjaan dan menganalisis
akses kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur di setiap titik
lokasi rumah terutama rumah penduduk miskin.
 Analisis teknik Hot Spot Analysis ini mampu membantu untuk melihat
corakkependuduk penduduk miskin untuk melihat kemudahan di kawasan sekitar
yang dapat membantu mereka apabila menghadapi kesulitan.
 Maka, jelaslah bahawa GIS mampu menyediakan tatacara untuk visualisasi dan
analisis data dan menyediakan kaedah untuk membuat kuantifikasi ke atas data
dan menggunakan keupayaan menganalisis bagi membantu proses membuat
keputsan terhadap sesuai lokasi.

Anda mungkin juga menyukai