Anda di halaman 1dari 3

HGT331: MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID 136227

TAJUK TUGASAN:
TUGASAN TUTORIAL 1

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID

1. Bincangkan kepentingan mengambil kira isu ruangan dalam mencapai pembangunan yang
lestari.
Pembangunan lestari ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan masa
kini tanpa mengkompromikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan
mereka. Konsep pembangunan lestrai dicetuskan oleh sebab untuk menangani masalah alam
sekitar yang timbul agar manusia dapat menikmati sejahteraan hidup yang berkualiti dan
selamat. Manakala definsi konsep ruangan pula merupakan sebuah tempat dimana terdapat
interaksi makhluk hidup tinggal. Di dalam ruangan hidup terdapat pelbagai bentuk dan bagian
yang tidak terpisahkan seperti air, tanah, dan udara. Jadi,antara kepentingan isu rungan dalam
usaha mencapai pembangunan alam sekitar adalah dapat meningkatkan kecekapan tenaga.
Pengurusan tenaga yang cekap akan dapat dihasilkan dengan cara menggunakan tenaga
cahaya matahari sebagai agen pencahayaan yang mampu mengurangkan penggunaan lampu
yang mampu menjimatkan tenaga elektrik. Yang kedua adalah dapat meningkatkan kualiti
persekitaran dalaman. Kualiti persekitaran dalaman merupakan isu ruangan yang penting
dalam pembanguna lestari kerana ia melibatkan penyediaan ruang dan kualiti udara. Hal ini
demikian kerana ia berperanan untuk menyediakan ruang hidup yang mampu meningkatkan
kesihatan penduduk dengan cara menghapuskan bahan toksik dan meningkatkan kualiti udara.
Yang ketiga pula adalah kecekapan air. Agen kecekapan air merupakan isu ruangan yang
tidak kurang juga penting dalam mempengaruhi pembangunan lestari. Hal ini demikian
kerana pengabaian terhadap alam sekitar sperti air perlu dikekang kerana apabila alam sudah
tercemar kos merawat dan membaik pulihnya amatlah tinggi. Selain itu, air juga menjadi
keperluan asas yang sangat penting untuk hidupan untuk terus hidup dan dapat mewujudkan
pembangunan lestari. Dan yang terakhir adalah inovasi. Kepentingan isu ruangan seperti
inovasi sangat mempengaruhi pembangunan lestrai kerana inisiatif dalam inovasi dan reka
bentuk mesra alam sekitar dalam menilai dalam setiap proses penilaian agar dapat
mewujudkan pembangunan yang lestari seperti pembangunan teknologi hijau.
HGT331: MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID 136227

Kesimpulannya, tahap kesedaran alam sekitar yang tinggi perlu ada dalam kalangan
masyarakat di sesebuah ruangan agar dapat mewujudkan pembangunan yang lestari.

2. Jelaskan hubungan pengurusan sumber yang sistematik dengan kejayaan pembangunan


lestari khususnya dalam perancangan pembangunan sebuah Bandar.

Fungsi pengurusan sumber ialah untuk tidak membebankan persekitaran. Setiap sumber asli
dalam ruangan harus digunakan dengan cara yang tidak menyebabkan kemusnahan ekologi
menerusi pengeksploitasian terus menerus terhadap kapasiti bumi. Selain itu, pengurusan
sumber juga meningkatkan dan mempertahan integriti sistem pendukung kehidupan bumi
(Holdren, Daily dan Ehrlich, 1995). Proses pengurusan sumber yang baik dan sistematik
adalah seiring dengan pembangunan lestari khususnyadalam mewujudkan pembangunan
bandar yang merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, dan alam sekitar.

Pengurusan sumber yang sistematik sangat berhubungkait dengan pembangunan


lestari iaitu pemabngunan bandar dengan dapat menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi.
Pembangunan mampan dari segi ekonomi, sosial, dan alam sekitar menjadi agen kecekapan
ekonomi dalam menjana pendapatan negara. Pembangunan berterusan cuba meningkatkan
kualiti alam sekitar secara berterusan dan pada masa yang sama cuba untuk mengatasi
masalah kemiskinan . Hubungan pertumbuhan ekonomi dengan pembangunan bandar
dijangkakan positif iaitu berlakunya peningkatan pertumbuhan ekonomi tanpa memusnahkan
alam sekitar. Selain itu, kepentingan pengurusan sumber yang sistematik dapat memulihara
dan meningkatkan asas sumber. Jika keperluan ingin dipenuhi pada tahap yang berterusan,
sumber-sumber semula jadi bumi hendaklah dipulihara dan dipertingkatkan. Pelbagai strategi
boleh dilakukan untuk memulihara dan meningkatkan asas sumber umpamanya menjalankan
aktiviti ekonomi berasaskan alam sekitar seperti penanaman pokok buluh. Kepelbagaian
biologi amat penting untuk memastikan keseimbangan ekosistem.

3. Masyarakat merupakan komponen utama yang memastikan kejayaan pembangunan yang


lestari. Bincangkan penyataan ini.

Pembangunan mampan akan lebih mudah dicapai apabila saiz penduduk adalah stabil pada
aras yang konsisten dengan keupayaan penghasilan ekonomi. Elemen atau kategori penting
yang perlu ada dalam masyarakat adalah dengan mengambil kira jaminan masa tua, kesihatan,
HGT331: MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID 136227

tahap pengetahuan yang tinggi, inovasi dan kreatif. Hal ini amat mempengaruhi manusia
dalam memastikan kejayaan pembangunan yang lestari. Hal ini demikian kerana sekiranya
apabila golongan tua yang pasif sahaja berada di desa dan golongan ini pula tidak lagi dapat
menyumbang kepada ekonomi negara secara aktif. Hal ini menggalakkan pengambilan
kepada warga asing yang mana akan menjejaskan keharmonian pembangunan lestari. Tahap
kesedaran alam sekitar yang rendah di kalangan masyarakat juga akan mempengaruhi
terbantutnya kejayaan pembangunan lestari. Oleh itu, masyarakat perlu didedahkan dengan
pelbagai kesedaran alam sekitar agar mampu mengurangkan masalah alam sekitar yang mana
menjejaskan pembangunan yang lestari sebagai contohnya pencemaran alam sekitar seperti
air. ancaman alam sekitar yang serius dari segi kehilangan flora dan fauna.Ini merupakan satu
ancaman serius kerana ia adalah salah satu amalan buruk dalam petunjuk pembangunan
mampan untuk taman negara. Makadari itu,masyarakat perlu sedar dan memainkan perana
masing-masing kerana setiap yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab manusia itu
sendiri. Jika perkarayang dilakukan itu baik maka kesannya juga baik dan begitulah
sebaliknya.

RUJUKAN

Dr Azimah Abd Rahman, (2020) Lecture 1: Isu rungan dalam pembangunan lestari,Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM.

Holdren, J. P., Daily, G. C., & Ehrlich, P. R. (1995). The meaning of sustainability:
Biogeophysical aspects. Washington D.C.: The World Bank

Elliott, J. A. (Ed.), (2006). An introduction to sustainable development. Abingdon: Routledge

http://amirulnurdin.blogspot.com/2015/06/pembangunan-lestari.html

Anda mungkin juga menyukai