Anda di halaman 1dari 2

Peringatan mesra kepada semua ibu bapa dan penjaga.

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa setiap murid mestilah mematuhi syarat-syarat dan
peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT sekolah sebagaimana berikut :

1. Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.

2. Membalut buku dengan pembalut plastic.Stapler, double-sided, binding tape adalah dilarang sama


sekali.

3. Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.

4. Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau
cuti persekolahan.

5. Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.

6. Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.

Malangnya selepas membuat pemeriksaan mengejut di kelas Tahun 6, didapati perkara 1, 2 dan 3
masih lagi belum dipatuhi sepenuhnya.

Dimaklumkan juga bahawa mana-mana  murid yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan


buku teks mereka di dalam meja/ laci atau dimerata-rata tempat di kawasan sekolah, pihak sekolah
berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Murid yang berkenaan akan diambil tindakan
seperti berikut:

Kali pertama - Murid diberi amaran.

Kali kedua dan seterusnya - Murid dikehendaki membayar denda RM 1.00 (Satu Ringgit sahaja)
untuk setiap buku teks yang dirampas. Sekiranya buku teks tersebut tidak berbalut, murid
dikehendaki membayar denda tambahan sebanyak RM 0.50 (Lima puluh sen sahaja) untuk setiap
buku yang tidak dibalut dan bayaran denda lain yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT.
Sekiranya murid tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti murid dikehendaki
membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.

Murid juga hendaklah memastikan buku teks yang diperolehi dibawa mengikut jadual bagi setiap
matapelajaran. Sekiranya didapati murid tidak membawa buku teks semasa waktu pembelajaran
bagi matapelajaran tertentu, pihak sekolah juga berhak mengambil kembali buku teks yang telah
dibekalkan.

Pihak SPBT juga akan menurunkan kuasa kepada semua guru matapelajaran/ guru
kelas untuk mengenakan denda sebanyak RM 0.50 bagi  kesalahan tidak membalut atau tidak
membawa buku teks semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan kutipan denda
tersebut boleh digunakan untuk duit tabung kelas yang terlibat. Ini bertujuan untuk mengekang
masalah tidak membawa buku teks ke sekolah.

Bagi buku teks yang dirampas:

1. Murid mestilah berurusan secara terus dengan Guru SPBT untuk mendapatkan semula buku
tersebut. Murid juga tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh unit SPBT sekolah.

Tempoh tuntutan buku yang dirampas hanya 2 minggu sahaja .

Anda mungkin juga menyukai