Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha


……………………………….Penolong Kanan Pentadbiran. Yang dihormati
………………………………. Guru Penolong Kanan HEM, Yang saya hormati En
……………………………………………………….
Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum
warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha


Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat
kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna
dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad
SAW Rasul penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap


perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-
saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis
yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana
kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, 
guru kami ini iaitu ……………………………. bukan sahaja guru, tetapi ibarat
AYAH kami di SMK PUTRA ini. tenang namun tetap tegas dalam
melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan tentang …………………………………….  

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas


dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar
melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat
pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat
para pelajarnya bersesuaian dengan moto hidupnya, memberi lebih baik
daripada menerima . Beliaulah sangat mengambil berat akan hal kami,
terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sakit pening, demam kami. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK SERI PASIR


merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada Hjh Janatu yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan
mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga
Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan
Hjh Janatu serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh
badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa
dan negara. 

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti,
namun yang hilang akan tetap kekal abadi.
Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami UTK guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai