Anda di halaman 1dari 5

Selembar Bicara

Bismillahirrahmanirrahim..
AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh

Beras kunyit saya taburi,


                          Air mawar direnjis wangi.
       Berkembang kasih menabur budi,
                          Undangan tuan amat disanjungi

Terima kasih kepada Saudara/Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berusaha, Ustaz Haji Arpan bin Shaari,


Pengetua Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah),

Yang Berbahagia, Tuan Hj. Ahmad Sabri B Mohamad,


Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri
Perlis,

Yang Berbahagia, Dato Hj. Talib bin Haji Ali,


Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah,
Puan Izzaty Yeoh binti Abdullah,
Wakil PIBG Sekolah Agama Al-Islahiyah (Men),

Insp. Muhammad Nur bin Abdul Samad,


Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPD Kangar,
Perlis,

Pengetua-pengetua,

Guru-guru Besar,

Ustazah Ruswati binti Haji Hashim,


Penolong Kanan Pentadbiran
Ustaz Afandi bin Saad,
Penolong Kanan HEM,

Ustaz Ahmad Sobri bin Saleh,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, para waris seterusnya anak-anak yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana


sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis  Hari Anugerah
Kecemerlangan bagi tahun 2019. Saya juga ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan majlis ini
sebagai satu majlis tahunan demi kepentingan dan penghargaan kepada
murid yang telah berjaya dalam akademik dan ko-akademik. Walau apa
pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti, 
majlis ini merupakan satu majlis khas untuk meraikan murid-murid yang
telah membuktikan kecemerlangan mereka. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada murid-murid cemerlang sekolah ini.

Saya percaya sambutan Majlis  Hari Anugerah Kecemerlangan


pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan
memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga majlis
seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bukan
sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang.
Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan hari yang bermakna dalam
diri setiap murid khususnya bagi murid yang telah berusaha dengan
gigih untuk memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam
peperiksaan peringkat sekolah mahupun peperiksaan awam seperti
PT3, SPM dan STAM. Kecemerlangan yang dicapai oleh murid dalam
semua bidang akan diberi penghargaan dan pengiktirafan pada hari ini.
Oleh itu, bersama-samalah kita memberikan sokongan dan dorongan
kepada semua murid dalam memburu kejayaan dan kecemerlangan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas
dan tahniah kepada murid yang akan menerima hadiah nanti atas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan
tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu
sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita.
Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi tidak bermakna kita
boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang
dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa
hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baharu
yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan
inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Saya percaya kecemerlangan yang dicapai dari semasa ke semasa


memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih. Walau sehebat mana
kecemerlangan yang kita capai pada hari ini tidak akan bermakna jika
tidak diseimbangkan antara unsur jasmani dan rohani. Semoga kita
akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Hadirin sekalian,
Cendekiawan  ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa
usaha sepahit hempedu. Oleh itu, saya yakin bahawa warga Sekolah
Agama Al-Islahiyah (Menengah) ini telah melakukan pelbagai usaha
untuk menjadikan para murid sebagai peneroka ilmu dan bukan
sekadar pengikut. Hal ini amat penting bagi mempersiapkan generasi
muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan
bahawa penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka
di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan
zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-
sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-
anak. Seharusnya, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran
secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.
Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan
tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu
bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan
diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.

Bagi menghasilkan pendidikan yang bermutu, kepimpinan institusi


pendidikan perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Para pendidik
perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan para murid untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif serta penciptaan pengajaran dan
pembelajaran yang memberangsangkan minda, yang menguji daya
kreativiti dan inovasi, mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah
dan mengasah ketajaman penaakulan para murid. Ertinya, orientasi
pengajaran dan pembelajaran mesti berganjak daripada pembelajaran
berbentuk hafalan kepada pembelajaran yang memberangsangkan akal
seiring dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara
lainnya bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian
bersama". Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding bahu dan
mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil
gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan
akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan
antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan
rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa
menyokong antara satu sama lain, bak kata pepatah seperti aur
dengan tebing.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan


tahniah dan syabas kepada warga Sekolah Agama Al-Islahiyah (Men)
kerana berjaya menganjurkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang tahun
2019. Sambutan hangat ini akan membangunkan potensi akal, emosi,
jasmani dan rohani murid dengan seimbang demi kecemerlangan
bangsa dan negara. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya
menyampaikan dua rangkap pantun :

Pohon sirih pohon selasih


Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Kekal cemerlang sepanjang zaman

Di waktu pagi berlagu nazam


Girangnya rasa si anak dara
Warga SAIM teruskanlah  azam
Binalah bangsa bangunkan  negara

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan


lafaz Bismillahhirrahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha
pemurah lagi Penyayang) MERASMIKAN, Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) bagi tahun
2019.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai