Anda di halaman 1dari 1

Buku teks ms 14

5.1.2 Memahami dan menggunakan pelbagai kata nama khas mengikut konteks
dengan betul.
Bagi meraikan kepulangan kakaknya, keluarga Jian Hui telah mengadakan majlis makan
malam. Majlis yang diberi nama Malam Jalinan Kasih itu diadakan pada hari Rabu, 27
Januari 2021. Majlis ini diadakan pada pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam di Dewan
Seri Rakyat. Dewan itu terletak di Jalan Samudera berhampiran dengan Restoran Putera
dan Wisma Belia.

Keluarga Jian Hui telah mengundang saudara-mara, sahabat-handai serta jiran tetnagga.
Antara tetamu yang hadir ke majlis itu termasuklah Tan Sri Azman bin Alif, Datuk Koh
Lian Seng, Dato’ Zainal bin Arif, Mejar (B) Alias bin Ali, Tuan Haji Jamal bin Hasan, Encik
Suresh a/l Vairavan, Puan Chai Mei Hwa, dan Cik Norehan binti Isa.

Majlis itu bermula pada pukul 7.30 malam dengan ketibaan para jemputan. Pada pukul
8.00 malam, ucapan alu-aluan disampaikan. Pada pukul 8.30 malam, Jian Ling
mendeklamasikan sajak yang bertajuk “Jalinan Kasih”. Para tetamu mula menjamu
selera pada pukul 8.40 malam. Menu yang disediakan pada malam itu termasuklah Nasi
Beriani Ayam Jalinan Kasih, Jus Mangga Harum Manis, Acar Buah Puteri, Kek Coklat
Warisan Bonda, Bubur Jagung Malaysia, dan Salad Kasihku Abadi.

Seterusnya, pada pukul 930 malam, para tetamu menyaksikan tayangan video tentang
kejayaan Jian Ling. Majlis bersurai kira-kira pada pukul 10.30 malam.

Anda mungkin juga menyukai