Perkembangan profesional seseorang guru adalah satu proses kerjaya yang panjang
dan berterusan. Menurut Noriati (2012), kerjaya seorang guru bermula setelah berlakunya
pentauliahan iaitu satu tanda kemahiran telah dimiliki sehinggalah seseorang guru itu menjadi
seorang yang profesional. Ianya perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan
menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab kepada murid.
Malah, Encik Amirul juga berpendapat bahawa kedudukan seorang guru adalah setaraf dan
semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah
yang dituntut Berdasarkan temubual yang dijalankan, Encik Amirul menjelaskan bahawa
perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan yang sempurna dan
memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam
semesta serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut Khuzaimah (2012), guru yang
profesional bekerja di dalam bidang pendidikan di dorong oleh misi dan visi dalam membantu
murid belajar dan berkembang.
[LAPORAN TEMU BUAL] EDUP3063
Guru yang cekap dapat menunjukkan ciri-ciri professional keguruannya dalam pelbagai
aspek pengurusan bilik darjah. Terdapat banyak perkara yang perlu dipraktikan bagi menjadi
seorang guru yang professional pada zaman sekarang, namun terdapat beberapa perkara yang
menjadi amalan kepada Encik Amirul ketika melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru.
Bagi beliau, seorang guru perlu mempunyai ketinggian peribadi dalam melaksanakan tugas.
Beliau menganggap kerjayanya sebagai ibadah serta sering memulakan tugasnya dengan niat.
Malah, seorang guru perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasnya dan sentiasa
berfikiran positif dalam semua perkara. Malah, beliau juga menjelaskan bahawa seorang guru
profesional ialah seorang yang berilmu pengetahuan luas dalam semua perkara. Bagi beliau,
berilmu bukan sahaja dalam pengurusan bilik darjah, malah merangkumi ilmu berteraskan
ikhtisas pendidikan, psikologi, komunikasi, pengetahuan semasa serta ilmu agama. Hal ini juga
disokong oleh Lim (2010) bahawa guru yang professional dapat mencorakkan pola interaksi
sosial yang dinamis seperti pola tingkah laku, pola persahabatan, pola perkembangan
kelompok, pola intergrasi dan sosial bilik darjah.
Berdasarkan sesi temu bual bersama Encik Amirul, dalam konteks pendidikan setiap guru harus
memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib serta Akta Pendidikan 1996.
Misalnya peraturan 4(2) iaitu tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan kepentingan awam mahupun Peraturan 5 ( pekerjaan luar)
iaitu penjawat awam tidak boleh mengambil bahagian dengan aktiviti-aktiviti luar Walau
bagaimanapun, dibenarkan jika mendapat kebenaran ketua jabatan ( ketua sesebuah institusi).
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang profesional tidaklah mengambil masa
satu malam sahaja (Syed, 2009). Perkembangan kerjaya juga tidak akan berlaku dalam masa
yang singkat. Oleh yang demikian, adalah mustahak bagi guru untuk sentiasa
mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dan keterampilan diri serta senti asa
memberi yang terbaik ketika berkhidmat di sekolah bagi pembangunan sesebuah Negara
(Zaharah, 2015).
[LAPORAN TEMU BUAL] EDUP3063
RUJUKAN
Abdul Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak. (2013). Pengajaran Akhlak Di Sekolah
Menengah: Persepsi Pelajar-Pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3):
Antara Tradisi Dan Inovasi. Bangi, Selangor: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Babbie E. 2010. The Practice Of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning.
Khuzaimah Sulaiman. (2012). Serlahkan Aura Guru Super. Kuala Lumpur: PTS Professional
Sdn. Bhd
Lim Swee Tin. (2010). Jejak Guru Berintegriti. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.
Noriati A. Rashid, Wong Kiet Wah, & Boon Pong Ying. (2012). Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Syed Najmuddin Syed Hassan. (2009) Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Tahap
Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM, Journal Of Islamic And Arabic
Education, 1 (2), 31-50.
Zaharah Hussin. (2015). Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan
Islam. Masalah Pendidikan, 28, 79-94.
[LAPORAN TEMU BUAL] EDUP3063
1. Assalammualaikum. Nama saya Amrina Rosyada binti Abdul Rahman, merupakan guru
pelatih daripda Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Semester 8.
Tujuan saya ingin mengadakan sesi temu bual bersama encik hari ini adalah kerana
tuntutan dalam menyiapkan kerja kursus berkaitan dengan profesionalisme keguruan
pada abad ini. Sebelum, kita memulakan sesi temu bual kita pada hari ini, boleh tak
encik cerita serba sedikit mengenai latar belakang pengenalan diri encik.
2. Seperti yang kita sedia maklum, tugas guru semestinya mengajar dan mendidik murid.
berdasarkan pendapat encik, bagaimana mengajar itu dikatakan sebagai profesion?
3. Berdasarkan pendapat saya Encik Amirul, guru yang cekap dan pakar sering
mengamalkan ciri-ciri profesionalisme yang cemerlang di dalam bilik darjah mahupun luar
bilik darjah. Malah ciri-ciri ini penting dalam meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan
itu sendiri. Boleh encik jelaskan, ciri yang bagaimana diperlukan bagi menjadi seorang guru
yang professional?
4. Berdasarkan latar belakang Encik Amirul, Encik Amirul merupakan guru novis, iaitu guru
baharu. Jadi, perjalanan kerjaya encik sebagai seorang guru dapat dikatakan masih
baru. Sekiranya encik sudi, bolehkah encik berkongsi kepada saya antara isu dan
cabaran yang encik hadapi sepanjang tempoh Encik Amirul berkhidmat?
5. Jadi Encik Amirul, bagaimana pula dengan peraturan mahupun akta yang perlu dipatuhi
sekiranya seseorang telah bergelar seorang guru?
6. Sekiranya dilihat realiti pada hari ini, rata-rata para guru hanya menjalankan tugas
sebagai tenaga pengajar, bukannya ‘pendidik’. Jadi, bagaimana pula peranan guru yang
dikatakan sebagai pemimpin professional?
7. Adakah Encik Amirul bersetuju bahawa tanggungjawab guru hanya khusus dalam
pengajaran dan pembelajaran?
8. Rata-rata guru yang masih mempertahankan kerjaya mereka pasti di dorong oleh visi
dan misi mereka tersendiri dalam membantu murid-murid untuk berjaya. Justeru,
penambahbaikan perlu dilaksanakan sekiranya pihak-pihak yang terlibat mahu
meningkatkan profesionalisme keguruan ini. Boleh encik sarankan cadangan mahupun
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dalam meningkatkan profesionalisme
seorang guru masa kini?