Anda di halaman 1dari 3

BAGAIMANA SEJARAH TERHAPUSNYA KESULTANAN DI INDONESIA

Tragedi 3 Mac 1946. Detik Hitam Sejarah Melayu


Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di negara kita, Malaysia. Di
Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang
mendidiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang
bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’,
melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa,
Mandailing, dan sebagainya.
Salah satu wilayah yang diakui sebagai wilayah bagi etnik Melayu dan mempunyai hubungan yang
rapat dengan tanah semenanjung ialah Sumatera Timur. Di wilayah ini, terdapat empat buah
Kerajaan Melayu utama yang pernah wujud, iaitu Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli
Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan. Selepas perang dunia ke-2,
Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur ini muncul sebagai wilayah yang kaya dan makmur
hasil daripada perkembangan sektor perladangan.
Perkara ini dapat dilihat daripada binaan istana-istana Sultan yang sebahagiannya masih lagi dapat
dilihat hingga ke hari ini. Kemakmuran wilayah ini turut menarik kehadiran pendatang-pendatang
dari tanah Jawa untuk menginap di wilayah ini bagi bekerja di ladang-ladang. Kehidupan para
pendatang dari Jawa di Sumatera Timur ini berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak
terurus.
Pendatang Jawa tidak mahu mengaku mereka adalah rakyat kepada Raja-raja Melayu di wilayah
yang mereka duduki.Sementara Raja-raja Melayu di Sumatera Timur pula enggan menganggap para
pendatang Jawa ini sebagai ’Melayu’ kerana amalan agama Islam mereka yang berbeza dengan
amalan penduduk Islam tempatan.
Raja-raja Melayu menganggap pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tidak akan menguntungkan
kerajaan masing-masing, kerana ia didominasi oleh kaum Jawa yang berpusat di Pulau Jawa sendiri
dan menyokong pemerintahan bercorak Republik.
Kerana tersepit antara kebangkitan semangat nasionalisme Indonesia dengan kewajipan untuk
mempertahankan Kerajaan dan takhta masing-masing, Raja-raja telah melakukan kesilapan (mungkin
kerana terpaksa, tiada pilihan) dengan menghantar surat menyatakan kesetiaan kepada Ratu
Belanda.Detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian
besar warga Melayu di Sumatera Timur.
Pada 3 Mac 1946, beribu-ribu pendatang Jawa Militan di bawah pimpinan PESINDO, Parti Komunis
Indonesia (PKI), dan Parti Kebangsaan Indonesia (PNI) menyerang hampir semua bangsawan
Melayu.Keganasan dan pertumpahan darah terlibat, di mana tujuh putera, sembilan puluh bangsawan
(di Langkat) dan banyak pejabat dari negara-negara asli terbunuh.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang
dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis
yang lain, Anak-anak perempuan Sultan Langkat diperkosa.Isteri-isteri dan anak-anak keluarga
bangsawan telah diasingkan dan rumah mereka digeledah dan tanah mereka di rampas.
Terdapat tiga matlamat utama yang berkaitan dengan revolusi yang melibatkan kumpulan orang yang
berlainan:
1) Untuk menjatuhkan Bangsawan Melayu dan penyokong utama mereka iaitu Belanda
2) Dapat menguasai kekayaan 'kerajaan' (kekaisaran Melayu) untuk mempertahankan perbelanjaan
perjuangan nasional
3) Untuk melakukan perubahan politik dan kemasyarakatan sesuai dengan intelektual Marxis yang
terlibat dalam agenda tersebut
Menjelang tahun 1942, Belanda, yang bertanggungjawab kepada kerajaan Hindia Belanda di Batavia,
memegang kuasa majoriti di rantau ini.
Di bawah pemerintahan Belanda, kerajaan telah diserap ke dalam struktur politik terpusat dan
golongan elit pribumi ini termasuk dalam pentadbiran (yang mereka kongsi dengan Belanda) di
rantau ini.
Oleh kerana berkongsi kuasa dengan Bangsawan Belanda itu, seolah-olah Bangsawan Melayulah
yang menggunakan kuasa politik mereka untuk melancarkan dasar-dasar yang menindas hak orang
awam.
Sedangkan hakikatnya Bangsawan Belanda lah yang menguasai keseluruhan pentadbiran.
Mereka nampak Bangsawan Melayu tidak mempertahankan mereka. Malah seolah-olah
bersekongkol dengan Bangsawan Belanda.
Suara-suara yang tidak bersetuju dengan penindasan Belanda dan bangsawan Melayu kemudiannya
terbentuk di kalangan pendatang.
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan
Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan.
Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk
menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’.
Tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di
negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri
Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan
Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan
yang menyokong komunis.
Antara yang terkorban termasuklah Tengku Amir Hamzah, pujangga Melayu yang terkenal.
Para nasionalis Indonesia cuba menyelindungkan perkara ini dengan mengatakan berlaku ’Revolusi
Sosial’ rakyat bangun menentang pemerintahan monarki.
Sedangkan realitinya, yang bangkit menyerang adalah Komunis dan dibantu oleh para pendatang dari
Jawa yang terdiri daripada para penyamun, perompak, perogol dan penjenayah yang mengambil
kesempatan daripada situasi yang berlaku.
Selepas kejadian tersebut, kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti
’Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ’Nasionalis Indonesia’.
Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan
mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan
dilihat sebagai Melayu.
Satu persekutuan yang meliputi wilayah Kerajaan-kerajaan Melayu kemudian ditubuh, dengan nama
Negara Sumatera Timur, dengan harapan untuk menyertai Republik Indonesia Serikat sebagai salah
sebuah negeri di dalamnya.
Namun, Negara Sumatera Timur ini mengelak daripada melibatkan Raja-raja Melayu yang seolah-
olah telah menjadi satu taboo yang memalukan pada masa tersebut.
Akhirnya? Jangka hayat Negara Sumatera Timur ini juga tidak lama dan kemudian dibubarkan.
Republik Indonesia Serikat juga akhirnya dibubarkan dan digantikan sepenuhnya dengan Republik
Indonesia yang bercorak negara kesatuan yang berpusat di pulau Jawa.
Bagi melemahkan pengaruh Raja-raja Melayu dan kekusaan etnik Melayu (yang dibimbangi lebih
cenderung untuk bergabung dengan Malaysia), wilayah Sumatera Timur ini kemudiannya
digabungkan dengan wilayah Tapanuli yang didiami majoriti suku kaum Batak untuk menjadi
Propinsi Sumatera Utara.
Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam
Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali
warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan
tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.
Arifin Omar (1999) ”Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu : Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu
Sumatera Timur Pada Tahun 1946” Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Prof. Anthony Milner (2008) ”The Malays” Blackwell
Negeri-negeri Melayu di Tengah dan Selatan Sumatera
Serai Padang

Anda mungkin juga menyukai

  • 1 MDB
    1 MDB
    Dokumen3 halaman
    1 MDB
    Son Go Han
    Belum ada peringkat
  • 1 MDB
    1 MDB
    Dokumen3 halaman
    1 MDB
    Son Go Han
    Belum ada peringkat
  • 1 MDB
    1 MDB
    Dokumen3 halaman
    1 MDB
    Son Go Han
    Belum ada peringkat
  • Merantau Lah
    Merantau Lah
    Dokumen1 halaman
    Merantau Lah
    Son Go Han
    Belum ada peringkat
  • GFDGHDFGDF
    GFDGHDFGDF
    Dokumen2 halaman
    GFDGHDFGDF
    Son Go Han
    Belum ada peringkat
  • Ahlul Bait
    Ahlul Bait
    Dokumen12 halaman
    Ahlul Bait
    Bang Regar
    Belum ada peringkat