Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh


dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar EN JAMALUDIN BIN KASIM


Guru Besar SK Asahan
Yang dihormati, Basiran Pentadbir
TUAN HJ MD NOR BIN MATTAH GPK Pentadbiran
PUAN SARIDAH GPK Hal Ehwal Murid
EN JAMALUDDIN BIN JAKPAR GPK Kokurikulum
PUAN MARIAH BT ABD RAHMAN
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sk Asahan
Barisan Tetamu Jemputan
Yang diraikan, CIKGU PUAN JUWITA BT HUSSAIN
dan PUAN SHAYFINAZ BT SAMOT
Barisan guru-guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke JAMUAN AKHIR TAHUN SK ASAHAN serta meraikan Majlis
Persaraan Cikgu Juwita BT Hussain dan Majlis Perpisahan Puan Shayfinaz bt
Samot

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Yazid bin Abd Kader

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Yazid atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Hidangan Jamuan telah tersedia


Para hadirin dijemput menyantap
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput CIKGU MARIAH BT ABD RAHMAN selaku
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SK Asahan
untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mariah atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha Tuan Guru Besar CIKGU JAMALUDIN BIN KASIM
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Jamaludin atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan CIKGU JUWITA BT HUSSAIN . Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Cikgu Juwita atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan PUAN SHAYFINAZ BT SAMOT . Majlis dengan segala hormatnya
ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Puan Shayfinaz atas ucapan itu tadi
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan upacara Tayangan Slaid.


Untuk makluman hadirin sekalian, Tayangan Video Persaraan Puan Juwita telah
ditayangkan di Majlis Persaraan peringkat sekolah dan telah diuploadkan oleh
Ustazah Sirah Nasriah ke Channel Youtube. Para hadiri boleh melihat semula
tayangan tersebut didalam Channel Youtube.

Maka dengan ini sama-sama kita saksikan paparan Tayangan Slaid Khas
Untuk Puan Shayfinaz bt Samot bagi mengenang dan mengimbau kenangan beliau
ketika berkhidmat di SK Asahan . Dipersilakan.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah Persaraan sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Cikgu Juwita bt Hussain

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan  Cikgu Juwita untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan ............................untuk menyampaikan cenderamata dari ..................


……………Terima Kasih.

bil nama wakil

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan Cikgu Juwita bt Hussain .

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah Perpisahan sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Puan Shayfinaz bt Samot

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan  Puan Shayfinaz untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan ............................untuk menyampaikan cenderamata dari ..................


……………Terima Kasih.

bil nama wakil

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan Puan Shayfinaz bt Samot

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah untuk semua ahli Kelab Guru dan
Kakitangan SK Asahan
Majlis dengan hormatnya menjemput Puan Mariah bt Abd Rahman bagi mengiringi
Tuna Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata kepada semua ahli kelab. Di
persilakan.

Di jemput ....................................................untuk menerima cenderamata

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah Hari Lahir . Dari bulan Januari
hingga Disember. Majlis mempersilakan

Di jemput.........................................................untuk menrima hadiah hari lahir

Seterusnya , Penyampaian cenderamata untuk semua AJK Kelab Guru dan


Kakitangan . Majlis dengan ini mempersilakan

Dijemput .................................untuk menerima cenderamata

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Cikgu Juwita bt Hussain dan Puan Shayfinaz bt Samot kerana
sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar Puan Juwita
sihat dan bergembira bersama keluarga tersayang dan juga Puan Shayfinaz ceria di
tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sebelum itu semua hadirin dijemput mengikuti sesi bergambar
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai