Anda di halaman 1dari 3

1.

 Konflik Israel-Palestin kini bukanlah suatu peristiwa yang hanya berlaku selama beberapa
bulan mahupun beberapa tahun, ianya merupakan suatu pertikaian yang telah berlangsung
selama lebih daripada 60 tahun antara orang Israel dan orang Arab Palestin yang tidak
selesai sehingga ke hari ini. Secara umumnya konflik yang berlaku ini merangkumi aspek
politik, ekonomi, sosial dan juga melibatkan isu agama yang ternyata memberi kesan yang
berterusan terhadap negara Palestin dan negara-negara lain. Konflik yang berlaku antara
dua pihak ini tidak pernah surut dari rundingan dan seolah-olah rundingan yang dilakukan
sebelum ini tidak membawa kesan yang positif atau menemui jalan penyelesaian. Pada
tahun 1914 sehingga 1920, setelah tamat Perang Dunia Pertama, orang Turki bimbang
dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di kawasan Timur Tengah, lantas
mereka bersekutu dengan Jerman.2 Oleh itu, Zionis bekerjasama dengan Britain dan
mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasannya,
mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan
British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain menjanjikan bahawa orang Arab akan
diberikan kemerdekaan sekiranya mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang
Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara
sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki 2 Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014).
Teks STPM Sejarah Penggal 2 (Sejarah Islam). Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

2. 6. 6 akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah
melalui Perjanjian Sykes-Picot. Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan
Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan
Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin tetapi
orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan
Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan
kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi
hari berkabung buat seluruh negara. Pada tahun 1920 hingga 1939, setelah Liga Bangsa atau
lebih dikenali sebagai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari dibentuk, dengan
persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-
besaran ke Palestin. Antara tahun 1923 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah
dari 58 000 kepada 348 000 orang dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin
bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan “Dana Kebangsaan
Yahudi” untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka hanya dapat memperluaskan
bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja. Rakyat Palestin membantah
penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britaintidak bertindak balas. Padatahun 1936,
Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan
Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi

3. 7. 7 pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama
Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut. Manakala pada tahun 1945
sehingga ke hari ini, semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, dasar British berkaitan
Palestin berubah dan secara tiba- tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis
untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan
penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, pemimpin
negara Jerman iaitu Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman
tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat
berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan kecuali
Palestin. Gambar 2: Tanah Jajahan Israel di Palestin Pada ketika itu berlakunya pertempuran
ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Pihak British tidak dapat lagi
mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.
“Resolusi Pemecahan” yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat

4. 8. 8 Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah
air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen
keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung
halaman. Malah pada tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga Arab-Israel tercetus setelah
berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar 'Perang 6 Hari'. Perang tersebut dikenali
sebagai ‘Perang 6 hari’ kerana dalam tempoh enam hari saja, tentera Yahudi menawan
Semenanjung Sinai, Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza telah membawa
konflik Israel-Palestin berlarutan sehingga ke hari ini. Banyak percubaan telah dibuat untuk
membantu mencipta sebuah ‘penyelesaian dua negara’ yang melibatkan sebuah negara
Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin
bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk
menamatkan konflik. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga Palestin melihat Tebing
Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa depan. Namun, sebahagian
ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan
Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk
semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama
tentang bentuk persetujuan yang dirancang. Terdapat banyak pihak dalam negeri dan juga
pihak antarabangsa yang terlibat dalam konflik tersebut. Pihak perunding langsung ialah
kerajaan Israel

5. 9. 9 yang diketuai oleh Ehud Olmet dan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang diketuai oleh
Mahmoud Abbas. Manakala pihak antarabangsa yang terlibat dalam konflik tersebut ialah
dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia,
Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh seorang utusan khas
yang kini merupakan Tony Blair. Sejak tahun 2006 lagi, pihak palestin telah dipecahbelah
oleh konflik antara dua puak yang utama pada ketika itu iaitu puak Fatah yang merupakan
satu parti yang terbesar dan puak Hamas, iaitu sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab
itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (Kerajaan Interim Palestin)
berpecah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti
menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh
Israel serta negara-negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya
Palestin 2006, ianya tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sebarang
perundingan rasmi. Selain itu, pusingan perundingan keamaan yang bermula di Annapolis,
Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir
menjelang tahun 2008. Semua pihak telah bersetuju bahawa terdapat 6 teras atau ‘status
akhir’ yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan iaitu Jerusalem, pelarian,
petempatan, keselamatan, sempadan, dan air. Sehubungan dengan itu, dalam kalangan
masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan
pendapat. Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan
sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

6. 10. 10 Dasar British yang bersimpati dengan gerakan Zionisme yang bermatlamat untuk
menubuhkan sebuah negara Yahudi telah membawa Palestin ke dalam percaturan barat dan
orang Yahudi. Hal ini telah menimbulkan masalah yang rumit dan kritikal ke atas Palestin,
apabila hak rakyat Palestin sebagai permastautin dinafikan dengan penghijrahan dan
pendudukan orang Yahudi di bumi Palestin. Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada
kewujudan 4 masalah utama yang dihadapi pada masa ini iaitu berkaitan dengan kedudukan
dan kedaulatan bumi Palestin, masalah pelarian Palestin, hak rakyat Palestin serta
kekejaman dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin yang menjadi sebahagian daripada
permasalahan utama dalam isu Palestin yang masih tidak menemui jalan penamat sehingga
ke hari ini malah menjadi semakin rumit.

Anda mungkin juga menyukai