Anda di halaman 1dari 1

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh

untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem


sosial. Sukan Massa merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara
sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga
bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan
kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu Sukan Untuk Semua adalah satu
usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk
Semua bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan mengamalkan nilai-nilai
sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua adalah untuk membentuk satu
masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-
padu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

Sukan untuk semua juga bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan
kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan
yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan
yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa.

Sukan sepanjang hayat yang sering saya lakukan adalah bermain bola sepak, futsal dan bermain
badminton. Banyak faedah yang kita akan dapat dengan bersukan antaranya dapat menyihatkan
tubuh badan dan dapat mengeratkan hubungan dengan kenalan . Antara aktiviti rekreasi pula saya
sering berjoging , mendaki bukit dan berenang . Jadi aktiviti-aktiviti sukan sepanjang hayat ini dapat
mengisi masa lapang secara bermanfaat dengan perkara yang lebih berfaedah .

Anda mungkin juga menyukai